"Mak, abah, aunty, uncle.. Ada apa panggil kami?" soal Isyraf. Aku mendiamkan diri.
"Kami ada permintaan untuk kamu berdua dan kami harap kamu berdua terima permintaan ini," kata abah.
'Permintaan? Permintaan apa pulak?' bisik hati kecilku. Aku dan Isyraf berpandangan dengan muka keliru.
"Permintaan apa?" soalku.
"Sebenarnya kami sudah berbincang dan kami ingin kamu berdua berkahwin," kata Ustaz Khairul.
"Ouh, kahwin. Okay. Eh kejap, BERKAHWIN?!?!" jeritku dan Isyraf dengan serentak. Ibu bapa kami mengangguk sementara adik-beradikku melangkah menuru ke arah kami.
"Kenapa tadi dia orang ni jerit?" soal alongku.
"Tak terlalu awal ke?" soalku kepada mereka dan menghiraukan persoalan along.
"Tolong jangan ingat bahawa kami mahu nikahkan kamu berdua kerana bisnes. Kami tiada niat untuk nikahkan kamu berdua disebabkan itu," balas Ustaz Khairul dengan tenang. Adik-beradikku sekadar mendiamkan diri dan tidak masuk campur dalam perbincangan itu. Yang lain diam seketika sebelum Isyraf berkata.
"Kami akan fikir-fikirkan. Tolong bagi kami masa untuk berfikir," kata Isyraf dan aku mengangguk tanda mengiakan kata-kata Isyraf itu. Mereka mengangguk. Keluarga aku meminta diri untuk pulang. Setelah pulang, aku segera naik ke bilik untuk membersihkan diri.
'Asal tetiba nak kena kahwin ngan mamat tu? Dah lah tahun ni tahun SPM,' bisik hati kecilku. Tanpaku sedari, aku mengeluh kecil.
Aku inginkan hidup senang
Aku pun inginkan hati tenang
Setiap doaku untukku
Setiap doaku untukmu
Telefon bimbitku diambil di meja belajarku dan dipandang sekilas. Hurm, Laila telefon. Ingatkan siapa. Aku segera menjawab panggilan tersebut.
"Wey Naz.. Kau dah buat latihan Add Math ke belum? Jangan sampai si singa tu mengamuk," terjah Laila tanpa memberi salam.
"Waalaikumusalam Laila," perliku.
"Assalamualaikum.. Sindir nampak. Kau dah siapkan latihan mathematik itu ke belum?" tanya Laila.
Aku sekadar ketawa kecil dan menjawab soalannya, "Ya, aku dah siapkan latihan add math tu.. Aku tak nak singa tu mengamuk pulak."
Laila turut ketawa dengan kata-kataku.
"Wey Laila.. Kalau aku nak minya pendapat kau boleh tak? Aku nak minta pendapat kau pun kerana kau yang paling aku rapat selain Farah," kataku tiba-tiba.
"Hurmm.. Sejak bila kau kena minta izin untuk bertanya? Tanya jelah.. Lagipun bunyi cam serius je," balas Laila.
"Kalau kau kena kahwin atas pilihan keluarga kau, kau akan setuju ke tidak?" Soalku.
"Tengok dulu ah.. Kalau aku sememangnya kenal orang tu dan perangainya baik, aku setuju tetapi kalau perangainya tidak baik, aku tak setuju," balas Laila dengan tenang. Aku mendiamkan diri sambil memahami kata-kata Laila sebelum disoal oleh Laila.
"Kau ada masalah ke?"
"Kalau aku bilang kau, kau jangan bilang sesiapa dan jangan terkejut sangat boleh?" balasku dengan persoalan.
"Insyaallah."
"Mak bapa aku nak kahwinkan aku dengan Isyraf. Baru tadi keluarga aku gi rumah dia kerana mak aku dan mak dia kawan rapat. Kalau boleh, aku nak tolak jer tapi tak nak kecewakan mak bapa aku," kataku sambil memejamkan mataku.
"Ouh.. Jadi kau kena kahwin dengan Isyraf tapi belum bagi kata putus lah ni?" tanya Laila.
"KEJAP.. KAU KATA APA? KAU KENA KAHWIN DENGAN ISYRAF?!?!" jerit kecil Laila. Aku terkejut akan jeritannya walaupun aku sudah pasti dia akan menjerit dan terkejut sebegini.
"Wey.. Aku tau ah kau terkejut tapi janganlah jerit.. Aku tak nak dicop pekak," balasku.
"Tak sangka aku, kau akan dikahwinkan dengan lelaki gilaan ramai. Btw, kalau kau masih susah hati, kau gi solat istikharah.. Lagi afdal," nasihat Laila dengan tenang.
"Laila.. Terima kasih tau. Aku dah banyak susahkan kau," kataku.
"Mana ada kau susahkan aku. Kau kan kawan baik aku, mestilah aku tolong kau. Wey, aku kena pergi dulu. Jangan lupa solat istikharah tau. Assalamualaikum," kata Laila sebelum meminta diri.
Aku menjawab salamnya di hati sambil merenung di dinding bilik aku. Aku masih memikir akan keputusan untuk perkahwinan ini. Semakin lama aku memikirkan tentang ini, semakin senak kepala aku ini dan tidak aku sangkakan aku terlelap dengan kesenakan di fikiranku.
---------------------------------------------------
Keesokan hari
Aku pergi ke sekolah seperti biasa. Laila, yang sedang menungguku di tepi pagar, memelukku sementara berbisik kepadaku.
"Cikgu Zul dah tau apa kau buat kat Zahra dulu," bisiknya.
"Huh? Kau biar betik?" kataku dengan panik.
"Ya," balas Laila.
"Well well well, look what we have here. Musuh aku yang telah mengubahkan warna pada tudung aku," kata seseorang dengan kuat dan membuat kebanyakan pelajar berkumpul di sekeliling kami.
"Memang patut pun aku buat macam itu dekat tudung kau. Bukannya kau akan pakai kat luar sekolah pun. Pergi sekolah diajar untuk menutup aurat tak kira waktu tapi di luar sekolah, semua pakaian seksi. Untuk pengetahuan kau, Zahra, pakaian-pakaian seksi kau tu membuat mak bapa kau seksa di akhirat.. Bukan tu jer, orang di sekeliling kau pun rasa terseksa," balasku dengan tenang dan berani walaupun ada ayat-ayat yang diperliku.
Orang itu sememangnya Zahra, musuh ketatku. Orang yang akan selalu cuba untuk menganggu kehidupanku walaupun aku tidak membuat apa-apa kat dia. Wajah Zahra kemerah-merahan tanda dia sedang marah mahupun malu.
"Kau ni ..." kata Zahra.
"Aku ni apa? Jangan sampai aku heboh apa yang kau dah buat eh Zahra," tegurku.
Sebelum Zahra membalas teguranku, Cikgu Zul berkata, "Apa bising-bising di sini? Tak tau nak pergi ke dewan? Zahra dan Nazirah.. Datang ke bilik saya."
Kami berdua mengikut Cikgu Zul ke biliknya. Sewaktu kami melangkah masuk, Ustaz Khairul dan Ustazah Maznah sudah berada di sana. Aku dan Zahra sekadar mendiamkan diri sambil menjeling antara satu sama lain.
"Nazirah.. Boleh saya tahu kenapa awak buat sebegitu kepada Zahra?" soal Cikgu Zul dengan marah. Aku menunduk dan memandang lantai tanpaku tahu jika aku perlu terangkan perkara sebenar.
"Cikgu.. Sebenarnya, ianya bermula dari..."
Flashback
Aku, Farah dan Laila pergi ke perpustakaan selepas waktu sekolah untuk mengulangkaji dan juga meminjam buku. Kami memilih meja yang agak tersembunyi dari pandangan orang agar dapat mengulangkaji dengan tenang. Sebelum mengulangkaji, kami memilih beberapa buku rujukan agar dapat menolong kami dalam mengulangkaji. Farah dan Laila mencari buku-buku rujukan berkaitan dengan Fizik dan Add Math manakala aku mencari buku-buku berkaitan dengan Kimia dan Sejarah. Selesai sahaja mencari beberapa buku, aku melangkah ke meja yang telah aku, Farah dan Laila meletakkan beg-beg kami. Aku ternampak seseorang, yang amat kukenali dan amat tidak disukaiku, melakukan sesuatu dengan buku latihan Mathematikku. Apabila dia melangkah jauh dari begku, aku mula melangkah ke begku dan mengeluarkan buku latihanku. Buku latihanku ditoreh dengan rabak tetapi aku mendiamkan diri kerana aku mempunyai rancangan untuk membalas dendam.
End of Flashback
TBC