下載應用程式
42.1% Oh My Crush / Chapter 24: Chapter 24 : Kawan Lama

章節 24: Chapter 24 : Kawan Lama

"Naera Aleena?"tegur suara dari belakang semasa dia tunduk meletakkan fail berisi dokumen untuk mesyuarat sebentar lagi pada Seth.

Tersentak mendengar nama penuh itu di panggil, Naera dan Seth dengan serentak palingkan kepala lalu bertentang mata dengan sekumpulan lelaki dan wanita di situ. Masing-masing berpakaian formal dan bertali leher serba hitam.

"Ya saya?"sambut Naera dengan kening berkerut. Siapa mereka ni?

"Ya tuhan...jadi betul la saya dengar?"seorang wanita munculkan diri dari balik celah mereka di situ.

Seth ikut bangun dari kerusi sidang mesyuarat itu lalu menghadap para pelabur yang bakal melabur di syarikat Di Clove bagi menyelamatkan ia dari lingkup sepenuhnya. Dan mereka semua ini adalah kawan lama Nadeem Alec lama dulu. Seth yang kumpulkan mereka semua.

Naera semakin kebingungan. Dia pandang wanita yang mungkin seusia ibunya di situ lalu ke lelaki yang ada depannya. Apa yang betulnya?Dah kenapa mereka pandang dia semacam begini?

"Puan kenal saya?"tanya Naera.

"Ahaha..sudah tentu la kami kenal...kalau kamu nak tahu kami adalah teman lama ayah kamu sewaktu kamu kecil dulu. Seringkali kami datang ke rumah untuk makan Bersama ibu dan ayah kamu suatu masa dahulu"

"betul tu...sejujurnya kami tidak pernah percaya apa yang dituduhkan ke atas ayah kamu dulu. Tapi memandangkan ayah kamu tidak benarkan kami libatkan diri demi menjaga nama baik dan keselamatan kami sendiri...ayah kamu telah buat keputusan sendiri"

Terkedu Naera mendengarnya.

"Maafla sekiranya baru sekarang kami datang hendak membantu"

"Disebabkan Di Clove dimiliki oleh Triad Convenant kami langsung tak boleh sentuh atau bantu. Tapi selepas di hubungi dan dimaklumkan bahawa syarikat ini sudah dibeli oleh anak kandung Nadeem sendiri, kami tanpa berlengah terus ke sini"

"betul tu...sebab itu saya terkejut bila lihat kamu di sini. Tak sangka, anak yang kecil dulu kini sudah jadi seorang wanita yang jelita."

Semua di situ mengangguk kepala.

Mahu menangis Naera sewaktu mendengar penjelasan mereka di situ. Dia sama sekali tidak mengetahui hal ini. Sumpah. Apa dia tahu dia cuma nak bukti untuk bersihkan semula nama baik ayah dan keluarganya saja. Tapi apa maksud mereka syarikat ini dibeli oleh anak kandung?

"Selamat datang tuan puan. Terima kasih kerana sudi menerima permintaan saya untuk ke sini."ucap Seth yang berada di sisi Naera ketika itu, Dia hulur tangan untuk berjabat dengan setiap seorang di situ.

Sebaik mendengar suara Seth, Naera menyedari akan sesuatu. Yang beli syarikat ini adalah Seth. Adakah semua ini kerja lelaki ni?

Perhatian mereka semua di situ beralih pada Seth pula.

"Tiada masalah."

"Ianya satu kebesaran buat kami menerima permintaan dari CEO termuda yang memiliki pengaruh sendiri walaupun sudah mempunyai tapak yang lebih kukuh seperti Triad Convenant."

Seth agak kurang senang bila dirinya di kaitkan dengan syarikat itu. Senyuman terpaksa diberikan. "Silakan duduk."ajunya kepada mereka semua di situ. Dia bencikan nama kumpulan. Sebolehnya dia enggan ada kaitan dengan mereka.

Semua di situ mengangguk kepala patuh. Tanpa membuang masa setiap seorang lelaki dan wanita di situ mula mengambil tempat dan duduk selesakan diri sambil diperhatikan oleh Naera. Seusai Seth duduk di situ, dia hadap lapan orang pelabur di depannya dengan postur profesionalnya.

"Shall we start?"tanya Seth kepada mereka semua. "Kehadiran tuan-tuan dan puan semua ke sini adalah untuk menjadi pelabur di syarikat ni. Saya tahu ianya tidak masuk akal. tapi percaya la..ianya akan beri profit yang lebih berganda buat anda semua sekiranya berlabur di sini."beritahu dia.

Naera pandang tepi muka Seth dengan perasaan tertanya-tanya. Apa yang Seth cuba lakukan?lelaki ni serius nak tolong dia selamatkan syarikat ayahnya ke?Serius?Tapi kenapa?Bukan ke sepatutnya Seth sokong keluarga lelaki ni?Bukan buat perkara yang bertentangan?The Donovan terkenal dengan trade mark 'memusnahkan' bukan 'memulihkan'.

Dalam mesyuarat itu, barula Naera tahu siapa tu siapa. Lelaki pertama yang sebut namanya tadi adalah CEO dan Pengarah Urusan Star High, manakala wanita yang menegurnya, adalah CAO, Chief Administrative Officer REID Venture. Dan kebanyakan mereka di situ terdiri daripada orang besar dari syarikat terkemuka.

Dan sepanjang mesyuarat itu, acap kali Seth curi-curi kerling ke Naera. Dia pandang tepi wajah itu dengan perasaan nekad.

Dia nekad. Tidak kira apa sekalipun situasinya, dia akan bantu Naera walaupun akhirnya Naera tidak akan dapat menerima dia dalam hidup gadis itu. Dia faham kalau Naera buat keputusan itu. Apa yang pasti dia akan betulkan semua kesalahan ayahnya.

Satu persatu.


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C24
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄