Aku Haziq, anak bongsu kepada seorang tentera laut dan seorang polis. Jadi hidup secara nomad itu sudah menjadi lumrah aku.Pada usia aku 14 tahun,ibu bapaku telah berpindah kembali ke tempat kelahiran mereka iaitu di Perak kerana bapaku telah bersara manakala ibuku ditugaskan di balai polis Ipoh.Aku agak gembira kerana tiada lagi perpindahan yang akan berlaku dan aku juga dapat bersama-sama kawan baharuku sehingga tamat alam sekolah menengah.Aku dimasukkan ke sekolah yg tidak jauh dari tempat tinggalku.Aku dimasukkan ke kelas 2 Al Khindi iaitu kelas ketiga.Mulanya aku agak tidak selesa kerana aku pelajar baharu tetapi perkara sebaliknya berubah apabila rakan-rakan sekelasku menegurku dengan riang dan melayanku dengan baik.Lama kelamaan aku menjadi selesa dan rapat dengan mereka.Aku mempunyai 4 orang sahabat baik iaitu Dan,Man,Din dan Naz.Mereka memanggilku dengan nama Ajiq,katanya lebih mudah untuk disebut tapi aku tidak kisah pun dengan nama yang mereka berikan .Merekalah tempat yang aku kongsikan segala-galanya.Aku tidak pernah merasakan mempunyai sahabat sebaik mereka.Hal ini disebabkan aku kerap berpindah-randah mak agak susah bagi aku untuk mempunyai sahabat rapat Sungguh beruntung aku ,tidak sia-sia aku pulang ke sini.Aku menjalani kehidupanku dengan biasa sepanjang aku di tingkatan dua tetapi segala-galanya berubah apabila aku menjejak kaki ke tingkatan tiga.