下載應用程式
74.46% Love Between Choices / Chapter 35: Bah. 11: Membagi bahagia

章節 35: Bah. 11: Membagi bahagia

Petang itu, Haris pulang awal dari kebiasaan. Aisyah sedang membersihkan dapur ketika Haris memasuki rumah.

"Awal balik hari ni, doktor." Aisyah menyapa Haris sambil tersenyum dari dapur.

Haris tidak mengendahkannya dan langsung berlalu ke biliknya. Aisyah hanya berkerut dahi dengan kelakuan Haris itu. Dia berasa gemas kerana kemesraannya yang diberikan tidak dipedulikan.

Tiba-tiba, telefonnya berdering. Dia menjawab panggilan itu sebaik melihat nama si gerangan pemanggil.

Haris kaku di belakang pintu biliknya. Dia rasa serba salah selepas tidak menghiraukan sapaan Aisyah itu. Dia perlahan-lahan membuka pintunya kembali untuk menemui Aisyah semula. Namun langkahnya terhenti saat mendengar Aisyah sedang berbual dengan rancak di panggilan telefonnya itu.

"Assalamualaikum," sapaan di hujung talian.

"Waalaikumusalam. Nak apa?" balas Aisyah.

"Esok kau cuti, kan?" soal Hakim.

"A~. Esok aku cuti. Kenapa?" jawab Aisyah bersahaja.

"Lepak jom," ajak Hakim.

"Lepak? Kat mana?" soal Aisyah yang ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut.

"Ada lah." Hakim merahsiakannya.

"Amir join sekali?" soal Aisyah yang cuba mengalih topik perbualan mereka selepas persoalannya dibiarkan dengan penuh tanda tanya.

"Of course lah," balas Hakim selamba.

"Aku bawa Finna sekali, boleh?" soal Aisyah yang cuba mendapatkan kepastian terlebih dahulu.

"Bawa je siapa yang nak join sekali. Lagi ramai lagi meriah," ajak Hakim dengan penuh senang hati.

"Okey," balas Aisyah yang turut senang sebaik mendengarnya.

"Jumpa esok," ujar Aisyah yang cuba menamatkan panggilan itu.

"Ok. Nanti aku send location," balas Hakim.

"Okey, bye!" Aisyah mengakhiri perbualan telefon mereka itu.

Haris dari tadi berdiri di hadapan pintu bilik dan mencuri dengar perbualan telefon Aisyah itu. Kemudian, dia berjalan ke dapur dan berpura-pura mendapatkan air mineral dari peti sejuk.

"Esok, kau cuti, ke?" soal Haris cuba membuka bual.

"Doktor, lupa, ke? Semalam, kan? Saya dah beritahu doktor. Doktor lupa, ke?" ujar Aisyah bersahaja.

Haris mendapat imbas kembali kejadian semalam yang dimaksudkan Aisyah itu. Dia meneguk air dari botol mineral itu.

"O~~!" Haris teringat akannya kini.

Aisyah teringat akan kata-kata Hakim tadi, "Bawa je siapa yang nak join sekali. Lagi ramai lagi meriah." Membuatkan dia terfikir sesuatu. Dia mendapat suatu akal.

"Doktor?" panggil Aisyah cuba mendapatkan perhatian Haris.

"Ya?" balas Haris sambil memandang ke wajah Aisyah dan cuba membaca fikirannya.

"Doktor cuti, ke? Esok?" soal Aisyah lembut.

"Kenapa?" soal Haris yang mula merasai sesuatu yang mencurigakan.

"Nak join lepak sekali, tak?" tanya Aisyah dengan mesra.

"Even aku cuti esok, kenapa aku pula aku nak lepak dengan kau?" ujar Haris dengan nada kasar.

"So, doktor tak nak join?" soal Aisyah dengan manja.

Haris terdiam sejenak.

"Serius?" soal Aisyah lagi dengan nada mengusik.

Aisyah tersenyum-senyum di hadapan Haris.

"Okey," jawab Haris dengan suara yang halus seperti berbisik.

Walau respon Haris itu perlahan namun Aisyah masih mampu mendengarnya dengan jelas. Dia mengusik Haris dan berpura-pura tidak mendengarnya, "Apa?"

"Okey!" laung Haris sambil segera berlalu kembali ke biliknya akibat segan. Dia tersengih dalam diam.

"Okey, doktor. Esok pagi saya jemput doktor kat pintu utama," jerit Aisyah untuk memaklumkan kepada Haris yang telah melarikan diri itu. Dia tersengih-sengih sendiri melihat kelakuan Haris itu.

Haris kembali ke biliknya. Dia segera mendapatkan telefon bimbitnya dan menelefon seseorang. Selepas seketika, panggilannya berjawab.

"Hai, Dr. Faridz. Tengah busy, ke?" sapa Haris sebaik panggilan dijawab oleh gerangan yang dihubunginya.

"Tak. Kenapa?" jawab Faridz di hujung talian.

"Esok, Dr. Faridz boleh ambil my day shift, tak?" soal Haris sopan.

"Tapi saya shift malam esok," jelas Faridz yang cuba menolak permintaan Haris.

"A~. Saya ambil dua shift malam Dr. Faridz minggu depan. Okey?" rayu Haris.

"Tapi, ..." ujar Faridz sambil teringat akan ajakan Hakim untuk lepak bersama-sama keesokan hari. Dia was-was untuk membantu Haris.

"Please..." pujuk Haris merayu simpati Faridz.

"Okey, semua shift malam Dr. Faridz sepanjang dua minggu ni. Okey?" tawar Haris lagi semata-mata untuk memujuk Faridz untuk menggantikan shif paginya esok.

"Okeylah," balas Faridz akur memandangkan Haris banyak membantunya kebelakangan ini.

"Serius? Thanks!" ucap Haris. Dia hampir menjerit teruja namun dia bersorak tidak bersuara. Dia hanya mampu tersenyum lebar di hujung talian meraikannya.

"Okey. Bye!" ucap Faridz dan mengakhiri perbualan telefon mereka itu.


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C35
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄