下載應用程式
20% MAAFKAN AYAH ALYA / Chapter 2: Keindahan Berjumpa Kawan Lama

章節 2: Keindahan Berjumpa Kawan Lama

Selepas sahaja kejadian Suria,Syafiqah dan Siti menolong Adam,tiba-tiba kawannya memanggil mereka."Heii korang,sinilah sekejap."Syaza memanggil kawan-kawannya itu.

"Ya Syaza.Ada apa ni?Terkejut aku."Tanya Suria.

"Maaflah,tidak sengaja.Korang aku nak beli baju dekat kedai sana.Jadi,apa kata kalau kita beli baju bersama-sama.Baju dekat kedai tu semuanya cantik-cantik.Marilah beli baju yang sama,lagipun nanti kalau ada majlis bolehlah kita pakai baju yang sama.Barulah nampak cantik."Kata Syaza pada kawan-kawannya.

"Aku boleh je nak beli baju.Lagipun dah lama juga aku tak beli baju ni.Korang nak tak beli baju?"Jawab Siti.

"Aku pun sama.Jadi aku sangat-sangatlah setuju untuk beli baju baru."Kata Siti.

"Baiklah kalau macam tu.Mari kita beli baju yang cantik disana.Sambil-sambil membeli-belah disitu bolehlah aku belikan baju untuk mak aku sebagai hadiah hari lahir dia nanti."Kata Syafiqah.

Mereka pun pergi ke kedai itu dengan senang-lenang tanpa mengetahui ada orang yang memerhatikan mereka.

Setelah tiba dikedai tersebut.Mereka pun beli baju yang mereka katakan tadi dan Syafiqah sibuk mencari baju yang sesuai untuk ibunya.

"Eh! Hari dah nak senja.Jom balik.Nanti ayah aku marah pula tengok aku tiada dirumah dan balik lewat."Kata Suria.

"Baiklah kalau macam tu.Mari aku hantar korang balik.Aku hantar Suria dululah nanti tak sempat pula sebelum ayah dia sampai rumah."Kata Syafiqah.

"Okay,kalau macam tu hantar Suria dulu.Risau nanti ayah dia marah dia pula.Korang bukannya tak tahu ayah dia tu garang."Kata Syaza.

"Tahu takpe.Jom cepat,aku takut nanti tak pasal-pasal kita-kita sekali kena marah."Kata Siti.

Setelah tiba dirumah Suria,ayah Suria sedang menunggu Suria didepan rumah dengan wajah senyuman yang manis.

"Haa sampai pun rumah.Ingatkan dah tak jumpa jalan balik rumah.Baguslah dah balik.Terima kasih ya Syafiqah sebab hantar dia balik.Uncle rasa korang dah boleh balik.Uncle ada benda nak cakap dengan Suria lepasni.Kamu pula Suria pergi mandi cepat harini kita berjamaah di masjid saja."Kata Ismail dengan nada suara yang lembut.

Mereka pun pulang ke rumah masing-masing.

Tiba-tiba ayah Suria memanggil ibu Suria dengan jeritan kuat.

"Sharifah ! Cepat siap.Nak ke masjid pula ni.Cepat panggilkan Irham sekali.Lambat pula nanti."Kata Ismail.

"Yalah,sabar.Irham panggil adik kamu cepat sebelum ayah kamu tu bising."Kata Sharifah pada anaknya.

"Baik mommy.Adik cepatlah nanti daddy bising pula."Kata Irham pada adiknya.

"Ya,dah siap dah ni."Jawab Suria.

Mereka pun pergi ke masjid untuk solat berjemaah.Setelah selesai solat isya,mereka balik kerumah dan Ismail panggil Suria untuk membincangkan tentang hal Suria.

"Suria sini kejap.Daddy nak cakap sesuatu pada kamu dan bincangkan tentang hal itu."Kata Ismail.

"Ya daddy.Ada apa ni?Penting sangat ke hal yang daddy nak cakap tu."Jawab Suria.

"Penting sangat.Ianya mengenai masa depan kamu."Kata Ismail.

"Masa depan?"Tanya Suria.

Tiba-tiba Ismail memanggil Sharifah dan Irham untuk membincangkan hal ini bersama-sama.

"Sharifah ! Irham ! Sini kejap.Daddy nak bincang hal Suria bersama-sama sekarang ni dan pastikan Suria menjawab ya."Kata Ismail.

"Apa dia awak ni.Nak bincangkan hal apa pula ni?Buat orang suspens saja."Jawab Sharifah.

"Macam ni.Daddy ingat nak kahwinkan Suria dengan seorang Doktor yang saya jumpa minggu lepas.Jadi,Suria tolong katakan ya."Kata Ismail.

"Hah ! Daddy Suria baru berumur 23 tahun.Suria nak relax dulu.Tak nak la kahwin awal.Muda lagi."Jawab Suria.

"Aik biar betul awak ni?Dengan doktor mana?Nama siapa?Umur berapa?Tinggal kat mana?"Tanya Sharifah dengan terkejut.

"Wah!Maksudnya nanti Irham dapat adik ipar la kan daddy?Hahahaha,seronoknya.Padan muka kau dik."Jawab Irham dengan gembira.

"Iya.Semua tentang dia rahsia.Suria please say yes okay?Daddy kenal doktor tu.Dia pun kenal Suria.Dia kawan lama Suria.Jadi,Suria don't worry okay?Daddy pilih orang yang tepat.Okay,keputusan daddy nak kahwinkan Suria dengan dia adalah muktamad.Dah la daddy nak buat kerja sikit.Sharifah tolong hidangkan makanan.Suria kamu tolong mommy di dapur.Dah siap tolong panggilkan daddy.Daddy ada kat atas."Kata Ismail dengan tegas.

Setelah selesai hidangkan makanan Irham memanggil Ismail untuk turun makan bersama.

"Daddy ! Mommy panggil turun makan."Irham memanggil Ismail.

Ismail turun dan makan bersama keluarganya dan berkata pada Suria dengan tegas.

"Suria kamu kalau tak nak kena marah dengan daddy lebih baik kamu diam dan jangan tanyakan apa-apa pada daddy.Keputusan daddy muktamad.Sharifah,lepas siap makan saya nak masuk tidur untuk berehat.Esok pagi saya ada hal penting dan tolong jangan kusutkan kepala saya malam ni dan anggap saja hal Suria selesai."Kata Ismail pada keluarganya.

Setelah Ismail katakan begitu pada keluarganya dia terus habiskan makanan yang ada dalam pinggannya dan terus masuk tidur.

"Abang,aku nak tanya la.Kak Umaira bila nak balik Malaysia?Ko tak rindu dia ke bang?Aku harap akak balik cepat sebabnya kan aku rindu sangat kat Aril.Ko telefon la isteri ko tu suh balik sini cepat.Lagipun aku nak tanya pendapat dia."Kata Suria.

"Hahahaha,nanti dia baliklah tu.Akak kata dah tak lama kat sana.Minggu depan baru balik sini dia kata."Jawab Irham.

"Oh ya.Baguslah,Aku nak masuk tidur dulu la.Esok aku nak keluar dengan kawan-kawan aku.Mommy Su masuk tidur dulu ya."

Setelah Suria katakan begitu,dia terus masuk biliknya dan fikir bagaimana caranya untuk pujuk ayahnya supaya batalkan niat nak kahwinkan dia dengan doktor tu atau dia harus mencari cara untuk mengetahui siapa lelaki itu.Dia terus berfikir dan akhirnya dia tertidur kerana kelelahan berfikir panjang.

Keesokan harinya,mereka pun berjumpa dan Suria tetap senyap daripada rumah sehinggakan kawan-kawannya pelik.

"Oi Su.Apa yang ko fikir ni?Senyap je daripada tadi.Ko kalau ada masalah share la dengan kitorang."Kata Syaza.

"Hah?Oh sebenarnya daddy aku nak kahwinkan aku bulan depan tapi aku taknak.Daddy kata keputusan dia muktamad dan masalahnya sekarang ni Siapakah lelaki itu?"Jawab Suria.

"Ala takpe lah Suria.Lagipun ko dah 23 tahun,takkan lah ko tak bersedia lagi?Korang!Aku rasa kita tak payah kot pergi Perpustakaan Awam sebab Suria macam tak okay je mood dia harini.So,apa kata kita g kedai makan je.Lagipun aku tengah lapar ni."Kata Siti.

"Eh asal pula ko ni.Baca jelah buku kat Perpustakaan Awam tu."Jawab Syafiqah.

"Eh ko gila ke?Nanti kalau tengah seronok-seronok membaca tiba-tiba Su ni pula buat hal.Aku risau dia jerit dalam tu je.Bising nanti orang marah."Kata Siti.

"Betul juga kata Siti tu Fiqah.Lebih baik kita batalkan plan harini dan tukar ke plan baharu.Kita pergi la makan dekat tempat best ke ataupun kita pergi Muzium.Bagi hilang sikit tekanan Su ni dan Su ko okay tak rancangan ni?"Kata Syaza.

"Hah!Oh okay.Aku okay je.Cuma Fiqah ni la okay ke tak dengan plan ni."Jawab Suria.

"Ish!Yalah yalah.Kalau semua dah setuju.Marilah kita ke plan baru."Kata Syafiqah.

Mereka pun pergi ke kedai makan dan terus bincangkan kemana lagi mahu pergi selepas ini.Dalam tengah berbincang,tiba-tiba ada seorang lelaki menegur mereka.

"Assalamualaikum.Tumpang tanya ini Siti and the geng masa Sekolah Menengah dulu kan."Tanya Dr.Izham.

"Waalaikumsalam.Ya saya,maaf bertanya siapakah awak?"Jawab Siti.

"Alamak!Korang tak ingat aku ke.Aku la Izham masa Sekolah Menengah dulu yang selalu buli korang tu la."Kata Dr.Izham.

"Oh kau.Baru ingat ko la budak lelaki paling nakal masa sekolah dulu.Sekarang ni aku tengok ko pun rasa macam nak bagi penumbuk je tau tapi tak mengapalah kisah lama tak perlu ungkit-ungkit.Eh korang tak ingat dia ni ke?"Kata Syaza.

"Bertuah kalau tak ingat.Inilah budak yang paling aku benci masa sekolah dulu sebab suka sangat membuli budak tak bersalah."Kata Syafiqah.

"Tulatu,aku pun geram juga kat dia ni masa sekolah dulu.Eh jap,baru aku teringat bukan ke dulu ko sukakan Suria.Tapikan ko lambat bulan depan dia nak kahwin dah.Entah siapa la lelaki tu agaknya?"Kata Siti.

"Eh itu dulu,sekarang aku dah lain.Aku dah berubah.Aku pun dah nak kahwin dah tapikan tak sangka pula boleh jumpa korang kat sini dan yang paling aku tak sangka korang masih lagi berkawan baik.Jap!Tapi kenapa dengan Su tu senyap je dari tadi?Are you okay Su?"Jawab Dr.Izham.

"Eh takde papelah.Aku okay je.Cuma aku masih berfikir siapa lelaki tu."Kata Su.

Dalam seronok-seronok berborak panjang mereka tidak sadar bahwa hari sudah petang dan Su mengatakan yang dia ingin pulang kerumah untuk berehat.Setelah Su katakan begitu Syafiqah menghantar kawan-kawannya pulang kerana dia juga letih dan berasa ingin rehat.


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C2
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄