下載應用程式
80% Dua Jiwa Generasi Kedua / Chapter 4: Bab 4:Majlis Perjanjian

章節 4: Bab 4:Majlis Perjanjian

 Dalam pada masa yang sama,Noriala terkejut dengan syarat ayahnya.Kerana Noriala tidak ada seorang teman baik semenjak dari kecil.Di samping itu,ibunya hanya menundukkan wajahnya dan tidak berkata apa-apa.Keadaan di sekitar sunyi sekali lagi.Kelihatan Noriala,Ibunya dan juga Rihisna berfikir dan tertanya-tanya.Di benak fikiran Noriala terfikir,di mana dia hendak mencari teman baik.Sedangkan dirinya jarang menjumpai orang luar kerana dia berketurunan diraja.Sejak dulu lagi dia diajar dan didik di dalam Istana. Dia hanya boleh melihat ke luar Istana dari dalam.Dalam hatinya terasa benak kesakitan yang amat,dan tatkala dia berasa kesal menjadi anak kepada Sang Raja.Ada ketika dia hanya ingin menjadi orang biasa,hidup bebas tidak terikat dari peraturan dan aliran.Noriala hanya mampu menundukkan wajahnya tidak berbuat apa-apa.

"Hmmmm,baiklah izinkan saya menemani Tuan Putri wahai Sang Raja,lagi pun saya tidak mempunyai teman untuk mengembara"Rihisna berkata secara tiba-tiba sambil menundukkan tubuhnya tanda hormat kepada Sang Raja.

"Oh begitu,aku izinkan kau menemani anaknada ku,tetapi dengan satu syarat"Sang Raja membalas.

"Kau harus bertarung dengan aku terlebih dahulu"lantas menyebut syaratnya dengan nada suara kuat dan bercampur tenang.

Rihisna memperlihatkan reaksi wajah terkejut,justeru tersenyum sinis...

"Baiklah!...saya akan bertarung dengan Tuanku"dengan nada lantang serta dingin perlahan.

"Jika begitu,yang tinggal hanya persetujuaan anakanda ku sahaja"

"Adakah anakanda bersetuju dengan menemani sang pengembara"ayahnya berkata kepada anaknya dengan nada ketenangan dan menunggu jawapan dari anaknya.

 Justeru,Noriala terkedu seketika mendengar ayahnya dan pengembara lelaki saling berkata tentang syarat yang dikenakakan serta tidak menyangka Rihisna menyahut cabaran Ayahandanya.Noriala melihat kearah ibunya yang terdiam semenjak awal perbicaraan dan membalas dengan menundukkan kepala tanda setuju dari ibunya.Terus melihat ke arah Rihisna dengan reaksi wajah gagum bercampur beribu persoalan di benak fikiran.Adakah dia patut bersetuju ataupun tidak,jika dia tidak setuju dia tidak boleh hidup bebas dan jika dia setuju,dia harus mengikuti lelaki pengembara itu dan hidup bebas.

"Apa yang harus aku buat?"Noriala berbisik di dalam hatinya berdebar dengan kencang.

"Haaaaa....Fuhhhhh"Noriala menarik nafas dan menghembusnya...

"Wahai ayahanda saya bersetuju dengan syaratnya"berkata dengan nada perlahan sambil menunduk.

"Anakanda akan mengkuti Rihisna sebagai teman pengembara"Noriala berkata dengan perlahan.

"Fuhhhh bagus"Sang Raja menghembuskan nafas lega dan memuji.

"Baiklah sudah diputuskan yang bahawa...Aku Sang Raja Kerajaan Ipa ingin membebaskan Putri ku bernama Noriala Irmina dengan seorang pengembara yang bernama"kata-kata Sang Raja putus seketika...

Secara terus nada suara keluar...

"Rihisna Irsina"kata yang keluar daripada mulut Rihisna.

"Oh! Rihisna...sedap nama tu"nada suara Sang Raja kedengaran memuji Rihisna.

ZOOOMMMMM.....TUFFFFF.....bunyi yang terhasil dari iktas penerbangan dari Sang Raja lalu duduk di singgahsananya.

"Persetujuan telah dibuat,kamu berdua bolehlah berehat seketika,kita akan adakan angkat janji setia pada esok hari"kata Sang Raja dengan sederhana kuat sambil duduk di singgahsananya serta memperlihatkan wajah yang teruja.

"Terima Kasih Tuanku"kata Rihisna ringkas sambil melutut kepada Raja.

"Terima Kasih Wahai Ayahanda"kata Noriala perlahan sambil menundukkan kepala.

Secara tiba-tiba ibunya menarik Noriala keluar dari Istana dengan cepat.Tibanya di depan pintu luar Istana ibunya berkata dengan reaksi wajah kelegaan dan tenang...

"Syukur,hukuman telah diringankan...fuhhhh"berkata sambil menarik nafas kelegaan.

"Ya ibuanda tetapi anakanda harus ditemani"kata Noriala serba lemah.

"Tak pe,anakanda itu sudah cukup bagi ibuanda,kerana anakanda sudah boleh hidup bebas"Noria berkata dengan nada sederhana sambil mengusap bahu anaknya yang kelihatan keletihan.

"Sudah,anakanda harus istirehat,esok adalah hari yang sibuk bagi anakanda"berkata sambil mengukir senyuman kepada anaknya.Justeru,Noriala membalas dengan senyuman yang manis dilihat.

Di hening malam yang terasa nyaman bercampur baur bahang panas dapat dirasai bagaikan berada dimusim panas yang bercampur musim sejuk.Demikian,suhu yang nyaman seperti ini hanya dapat dirasai di Kerajaan Ipa sahaja yang dianugerahkan sejak dahulu.Ini kerana,keadaan tempat perletakan atau disebut tempat kawasan penempatan yang berada di kawasan yang hampir sejuk ditambah dengan tenaga yang berunsur api.Justeru,dapat menghasilkan suatu suhu atau tenaga yang terasa seperti sejuk bercampur panas atau dikenali sebagai Senas.Itu adalah gelaran atau panggilan yang diberikan oleh para pedagang atau pendatang yang menetap di Kerajaan Ipa.Dalam pada masa yang sama,keadaan pada waktu malam berbeza daripada di siang hari.Kerana pada waktu malam penduduk di sekitar dapat melihat bintang-bintang di langit dengan jelas sekali.Demikian kerana,di Kerajaan Ipa tidak ada sebarang awan atau boleh dikatakan tidak wujud suatu tenaga yang disebut awan.Oleh itu di Kerajaan Ipa jarang sekali berlaku musim hujan.Tetapi,keadaan ini tidak mewujudkan suasana yang panas kerana suhu yang bercampur sejuk dan panas dihasilkan oleh Kerajaan Ipa daripada tenaga iktas oleh para ahli pakar dalam iktas.

Di ruangan sebuah bilik peribadi kelihatan seorang gadis muda yang berbaring istirehat dan termenung memikirkan nasib atau masa akan datang di malam hari yang nyaman dapat dirasai.

"Fuhhhh....menghembuskan nafas mengeluh"

"Aku akan ada teman baik...yang sentiasa disisi?"berkata dengan suara perlahan keseorangan 

"Sungguh tak disangkakan...aku dapat hidup bebas...dan"

"Ri...his...na....siapa kau?"menyebut nama dengan perlahan tersangkut dan terus matanya terlelap dengan sendiri.

Kata-kata yang dapat didengari daripada Sang Putri Kerajaan Ipa sedang kepenatan tubuh dan pasrah mendalam di lubuk hati seorang Putri bernama Noriala Irmina.Seorang gadis yang memiliki wajah yang manis apabila dilihat dan ketika tersenyum.Memiliki tubuh bersaiz S dan sederhana tinggi.Berkulit putih sederhana.Anak matanya berwarna biru cair kiri dan kanan serta memiliki rambut panjang dan tebal kelembutan berwarna jingga terang.

Di pagi yang bersinar dinihari yang disinari oleh suria pagi yang terasa nyaman sekali.Hari yang dimana Kerajaan Ipa mengadakan majlis akad janji yang akan dijalankan.Kesemua warga Istana sibuk untuk menyiapkan persiapan majlis.Demikian,Sang Putri Kerajaan Ipa sedang sibuk mempersiapkan diri oleh ibunya untuk majlis yang akan berlangsung.Manakala Sang Raja Kerajaan Ipa sedang sibuk mengarahkan pekerja-pekerja untuk menyusun barang yang berada di dewan Istana.Dalam pada masa yang sama,Rihisna juga mempersiapkan diri di bilik tetamu Istana.Majlis yang akan diadakan,tidak dibuat secara besar-besaran.Ini kerana,Sang Raja merahsiakan daripada pengetahuan luar.

Tuk!..Tuk!...Tuk!...bunyi ketukan pintu dapat didengari di bilik Noriala yang sedang bersiap.

"Boleh ayahanda masuk?"kata ayahnya dari luar bilik.

"Boleh ayahanda masuklah"balas Noriala dengan nada perlahan.

Justeru,Sang Raja masuk ke dalam bilik anaknya dan terus melihat anaknya yang begitu indah dipandang mata serta manis rupanya

"Wah!....kelihatan cantik sekali wahai anakanda ku"kata Sang Raja kepada anaknya sambil menunjukkan reaksi yang mengejutkan.

"Hmmmm,terima kasih wahai ayahanda"Noriala membalas dengan kata lembut dan mengukir senyuman malu.

"Mestilah! anak kita,tengok siapa yang siapkan dia"secara tiba-tiba ibunya berkata dengan nada yang agak kuat.

"Hahahaha! ye tak ye juga"Sang Raja ketawa perlahan.

"Kalau macam tu,semuanya sudah siap? kalau dah siap kita boleh terus jalankan majlisnya"kata Sang Raja bertanya kepada anak dan isterinya.

"Baiklah semua sudah dipersiapkan,jadi kita sudah boleh langsungkan majlisnya"balas ibunya sambil bergegas mengemas meja Noriala setelah selesai mempersiapkan Noriala.

"Bagus,ayahanda akan tunggu di luar dan menjemput Rihisna"kata Sang Raja kepada anaknya dan berlalu pergi.

"Baik ayahanda"kata Noriala jawab ringkas dengan lembut.

Demikian,di bilik tetamu Rihisna sudah mempersiapkan diri dengan pakaian yang diberikan oleh Sang Raja kerajaan Ipa.

"Ermm...boleh tahan baju ni,muat-muat je"kata Rihisna keseorangan sambil melihat cermin.

"Wah!...kau nampak segak Rihisna"secara tiba-tiba suara kedengaran dari belakang Rihisna.

Rihisna menoleh kebelakang dan melihat Sang Raja yang berada di belakangnya dengan reaksi megah memuji.

"Oh! Tuanku rupanya"kata Rihisna sambil menundukkan kepala...

"Saya nampak biasa saja cuma baju ni je yang membuat nampak segak"Rihisna berkata dengan nada merendah.

"Hahaha"Sang Raja ketawa kecil.

"Semua telah dipersiapkan? kalau sudah kita boleh mulakannya"kata Sang Raja dengan reaksi muka pertanyaan.

"Semua sudah dipersiapkan Tuanku saya pun sudah bersedia"balas Rihisna kepada Sang Raja dengan hormat.

"Bagus! aku akan terus pergi ke bahagian utama majlis"kata Sang Raja dan berlalu pergi.  

Kesemua warga Istana sudah bersiap sedia dengan berbaris di keliling bahagian tepi dewan utama Istana Kerajaan Ipa.Sementara,menunggu di dewan utama Istana.Sang Raja juga turut menunggu ketibaan anak dan isterinya di tengah bahagian dewan Istana sambil memegang gulungan kertas yang agak besar.

Shuuuffff....kedengaran bunyi angin lembut wujud di muka pintu dewan Istana.

Kesemua warga Istana menoleh ke muka pintu ingin melihat ketibaan siapa yang datang termasuk Sang Raja yang turut melihatnya.Sang Raja sudah dapat meneka siapa gerangan yang akan tiba,tidak lain tidak bukan iaitu Rihisna yang berjalan menuju ke dewan Istana dengan menggunakan iktas berunsur angin di kakinya.

"Woahhh"kedengaran gema suara para warga dewan,kerana kagum melihat seorang lelaki yang tiba di dewan Istana.

Jika dilihat Rihisna mengenakan baju diraja yang dipakai oleh generasi Sang Raja pertama Kerajaan Ipa.Terdapat warna putih pada keseluruhan baju dan sedikit sahaja warna biru di baju yang dipakai .Selain itu,rupanya berbentuk seperti baju berkolar yang panjang ke bawah serta seluar yang memuatkan kaki si pemakai.

"Fuhhhh"... menghembus nafas untuk menenangkan fikiran.

"Aku pasti boleh lakukannya"bisik Rihisna di dalam hati sambil berjalan melintasi warga atau boleh juga dikata tetamu.

Rihisna terus menuju ke arah Sang Raja yang sedang menunggu dibahagian tengah dewan Istana sambil memperlihatkan wajah yang tak terduga bercampur tidak sabar.Justeru,Rihisna terus berdiri di tepi sisi kanan Sang Raja.Pada kali ini,dia harus menunggu Noriala tiba di dewan Istana.

TAP! TAP! TAP!...kedengaran bunyi tapak kaki tiba di muka pintu dewan Istana.

Kelibat bayang terlihat seakan dua orang.Demikian,kelihatan seorang perempuan tiba dengan mengenakan pakaian diraja bagi wanita.Terdapat warna putih dan sedikit sahaja warna biru.Ianya sama sahaja dengan warna baju diraja bagi lelaki.Jika dilihat,pakaian yang dipakai oleh Noriala amat padan dengannya.Dalam pada masa yang sama,Noriala kelihatan begitu cantik menawan serta manis apabila dipandang.

Sambil diiringi ibunya iaitu Noria.Mereka berdua terus menuju ke arah Sang Raja dan Rihisna yang dari tadi menunggu ketibaan mereka berdua.

"Wahhh...ramai juga para tetamu"Noriala berbisik di dalam hati dan terus menoleh ke arah Rihisna serta berasa terkejut bercampur tidak menyangka.

"Haaa!..ini ke orangnya! agak tampan nampak berbeza kali terakhir aku lihat dia"

Noriala berbisik di dalam hati memuji Rihisna sambil menunjukkan reaksi wajah kagum dan tersipu malu menunduk.'

Secara tidak sengaja Rihisna melihat ke arah wajah Noriala,justeru mengukir senyuman kepada Noriala.Demikian,Noriala membalas senyuman.

"Rihisna Irsina!...adakah kau berjanji akan menjaga anakanda Ku! seperti mana kami menjaganya! sehingga akhir hayatnya"Kata Raja kerajaan Ipa dengan keras dan tegas.

"Saya Rihisna Irsina akan menjaga Noriala Irmina sehingga akhir hayat serta melindungi dirinya dengan nyawa Ku"Rihisna berkata sambil ,melutut dan menundukkan sedikit kepalanya di hadapan Raja Kerajaan Ipa.

Suasana di dewan kerajaan Ipa terdiam seketika.Orang sekeliling antaranya wakil dewan kerajaan Ipa dan saksi hanya mampu melihat dan mendengar apa yang diucapkan kedua belah pihak.

"Baiklah!..ada bantahan?"kata Raja Kerajaan Ipa dengan serta merta.

Semua ahli dewan dan saksi tunduk tanda setuju.

"Dengan ini selesai  sudah akad sumpahnya menandakan bersetujuan"kata Sang Raja sambil melihat ke arah Rihisna dan anaknya.

"Demikian! Rihisna dan Noriala harus menanda tangan surat perjanjian dengan darah mereka berdua"kata Sang Raja sambil membuka lembaran kertas yang agak besar.

Justeru Sang Raja menggunakan iktas apinya sedikit pada ibu jari Rihisna dan Noriala untuk mengeluarkan darah.Rihisna pada masa itu berasa terkejut dengan apa yang berlaku,dia tidak menyangka yang dia akan lakukan akad sumpah dengan darahnya.Demikian mereka berdua meletakkan ibu jari pada lembaran kertas yang diletakkan di atas meja.

Baiklah!..semua sudah selesai...Para hadirin dijemput untuk makan hidangan yang disediakan...kata Raja Kerajaan Ipa kepada para hadirin yang hadir.

Apabila semua tetamu sudah habis makan dan balik secara tiba-tiba Sang Raja berkata kepada Rihisna...

"Rihisna seperti yang dijanjikan!"nada yang agak kuat dapat didengari sambil itu Sang Raja membuat senaman ringan.

"Oh! Saya hampir terlupa?"balas Rihisna...

ZUSSSS!...Rihisna terus menjauhkan dirinya daripada Sang Raja.

"Wahh! jangan serius sangat Rihisna!"kata Sang Raja tersenyum sinis.

"Takdelah! cuma berjaga-jaga"balas Rihisna sambil membuka kekuda untuk berlawan.


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C4
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄