下載應用程式
75% feelingless / Chapter 12: Bab 12

章節 12: Bab 12

Garh membakar obor yang dipegang oleh Sar yang sudah terbaring itu. Dia menerangi seluruh badan Sar mencari sesuatu, Garh melihat, terdapat luka pada tapak tangan Sar yang sudah berwarna hitam.

"Cih, menyusahkan orang betul la"Garh memasukkan barang makanan milik Sar ke dalam begnya dengan kadar segera.

__________

Masih lagi di dalam gua, tempat yang berbeza, terdapat celah pada dinding gua yang mempunyai ruangan di dalamnya, celah dinding yang mempunyai ruang tersembunyi itu, Garh duduk di depan api yang dia nyalakan, mengawalnya dengan mencampakkan batu yang berwarna hitam ke dalamnya. Sar terbaring tidak jauh di sampingnya, tangan kanan Sar dibalut dengan kain, matanya juga diletakkan kain.

Garh bangun dan mendekati Sar, dia mengambil kain pada mata Sar kemudian menitiskan beberapa titis potion pada kain itu.

"Aku ingat lagi.

. . . .setiap. . . .kali. . . . .sakit. . ."Sar masih sedar dan ucapannya terhenti-henti kerana ditampar Garh selepas satu perkataan disebut tetapi dia tetap meneruskan percakapannya.

"Suka hati aku lah."Garh meletakkan semula kain itu pada mata Sar.

"Setiap kali aku sakit, mak aku selalu rawat macam ni, hmm, tapi aku tak pernah jumpa dengan ayah aku. . . ."

"Haaaa."Garh menghela nafas berat.

Selepas itu Sar bercerita tentang masa lalunya tentang kenapa dia masuk ke dalam ketenteraan, apa makanan kegemarannya dan seumpama dengannya.

Keadaan kembali tenang kerana Sar sudah menghabiskan kata-katanya, Garh melihat Sar agak lama.

"Naba. . ."Ujar Garh.

"Ha?"Sar terkejut.

"Kau tahu Naba?"

"Tahu, kenapa?"

"Aku lahir situ"

"Ha!,. . .oo,. . ."Sar terus terdiam selepas mendengar kata-kata dari Garh.

__________

Api yang membara telah menjadi bara, Sar sudah kembali berehat, tidur terlentang. Garh mengambil beg Sar dan berjalan pergi menyelusuri gua, dia memakai pelitup muka dan juga membawa parang milik Sar, dia tidak membawa obor kerana kawasan gua yang dia lalui kali ini mempunyai cahaya yang menerangi jalan pada setiap tiga puluh kaki dan yang membuatkan lebih pelik lagi ialah, tiada punca bagi cahaya tersebut, seakan-akan dinding gua itu yang bercahaya.

Setelah berjalan agak lama, Garh berhenti pada satu kawasan bercahaya dalam gua itu, terdapat lorong berbeza di sebelah Kanannya, lorong itu gelap walaupun ada cahaya di sebelah, dia meletakkan beg Sar yang didukungnya ke bawah dan mengeluarkan dahan pokok beracun yang diambil beberapa ketika tadi, dengan parang yang dipegang di tangan kiri, Garh duduk dan mengupas kulit dahan itu, asyik dengan perkaranya, Garh tidak sedar terdapat gegaran kecil berlaku di dalam gua itu.

Gegaran itu semakin besar skalanya, namun Garh masih tidak menyedarinya, sampailah ada satu batu kecil terjatuh, dia berhenti dan merasakan gegaran pada tanah.

"Huh!"

Garh mengambil beberapa kulit dahan yang dikupasnya tadi, dia menggosokkan kulit itu pada mata parang yang dipegangnya lalu bersembunyi dalam kegelapan di lorong yang tidak terbias cahaya itu dan meninggalkan barangnya.

Muncul gergasi  memenuhi separuh ruang gua itu dari arah bertentangan di mana Garh berada, gergasi itu tidak mempunyai banyak perbezaan dengan manusia selain daripada saiz yang besar dan muka yang hodoh, gergasi itu membawa separuh batang pohon bersama, pohon itu mungkin digunakan sebagai senjata, dia melihat barang Garh itu dan berpusing di sekelilingnya, gerakan gergasi itu sangatlah perlahan, dia menyentuh beg itu dengan kakinya.

Sebaik sahaja gergasi itu membelakanginya, Garh tidak melepaskan peluang itu, dia keluar dari kegelapan tanpa sebarang bunyi lantas menebas betis kiri gergasi itu, tebasannya hanya memberi luka hirisan.

"ARRR."gergasi itu menjerit dan mahu berpusing kebelakang tetapi lutut kirinya yang jatuh terlebih dahulu, kedua tangannya dijadikan tongkat untuk menghalangnya daripada rebah.

Sebelum gergasi itu jatuh lututnya, Garh sempat melemparkan parang yang dipegangnya melalui celah kaki gergasi itu.

Gergasi itu cuba untuk bangun tetapi serangan Garh tidak berhenti di situ, selepas melemparkan parangnya, Garh berlari memanjat dinding gua dan melompat tinggi ke arah belakang gergasi itu, semasa berada di udara, dia  melebarkan kedua tangannya, benda tajam seperti paku yang panjang keluar dari celah lengan panjangnya, Garh menggenggam erat senjata itu, pada masa yang sama juga senjata itu mengeluarkan api seperti terbakar.

Garh terus menusuk senjata itu pada tengkuk, serentak dengan daratannya pada bahu gergasi itu.

"ARRR"gergasi itu menjerit lagi dan menegakkan badannya selepas ditusuk oleh Garh, lutut kirinya masih di atas tanah, dia mahu mencapai Garh dengan menggunakan tangan kirinya.

Garh memegang dengan tetap senjata yang ditusuknya semasa gergasi itu bergerak, dia melihat tangan gergasi itu cuba untuk mencapainya, dengan menggunakan kaki kiri, Garh memijak kepala gergasi itu, kemudian melompat kehadapan, sebelum melompat, dia melakukan perkara sama iaitu melebarkan kedua tangannya dan senjata yang sama keluar lagi dari celah lengan panjangnya, sebelum kaki Garh menjejak tanah, dia melemparkan senjata itu ke belakang dan mengenai bahagian depan bahu kiri dan kanan gergasi itu.

Semasa Garh membuat lompatan kedua, dia tidak menyedari terdapat dua biji mata yang memantulkan cahaya dari arah gergasi itu muncul, dari dalam kegelapan sedang melihat pergelutannya itu.

Tangan gergasi sampai di tengkuknya tetapi Garh sudah tidak berada di situ kerana sudah mendarat tepat pada parang yang dilemparnya tadi, dia mengambil parang tersebut dan berjalan secara melintang kerana mahu mencari posisi, berhenti di tengah lorong gua. Gergasi itu cuba untuk bangun tetapi gagal malah terus jatuh meniarap, senjata yang masih tertusuk pada badannya itu masih mengeluarkan api.

Garh mendekati gergasi yang sudah tidak berdaya itu dan mahu menamatkan penderitaannya, dia mengangkat tinggi tangan kirinya yang memegang parang, selepas itu dia menghempaskan tangannya ke bawah, 'huuup' bunyi seperti libasan benda panjang terdengar, belum sempat mata parang yang mahu dihempas mengenai kepala gergasi itu, satu lagi gergasi yang sama jenis berada dibelakang memukul Garh, dia dipukul dengan kuat pada tulang rusuk sebelah kanan, tepat sahaja batang pohon yang digunakan oleh satu lagi gergasi itu untuk memukul kena pada badan Garh, bajunya mengeluarkan lingkaran sihir berwarna hijau, lingkaran sihir itu kemudian pecah selepas badan Garh terpelanting pada dinding gua, parang yang dipegangnya terlepas, daya yang kuat tidak memberhentikan Garh terpelanting pada satu arah, badannya terpantul selepas mengenai dinding gua dan memasuki ruang yang tidak terbias cahaya itu lagi.

"Ta. . .a. .k. . .gu. .na"Garh terbaring menghadap gergasi yang memukulnya.

Gergasi itu berjalan mendekati Garh, tetapi dia berhenti betul-betul di depan Garh tidak memasuki lorong itu, memerhatikannya lalu berpatah balik ke arah di mana dia muncul, meninggalkan kawannya yang sudah tidak bergerak lagi, api pada senjata yang tertusuk padan badan gergasi yang tidak bergerak itu juga terlihat sudah terpadam.

Garh hilang kesedaran sepenuhnya kerana kesakitan.


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C12
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄