Dengan hanya satu pukulan menggunakan tangan kiri, makhluk itu terpelanting kebelakang, badannya terhempas ke pokok yang sudah kembali subur itu, jatuh ke bawah kemudian tidak bergerak.
Hermin Jr menghentikan aliran 'Mana' nya ke Heartree, Fairy membuka mata mereka dan terkejut, Fairy yang memegang senjata terus mengelilingi makhluk itu tetapi ia sudah mati oleh pukulan Hermin Jr.
Pandangan Hermin Jr hanyalah pada makhluk itu dan juga Fairy kecil yang sedar akan bahaya dan cuba untuk melindungi.
"Apa benda alah tu?" Tanya Hermin Jr.
"Sangat memalukan, saya benar-benar minta maaf." Vuula menutup mukanya.
Fairy kecil itu kemudian lari menyorok di belakang Hermin Jr sambil menggeletar. Ketinggian Hermin Jr melebihi sedikit dari Fairy kecil itu.
"Honey!, saya dah beritahu, jangan bahayakan diri sendiri lagi." Vuula bercakap sambil memandang Fairy kecil yang menyorok di belakang Hermin Jr itu.
"Honey?" Tanya Hermin Jr lagi.
"Maafkan saya tuan, ini se...." Vuula tidak menjawab pertanyaan Hermin Jr.
"Ya, ya saya maafkan, apa benda tu?"
"Itu adalah Week, magic monster pemakan Mana, jumlah mereka sangat banyak, ia boleh masuk ke sini kerana tiada pelindung yang aktif di sebabkan Fairy Wood kekurangan mana dan sebab itu juga lah ia tidak serang secara berkumpulan."..
Week yang sudah mati itu diangkut oleh Fairy dan diletakkan di bawah pokok yang berjauhan daripada Hermin Jr.
"Situasinya saya faham, jadi masalah utamanya masih lagi perang kan?" Hermin Jr menyilangkan tangan.
Dk yang tertidur di dalam diri Hermin Jr membuka matanya, atmosfera Fairy Wood tiba-tiba menjadi berat.
"Aura ini!, takkanlah!, tak mungkin, dia sepatutnya sudah pergi, kenapa?, kenapa kembali semula." Vuula bercakap sambil melihat ke atas.
Semua Fairy yang berada di situ terduduk ke atas tanah, Honey yang berada di belakang Hermin Jr membeku, matanya terbeliak.
"Kenapa ni?, Ada apa ni?" Hermin Jr terpinga-pinga.
"Auranya sangat kuat, dia, dia mesti berdekatan!, Tuan, tolong kami, dia dah kembali."..
"Haaaa?"...
Cahaya berwarna merah keluar dari perut Hermin Jr, cahaya itu kemudian dengan perlahan berubah menjadi tubuh manusia yang mempunyai sayap di belakang badannya, terapung di udara.
"DIA?!!!" Dk menjeling tajam pada Vuula.
Vuula dengan tidak sedar, terus melutut di depan Dk.
"Oi, apahal ni?, tak payah la serius sangat." Hermin memegang tangan DK dan cuba menariknya kebawah. Dengan kekuatannya yang rendah Hermin Jr yang terangkat ke atas."eh!, hahaha."...
Honey terduduk dan laju nafasnya.
"Huh!" Dk turun dengan perlahan dan memasukkan semula sayapnya.
"Ok semua, tak ada yang perlu ditakutkan lagi, Vuula?, perlu ke saya salurkan mana lagi"...
"t. . .tak perlu, jika tak keberatan boleh saya tahu apa hubungan tuan dengan tu... . . tuanku." Vuula masih lagi melutut.
"Oooh, ...perkenankan peliharaan saya, Dragon King."...
"Ap!!. . .. ..apa maksud tuan?"..
"Seperti apa yang saya katakan."...
"Siapa tuan sebenarnya?"..
"Hm, saya bukan sesiapa."...Hermin Jr membangunkan Honey yang terduduk di sebelahnya, matanya menunjukkan penuh dengan rasa hormat kepada Hermin Jr. "Magic monster?, apa maksudnya."...
"Ya, Week boleh menggunakan Spesifik Magik iaitu sihir ruang, sebab itu dia boleh masuk ke sini" Vuula masih lagi berada di lututnya.
"Mana Fairy Wood dah kembali semula, jadi ia akan serang lagi ke?" Hermin memberi tangannya kepada Vuula untuk membantunya berdiri.
"Berkemungkinan besar ya, tapi sedang berlakunya perang besar di sebalik gunung yang berada di luar, mungkin tidak akan banyak yang akan serang."..
Hermin Jr tersenyum "baiklah, kalau macam tu, kita perlu selesaikan masalah perang itu."...
"Tapi sebelum itu, izinkan saya membawa tuan ke tempat berehat, masalah perang itu boleh diselesaikan selepas tuan menikmati apa yang ada di Fairy Wood ini dahulu." Vuula bercakap sambil menunduk, tangannya pula membuka jalan.
"Rehat?, haha, tak apa."
"Saya merayu, lagi pun saya yakin dengan adanya. . . . masalah perang itu tuan boleh selesaikan dengan mudah." Sekilas Mata Vuula ke arah Dk.
"Hmmm, ok."
~~~~
Di dalam rumah dua tingkat yang diperbuat sepenuhnya daripada pokok dan tumbuh-tumbuhan. pandangan Hermin Jr tidak fokus pada satu tempat.
Vuula memberikan Hermin Jr dan DK masing-masing sekeping daun hijau.
"Apa ni?" Hermin Jr menghidu daun yang diberikan oleh Vuula.
"Letakkan di tengah dada dan salurkan Mana kepada daun itu, caranya sama seperti tuan buat ke Heartree."..
"Waaah!"...
Dengan berpusatkan daun di dada Hermin Jr yang disalurkan mana, tersebar menjadi pakaian yang menutupi tubuhnya dari kaki hingga ke leher dan berterusan sehingga menutupi seluruh kepala kerana dia berlebihan menyalurkan mana pada daun itu.
"Hahaha, henshin!" Muka Hermin Jr ditutupi dengan topeng yang bercorak abstrak.
"Macam mana nak patah balik ni?" Tanya Hermin Jr.
"Koyak kan saja, tak perlu risau, ia akan pulih jika disalurkan lagi Mana." Jawab seorang Fairy yang berada di belakang Vuula.
Hermin Jr mengoyakkan topengnya, kemudian menyalurkan lagi Mana pada daun di dadanya itu dan mukanya tertutup lagi.
"Hahaha."...
"Loki, hantar tuan ke dalam biliknya, tuan, saya ada urusan sebentar, saya minta diri." Vuula mengarahkan Fairy yang berada di belakangnya.
"Aa." Hermin Jr menganggukkan kepalanya satu kali.
Loki berjalan dengan diikuti Hermin Jr di belakangnya menaiki tangga menuju ke tingkat atas."(jangan terlalu gembira, makhluk jenis apa kau ni, manusia?, pelik, kau fikir aku nak bagi kau tunggal di sini, berambus, berambus sana, perosak mata, ini tempat Fairy)."..
"maaf jika bilik ini kecil." Loki membuka pintu bilik.
"no problem."...
"baiklah saya minta diri (bukan bilik ni saja, seluruh tempat ini pun kau tak layak nak sentuh)." Loki meninggalkan bilik itu.
~~~~
Dengan beralaskan tangannya, Hermin Jr berbaring di atas katil besar memandang ke lelangit "mana DK ni, keluar tak ajak aku"...
"Bosannya...haaaa."...
"tuk, tuk, tuk." Pintu bilik diketuk.
"ye, masuk."...
"tuan, saya sudah kumpulan semua Fairy, semua nak berjumpa dengan penyelamat me... . ." Vuula berdiri di depan pintu.
"Bubar!"...
"...ye tuan?"
"bubarkan"...
"tapi semua telah berkumpul."
"TAK NAK."...
"h....."Vuula tergamam. "ba... baiklah kalau begitu"
~~~
Hermin Jr yang bosan itu keluar dan menuju ke arah hutan, pokok-pokok yang tadinya kering kini sudah subur dengan dedaunan yang merimbun.
"Langit cerah, tapi tak ada nampak awan dengan matahari, angin pun tak ada, sejuk tak, panas pun tak, kalau malam gelap ke tak agaknya. . ."...
"Eh, aku punya ketahanan tinggi memang la tak rasa sejuk mahupun panas, uuuu~. . ."...
"Tapi memang cantik lah tempat ni,. . . jalan-jalan cari ma. . . !! . ." Hermin Jr melihat seseorang di bawah satu pokok. "Honey ke tu?, apa dia buat?. " Dia berjalan ke arahnya.
"Erk!!!"...
Hermin Jr melihat Honey sedang merobek-robek badan Week yang dibunuh olehnya tadi seorang diri.
Honey terberhenti dan menoleh sedikit ke belakang seketika kemudian meneruskan semula aktivitinya.
". . .menarik. . ." Hermin Jr tersenyum dan sambung berjalan ke arah yang berbeza.
Boy or girl?
Mana satu sesuai untuk Honey
— 新章節待更 — 寫檢討