下載應用程式
91.22% Oh My Crush / Chapter 52: Chapter 52 : Explain!

章節 52: Chapter 52 : Explain!

"Naera saya boleh jelaskannya!"Kade cuba pegang kedua-dua belah lengan Naera ketika itu.

Tetapi dengan kasar, Naera tampar kedua-dua tangan itu dan gerak undur ke belakang. Dia pandang ke Kade dengan hidung kembang kempis menahan sabar. "Did I look like a fool to you?Huh?Suka?Suka buat saya macam orang bodoh dekat sini?"

Kade menggeleng kepala dengan kening berkerut susah hatinya. "Tak..Naera...saya buat-"

"Kau buat semua ni sebab serba salah terhadap aku lepas kau punca ayah aku tertekan lalu bunuh dirinya!"sambung Naera dengan nada yang tinggi. Dia mengepal jari jemari dengan erat sampai kuku cari dia mencengkam daging tapak tangannya.

"Maafkan saya Naera...tapi saya benar-benar menyesal mengenainya"ucap Kade dengan jujur.

"Menyesal?Serius?Itu je modal yang kau ada untuk jelaskan apa yang kau dah buat terhadap aku selama 8 tahun ni?"Naera tepuk dada dengan bengang. "First kau susahkan hidup ayah aku...kemudian adik perempuan tak guna kau buat ibu aku gila...dan sekarang kau apa?Tolong aku semula lepas kau bawa neraka untuk aku?Kau fikir aku ni apa?Manusia tak otak?Tak hati tak ada perasaan?HAH!"jerkah Naera.

Kade cepat-cepat melangkah mahu mendekati Naera dengan tangan terangkat hendak memegang gadis itu. "Naera bawa bertenang..saya boleh jelaskan semuanya kepada awak"pintanya dengan terdesak.

Dengusan kasar lepas dari Naera. Dia pandang judging akan Kade apabila lelaki itu buat muka kasihan seakan terdesak mahukan dia. "Simpan saja semua cerita kau tu. Sebab aku takkan percaya satu pun perkataan yang keluar dari mulut kau tu!Menyesal?Masa kau buat tak ada pulak kau fikir!"

"Naera.."

"Oh...lupa...manalah kau nak fikirkan sebab masa tu dalam kepala kau, kau hanya fikir tentang harta dan kuasa je!Benda lain mana nak fikir. Otak mungkin ada dekat kaki!"getus Naera dengan senyuman di bibir.

Kade mengetap gigi mendengar cemuhan yang diterimanya. "Saya minta maafkan...saya benar-benar menyesal dengan apa yang terjadi pada awak Naera."luah dia dengan berang. "Sebab itu saya temui awak. Dan menyewa apartment ini supaya dapat menjaga awak bagi pihak ayah awak!"

Bengang mendengar ayahnya di sebut, Naera maju ke Kade lalu angkat tangan dan menampar pipi lelaki itu sekuat hatinya!

PANG!

Bergema bunyi tamparan tersebut di dalam ruangan itu. Buatkan suasana menjadi senyap sunyi buat seketika.

Nafas Naera naik turun dengan kencang. Matanya mula berkaca dan bibir pucat dia mula menggigil sebak.

Leher dan pipi Kade ikut merah apabila darahnya berderau dek tamparan padu tadi. Sakitnya sampai berdesing telinga di buatnya. Tetapi dia diamkan saja. tidak membalas.

"Jangan kau berani sebut nama ayah aku dengan mulut Kotor kau tu!Kau tak layak untuk sebut tentang dia lepas apa yang menimpa pada nasib dia yang malang tu!Tak cukup dengan memfitnah dia, kau singkirkan dia dari syarikat yang dia bina dengan hasil titik peluhnya sendiri."luah Naera dengan kesal.

Tidak mampu hendak berkata apa-apa, Kade hanya termenung memandang ke lantai sambil merasai denyutan sakit dari kebas tamparannya.

"Mulai hari ini...mulai detik ni...aku tak nak ada apa-apa hubungan dengan kau. Apa nak jadi lantak la kau situ. Nak terkangkang nak terbongkang?Pergi MAMPUS!"sembur Naera dengan bersungguh. Dia benar-benar menyirap dan kebengangan. "Kalau kau berani muncul depan mata aku!Aku sumpah!Aku sumpah aku akan bunuh diri aku sendiri!Dengar tu!"lafaz Naera sebelum tolak Kade ke tepi dari menghalang laluannya untuk ke bilik tidur.

Bila Naera masuk ke dalam bilik tidur, Kade tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Lelaki itu hanya kejung di situ kerana begitu terpempan dengan apa yang didengarnya. Dia tidak tahu bagaimana Naera tahu mengenai hal ni. Tapi ada satu kemungkinan saja yang dia terfikir saat ini. Berasa tidak puas hati dia gerak untuk masuk ke bilik Naera.

Dan ketika itu Naera sudahpun sibuk memunggah bagasi naik ke katil.

"Macam mana awak boleh tahu semua ini Naera?"tanya Kade sambil memerhatikan Naera keluarkan pakaian dari almarai pakaian lalu di campak ke bagasi di katil tadi. "Adakah Seth yang memberitahu hal ini kepada awak?"tanya dia dengan rahang terketap kuat.

Naera yang sedang sibuk mengeluarkan barang dari laci itu palingkan kepala dengan laju. Dia pandang Kade Bersama jelingan maut.

Kade Nampak akan jelingan Naera. Air mukanya berubah kepada reaksi marah. "Jadi betul la Seth yang beritahu semua ni?"marahnya. "Saya dah agak!Lelaki keparat tu tak habis-habis nak masuk campur urusan saya! Dari dulu lagi!Termasuk hal perebutan hak penjagaan anak Teressa. Dan sekarang awak!Dasar anak orang kaya manja tak guna!Saya merancang hendak beritahu hal ini sendiri. Tapi nampaknya dia telah lakukannya sendiri"ujarnya dengan sinis.

Berang dengan tuduhan itu, Naera campak barang ke bagasi kasar-kasar. Berani kan Kade tuduh Seth! "Hey!Cakap tu baik sikit ya!"dia tunding jari beri amaran ke depan muka Kade. "Seth tak pernah pun nak rosakkan nama awak macam awak buat pada ayah saya. Malah dia lindungi awak supaya saya tidak membencikan awak!Dia rahsiakan semuanya dari saya dan letakkan semua kesalahan yang ayah dia, ibu dia, awak dan Teressa sendiri ke atas bahunya. Awak tahu tu!Dan sekarang awak apa?Salahkan dia?Well...for your information..saya tahu semua ini sendiri dari perbualan awak dengan Teressa siang tadi sewaktu saya mahu mengajak awak keluar makan tengah hari. Okay?Awak yang buka pekung di dada awak sendiri!Jadi berhenti tuduh Seth macam Seth yang jahat dalam situasi ni!"luahnya.

Terkedu sekali Kade dibuat penjelasan Naera. Dia sama sekali tidak menjangka hal itu. Nafasnya tertahan tanpa sedar.

Setelah selesai pack barang yang penting, Naera zip bagasinya dan turunkan ia dari katil dan gerak tergesa-gesa ke arah pintu.

"Awak nak kemana Naera?"tanya Kade yang memegang lengan Naera apabila gadis itu berhenti di depannya.

"Jangan sentuh saya!"dengkingnya dengan garang. "Saya nak keluar dari sini!Awak ambil la apartment ni. Kan awak yang bayar semuanya dari awalkan!Saya tak nak lagi tinggal di sini!Apa lagi berada dekat dengan awak!Sampai saya mati!Jangan tunjuk muka awak depan saya lagi!"jawabnya sebelum atur langkah keluar dari bilik dan terus ke depan pintu.

BAM!

Sesaat kemudian bunyi hempasan pintu kedengaran.

Kade yang masih berada dalam bilik Naera tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Dia terduduk di katil Naera dengan bahu jatuh hilang semangat. Dengan kesal dia raup wajahnya kebengangan kerana tidak menyangka hal akan jadi begini!

**************************************************

Okay Buddies.

Fuhh!Kejang jari menaip bagai nak apa di keyboard ni!

Ingatkan dah lima chapter..sekali tu...3 je dapat siap.

So hari ni Tinta hanya dapat belanja 3 Chapter je untuk hari ni.

Harap puas hati la ya.

Hihihihi!

Macam yang Tinta beritahu, konflik ni buat otak Tinta letih.

Gaduh besar bhai Naera dengan Kade. Ingatkan tadi nak buat Naera pelangkung si Kade ke baling barang ke apa ke.baru masyuk sikit kan..tapi itu la...watak Naera bukan gadis tough ke apa. terpaksa la guna perang mulut je.

Tinggal 11 hari je lagi sebelum masuk bulan tiga. So wish me luck!

Itu saja,

See at next chapter.

XOXO Buddies.

Adios!


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C52
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄