下載應用程式
95.45% Tunang Paling Sweet / Chapter 21: Bab 20

章節 21: Bab 20

Nampak sahaja kereta encik tunang terus iliya melajukan langkah ,tangan setia memegang kedua belah tali beg sekolahnya.

Dia membuka pintu kereta sebelah penumpang dan berdiri statik seketika di situ.

Harraz yang elok membuang lada di celah gigi terkejut,terhantuk kepala dia di stereng dibuatnya. Terlepas cermin di tangan.

Dia menguak rambutnya kebelakang sebelum tersenyum senget memandang cik tunang yang terkebil kebil di pintu kereta.

Adeh,dia nampak ke aksi tak senonoh aku tadi?

Iliya pula tersenyum kekok memandang Harraz sebelum menunduk memandang bawah.

Harraz lagi lah,malu tak boleh bawa bincang.

Dia menoleh ke arah jam di keretanya.

6.50a.m

Harraz berdehem sebelum membetulkan tempat duduknya,tali pinggang dipasang tanpa memandang iliya yang masih berdiri statik di pintu.

"tercegat apa lagi? Masuklah" kata Harraz dengan nada suara yang agak mendatar.

"er..awak marah saya ke?" soal iliya ketika kereta Harraz mula membelah jalan raya.

"kenapa saya nak marah awak?"soal Harraz pula. Pandangannya ditumpukan ke jalan.

"tak la saya tanya je" jawab iliya perlahan.

"awak makan apa tadi?"soal iliya selamba mengeluarkan tisu dan dihulur ke arah Harraz.

"mana ada makan,saya tak makan lagi"jawab Harraz menipu.

Naik senyuman nakal iliya sambil merenung Harraz yang sudah merah padam wajahnya.

"habistu lada kat gigi tu datang dari mana?"

"eee janganla tegur!"kata Harraz geram. Wajah nakal iliya dijeling sekilas. Dasar ini budak. Ada juga aku tinggal tepi jalan kang.

"yelaaa,nampak malu sangat dah tu hahahah"usik iliya lagi sebelum memeluk tubuh memandang jalan .

"asal kereta tu duh?" soal iliya sambil berkerut dahi. Dia memandang kereta kancil di hadapan kereta Harraz.

Dari tadi slow namampus,dahla sedap je dia potong kereta orang. Kalau laju tak apa la pula.

"dari tadi bagi signal. Dia nak masuk mana sebenarnya" rungut iliya lagi.

"bisingla,mulut potpet potpet. Ada salotep mulut tu kang"

"mana ada! "

"ada"

"kalau ye saya suka potpet pon tak salah"

Jawab iliya bengang. Kalau kat luar kereta ni dah lama dia wwe si Harraz ni

"rimas tau orang potpet ni,entah entah ex tinggalkan awak sebab awak suka membebel. Dia rimas"jawab Harraz tanpa bertapis. Tak toleh kiri kanan dia punya sembang.

Bunyi sahaja perkataan ex tu terus iliya tersentak,dia memandang Harraz lama dengan ekor matanya.

Bukan nak pujuk balik,dia tak tahu ke ayat dia tu amat menggores hati ini ha?

"ouh" jawabnya berjauh hati. iliya memandang kereta kancil yang memberi signal kiri tapi bergerak ke arah lorong di sebelah kanan.

Bodo punya kereta,aku sumpah kau jadi kereta penyu.

Mahu sahaja di bash sekarang tapi Harraz macam tak okay pula. Tapi tadi okay je. Takkanla aku usik dah naik hantu.

Gurau jer. Tu nak marah huh. Siap kaitkan ex aku. Siapa lagi,mesti si Aqim tu. Dahla aku tak boleh move on lagi dengan mamat tu. Boleh pula Harraz pergi mention.

Sensitif tau sensitif!

Harraz mengerling iliya di sebelah.

"merajuk ke?"

Iliya mendengus kasar dan menggaru kening kirinya dengan jari telunjuk.

"orang tanya ni jawablah,merajuk ke..?"soal Harraz lagi dan kali ini selamba dia cubit pipi iliya sekilas. Iliya masih tak beriak. Dia menjeling dan memandang ke luar tingkap.

"iliya,bila saya cakap pandang saya" kata Harraz. Kini dia memarkirkan kereta berhampiran pintu pagar sekolah iliya. Tapi dia mengunci pintu kereta iliya melalui butang di tempatnya. Takut budak ni lati.

Iliya pula dah mengeluh kasar melihat pintu sebelahnya yang tiba tiba terkunci. Tahula angkara siapa. Suka betul kunci pintu sebelah aku ni.

Jaga kau nanti kau berak aku nak kunci pintu tandas.

"nak apa lagi?"soal iliya tenang. Malas nak marah marah.

"merajuk? Marah?"

"tak,suka sangat. Nanti mentionla lagi pasal Aqim tu"jawab iliya selamba sebelum menolak tubuh Harraz supaya bersandar dan menekan butan di pintu sebelah Harraz.

Tak pula Harraz menghalang. Harraz hanya mampu memandang kelibat gadis itu keluar dari keretanya dan berjalan masuk ke dalam pintu pagar sekolah tanpa memandangnya.

Harraz menghantukkan kepalanya di stereng kereta beberapa kali. Bodoh ..bodoh..bodohnya aku

.

.

.

.

.

.

.

"kau nak tahu berita tergempar tak?" soal Aqis dengam senyuman nakal. Dia mengambil tempat akar pokok yang besar menimbul dari tanah.

"apa yang tergempar tu. Gigi kau terbelah ke?" soal Najihah blur

"bangangla soalan pun"jawab Alia memandang Najihah

"ni pasal Aqim"kata Aqis perlahan selepas menoleh kiri dan kanan. Takut ada yang mendengar perbualan mereka

Cepat cepat Najihah dan Alia duduk bersebelahan dengan Aqis. Iliya pula lambat lambat duduk berhadapan dengan Aqis. Membelakangi padang.

Sebab diantara geng geng lelaki yang tengah main bola tu.

Ada Aqim.

Iliya memutuskan untuk mengelak dari memandang wajah si ex durjana itu.

Alia kini mengerling ke arah iliya yang hanya berdiam diri dari tadi selepas mendengar nama Aqim.

"iliya..kau okey tak? Dari pagi tadi kau buat muka nak sembelit. "tegur Alia sambil menyandarkan tubuhnya ke pokok di belakangnya.

Selalunya kalau time PJ memang ni port kegemaran mereka. Bawah pokok yang redang bersebelahan padang sekolah.

"okey,teruskan la.. Apa hal tergempar sangat tu"jawab iliya. Dia nak tahu juga.

"okay camni..korang tahu tak Aqim dengan Kamila dah breakup?"

Jawapan Aqis membuatkan jantung iliya tiba tiba berdegup kencang. Tak pasti suka atau tidak. Tapi dia lebih kepada puas. Dia dah agak hubungan macam tu takkan kekal lama.

"what!? Serious eh!?" Najihah membulatkan mata nya terkejut. Ha start dah makcik ni membawang.

"Kalau Afif ngan Izham ada ni lagi best" kata Alia sambil memandang padang . Kelihatan Afif dan Izham tengah main bola macam tak ingat dunia

"lepasni aku kasi tahu diorang. Kau rilek" kata Aqis dan mengenyit mata kirinya.

"kau minum apa tu?"soal Najihah bila tiba tiba Alia mengeluarkan sebotol air bewarna kuning dan minum depan mereka.

"air kencing eh?"

"taik kau ,ni air kunyitla!" maki Alia dan melemparkan botol kosong kearah Najihah.

"eee kunyit?"Najihah buat muka jijik

"mesti bagus untuk kekunyitan kan?" Aqis memegang botol itu dan memandang Alia.

Alia menjulingkan matanya sebelum memandang depan menghadap iliya. Sakit hati pula dia dengan dua tenuk ni. Baik aku tengok iliya sejuk sikit hati.

Terbuntang terus mata dia melihat ada sebiji bola melantun deras ke arah mereka. Atau lebih tepat ...

"iliya! Belaka--" belum sempat dia menghabiskan ayatnya,bola itu telahpun menghentak belakang leher iliya. Terdorong kedepan dibuatnya gadis itu.

Najihah dengan Aqis apalagi. Menjerit seperti histeria la mereka.

Iliya memegang belakang lehernya sambil berkerut dahinya menahan sakit. Terasa mahu patah leher.

Melopong luas mulut Alia ,Aqis dan Najihah bila sekumpulan pelajar lelaki yang sedang bermain bola tadi tengah bersorak gelakkan iliya yang terkena bola mereka

"oh sakitnyaa!!" jerit pelajar lelaki itu.

"alaa sikit je kot kena. Janganla lembik sangat!!" jerit mereka lagi.

Iliya menarik nafas dalam dalam sebelum dihembus perlahan.

Sabar iliya sabar.

"dasar,tak reti minta maaf lepastu boleh pergi gelak. Ey babila" carut Aqis geram dan mengambil bola sepak itu lalu diletak di sebelahnya.

Kau nak bola ni kau datang minta maaf dulu!

"woi bola tu bodoh!" maki diorang pada Aqis. Aqis buat muka selamba tidak bersalah.

Mereka bertiga hanya fokus untuk memujuk iliya yang seperti mahu menangis.

"weh weh jangan nangis.."pujuk Najihah.

"siapa sepak bola tu?" soal iliya

"tak tahu. Sumpah tak tahu"jawab Alia

"siapa gelakkan aku?"

"semua tapi yang paling kuat menjerit macam tarzan hilang konek tadi tu Nabil " jawab Aqis. Dia mengusap belakang iliya.

"weh iliya tudung kau..kotor weh. Habis melekat lumpur ni jom pergi tandas kita basuh"kata Aqis dan menunduk memandang wajah iliya yang memerah itu.

Tidak pula gadis itu menangis,dia hanya menahan geram.

Tiba tiba Aqis bangun dan memandang ke arah padang.

"siapa sepak bola sampai kena kawan aku hah!?minta maaf lah bodoh!" jeritnya sambil bercekak pinggang.

Tiba tiba Aqim mengangkat tangan kanan sambil berjalan laju kearah mereka. Aqis terkedu,menyesal pula dia suruh orang tu munculkan diri.

Kalau tahu orang itu Aqim.dia lebih rela diam. Makin meroyan si iliya ni adalah bila hadap muka mamat ni lagi.

"aku yang sepak"kata Aqim dan selamba berdiri di sebelah iliya yang masih menunduk.

"saya minta maaf.."ucap Aqim kepada iliya perlahan.

Dia duduk bercangkung disebelah iliya dan menunduk sikit memandang wajah gadis itu.

Dia memegang bahu iliya

"iliya..saya m--"

Pang!


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C21
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄