下載應用程式
10% Catatan Malim Gunung / Chapter 2: Bilah Peneman

章節 2: Bilah Peneman

Kalau nak selongkar semua persiapan mendaki gunung yang aku miliki, pasti tak ketemui sebilah parang atau pisau yang cantik. Semuanya usang, kusam dan pelbagai ragam. Ada yang berbaju tapi longgar, kebanyakannya berbogel sahaja.

Bagi seorang pendaki gunung yang tegar, memiliki bilah peneman sangatlah penting. Meskipun sekadar pisau jalanan atau matanya sekontot 3 inci, percayakah anda bahawa bilah peneman ini mampu untuk mempermudahkan pelbagai urusan kelak?

"Apa itu Bilah Peneman?"

Bilah Peneman adalah sebilah pisau yang anda bawa kemana-mana sahaja bersama di tubuh anda, terutamanya ketika menjalankan aktiviti kembara di belantara.

"Kenapa disebut Bilah Peneman?"

Kerana sebilah pisau ini lah yang mungkin akan menjadi peneman setia dikala kecemasan yang tidak terduga berlaku pada diri anda. Kerana sebilah pisau ini lah yang akan memudahkan anda melakukan kerja. Kerana sebilah pisau ini lah yang mungkin akan menyelamatkan nyawa anda.

"Apa kriteria Bilah Peneman?"

Jawapan yang mampu aku berikan hanyalah, tajam. Tiada yang istimewa lainnya selain daripada sebilah besi yang tajam dan mampu untuk memotong pada ketika khidmatnya diperlukan.

Pernah suatu ketika aku berhadapan dengan situasi yang mencemaskan ketika memasak. Dikala para sahabat melonggokkan bahan makanan untuk diproses sebelum dimasak. Aku hanya mampu untuk merenung sebiji kobis dan beberapa batang lobak kerana mengenangkan nasib bilah peneman yang hilang letaknya.

Nasib baik wujudnya Sudu Peneman yang sentiasa dibawa bersama garfu. Meskipun Sudu Peneman mampu melakukan pelbagai perkara, namun azab gunanya hanya si pengendali yang mengetahui.

Disebabkan pengalaman yang mengajar segalanya, maka dengan itu aku telah mengishtiharkan undang-undang peralatan bahawa pada setiap kali nak masuk ke dalam hutan adalah diwajibkan untuk aku bawa Bilah Peneman bersama, meskipun ianya sekadar pisau belit 20 sen.

Kenapa aku wajibkan diri aku untuk bawa Bilah Peneman? Kerana ada tiga perkara iaitu yang pertama aku tak nak menyusahkan diri sendiri. Kedua, aku tak nak menyusahkan orang lain. Ketiga, persediaan untuk aku hadapi situasi luar jangka.


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C2
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄