下載應用程式
61.7% Love Between Choices / Chapter 29: Bah. 5: Merimbun

章節 29: Bah. 5: Merimbun

Aisyah berasa lelah dan berjalan masuk ke dalam bilik tetamu yang selalu menjadi bilik rehatnya itu lalu melambung badannya ke atas katil.

"Apa pasal dengan Doktor Haris malam ni? Banyak rengek sangat," comel Aisyah sambil merenung kosong ke siling biliknya.

"Lepas tu, sampai mengigau-ngigau lagi!" sungutnya lagi.

"Poker Face? No, dia Mood-swing Aunt. Unexpected weather changing," bebel Aisyah yang gemas dengan kelakuan Haris sepanjang hari itu.

Keesokan pagi, selepas solat subuh, Aisyah hanya ingin mendapatkan rehat extra kerana dia tidak mendapat cukup rehat semalam akibat kerja lebih masa namun dia terlanjak tidur dan terlambat. Dia kelam-kabut menyediakan sarapan untuk Haris yang sudah menanti di meja makan.

Haris memerhati Aisyah dalam diam sambil menikmati susu segar yang diberikan oleh Aisyah sebentar tadi. Aisyah segera menyediakan sarapan ringkas dengan roti makan dan telur mata kerbau yang diperasakan dengan garam dan serbuk lada sulah berserta dengan sosej goreng.

Selesai makan, Haris beransur-ansur berjalan ke pintu hadapan sementara Aisyah sibuk membersih di dapur. Tiba-tiba, dia menyeru nama Aisyah.

"Tolong aku pakai sandal ni," arah Haris.

"Okey," jawab Aisyah selamba.

"Nah!" Aisyah menyelesaikan tugasnya dan ingin kembali ke dapur.

"Drive aku ke hospital," arah Haris tiba-tiba.

"Doktor, Grab, teksi banyak. Tak boleh, ke? Doktor book satu," hujah Aisyah yang merasakan arahan Haris semakin di luar jangkaan.

"Why aku bother waste kan money?" balas Haris yang mendebatkan hujah Aisyah itu.

"Okey," jawab Aisyah akur sambil menarik nafas panjang untuk menenangkan hatinya yang sedang membuak bengang.

Sebaik tiba di kawasan menurunkan penumpang di hadapan bangunan hospital, Haris berkata, "Hantar aku sampai bilik aku."

"Huh? Harus, ke?" soal Aisyah yang semakin bengang akan permintaan Haris yang semakin mengarut dan luar jangkaan itu.

"Kau bos? Ke aku, bos? Banyak soal betullah kau ni!" tegur Haris.

"Sabar Aisyah. Apa pasallah dengan dia ni?" omel Aisyah yang fikirannya sambil meneruskan pemanduan ke kawasan parkir dengan berpandukan arahan Haris seterusnya.

Aisyah memimpin Haris ke pejabat sambil mencomel sendiri dalam fikirannya, "Banyak rengek!"

Haris masuk ke dalam biliknya dan duduk di kerusinya.

"Ambilkan clutch kat dalam almari tu." Haris memberikan arahan.

Aisyah akur dan mendapatkan topang kaki dari almari yang dimaksudkan oleh Haris itu dan memberikannya kepada Haris, "Nah! So, saya dah boleh balik?"

"A~. And jangan lupa jemput aku pukul lapan." Haris memberikan perintahnya.

"And malam kang, tak payah masak dinner. Kita makan kat luar," ujar Haris.

"Okey," balas Aisyah akur.

Aisyah beredar dan Haris tersengih-sengih sendirian kerana seronok dapat membuli pembantunya itu. Linna masuk menyapa Doktor Haris, "Doktor, saya dengar doktor sakit. Kenapa tak ambil cuti je?"

"Tak ada apa sangat. Terseliuh sikit je." Haris memberikan penjelasan sambil berjalan dengan menggunakan topang.


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C29
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄