下載應用程式
100% Pulau Heiwa / Chapter 3: Bab 3: Hari Yang Sedikit Mencabar

章節 3: Bab 3: Hari Yang Sedikit Mencabar

"Uaaaaargggh ngantuknya. Tapi nasib baik dapat selesai semalam. Untuk motor nanti aku fikir lain kalilah. Pemikiran wibu aku making membuak-buak bila landing di Tokyo kemarin". Setelah beberapa minit berjalan, akhirnya Kai sampai juga di sekolah barunya. "Tapi yang penting impian aku untuk belajar di Jepun akhirnya tercapai, hehehehehe". Kai pun melangkah ke tempat penyimpanan kasut dan seseorang telah menunggunya.

 

"Ohayo Kai-senpai", sapa Mirai pada Kai. "Alamak, kalau pagi seperti ini sudah disapa seperti ini, mana tak cair hati aku", jelas Kai dalam hatinya. "Bagaimana semalam, apakah semua urusan sudah selesai?", tanya Mirai. "Ya. Semua sudah selesai". "Oh ya kalau begitu, rehat tengahari boleh kita makan sama-sama di bumbung", jelas Mirai. "Bolehkah?. Tak silap saya pergi ke bumbung sekolah adalah perbuatan illegal". "Itu kalau di hari peperiksaan. Hari biasa macam ini tidaklah". "Ok, kalau macam itu jumpa di bumbung ok?". "Ok". Kai pun berlalu pergi. "Uuuaaarrrggghhh. Sudahlah diajak makan sama, atas bumbung lagi. Oh tuhan, ini hari terbaik dalam hidup aku", cakap Kai dalam hati.

 

Setelah selesai di urusan pejabat, Kai pun dibawa ke kelasnya. "Kamu semua, kita hari ini ada kedatangan murid baru. Dan kita juga sangat bertuah kerana bukan sahaja dapat melanjutkan pelajaran di sini melalui biasiswa, malah ia menjadi calon diletakkan sebaris dengan Clever Student di Heiwa. Jadi sila masuk". Kai pun melangkah masuk ke kelasnya. "Ohayo minna. Nama saya Ahmad Khairul. Kamu boleh panggil saya Kai. Saya berasal dari Malaysia. Selamat berkenalan semua". Setelah mata pelajaran pertama habis, semua orang di dalam kelas mula mengerumi Kai. Satu persatu soalan di ajukan kepada Kai antara Malaysia sebenarnya di mana dan Clever Student. "Maaf. Sebenarnya saya dari pejabat tadi pengetua asyik mengatakan pada saya Clever Student. Sebenarnya apa benda itu?". "Clever Student itu adalah pengitirafan wali kota di mana mereka ini adalah aset penting bukan sahaja untuk Heiwa malah Jepun sekali", jelas salah seorang murid kelas itu. "Besar juga pengiktirafan itu. Macam sesuatu beban", jelas Kai. "Kalau kamu rasa pengiktirafan itu beban baik kamu tarik balik. Lagipun kamu semua jangan berharap sangat pada dia".

 

Semua orang termasuk Kai pun menoleh ke arah belakang di tepi tingkap. Terlihat seseorang berpakaian kemas dan bercermin mata duduk disana. "Tomoya, kenapa kamu berkata begitu", tanya salah seorang murid itu. "Memang patut dikata begitu. Hanya orang local sahaja yang berhak mendapat pengiktirafan ini. Daripada kamu entah dari mana orang dia cari, negara bekas jajahan juga di carinya". Disebakan perkataan itu, Kai bangun dan melangkah ke arahnya.

 

"Kenapa, terasa?. Memang patut pun kamu terasa. Kami ini bangsa yang paling tinggi dibanding dengan kau". "Sebenarnya aku malas nak gaduh sama kamu. Tapi Cuma ada satu saja benda nak cakap. Jangan sampai keegoan kau termakan sendiri. Sebagai contoh, disebabkan keegoan, ramai orang di seberang pada satu ketika dahulu menjadi tikus makmal untuk Amerika. Aku bukannya mahu mengungkit apatah lagi aku ini berasal dari bangsa yang dikatakan pernah dijajah oleh bangsa kau. Keegoan itu adalah satu perkara yang biasa, yang tak biasanya adalah kita tak dapat mengawal keegoan itu sehingga memakan diri". Selepas memberi sedikit ceramah kepada Tomoya dia berlalu pergi ke arah tempat duduknya. "Dasar bangsa hina. Berani kau katakan itu di depan kelas. Aku pasti kau akan menerima apa yang sepatutnya", jelas Tomoya dalam keadaan marah.

 

Di suatu tempat yang lain, Mirai sampai di kelasnya lalu duduk di mejanya. Kemudian seseorang datang ke arah Mirai. "Mirai nampaknya kamu ada perkembangan yang sangat drastik", jelas perempuan itu lalu menepuk mejanya Mirai dan membuatkan Mirai terkejut sehingga barang di atas mejanya jatuh di lantai. "Kurumi, janganlah buat macam itu", jelas Mirai yang agak sedikit merajuk. "Ya ya, saya mintaf maaf. Saya terlalu teruja dengan perkembangan kamu", jelas Kurumi dan memungut barang yang terjatuh dari atas meja. "Perkembangan?. Perkembangan apa?". "Buat tak tahu pulak kamu ini. Yang kamu makan waffle Chikan di taman dengan lelaki itu", jelas Kurumi. "Oh, kamu maksudkan Kai senpai". "Senpai?. Saya tak pernah nampak dia sebelum ini?. "Dia itu murid pindahan dari Malaysia. Tak silap saya tadi semasa saya mahu ke kelas ada orang cerita dia ini menjadi calon Clever Student". "Kamu seriuskah Mirai?". "Ya. Sebenarnya saya pun agak macam sedikit tak percaya tapi apa yang dia lakukan tempoh hari mungkin ada benarnya juga". "Oh kamu maksudkan diragut?". "Bagaimana kamu tahu Kurumi?". "Misaka senpai sudah ceritakan di dalam group chat". Kemudian guru untuk mengajar mata pelajaran pertama sampai ke kelas. "Hei, nanti kenalkan saya kepada Kai senpai itu", tanya Kurumi. "Boleh saja. Rehat tengahari kita akan berjumpa dia di bumbung sekolah".

 

Rehat tengahari pun tiba. Mereka berdua pun bergerak ke bumbung sekolah. "Hei Mirai. Kamu tak ajak Kai senpai pergi ke bumbungkah?". "Oh tidak perlu. Tadi semasa saya menghantar kertas ke pejabat, saya ada berjumpa dengan dia. Saya tanya tahukah jalan ke bumbung itu?. Dia kata ya. Benda pertama dia sampai sekolah setelah ke pejabat adalah bumbung sekolah. Dia kata di anime banyak sangat tunjuk adegan di bumbung sekolah, jadi dia mahu merasai pengalaman di atas bumbung sekolah".  "Hei. Ada bau-bau wibu di situ nampaknya". "Saya pun ada berfikir macam itu juga. Hahahaha". Mereka pun ketawa. Mereka akhrinya sampai ke pintu ke ruangan bumbung sekolah. Mirai pun menolak pintu itu dan mereka melihat Kai yang berdiri di hujung pagar bumbung sambil mendengar sebuah lagu di headphone. "Kai senpai". Kai tak menunjuk apa-apa reaksi. "Mungkin dia tak dengar sebab dia pakai headphone", jelas Kurumi. "Oh ya betul juga. Mari kita ke sana", ajak Mirai. Mereka pun menghampiri dia. Mirai memanggil dia sekali lagi tapi dia tak dengar. Setelah mereka dekat dengan Kai, Kurumi mendengar Kai seperti menyanyi di beberapa lirik seperti berikut:

 

              "Angel playing disguise with devil's faces"

              "Children cling to their coin squeezing out their wisdom"

              "Angel playing disguise with devil's faces"

              "Children cling onto their very last coins"

 

"Senpai kamu dengar tak", tanya Mirai dalam keadaan sedikit marah. Kemudian Kai pun menoleh ke belakang lalu menanggalkan headphone. "Oh maaf Mirai. Saya tengah melayan tadi sampai tak sedar kamu dah sampai",  jelas Kai. "Oh ya Kai senpai. Saya nak kenalkan classmate saya Kurumi. Kurumi ini Kain senpai yang saya ceritakan tadi". "Selamat bertemu Kain senpai". "Ya. Selamat bertemu Kurumi". Kemudian mereka pun duduk dan membuka bekal makanan mereka. Kai pula membuka bekal makananya yang hanya berisi nasi dan telur hacur bersama sedikit sos kicap. Mereka sedikit kehairanan dan Kai menjelaskan itu adalah cara dia untuk menjimatkan kos setelah banyak dia habiskan untuk perjalanan ke sini dan juga wang sewa rumah. Mereka pun makan dan sedikit berbual semasa makan.

 

 Selesai habis makan, Kurumi memulakan perbualan mereka sekali lagi. "Kai senpai, tadi saya ada dengar kamu ada nyanyi sebuah lagu. Setelah saya mendengar dengan jelas, lirik lagu itu agak sedikit menakutkan". "Oh, kamu maksudkan lagu My War. Untuk buat masa ini, lagu ini memang hit termasuklah anime itu juga. Ya saya setuju juga lagu ini agak sedikit creepy tapi ada hidden message mahu disampaikan. Dan selain itu, rentak lagu ini agak menyeronokkan", jelas kai. "Oh ya saya pun ada dengar juga. Tak silap saya lagu itu sama seperti kamu ceritakan tenpoh hari", jelas Mirai. "kenapa?. Ada apa-apa yang tak kena dengan lagu itu?", tanya Kai. "Lagu itu tak ada apa-apa. Cuma lirik itu ada dipaparkan di tempat kerja kakanya Kurumi". "Mirai berapa kali saya beritahu jangan hebohkan pasal ini!". "Kenapa dengan tempat kerjanya kakak kamu Kurumi?". Dengan agak sedikit kesal dengan perbuatan Mirai, Kurumi pun beritahu Kai. "Disebabkan Mirai dah sebut, terpaksa juga saya sebut. Walaupun benda ini bukan rahsia tapi kalau boleh saya tak mahu  hebohkan". "Mengenai apa Kurumi?", tanya Kai.

 

 "Sebenarnya kakak saya bekerja untuk CSA, Cyber Security Agency. Dan seperti namanya, kakak saya ditugaskan untuk menjaga keamanan di dalam siber. Tetapi semua berubah beberapa hari yang lalu. Sistem kawalan CSA telah digodam oleh seseorang atau sekumpulan hacker. Mereka telah mencuri data maklumat mengenai pekerja di CSA dan maklumat sulit kerajaan". "Bukan sepatutnya benda itu dirahsiakan?. Kalau tidak ia akan mencalarkan imej CSA dan juga kerajaan", tanya Kai.  "Tapi memang betul mahu dirahsiakan, tapi mereka juga telah menggodam stesen televisyen di Heiwa dan memberitahu semua orang bahawa mereka berjaya memperoleh senarai nama dan ID pekerja CSA dan juga beberapa maklumat sulit yang saya sendiri pun tidak tahu", jelas Kurumi. "Hmmm. Agak sulit juga masalah ini". "Tapi yang menarik adalah lirik lagu itu yang kamu ceritakan itu", jelas Mirai. "Oh kamu maksudkan lirik:

 

               "Angel playing disguise with devil's faces"

              "Children cling to their coin squeezing out their wisdom"

              "Angel playing disguise with devil's faces"

              "Children cling onto their very last coins"

 

"Ya. Lirik lagu itu muncul di semua komputer di CSA dan juga mucul di screen besar di bangunan di Bandar selepas pengumuman tersebut", jelas Kurumi.  "Mereka ada beritahu mereka dari group hacker mana?", tanya Kai. "Tak. Apa yang ada cuma ada hanyalah lirik lagu itu saja". "Wow. Masalah besar juga ini. Kalau ID pekerja dan maklumat sulit sudah dicuri ini tak boleh dibiarkan. Kalau mereka jual maklumat tersebut lagi-lagi kepada musuh di luar sana, akan menjadi satu bencana besar untuk Heiwa dan juga Jepun". "Ya betul itu", jelas Kurumi. "Bagaimana pula dengan IP Address?. Takkan tak dapat kesan pula?", tanya Kai. "Entahlah saya pun tak tahu. Kakak saya kata orang awam macam saya ini tak perlu untuk cari lebih dalam mengenai ini. Biarkan pihak CSA dan pihak berkuasa saja yang ambil tindakan". "Ada betullnya juga", jelas Kai. "Kai senpai, lirik lagu itu kamu kata ada hidden message?. Boleh kamu beritahu penjelasanya?", tanya Mirai.

 

"Sebenarnya lagu yang saya nyanyi itu cumalah sebahagian dari lirik lagu itu. Lagu ini bagi saya hanya menjelaskan pemikiran karakter utama sekaligus main villain mengenai tangapanya di luar dunia tembok. Karakter utama ini tak lain tak bukan hanyalah untuk melindungi kampung halamannya tapi mungkin sebahagian orang berfikir ini adalah cara atau tindakan yang dilakukannya sangat kejam, tapi apa boleh buat. Kalau kita tidak lawan kita akan mati, jika kita menang kita akan hidup, jika kita tidak melawan kita takkan menang. Tatakae, tatakae, tatakae!!". Mereka berdua sedikit terkejut kerana Kai sedikit menjerit tatakae. " Kai Senpai, kamu ok?", tanya Mirai. Kemudian Kai kembali dari lamunan yang  "Maaf saya terbawa-bawa pula perasaan saat membaca manga. Hahahahah", jawab Kai. "Lain macam tahap otakku dia ini", bisik Kurumi dalam hati. "Tapi untuk kes pencerobohan di CSA, saya tak nampak pun satu ayat untuk menunjukkan niat sebenar mereka atau seseorang itu. Lagipun, saya bukannya Light Yagami ataupun Shinichi Kudou untuk memecahkan puzzle ini", jelas Kai yang beri sedikit lawak hambar kepada mereka berdua. "Yyyya betul itu. Hahaha", jawab Mirai. "Nampaknya dia ini bukannya otakku yang tak berilmu", jelas Kurumi dalam hati.

 

 Tanpa mereka sedari, lonceng di sekolah berbunyi. "Nampaknya kita terpaksa habiskan juga perbincangan ini", jelas Kai. "Betul juga. Oh ya, Kai senpai dah tahu kelab mana mahu sertai?". "Sebenarnya saya tak tahu nak pilih kelab mana. Besok saya fikir-fikirkanlah". "Ok. Kami minta diri dulu Kai senpai". "Ya". Mirai dan Kurumi pun melangkah masuk ke dalam sekolah. "Ada kaitan ke lirik lagu itu dengan serangan di CSA?. Hmm. Takkanlah mereka ini atau itu pemberontak. Macam aku cakap tadi, aku bukanya Light Yagami ataupun Shinichi Kudou untuk selesaikan kes ini". Kai pun melangkah masuk ke dalam bangunan.

 Pada petang selepas sesi persekolahan, Kai menuju ke rumahnya. Dia melalui taman yang dilaluinya semalam untuk meluangkan masa dan kebetulan besok cuti umum di Heiwa jadi tak perlu untuk balik awal ke rumah. Kemudian Kai terlihat Misaka di sebuah vending machine. "Misaka senpai", panggil Kai. "Oh, kamu Kai. Baru balik dari sekolah?. Tak ada aktiviti kelab?". "Ya. Sebenarnya saya belum ada kelab lagi. Hari rabu saya akan beritahu kelab mana saya nak sertai". "Oh begitu. Dan satu lagi, jangan panggil saya senpai walaupun Mirai dan Kurumi panggil saya senpai". "Ok. Nampaknya kamu dah tahu". Kemudia Kai melihat vending machine itu dan mendapati sesuatu. "Misaka. Adakah duit kamu tersangkut di dalam mesin ini?". "Oh tidak. Mesin ini selalu rosak. Kamu nak tahu cara dapatkan air free di mesin ini?". "Macam mana Misaka?". "Ini caranya". Misaka berundur sedikit, lalu dia melompat serta menendang mesin itu. "Kenapa macam aku pernah saja tengok adegan ini", jelas Kai dalam hati. Kemudian beberapa air tin keluar dari mesin itu. "Kamu jangan beritahu orang lain Kai termasuk mereka berdua", kata Misaka. "Hehehehe. Kalau macam ini caranya, memang takkan beritahulah", jelas Kai dalam hati.

 

"Jadi macam macam mana hari pertama sekolah di sini", tanya Misaka sambil menghulurkan minuman pada Kai. "Untuk hari pertama ini walaupun ada sedikit yang tak berapa menyenangkan, tapi semua ok", jelas Kai sambil mengambil minuman yang dihulurkan oleh Misaka. "Oh kamu maksudkan Tomoya budak empat mata itu". Kai sedikit terkejut. "Macam mana kamu tahu?". "Kurumi dan Mirai beritahu saya". "Agak mereka berdua ini pengintipkah?. Semua benda tahu", tanya Kai dalam hati. "Kamu jangan ambil hati pula pada budak empat mata itu. Lagipun sebenarnya dia cemburu ada orang lagi hebat dari dia". "Hebat?. Bukanya hebat mana pun. Lagipun saya sendiri tak tahu apa benda Clever Student itu". "Clever Student itu adalah penilaian IQ dan juga kebolehan seseorang pelajar itu yang boleh memberi manfaat pada Heiwa. Mereka ini akan dibagi satu peluang khusus untuk diserapkan dalam mana-mana badan khusus di Heiwa. Sebagai contoh kalau kamu mempunyai kebolehan di dalam sistem maklumat dan data, kamu mungkin akan diserapkan dalan CSA. Ataupun kamu mempunyai kebolehan dalam bidang saintifik, kamu akan diserapkan dalam Alpha Sc untuk menjalani uji kaji atau pernilitian di dalam itu". "Walaupun saya ini bukan orang Jepun dan Heiwa?". "Ya. Lagipun bukan kamu seorang sahaja orang luar dari negara ini dapat pengitirafan Clever Student". "Oh macam itu. Sebenarnya saya sendiri pun tak tahu apa kebolehan saya sampaikan saya akan dijadikan dalam calon Clever Student". "Mungkin kamu akan tahu juga nanti". "Harap-haraplah". Setelah berborak agak lama dengan Misaka, mereka berdua pun bangun dan meninggalkan taman itu.

 

"Saya tak sangka rupanya rumah kamu agak berdekatan juga dengan rumah saya". "Ya. Sebab itulah semalam saya terus dapat tahu rumah kamu berada di mana. "Oh. Begitu rupanya". "Kamu jangan kecik hati pula dengan budak empat mata itu. Sebenarnya ia berasal dari keluarga yang sangat membenci orang selain Jepun. Bahkan dengan orang Asia sekalipun ia sangat membenci apatah lagi orang barat seperti Amerika. Moyang mereka dahulu adalah seorang tentera maharaja Jepun. Malangnya moyang Tomoya terkorban dalam serangan di atas kapal perang Yamato. Nasib malang keluarga Tomoya tidak berakhir di situ apabila ramai kerabat keluarga Tomoya menjadi mangsa serangan bom atom. Dan mereka melarikan diri ke pulau ini. Dan keluarga Tomoya lantang menyeru penduduk di pulau ini untuk menjadikan Heiwa sebagai negara". "Kamu maksudkan rusuhan besar-besaran tahun 1984?". "Ya. Kamu tahu jugak Kai?". "Sebenarnya semasa dalam perjalanan ke sini saya ada baca sedikit sejarah mengenai pulau ini". "Oh begitu". "Ya. Walaupun mereka bersetuju wilayah ini diletakkan dalam autonomi khas, tapi masih ada lagi kedengaran suara-suara lantang untuk menjadikan Heiwa sebagai negara". "Ya. Dan keluarga Tomoya kebelakangan ini kurang menyuarakan kehendak mereka. Apatahlagi ada dalam keluarga mereka menjadi "jambatan penghubung" antara Heiwa dan kerajaan". "Maksudnya keluarga Tomoya adalah keluarga yang elit di pulau ini?". "Ya". "Nampaknya aku takkan lama di pulau ini", jelas Kai yang mungkin menganggap keluarga Tomoya akan mengambil tindakan terhadap Kai.

 

 "Kamu jangan risau, orang di sini pun dah tak mementingkan Heiwa menjadi sebuah negara. Melainkan mereka mahu hidup tenang di sini". "Saya harap". mereka berjalan dengan lamanya akhirnya mereka pun berdua sampai di satu simpang. "Baiklah. Saya akan bergerak ke kanan dan kamu akan terus ke depan". "Ya". "Oh sebelum itu. Boleh saya minta Id Ling kamu?".  "Id Ling?". Kemudian kai menepuk dahinya kesal. "Maaf Misaka. Saya belum lagi install aplikasi itu". "Oh tak mengapa. Lagipun nanti kita akan sering bertemukan?". "Ya. Dan pastikan bila kita bertemu sekali lagi kamu dah install Ling". "Ya". "Kalau bergitu saya bergerak dulu Kai". "Ya. Jumpa lagi". Mereka bedua pergi meninggalkan simpang itu. Kai akhirnya sampai ke rumahnya. Kai pun meletakkan begnya dan tiba-tiba ada sesuatu jatuh. "Apa benda itu". Kai pun melangkah dan mengambil barang itu. "Pendrive?. Tak sebab tak ada port untuk menyambungkan. Hehehe, jangan kata dalam ini ada data yang dicuri dari CSA. Apa kau ingat kau duduk di dunia anime?". Kai pun meletakkan benda itu di atas meja dan terus ke bilik air


Load failed, please RETRY

新章節待更 寫檢討

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C3
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄