下載應用程式
40.9% Hentikan!! / Chapter 9: Kota B

章節 9: Kota B

'Kota B'

Kota B merupakan tempat kota yang nenek tuanya tinggal.

Nenek Besar!

Di kediaman besar Puan Besar Tua Ning.

Diruang terletak sofa-sofa yang diletak berhadapan sesama sofa itu.Menjadi bentuk segi empat tepat diruang besar itu.

Di satu sofa diduduki seorang wanita umuran 90 tahun dan satu lagi sofa di sebelahnya diduduki seorang budak perempuan berumuran 19 tahun.

"Nenek Tua saya sangat gembira apabila mendengar Ning Muda sanggup datang kesini, ini merupakan satu penghormatan yang besar kerana sudah lama ia tidak datang ke sini" ucapnya dengan lemah lembut.

Ia duduk dengan sopan,badannya ditegakkan kedua tangannya diletakkan di atas pahanya sekali sekala ia menyurupi air teh bunga yang telah dihidangkan untuknya.

Nenek Tua menjawabnya,"Siapa jangka ia mahu datang atau pun tidak".

"Kita sudah tiba" ucap Chu Bai Qie lalu menolong Scarlet membuka pintu lalu ia memberikan pakaian salin yang disediakan olehnya.

"Ini,pakailah,baju sekolah kamu itu harus ditukar tak mungkin kamu ingin menampil diri sendiri dengan pakaian seragam sekolah" ucapnya lalu menyerahkan baju itu kepada Scarlet.

Scarlet terdiam seketika.Setelah itu ia pun menerimanya.

Setelah menukar pakaian ia terus berjalan ke dalam rumah itu dengan rambutnya diikat ekor kuda.

Sesampainya ia di ruang di mana dua perempuan itu duduk.Lalu ia terus berjalan ke arah kerusi sofa yang berada di hadapan dengan Nenek Tua.

Ning Su Mian terkejut lalu ia pun menegurnya "Siapa kamu, kenapa kamu duduk di tempat Ning Muda?".

Scarlet tidak menjawabnya ia hanya mengambil air teh dihadapannya lalu menyurupinya sedikit dan berkata,"Ah! ia sudah sejuk,pelayan!Buatkan yang baharu untuk aku".

Ning Su Mian terasa ia dipermainkan kerana ia berpura-pura tidak mendengar kata-kata teguran darinya.

Nenek Tua tidak mengenalinya juga namun saat ia melihat corak bunya aneh yang amat dikenalinya di anting kanan Scarlet, saat itu ia pun mengenali ia siapa sebenarnya.

"Ning Su Mian diam" tegur Nenek Tua kepada Ning Su Mian.

Ning Su Mian hanya terdiam akibat teguran tiba-tiba dari neneknya yang selama ini ia sangka yang neneknya hanya menyayanginya saja dan ia tak mungkin akan menegurnya untuk membuat ia malu dihadapan perempuan ini.

Melihat riak wajah Ning Su Mian tidak berpuas hati,sekali lagi ia menegurnya agar ia mengenal kedudukannya.

"Ning Su Mian!".

Scarlet melihat keadaannya begitu memprihatinkan akhirnya ia pun bersuara.

"Apa hal Nenek Tua memanggil aku kesini?" tanya Scarlet datar.

"Aku cuma ingin menanyakan tentang khabar mu sahaja" ucap Nenek Tua dengan lembut.

"Cuma itu sahaja?" tanya Scarlet sekali lagi.

Ning Su Mian berasa tidak senang kerana mereka berdua tidak mengendahkan kedatangan dirinya disitu.

Seolah ia tidak wujud di situ.Setahunya Nenek Tua amat menyayanginya dan sering menelponnya.

Dan siapa pula yang dihadapannya ini,dan malah berjaya menarik perhatian Nenek Tua.

Kerana tertanya ia pun membuka mulut, "Nenek Tua dia siapa?" bisik Ning Su Mian.

Walaupun suaranya sedikit perlahan dari yang biasa namun Nenek Tua bisa mendengar dengan jelas.

"Takkan kamu sudah lupa ini adik tiri kamu sendiri,Ning Yi Shuang" ucapnya.

Ning Su Mian mengerut dahi ia sama sekali tidak menyangka adik tirinya rupa begini.

Walaupun rupa cantik dan bentuk badan yang ideal tapi ia lebih terlihat sombong dari segi perilaku.

Ia juga tahu status adik tirinya ini sangat tinggi berbanding dirinya,tak perlu nak menonjol hanya mendengar nama sahaja pun sudah cukup tahu siapa ia sebenarnya.

Memang patut ibunya menasihati dirinya untuk sentiasa menjaga perilaku diri dan tidak menyinggung perasaan adik tirinya, rupa-rupanya ia memang pantas untuk dihormati.

Tapi kenapa ia tidak mengenakan sebarang perhiasan tambahan seperti gelang,rantai dan beg tangan, ia terlihat sangat merendah diri berbanding dirinya sendiri.

"Oh, ternyata kamu.Maafkan akak tirimu ini ya" ucapnya sebari menundukkan kepala sedikit lalu mengangkatnya kembali.

Tiba-tiba seorang pelayan datang.

"Makan malamnya sudah tersedia,marilah kita semua makan" ucap Nenek Tua lalu ia menatap Ning Yi Shuang untuk mendapatkan kepastian.

Ning Yi Shuang pun berkata,"Baiklah".

Selepas Ning Yi Shuang berkata begitu baru mereka berjalan menuju ke meja makan.

Di sisi Chu Bai Qie.

"Ini bekas ledakan api..." ucap Gu Han.Gu Han merupakan rakan sekerja dengan Chu Bai Qie. Ia boleh dikatakan teman yang paling rapat dengan Chu Bai Qie,jadi segala maklumat yang ia tahu berkemungkinan Chu Bai Qie juga akan mengetahuinya terlebih dahulu.

"Kamu ada tanya kepada petugas bangunan ini tentang hari itu?"

"Sudah,ia berkata sepanjang hari itu ia telah mengunci semua pintu masuk bangunan ini hari itu dan ia pun berfikir tak mungkin ada orang yang boleh ceroboh melainkan aliran elektrik terputus.Sekarang zaman sudah moden sehinggakan kuncinya pun buat khas menggunakan jana kuasa elektrik yang tahan lama" ucap Gu Han sambil menatap Chu Bai Qie yang masih keraguan.

"Jadi penggunaan jana kuasa elektrik bukannya hanya digunakan untuk para pengguna utama di sekolah ini malah ia juga digunakan untuk mengunci pintu utama masuk bangunan sekolah ini" ucap Chu Bai Qie.

"Ya,benar sekali" Gu Han mengangguk setuju.

Hanya satu kemungkinan besar iaitu kejadian ini memang dirancang dari awal lagi.Ia tahu pintunya pasti akan dikunci pada hari itu lalu ia pun memasuki tempat ini dengan lebih awal supaya ia boleh melakukannya tanpa sebarang gangguan.

Tempat bangunan sekolah ini amat lama dan sudah lama tidak diguna pakai oleh pihak sekolah ini.Disebabkan itu tempat ini sentiasa dikunci berkemungkinan besar tapi kenapa pegawai yang ditanya Gu Han itu berkata ia sudah mengunci bangunan itu sepanjang hari itu, apakah.....

"Gu Han!Aku sudah tahu tapi apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah keluar dari sini terlebih dahulu!" ucap Chu Bai Qie segera menarik Gu Han yang termanggu kerana tidak mengerti kenapa Chu Bai Qie mahu keluar semula.

Saat mereka di tingkat bawah,mereka berdua mendapati kunci yang sudah mengunci pagar utama itu.

"Ah!Sial".Ucap Chu Bai Qie.

"Tuan,kita telah dikunci.Apakah ini bermakna kita akan dikunci selamanya disini" ucap Gu Han,ia sudah berasa tidak nyaman.

"Bertenang,pasti ada jalan keluar yang lain" ucap Chu Bai Qie cuba menenangkan temannya itu.

~Apakah Chu Bai Qie boleh keluar dari bangunan itu bersama teman sekerjanya..... tunggukan bab seterusnya!!!


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C9
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄