下載應用程式
55.55% Milik siapakah hati ini / Chapter 10: Bab 10

章節 10: Bab 10

Atirah ke pejabtnya seperti biasa. Kedua-dua belah tangan Atirah penuh, di kiri tangannya beg kerjanya dan di tangan kanannya beg yang penuh dengan hadiah dari Pulau Pangkor untuk semua rakan sekerjanya. Belum sempat Atirah duduk di kerusinya dia melihat kelibat Kak Ana yang berjalan menuju ke arah dirinya dengan senyuman di bibir.

"Hai.....seronok bercuti." Kak Ana menegur Atirah yang sedang sibuk meletakkan beg ditangannya ke atas meja.

"Siapa yang tak seronok pergi bercuti, mestilah seronok. Rasa nak duduk lama lagi kat sana." Balas Atirah.

"Orang tu cuti seminggu, ada orang kat sini asyik muncung je bila dia lalu kat depan ni, rindu Tirah la tu. Kalau Tirah tak masuk kerja hari ni, mau dia cari Ati kat rumah." Kak Ana mengenyitkan matanya pada Atirah. Sebenarnya Atirah telah menjdi salah satu daripada bahan gosip di pejabat ini. Beberapa staf wanita di sini menyedari perubahan Rizal sepanjang ketiadaan Atirah, terutamanya mereka yang tempat duduknya tidak jauh daripada tempat Atirah. Mereka sering ternamak Rizal melihat seketika tempat Atirah yang kosong dengan pandangan yang sepi setiap kali dia memalui kawasan tersebut.

"Ade-ade je akak ni. Siapa la yang nak rindu kat Tirah. Ini buah tangan dari Pangkor, pilih la satu yang akak suka." Atirah cuba mengalihkan perhatian Kak Ana kepada hadiah yang dibawa. Cepat sahaja tangan Kak Ana mula memilih hadiah yang dia suka.

"Untuk saya tak de ke?" Tanya Lukman tanpa segan silu yang tersengeh di depan Atirah. Lukman adalah office boy di sini.

"Ada, pilih la yang mana suka." Balas Atirah.

"Tirah tak de sunyi office." Luah Kak Ana dengan tangannya masih lagi sedang memilih hadiah yang dibawa oleh Atirah.

Belum sempat Atirah membalas, Lukman menyampuk, "Kak Tirah jangan percaya cakap Kak Ana ni, kalau Kak Ana yang tak de baru la office ni sunyi. Selalunya bukan suara Kak Tirah pun yang bising." Kata-kata Lukman mengundang ketawa Atirah. "Tapi kalau Kak Tirah tak de, hilang seri office ni." Tambah Lukman.

"Diam la kau Lukman. Bukan selalu akak bising kat kau, kalau akak bising pun bersebab tau." Marah Kak Ana, pura-pura merajuk. Lukman tersengeh.

Atirah terus mengagihkan hadiah yang dibawa kepada setiap rakan sekerjanya. Tidak lupa untuk En. Khairil, Penolong Pengurusnya. Setelah selesai mengagihkan hadiah tersebut, Atirah segera ke tempatnya untuk menyiapkan kerja-kerja yang ada.

Hai, banyak kerja aku yang tertangguh ni. Nasib kau la Ati, kau juga yang pergi bercuti, seminggu pula tu, siapa suruh.

Hidup kena enjoy, kerja sampai bila pun tak habis.

Dah tu, kau merungut tu kenapa?

Bukan merungut ....hehehe.

Atirah berperang dalam dirinya sendiri, namun tangannya lincah membuat kerja-kerjanya. Setelah Atirah siap menaip, dia rehat sebentar. Atirah ke pentri membuat secawan kopi untuk dirinya dengan harapan kopi itu dapat membantunya cergas semula. Sudah seperti penyakit pada Atirah, jika pulang dari bercuti dia menjadi malas untuk bekerja. Kata orang penyakit macam 'Monday blues' tu.

...............................

Rizal sedang bersiap untuk ke pejabat. Hatinya sangat gembira kerana dia tahu yang Atirah masuk kerja hari ini. Rizal menyanyi-nyanyi kecil sambil menuruni anak tangga dengan gembira.

"Hai senang hati nampak, ada apa-apa ke?" Tegut Rizman pada adiknya. Rizal hanya tersenyum mendengar teguran abangnya itu. Dia segera ke dapur untuk bersarapan. Kelakuannya turut diperhatikan oleh ibunya Datin Ruby yang sedang bersarapan bersama ayahnya Dato' Rizduan.

"Morning ma, morning pa." Tegur Rizal. Dato' Ridzuan hanya membalas dengan anggukan kepalanya. Matanya masih menatap surat khabar di tangan.

"Morning....hai lain macam Mama nampak anak Mama hari ni. Ade pape ke?" Datin Ruby tersenyum. Rizal hanya mengangkat bahunya dengan riaksi wajah yang bersahaja dan duduk di sebelah mamanya.

Rizman turut duduk di meja untuk bersarapan.

"Sedapnya karipaf Mak Nah ni." Puji Rizal dengan mulutnya yang masih sedang mengunyah karipaf. Mak Nah yang sedang menuangan air kopi ke cawan Rizal senyum mendengarnya. "Kalau sedap makan la lagi. Banyak Mak Nah buat." Balas Mak Nah. Mak Nah telah berkhidmat di banglo ini lebih 15 tahun. Pada Rizal, Mak Nah sudah seperti ibu keduanya. Sewaktu kecil masanya lebih banyak bersama Mak Nah berbanding ibunya Datin Ruby. Mak Nah menyayangi Rizal seperti anaknya sendiri. Dirinya sebatang kara, tiada ahli keluarga yang lain. Rizal menjadi tempat Mak Nah menumpang kasih anak.

Rizal menghabiskan sarapannya dengan cepat, air kopi diminum dengan rakus sekali. "Okey dah. Rizal pergi dulu." Rizal mencapai anak kunci keretanya dan bergegas keluar. Dato' Ridzuan melihat dengan hujung matanya kelakuan Rizal, namun dia tidak berkata apa-apa.

Rizal memandu laju ke destinasi. Rindu yang ditanggung tidak dapat ditahan lagi. Dia ingin cepat sampai ke pejabatnya. Rizal sendiri tidak faham dengan perasaan dirinya sendiri. Seminggu dia menanggung rindu, bagai setahun lamanya. Dia suka melihat Atirah. Tingkah laku Atirh sering mencuit hatinya dan ianya telah menjadi hiburan pada dirinya. Dia sering memikirkan cara bagaimana untuk mengenakan gadis itu. Melihat wajah Atirah yang berubah-rubah hatinya terhibur.

Setibanya Rizal di pejabat, matanya tercari-cari kelibat Atirah. Rizal melangkah dengan perlahan ke arah biliknya. Rizal tersenyum apabila dia melihat Atirah sedang tekun membuat kerja dan tidak menyedari kehadiran dirinya. Rizal terus ke biliknya dengan hati yang gembira.

"Selamat Pagi En. Rizal." Amira menyapa Bossnya. Amira melihat mood Bossnya pagi ini sangat baik, sebagai setiausaha Amira amat prihatin dengan perubahan mood Bossnya itu.

"Selamat Pagi." Rizal membalas sapaan setiausahanya dengan senyuman nipis di bibir. Matanya terlihat setiausahanya memegang sesuatu di tangan kananya, namun sekadar menandang sahaja. Amira menyedari perbuatan bossnya itu dan menjelaskan ianya adalah buah tangan daripada Atirah setelah pulang dari bercuti. Rizal menganggukan kepalanya sahaja dan terus masuk ke dalam biliknya. Buah tangan dari bercuti...untuk aku tak de ke? Mood Rizal terus berubah.

Rizal memulakan kerjanya dengan mood yang tidak gembira. Dia tidak dapat menumpukan perhatin kepada kerjanya. Rizal menjerit masuk apabila dia mendengar ketukan di pintu biliknya. Melihat wajah Atirah dan secawan kopi di tangan Atirah, Rizal secara semula jadi tersenyum. Menyedari perbuatannya, Rizal cuba mengawal senyumannya supaya tidak terlalu ketara.

Atirah membalas senyuman Rizal dan meletakkan cawan kopi tersebut di atas meja. "Kopi untuk En. Rizal."

"Belum sempat saya order, dah sampai kopi untuk saya." Rizal mencapai cawan kopi tersebut dan terus minum. Dia meletakkan semula cawan kopi di meja apabila melihat Atirah menghulurkan sebuah kotak hadiah kepadanya. "Buah tangan dari Pangkor. Harap En. Rizal suka." Jelas Atirah.

Senyuman di bibir Rizal mekar sekali dengan tanganya cepat menyambut hadiah tersebut. "Terima kasih. Ingatkan untuk saya tak de." Atirah sekadar tersenyum mendengar kata-kata Rizal. Atirah meminta diri untuk keluar meneruskan kerjanya. Rizal cuba menahan kerana dia masih ingin berbual dengan Atirah. Namun, Rizal tidak berjaya menahan Atirah apabila setiausahanya datang membawa jadual kerjanya untuk hari ini.

"En. Rizal ada meeting dengan Mutiara Holding Company pada pukul 10.00 pagi dan ada lunch date dengan wakil Jaya Interprise pada 1.00 petang di Restoran Ambangan." Amira melihat Bossnya masih diam sambil meneliti sebuah kotak hadiah di tangan. "Ada apa-apa yang En. Rizal perlukan?" Soal Amira yang menunggu arahan daripada Bossnya dengan penuh dedikasi sebagai seorang setiausaha. Rizal memandang Amira dan berkata, "awak tolong carikan saya fail Jaya Interprise." Tangannya masih memegang hadiah daripada Atirah. Amira terus berlalu mendapatkan fail yang diminta oleh Rizal dengan segera.

Setelah melihat setiausahanya menutup pintu biliknya dengan rapat, Rizal segera membuka kotak hadiah tersebut. Dia tidak sabar untuk mengetahui hadiah apakah yang Atirah belikan untuknya. Rizal melihat sebuah jam poket di dalamnya. Sebenarnya, semasa Atirah membelikan hadiah untuk abangnya, dia teringatkan Rizal. Lalu Atirah membeli hadiah yang sama untuk Rizal dan abangnya Nizan, cuma yang membezakannya adalah reka bentuk corak pada penutupnya. Atirah tidak tahu mengapa dirinya menganggap Rizal seperti adiknya. Walaupun tingkah laku Rizal kadang-kadang membuatkan Atirah geram, namun dia tidak pernah benci sikap nakal Rizal yang sering cuba mengenakannya. Atirah menganggap ianya hanya gurauan dan tidak pernah ambil seruis hal tersebut.

Rizal meneliti jam poket tersebut dan membuka penutupnya. Kedengaran muzik lembut memenuhi ruang pejabatnya. Rizal senyum suka dengan hadiah yang diterima. Mood Rizal berubah ceria kembali, dan dia meneruskan kerjanya dengan hati yang senag.

..............................

Setelah Atirah keluar daripada bilik pejabat Bossnya itu, dia kembali meneruskan kerjanya yang terhenti. Atirah cuba fokus menyiapkan kerjanya namun dia dikejutkan dengan deringan telefon bimbitnya. Atirah termangu seketika melihat nama yang tertera di telefon bimbitnya. Tidak disangka si pemanggil adalah orang yang ditunggu-tunggu oleh Atirah. setelah Atirah pulang dari Pulau Pangkor, ini adalah kali pertama Hariz menghubunginya. Atirah malu untuk menghubungi Hariz dahulu. *Tak kan perigi cari timba.

"Hem...hem." Sebelum Atirah mengangkat panggilan telefon Hariz, Atirah membetulkan suaranya terlebih dahulu. Butang angkat ditekan, "Assalamualaikum Ati, Riz ni." Kedengaran suara Hariz ditalian. "Waalaikumsalam." Atirah menjawab salam Hariz dengan senyuman di bibir. Setelah bertanya khabar, Hariz menyatakan hasratnya untuk mengajak Atirah makan tengah hari bersamanya hari ini. Dia rindu ingin melihat Atirah. Hariz sangat gembira apabila Atirah menerima pelawaan makan tengah hari bersamanya. "Riz jemput Ati pukul 1.00 kat bawah office, okey?" Luah Hariz. "Okey." Atirah memberi persetujuan dan talian diputuskan.

Atirah meneruskan kerja dengan hati yang berbunga-bunga. Senyumannya masih tidak lekang di bibir. Gelagat Atirah diperhatikan oleh beberapa rakan sekerjanya. Ada yang cuba meneka siapakah yang menghubungi Atirah sebentar tadi. Kekasih ke? Melepas la Boss. Kak Ana perasan perubahan keadaan di pejabat. Melihat rakan sekerja yang lain saling berpandangan, "hem...hem" Kak Ana memberi isyarat supaya mereka meneruskan kerja. Atirah masih tekun membuat kerjanya dan tidak hiraukan perubahan disekelilingnya.

(*peribahasa perigi cari taimba= perempuan cari lelaki).


創作者的想法
ina85 ina85

Your gift is the motivation for my creation. Give me more motivation!

Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C10
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄