下載應用程式
77.27% Dia Isteri Rahsia / Chapter 16: Bab 15: Ujian rumah tangga

章節 16: Bab 15: Ujian rumah tangga

Semuanya berjalan lancar sewaktu kami mengambil degree tetapi semua itu tidak sama seperti kami mengambil master.Ujian ini datang pada sem kedua,waktu itu aku dan Iqah dapat masuk ke dalam kumpulan penyelidik paling terkenal disebabkan pointer kami tinggi.Aku dipasangkan dengan seorang kakak senior bernama Jea In yang berasal dari Korea Selatan dan Iqah dipasangkan dengan Ling Yi dari China.Kami hanya akur dengan keputusan yang dibuat.Kami pun memulakan penyelidikan masing-masi maka banyak masa aku yang terluang dengan Jea In dan masa Iqah terluang dengan Ling Yi.Aku dan Iqah meminta tolong Naz untuk menjaga Aqasya dan Ainur.Pada suatu hari,bermulalah kisah yang mencabar kesetiaan kami sebagai sepasang suami isteri.

Iqah:"Susu,sekarang saya tengok bukan main mesra lagi dengan Jea In."

Aku:"Mana ada.Kami cuma buat siapkan research ja."

Iqah:"Ok lah kalau macam tu."

Aku:"Awak jealous ka?"

Iqah:"Tak la saya tanya ja.Ok la saya nak masuk tidur dulu."

Suatu hari Iqah melihat Jea In yang berkelakuan mesra dengan aku,hatinya seperti kaca yang pecah.Sejak daripada itu sikapnya semakin berubah.Dia sering moody,kurang bercakap dan tak gembira seperti selalunya.Aku cuba bertanya kepadanya dan setiap kali itu juga dia mengelakkan diri daripada aku.Aku berasakan tidak senang duduk kerana dia tidak lagi seperti dahulu yang aku kenal.Suatu hari Ain dan Naz datang ke rumah sewaktu Iqah tiada di rumah.

Naz:"Korang ada apa-apa masalah ka?Aku tengok korang tak macam dulu."

Aku:"Aku pun tak tau apa yang Iqah pendam.Bila aku tanya dia tak nak jawab."

Ain:"Sebenarnya dia ada jumpa aku tapi sebelum tu aku nak cakap kalau kau dapat surat apa-apa maafkan aku.Dia cerita yang dia nampak kau terlalu mesra dengan Jea In sampai suatu hari dia nampak surat yang Jea In tulis untuk confess dekat kau.Isteri mana tak kecewa?Jadi dia putuskan untuk menjauhkan diri dari kau."

Aku:"Surat apa?Kalau betul pun Jea In suka dekat aku,aku tak kan terima dia la sebab aku dah ada anak bini yang aku sayang.Aku tak kan lepaskan Iqah sebab dia orang pertama yang ada dalam hidup aku saat aku perlukan bantuan dan dia juga yang mengubah hidup aku sehingga aku berada di sini.Mana mungkin disebabkan Jea In aku nak lepaskan dia pergi.Aku rasa ini semua terjadi sebab kami tak berterus terang yang kami dah kahwin."

Ain:"Suatu hari kau akan tahu surat apa.Kami cuma nak kau banyakan bersabar.Aku nak Haziq yang aku kenal dulu yang sanggup bermati-matian untuk mengejar kebahgiaannya."

Aku:"Terima kasih sebab bagitau aku semua ni kalau tidak aku tak kan tahu sampai bila-bila dan terima kasih sekali lagi sebab sentiasa bersama aku dalam apa jua keadaan."

Naz:"Sama-sama.Kau tu kena jaga perasaan Iqah juga,jangan abaikan dia.Aku takut nanti allah tunjukan dekat kau rasa yang sama apa yang Iqah rasa sekarang ni.Aku harap kau dapat mencari jalan penyelesaian yang adil bagi dua-dua pihak."

Aku:"Insyaallah,Naz.Aku akan berusaha sedaya upaya untuk dapatkan kembali kebahagiaan keluarga aku.Minta maaf la sebab aku banyak menyusahkan korang berdua."

Naz:"Tak pa ,kita kan kawan itulah fungsi bersahabat.Kami minta diri dulu la."

Aku:"Ok,baiklah."

*Sewaktu perjalanan Naz dan Ain pulang.

Naz:"Sayang surat apa yang Iqah suruh awak hantar dekat Ajiq?"

Ain:"Abang rasa?Saya kan penguam."

Naz:"Maksud awak surat cerai?"

Ain:"Ya la,dah tu kehendak dia apa yang saya boleh buat."

Naz:"Saya faham.Apa-apa pun kita doakan yang terbaik untuk diorang."

Ain:"Hmmmmm."

Suatu hari sewaktu aku di kampus,aku ternampak yang Ling Yi melayan Iqah semesra-mesranya.Pada waktu tu,aku baru faham apa yang Iqah rasakan selama ini.Sakitnya teramat sangat seperti berjuta pisau menikam diri ini.Aku menunggu Iqah pulang dan menanyakan hal tersebut

*Iqah pulang ke rumah.

Aku:"Kurma,sini jap saya nak tanya something."

Iqah:"Ya ,kenapa?"

Aku:"Saya tengok Ling Yi tu macam suka dekat awak ja."

Iqah:"Mana ada,kami kawan biasa ja,macam awak dengan Jea In."

Aku:"Saya tengok tak macam tu pun.Ka awak pun suka dia?"

Iqah:"Awak ni kenapa?? Saya tau la batas saya sebagai seorang isteri.Awak tak percaya saya?Kalau ya pun dia ja yang suka saya ,tapi saya tak dak perasaan langsung dekat dia.FAHAM!!"

Aku:"Saya percaya awak. Tapi kalau awak yang tak menjual masa kan ada yang membeli!"

Iqah:"Sekarang awak nak cakap yang saya tergedik-gedik dekat Ling Yi tu la?Awak sedar tak apa yang awak cakap ni,saya masih ada maruah la!!Sekarang awak rasa sakit?Kecewa?Selama ni awak ingat saya tunggul takda perasaaan tengok awak mesra dengan Jea In?Dahla awak saya dah penat dengan semua ni.Sekarang awak dah rasa kan apa yang saya rasa?Saya harap awak faham kalau sesuatu yang awak tak sangka berlaku."

*Iqah masuk ke bilik tanpa berkata-kata lagi.

Aku menyesal dengan tindakanku yang selalu cemburu buta dan tidak pernah menjaga perasaan isteriku sendiri.Keesokan hari Ain datang ke rumah dan memberikan aku dua keping sampul surat lalu aku pun membuka sampul surat itu.

*Surat pertama dari Iqah.

Kepada suamiku,

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana mengabaikan awak.Saya sangat terluka melihat awak bersama dengan orang lain.Jika awak benar-benar sukakan Jea In saya merelakan awak untuk melepaskan saya.Saya terima seadanya apa jua keputusan awak.Saya tahu awak memang mencintai saya dari pertama kali kita berjumpa tapi jika memang ini takdir yang tertulis saya rela undur diri.Sebab saya tahu,mencintai tak semestinya memiliki cukup hanya dengan melihat orang yang saya sayang bahagia dengan hidupnya.Mungkin allah utuskan awak untuk membimbing Jea In supaya memeluk Islam.Saya rela bukan sebab saya mengalah tapi saya lebih memilih untuk tengok awak bahagia.Bukankan kita sudah berjanji tentang hal ini,masing-masing akan merelakan jika itu yang terbaik.Saya harap awak dapat laku kan keputusan yang terbaik.Kenang bersama awak sentiasa simpan dalam memori walau ianya memilukan.Sekali lagi saya minta maaf.I always love you.Awak bidadara kiriman tuhan untuk saya.Sekain.

Your love,

Nurul Haziqah Binti Muhammad Haris

Surat kedua merupakan borang penceraian.Aku benar-benar melakukan kesilapan besar kali ini.Aku telah merobekkan hati yang tulus mencintaiku,seorang isteri yang sanggup bergadai nyawa sewaktu bersalin dan seorang ibu yang sempurna walaupun banyak bebanan yang mendatang.Kali ini air mata jantanku benar-benar mengalir di depan Ain dan Naz.Aku tidak dapat berkata-kata lagi aku hanya berdoa supaya allah kuatkan hati kami untuk bersatu serta dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera.


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C16
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄