下載應用程式
87.8% Damon Revenge / Chapter 72: 72.

章節 72: 72.

KLIK!

KLIK!

KLIK!

FLASH!

KLIK!

POK! Belakang kepala tu di tampar.

"Auw!"aduh Ryan sambil pegang belakang kepala dengan kening berkerut sebelum dongak memandang ke belakang. "What the hell..sakit la!"desis dia dengan keras pada Kian yang berdiri di belakang sofa.

"Apa kau buat?!"jegil Kian dengan geram.

"Tak nampak ke?!"deram Ryan sambil jeling mata ke orang yang baring berbantal dekat sofa panjang yang dia tengah duduk tu.

Mata Kian gerak ke Xiana sebelum terarah pada kesan benjol dekat tengah-tengah dahi tu. "Letak balik pek ais tu...jangan nak pelik-pelik boleh tak..."bisik dia dengan keras pada Ryan. Tak boleh nak tinggikan suara memandangkan ada dua orang tengah terlena pada saat itu.

Mateo ada dalam bilik. Xiana dekat sofa. Dua-dua orang ni sama-sama sedang lalui waktu yang sukar sekarang ni. 

"Sekejap la...kau tak nampak ke comel je benjol di...dah macam ultraman pulak aku tengok..."sengih Ryan sebelum angkat telefon dia sekali lagi lalu selfie bersama Xiana yang tak sedarkan diri tu. Siap buat V pose lagi.

Kian menjuling mata kejengkelan. "Kau ni kan tak pernah nak serius tahu tak..benda sekarang bukan nak bergurau...Xiana nampak apa yang dia tak patut nampak..dan Tuan Mateo betul-betul marah sekarang.."desis dia.

Ryan pandang skrin telefon, melihat gambar-gambar yang dia ambik tadi dengan sengih meleret. "Bukan salah aku..dah benda nak jadi..nak macam mana kan lagi.."

Malas nak layan perangai Ryan, Kian hanya berlalu ke dapur apartment Mateo untuk minum.

Ryan letakkan telefon dekat dalam poket kot dia sebelum betulkan selimut dekat badan Xiana dan kemudiannya letakkan pek ais dekat atas dahi yang benjol itu perlahan-lahan.

Mungkin disebabkan pek ais tu, kening Xiana berkerut-kerut buat beberapa saat lantas mata bundar berbuku mata lentik itu terbuka perlahan-lahan.

Ryan hanya diam memerhati mata tu terbuka sepenuhnya tanpa berkata apa-apa. Dia letak tangan dekat sofa tu semasa tunduk memandang Xiana.

Apa yang dia rasa waktu itu kan, ibaratnya seperti baru dihempap timbunan batu bata je. Xiana paksa mata dia terbuka dalam menahan sakit yang dirasai sekitar kepala dan belakang leher dia.

"Err.."dia angkat tangan hendak memegang kepala tapi di halang.

"Biarkan..jangan di pegang."suara Ryan menyapa telinganya.

Dengan kening berkerut Xiana pandang Ryan sebelum semuanya terimbas seperti wayang dalam kepala.

Masa itu la Kian muncul dari dapur dengan mug di tangan, dia ternampak Xiana dah sedar. Bersama muka lega dan terkejut dia jalan dekati Ryan lalu berlutut dekat tepi sofa.

Xiana pandang sedih ke Ryan sebelum Kian muncul di sisi dia. "Awak dah tahu dari awal?"tanya dia dengan suara serak sedih kecilnya.

Ryan pandang Kian sekejap lalu mengangguk kepala. "Saya tahu.."

Mata Xiana gerak ke Kian sebelum air mata mengalir turun dari tepi mata. "Tapi semua tu salah..."sebut dia dengan sebak.

Kian berkerut kening susah hati taktala melihat wajah Xiana mulai kemerahan lagi setiap kali menangis."Mereka layak menerima hukuman tu.."ujar dia dengan perlahan.

Xiana menghadap siling lalu memejam mata saat menangis dengan sebak tanpa suara. Melihat orang mati di depan mata dia bukan perkara seronok untuk di ingat.

"Kenapa awak buat semua ni tanpa perasaan sama sekali..."nangis Xiana sehingga buatkan tubuh itu menggeletar sedih.

Tak terbayang dia kalau yang mati itu adalah ahli keluarganya sendiri. Apa perasaan dia waktu tu kalau nampak ahli keluarga dibunuh depan mata sendiri.

Ryan pegang tangan Xiana yang ada di atas perut itu sewaktu suara esak tanggis mulai mengisi ruang tamu itu.

"Cik...itu yang terakhir. Lepas ni tiada lagi.." pujuk Kian sambil seka air mata yang turun dari tepi mata dengan jari telunjuknya.

Kening Ryan berkerut serba salah.

"Tolong jangan bencikan Tuan Mateo...dia buat semua tu untuk tuntut ke adilan buat keluarga dia saja bukan untuk kepentingan diri sendiri semata." minta Ryan sambil tepuk tangan yang dipegang.

Sambil sedut hingus dengan susah payah, mata Xiana gerak memandang Ryan. "Bukan dengan cari ni untuk tuntut bela Ryan...bukan sepertu ni...semua ni salah..."ujarnya dengan sedih.

"Kami tahu...tapi kami hanya hapuskan orang yang tak sepatutnya terus hidup dekat muka bumi ni. Mereka yang mati itu ibarat parasit. Nampak tak berbahaya tapi membunuh."kata Kian lagi.

Ryan angguk kepala setuju.

Xiana hanya mampu menangis di situ tak terkata. Sesak dada dia hanya Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya dia rasai waktu itu.


章節 73: 73.

Keesokan harinya...

Sentuhan lembut pada dahi buatkan dia yang baru nak terlena terus tersedar semula. Dengan letih dia buka matanya.

"Hi honey.."senyum Mateo sambil usap kepala Xiana yang sedang panas tu.

Xiana tenung wajah tu dalam-dalam. Masih marah akan Mateo sampai demam dia dibuatnya.

"Maafkan aku sebab kau terpaksa tengok semua tu." ucap Mateo dengan perlahan.  Lepas seharian berkurung untuk cuba gagahkan diri, Kian dan Ryan jumpa dia tadi. Mereka berdua mintak dia jelaskan semuanya pada Xiana supaya salah faham ni selesai dan mereka berdua tak terseksa lagi macam ni.

Segalanya dari A hingga Z.

Nak tak nak dia kena jugak beritahu, lagipun Xiana dah tahu macam-macam. Tak ada apa-apa yang dia patut rahsiakan lagi.

"Tolong la berhenti...awak nak tengok saya mati ke?"bisik Xiana dengan perlahan.

"Maafkan aku..."ucap Mateo lagi sebelum melutut dekat lantai sebelah katilnya menghadap Xiana yang sedang alami demam panas.

Ryan dan Kian dah bawa Xiana ke hospital tengah hari tadi. Petangnya mereka balik. Dan sekarang Xiana hanya perlukan rehat. Dia nak pergi tapi sibuk uruskan sesuatu. Ini pun baru balik dari keluar siapkan kerja.

"Saya dah cukup dengan semua ni. Tolong lepaskan saya..."rintih Xiana saat memejam mata. Sakit sangat dah ni!

Mateo pegang tangan Xiana lalu diramas lembut sebelum dibawa ke dahi dia. Dia pun dah penat. Penat sangat sampai nak berdiri pun tak mampu."Aku tak boleh."

Terus mengalir air mata dari tepi mata Xiana.

"Kenapa?Apa lagi yang awak nak dari saya?"Xiana palingkan kepala ke Mateo.

Mateo angkat kepala lalu memandang Xiana dengan mata basah dengan air mata. "Sebab aku tak boleh kehilangan sesiapa lagi.."ucap dia dengan susah payah.

Kening Xiana mencerlung tak faham."Apa maksud awak?"

Mateo pejam mata sebelum tundukkan kepala ke bawah. Lama dia diam, nak cari kekuatan untuk lafazkannya. Selama ni dia diam tak cakap apa-apa mengenainya sebab tak nak kelihatan lemah di mata sesiapa. Tapi nak buat macam mana, sekalipun dia lelaki dia tetap seorang manusia yang rapuh dan lemah.

"Papa aku dah tak Ana.."lafaz Mateo dengan dengan suara terketar-ketar. "Minggu lepas masa aku bawa kau ke padang rumput...hari tu sebenarnya papa aku dah menghembuskan nafas dia yang terakhir...aku tak sempat nak lawat dia sebab masa tu sangat genting, aku takut kalau aku pergi jugak mungkin aku takkan dapat teruskan semua ni lagi..."

Tersentak kepala Xiana lepas dengar. Dia yang sedang sakit tu terus angkat kepala memandang tak percaya. "Apa?!"

Tak mampu angkat kepala dia hanya tunduk ke bawah dan sambung berkata."Dua hari kemudiannya lepas papa dikebumikan...orang aku yang ada dekat sana beritahu...mama aku bunuh diri dengan gantung diri dia dekat dalam bilik tidur. Mama tulis surat terakhir mengatakan dia tak boleh hidup dalam keadaan serba salah lagi. Dia salahkan diri sendiri sebab papa aku mati..."luah Mateo dengan sebak sekali.

Sambil menahan sakit di kepalanya Xiana duduk melunjur atas katil tu lantas tarik Mateo naik ke atas katil menghadap dia. "Kenapa awak tak beritahu saya?"tanya dia sejurus itu.

Mateo sandarkan kepala dia pada bahu Xiana dengan tangan terkulai di sisi. "Aku kena jadi kuat...kalau aku lemah. Macam mana dengan orang-orang yang aku pimpin.."

Xiana usap belakang kepala Mateo dengan lembut. "Sebab itu ke awak bunuh mereka semua?"soal Xiana.

"Aku tahu...bunuh dia orang takkan dapat kembalikan mama dengan papa semula tapi a-" Mateo tak dapatkan teruskan kata-kata lagi taktala bahu lelaki itu menggeletar kuat dan nangisnya menjadi-jadi.

Segala yang tersimpan lama dalam dadanya selama ini di luahkan jugak.

Xiana ikut menangis lepas dengar. Dia tak tahu apa dia nak buat. Biasanya Mateo la yang pujuk dia bila dia down.

"Tolong lah..buat kali ni je bersabar untuk aku."rayu Mateo dengan lemah dengan kepala masih berada si bahu dan air mata jatuh menitis-nitis ke cadar itu.


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C72
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank 200+ 推薦票榜
Stone 0 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄

tip 段落評論

段落註釋功能現已上線!將滑鼠移到任何段落上,然後按下圖示以添加您的評論。

此外,您可以隨時在「設置」 中將其關閉/ 打開。

明白了