下載應用程式
95.23% Dia Imam Mudaku! / Chapter 20: Bab 20

章節 20: Bab 20

Ramai sanak-saudara sudah berada di masjid untuk menyaksikan pernikahan along dan kak Maisara. Aku mengambil tempatku di sebelah kiri kak Maisara. Mak kak Maisara pula duduk di sebelah kanan kak Maisara. Isyraf sudah mengambil tempatnya di sebelah abah. Majlis pernikahan along dan kak Maisara berlangsung dengan lancar. Kak Maisara sudah menjadi isteri along dengan sekali lafaz. Angah pula sibuk mengambil gambar momen-momen cantik.

Masa berjalan dengan pantas dan majlis bersanding akan berlangsung di sebuah dewan hotel yang dekat dengan kampung dan sedikit murah untuk menanggung kos pembayaran. Aku dan Isyraf pulang ke rumah buat seketika untuk mengambil guitar untuk majlis beersanding manakala yang lain sudah bergerak ke hotel tersebut. Setiba sahaja di hotel tersebut, aku dan Isyraf segera jumpa angah.

"Okay korang dah ambil guitar?" soal angah dan dibalas dengan anggukkan.

"Ingat eh rancangan kita. Angah akan ambil mic dari DJ untuk mulakan ucapan dan bila angah sebut nama Nazirah, Naz akan mulakan ucapan adik.. Sementara Naz memberi ucapan, angah dan Isyraf akan membuat sound check sebagai permulaan kejutan untuk along dan kak long," kata angah.

Aku dan Isyraf mengangguk lagi sekali. Majlis bersanding itu berjalan dengan lancar. Along dan kak Maisara sudah habis sesi makan serta sedikit pengambaran dan angah mula mengambil mic dari DJ. Aku memegang tangan Isyraf kerana agak gelisah.

"Kenapa ni?" soal Isyraf.

"Nervous.. Tak pernah beri ucapan depan orang ramai," balasku sambil memandang sekeliling. Isyraf senyum tipis dan membalas peganganku untuk memberi sokongan untukku. Semua tetamu, yang berada di dewan itu, memberi perhatian kepada angah.

"Assalamualaikum semua. Seperti semua tahu, hari ini merupakan hari istimewa bagi Mohd Farhan Sufyan, along saya, dan Siti Maisara, kakak ipar saya. Saya ingin mengucapkan selamat pengantin baru bagi mereka berdua.

Along, akhirnya kau sudah jumpa jodoh kau. Aku harap kau dapat kebahagiaan kau dan tempuhi semua dugaan kau bersama kak Maisara. Aku sentiasa akan doakan untuk kau dan sokong kau dari belakang. Kak Maisara, or should I say, kak long Maisara. Angah harap kak long dapat bahagiakan along dan sentiasa ada untuknya. Angah harap kak long dapat sayangkan dia dan dapat jaga along dengan elok-elok.

Sekarang, saya ingin memberi mic ini kepada adik saya," ucap angah. Dewan itu senyap dan tersentuh akan ucapan angah tadi. Sampai along menitiskan air matanya. Aku pergi ke arah angah danku mengambil mic dari tangan angah untuk memulakan ucapanku.

"Assalamualaikum. I'm going to keep it short and simple. Along dan kaklong Maisara, selamat pengantin baru dari adik dengan Isyraf. Semoga along dan kaklong sentiasa bahagia dan hadapi semua dugaan bersama-sama. Jangan lupa bagi banyak cucu untuk umi dan abah. Terima kasih," ucapku pula. Angah dan Isyraf sudah berdiri di tempat DJ. Aku melangkah ke arah mereka dan memberi mic kepada Isyraf.

"Saya ingin tambah sikit untuk ucapan Nazirah. Along, semoga along dan kak long bahagia dunia dan akhirat. Apa-apa pun, Isyraf akan turut berdoa untuk kebahagiaan along dan kak long. Kami berdua akan sentiasa menyokong along dan kak long. Terima kasih," ucap Isyraf pula.

Isyraf memberi mic itu kepada DJ semula. Mereka berdua membuat sound check yang memberi semua tetamu termasuk pengantin di dewan itu terkejut. Umi, abah, Puan Zalikha, Ustaz Khairul dan ibu bapa kak Maisara hanya ketawa kecil sambil tersengih kerana tahu akan siapa gerangan yang melakukan perkara itu.

"This song and this video is for you, along. Hope you love it," kataku dan angah. Angah dan Isyraf memulakan lagu itu dengan bermain guitar sebelum angah nyanyi.

Angah:

Menatap kepergian dirimu

Menatap menangis sedih tak tertahan

Terbayang saat bersama lewati masa terindah

Saat kau memelukku tuturkan cinta

Aku dan Angah:

Kaulah seluruh cinta bagiku

Yang selalu menentramkan perasaanku

Dirimu kan selalu ada disisiku selamanya

Kau bagaikan nafas ditubuhku

Yang sanggup menghidupkan segala gerakku

Ku kan selalu memujamu hingga nanti kita kan bersama

Isyraf:

Tak sanggup ku memikirnya lagi

Habis separuh nyawaku tangisimu

Tiada lagi bait terindah terdengar merdu terucap

Merayu menyanjungku tenangkan jiwa

Aku dan Isyraf:

Kaulah seluruh cinta bagiku

Yang selalu menentramkan perasaanku

Dirimu kan selalu ada disisiku selamanya

Kau bagaikan nafas ditubuhku

Yang sanggup menghidupkan segala gerakku

Ku kan selalu memujamu hingga nanti kita kan bersama

Angah:

Karena cinta yang setulus cinta

Tiada yang sanggup gantikan dirimu

Tiada rasa seindah kasihmu

Tiada yang mampu temani diriku

Kaulah seluruh cinta bagiku

Yang selalu menentramkan perasaanku

Aku:

Dirimu kan selalu ada disisiku selamanya

Kau bagaikan nafas ditubuhku

Yang sanggup menghidupkan segala gerakku

Ku kan selalu memujamu hingga nanti kita kan bersama

Kau bagaikan nafas ditubuhku

Yang sanggup menghidupkan segala gerakku

Aku, Isyraf dan Angah:

Ku kan selalu memujamu hingga nanti kita kan bersama

Ku kan selalu memujamu hingga nanti kita kan bersama

Selepas menyanyikan lagu Seluruh Cinta dari Dato' Siti Norhaliza dan Cakra Khan, semua yang berada di dalam dewan itu. Aku, angah serta Isyraf mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi.

The End.

TBC


Load failed, please RETRY

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C20
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄