5 years later...
"Awak. Bangun untuk sahur," kataku sambil mengejut Isyraf.
Hari ini merupakan hari ke-20 seluruh umat Islam berpuasa. Aku dan Isyraf sudah berpindah ke rumah yang dihadiahkan oleh along dan angah di Kuala Lumpur. Anak? Belum ada rezeki lagi. Along dan kak Maisara turut menetap di Kuala Lumpur kerana along bekerja sebagai seorang doktor di sana. Kak Maisara menjadi suri rumah sepenuh masa selepas melahirkan seorang anak lelaki, yang kini berusia 2 tahun dan bernama Aizat. Angah pula menjadi anggota polis di daerah kampung dan menetap bersama umi dan abah di sana. Farah dan Amir sudah berkahwin dua tahun lepas. Mereka sudah mempunyai dua anak perempuan. Suhaila yang baru berusia setahun dan Wanie yang baru beberapa bulan. Kawan-kawan yang lain turut sudah berkahwin. Isyraf sudah melangkah ke bilik air manakala aku menurun ke dapur untuk menyediakan nasi dan lauk untuk sahur. Seorang wanita dan lelaki, yang berusia dalam 50-an, sedang melangkah ke dapur.
"Naz. Maafkan Mak Jah kerana tidak bantu Naz siapkan makanan untuk sahur," kata wanita yang bernama Mak Jah itu.
"Alah Mak Jah. Setakat makanan ini, tak ada apa-apa lah sangat. Mak Jah dan Pak Mail perlukan rehat juga," pujukku.
Kelibat Isyraf yang masuk ke dalam dapur membuat semua memandangnya. Aku mengambil pinggan untuk aku, Mak Jah, Pak Mail dan Isyraf. Nasi sudah diletakkan ke dalam pinggan dan suasana di dapur itu amat sepi tanpa sebarang perbualan. Mak Jah merupakan orang gaji yang telah aku menawarkan kepadanya kerana aku berasa amat kesian akan jalan hidupnya bersama suaminya, Pak Mail. Pak Mail pula sentiasa menawarkan diri untuk memandu ke mana-mana walaupun telah dihalang olehku dan Isyraf. Setelah makan sahur, aku mengemas meja manakala Mak Jah mencuci pinggan-mangkuk. Isyraf dan Pak Mail berbual sementara menunggu azan Subuh. Mereka segera mengambil wudu'. Aku dan Mak Jah menyediakan sejadah sebelum mengambil wudu'. Apabila azan Subuh berkumandang, kami segera menunaikan kewajipan kami. Selepas menunaikan solat Subuh, aku dan Isyraf melabuhkan punggung kami di sofa. Mak Jah dan Pak Mail sudah melangkah ke bilik. Aku perasan bahawa Isyraf sedang merenungku. Aku mengangkat keningku sambil memandangnya.
"Kenapa abang pandang saya macam itu?" soalku dengan hairan.
Isyraf menggelengkan kepalanya sebelum berkata, "Tak sangka bahawa abang dapat beraya dengan sayang dan ini tahun ke-5. Banyak sangat benda yang sudah berubah ye."
Aku mengangguk dan sebuah senyuman mula terukir di bibirku. Kenangan demi kenangan mula mengimbas di fikiran kami. Isyraf turut tersenyum apabila memikirkan kenangan-kenangan tersebut. Kepalaku diletakkan di bahu Isyraf dan diusap perlahan oleh Isyraf sementara kami berdua berbual tentang kenangan kami berdua.
"Abang. Untuk raya tahun ini, abang nak tema warna apa?" soalku tanpa memandang Isyraf.
"Hmm.. Sayang nak warna apa?" soalnya balik. Aku mengangkat kepalaku dan mula berfikir. Isyraf memandangku dengan tangannya memelukku sambil menunggu jawapan dariku. Dia membisikkan sesuatu apabila memikirkan aku sedang fikir terlalu panjang.
"Aik, lamanya fikir. Apalah nak jadi dengan isteri abang ini," bisiknya di telingaku.
Aku ketawa kegelian sebelum memandangnya dan menyoal, "Apa kata, tema warna ini adalah ungu?"
Isyraf kelihatan seperti memikirkan sesuatu sebelum membalas, "Ungu pun ungulah. Asalkan boleh beraya dengan sayang."
Dia sempat mengenyitkan matanya kepadaku. Aku mengulungkan mataku dan tersenyum.
"Tapi kan, Mak Jah dan Pak Mail nak pakai baju raya apa?" soalku lagi.
"Mereka pakai baju raya ungu juga lah. Diorang kan dah macam keluarga kita," balas Isyraf dengan senyuman manisnya. Aku sekadar mengangguk tanda setuju.
----------------------------------------------------------------------------------------------
"Assalamualaikum!"
"Waalaikumsalam. Jemput masuk Jah, Mail," tutur umi sambil menjemput kami duduk. Aku dan Isyraf menyalami keluargaku manakala Mak Jah sudah menyalam umi. Pak Mail pula menyalami abah, along dan angah.
"Kamu berdua akan beraya di rumah ibu dan ayah kamu ke? Raya di rumah mereka esok eh? Hari ini, mereka akan datang ke sini. Esok kita sama-sama raya di sana pula," tutur abah.
Aku dan Isyraf sekadar mengangguk.
"Isyraf, Naz. Kamu berdua kata ada benda nak bagitahu. Bagitahu sekarang lah," kata along kepada kami.
Aku memandang Isyraf dengan senyuman manis sebelum berkata, "Tunggu semua orang datang."
"Tak boleh bagitahu sekarang ke?" soal angah.
Aku dan Isyraf menggelengkan kepala secara serentak. Pak Mail, abah, angah dan Isyraf saling berbual manakala Mak Jah dan umi berbual. Aku melangkah ke dapur untuk membantu umi dan Mak Jah menyediakan makanan di meja dan bancuh air. Kak Maisara turut menolong. Puan Zalikha, Ustaz Khairul dan Isya sudah sampai ke rumah. Isya segera memelukku dan Isyraf, seakan-akan kami berdua tidak pernah melawatnya sebelum ini. Farah sekeluarga dan kawan-kawan kami berdua turut hadir pada hari yang mulia itu. Kami mulakan dengan salam dan mohon maaf sesama sendiri. Selepas memohon maaf, kami sekeluarga mengambil gambar. Pak Mail dan Mak Jah turut diheret untuk mengambil gambar bersama kerana sudah menganggap sebagai keluarga sendiri.
"Zalikha, Khairul, Mail, Jah. Mari makan. Naz, Isyraf dan Isya sekali," tegur abah dengan gembira.
Aku, Isyraf, Isya, angah, along dan kak Maisara duduk di rumah tamu bersama makanan dan minuman kami. Umi, abah, Mak Jah, Pak Mail, Puan Zalikha dan Ustaz Khairul duduk di meja dan seronok berbual antara satu sama lain. Aku tersenyum melihat Aizat yang comel apabila makan bersama kak Maisara. Tiba-tiba, Isyraf melarikan diri ke bilik air. Satu keluarga, termasuk kawan-kawan kami, terkejut melihatnya berlari. Aku segera mengikut langkah Isyraf dan kelihatan Isyraf sedang membuang semua makanan yang baharu dimakannya. Aku mengusap belakangnya dengan tenang.
"Abang okay?" soalku kepada Isyraf.
Isyraf mengangguk lemah. Ibu bapa kami mula risau akan kesihatannya. Aku mengukir sebuah senyuman yang agak misteri. Along dan angah, yang melihatku tersenyum misteri, seakan-akan tahu bahawa aku dan Isyraf ada sesuatu yang tidak memberitahu. Akan tetapi, mereka tidak mahu masuk campur. Farah turut senyapkan diri.
"Betul ke ni? Jom pergi klinik. Umi risau lah," tutur umi dengan penuh kerisauan.
"Ibu. Raf okay.. Ibu jangan risau. Lagipun, apalah sangat jikalau muntah ini," kata Isyraf dengan tenang.
"Ini kamu kata okay. Kamu biar betul?" marah Puan Zalikha. Aku dan Isyraf saling berpandangan sebelum ketawa kecil. Puan Zalikha dan umi sudah mula membebel manakala yang lain memandang kami dengan penuh hairan kecuali Mak Jah dan Pak Mail. Isyraf memandangku sambil mengangkat kening. Aku sekadar mengangguk.
"Umi dan ayah akan mempunyai cucu lagi. Ibu dan ayah bakal menjadi nenek dan datuk. Along dan angah akan menjadi paklong dan pakngah. Isya akan menjadi makcik," tutur Isyraf sekaligus.
"Sudah tentulah aku jadi pakngah. Kejap... Kau kata umi dan abah akan mempunyai cucu lagi?" soal angah dengan terkejut sambil memandang Isyraf. Isyraf mengangguk.
"Ibu dan ayah bakal menjadi nenek dan datuk?" soal along pula. Aku mengangguk.
"Kamu mengandung?" soal umi dan Puan Zalikha secara terkejut dengan serentak.
Aku dan Isyraf mengangguk secara serentak. Umi dan Puan Zalikha memeluk sesama sendiri sambil mengukir senyuman di bibir mereka. Along, angah, kak Maisara dan Isya tersenyum. Abah dan Ustaz Khairul sudah ketawa gembira. Mak Jah dan Pak Mail tersenyum melihat kegembiraan keluarga ini. Kawan-kawanku sudah ketawa melihat pelbagai reaksi yang dapat dari keluargaku serta kelaurga Isyraf.
"Dah berapa minggu?" soal kak Maisara.
"Baru 2 bulan lebih. Inilah perkara yang kami ingin bagitahu apabila semua sudah sampai," balasku.
"Patutlah umi tengok kamu makin berisi," kata umi dengan senyuman. Aku dan Isyraf ketawa. Rasanya kejutan kali ini benar benar membuat raya tahun ini lebih bermakna bagi keluarga dan kawan-kawan kami. Senyuman terukir di bibirku dan Isyraf sambil menyaksikan kegembiraan yang ada di keluarga kami. Kami berdua berharap bahawa kegembiraan hari ini akan berterusan sehingga akhir hayat.
"Selamat hari raya, abang."
"Selamat hari raya, sayang."
THE END
— 結束 — 寫檢討