BAB 9
Amyrah keluar daripada tandas apabila sudah menunaikan hajatnya. Dia melihat sekeliling jikalau Ammar masih disitu.
'huh dah tak de dah...nasib baik..'
Amyrah keluar dengan lajunya tanpa memandang sekeliling sambil menutup mukanya dengan rambut. Dia mencari kelibat mamanya. Dia menuju ke arah mamanya apabila melihat mamanya yang masih di meja tetamu sambil berborak dengan Puan Sri Laila. Amyrah juga dapat melihat seorang lelaki di sebelah Puan Sri Laila tersebut.
' eeh...itu kan Ammar apa dia buat kat situ... aduhhh... masalah-masalah...'
Puan Sri Alia melihat anaknya yang sedang berdiri di tepi pokok. Dia pun memanggil Amyrah supaya ke sini.
'alahai mama.. kenapa dia panggil aku pula ni... dahlah ada Ammar kat situ' Amyrah tetap juga melangkah kan kakinya untuk pergi ke sana walaupun kehendak hati tidak mahu.
"Kenapa kamu pergi duduk sana...mai la sini...ni mama nak memperkenalkan ni...anak kawan mama..." Kata Puan Sri Alia kepada Amyrah. Reaksi Amyrah pula hanya mampu tersenyum.
Ammar menghulurkan tangan tanda perkenalan. " Hai saya Ammar"
"Husna.."balas Amyrah sambil meletakkan tangan di dada. Dia tidak membalas pun salaman Ammar.
"Ooh...ok sorry...nice name" balas Ammar apabila menyedari salahnya kerana ingin bersalaman dengan orang yang mahram nya.
"Hmm... thank you"
Amyrah terasa perutnya bergendang pula. 'aduh lapar pula' bisiknya didalam hati. Dia melihat bubur pulut hitam yang masih berbaki lagi. Dia pun mengambil pinggan dan mangkuk.
"Hei Amyrah kamu nak buat apa tu?" Tanya Puan Sri Alia.
"Perut ni terasa lapar lagi lah mama..tu tengok bubur pulut hitam tu macam sedap je...hihi" balas Amyrah yang bersengihan. Bukan Puan Sri Alia tidak tahu bahawa bubur pulut hitam itu merupakan kegemaran anaknya yang seorang itu sejak kecil lagi.
"Hmm ok pergilah "
Amyrah menyedok bubur tersebut lalu duduk di meja makan sambil bermain telefon. Ammar menuju ke arah Amyrah lalu merenungnya. Amyrah memandang kepelikan ke arah Ammar.
"Kenapa? " Tanya Amyrah. Pelik juga dia kalau ada seorang lelaki memandang nya tanpa berkedip mata ke mulut nya yang comot. Amyrah mengambil tisu kalau mulut nya comot seperti andaian dia mengatakannya di dalam hati.
"Kau Amyrah kan?" Tanya Ammar yang sedang merenungnya.
"Saya Husna lah..." Kata Amyrah sedang kan namanya memang Amyrah Husna.
"Yelah maksud aku memang lah Husna... tapi nama kau kan Amyrah Husna jangan ingat aku tak tau...?"
"..."
Amyrah hanya berdiam diri sambil menikmati makanan dihadapannya dan bermain telefon. Dia tidak membalas percakapan Ammar tersebut mahupun memandang ke arah nya.
"Amyrah kenapa kau tak pernah bagitau aku pun yang kau sebenarnya kaya...anak Tan Sri...and one more thing kenapa kau kata yang kau anak kerani. Amyrah membiarkan sahaja pertanyaan Ammar tersebut tidak berjawab.
"Amyrah please told to me...I just want to know..! "Ammar cuba mendesak Amyra supaya Amyrah memberitahu perkara yang benar mengenai hal ini.
"Amyrah entah-entah Farhah pun tak tahu kan perkara ni kan..."
"Amyrah please lah bagitau" Ammar masih mendesak Amyrah. Akhirnya Amyrah mengalah juga apa guna dia berdiam diri sahaja.
" Saya tak pernah bagitau yang saya ni anak kerani dan Farhah sebenarnya dah tahu..."jujur Amyrah.
"So yang aku nampak kau kat shopping mall tadi tu kau kan...?" Tanya Ammar lagi cuba untuk mendapatkan kepastian.
"Yes...!"
"Amyrah jom kita balik ...." Kata Puan Sri Alia yang tiba-tiba datang dari belakang.
"Ok mama...bye Ammar ...see you next time.." kata Amyrah lalu menyalam Puan Sri Laila dan melambai tangan ke arah Ammar sebelum pergi.
"Ok thank you for today Laila..."
"You are welcome... selalu-selalu lah datang sini..."kata Puan Sri Laila sambil memeluk rakan karibnya yang sudah lama tidak berjumpa.
"Insya Allah...bye" mereka berdua meleraikan kan pelukan lalu Puan Sri Alia menuju kereta nya sebelum memecut pulang ke rumah.