下載應用程式
45.45% Tunang Paling Sweet / Chapter 10: Bab 9

章節 10: Bab 9

Semua pelajar sekolah mula terkebil kebil bila mendengar arahan Harraz.

"pekak ke? Tutup ma-" belum sempat Harraz menghabiskan ayatnya semua pelajar sekolah mula memejamkan mata mereka.

Harraz perhati sorang sorang sebelum memandang iliya balik.

"perhati,siapa buka mata, siap !"arah Harraz mendatar kearah 2 sahabatnya itu

"pehal aku pulak!? Kita dah kena start ni" bangkang Hariz pula

Tapi kemudian Hariz menelan air liurnya apabila Harraz merenung kedua belah anak matanya. Seakan nak bergusti pun ada gaya Harraz sekarang.

"erk sorry"kata Hariz dan menggosok belakangnya.

"korang dua pandang lain. Jangan tengok sini"arah Harraz lagi

"eh kenap--"

"eh banyak cakapla kau ni!" Ashraf terus memegang kepala Hariz supaya dipusing kearah bertentangan Harraz dan iliya. Memberi ruang.

Harraz pula dah berdecit dan menggosok keningnya yang terukir cantik itu sebelum menoleh kearah cik tunangnya yang masih menunduk tapi kini kedua belah tangan itu naik menekup muka.

"siapa buat kau nangis?"Soalnya mendatar. Rahangnya bergerak gerak,rasa tercabar bila perempuan yang ada kaitan dengan hidupnya menangis macamtu.

Iliya pula menggeleng,Harraz berdecit kuat sebelum meletakkan beg galasnya itu ke atas meja yang berhampiran depan pintu ruang ceramah itu.

"nak tisu?" soalnya lagi tidak mengalah. Again, iliya menggeleng tidak mahu

"geleng geleng aku lempang kang baru tahu" bisik Harraz perlahan supaya tidak didengari iliya. Dia sempat mengerling pelajar Smk Taman Hangus untuk memastikan tiada siapa yang mencuri pandang.

Terus Harraz mengeluarkan sepaket tisu yang dia beli dekat tandas tadi berharga 50sen yang ada gambar doraemon.

"lap"Harraz menghulurkan sehelai tisu kearah iliya,nasib baik iliya menerima pemberiannya itu kalau tak, buntu dia jadinya.

Harraz bercekak pinggang sambil mengerling jam tangannya untuk memastikan dia tidak terlampau tersasar dari jadual.

Dia kemudian pandang iliya yang sudah mengelap air matanya .

" program nak start ni. Tak boleh tangguh, kalau kau tak okey pergi tunggu kat luar. Tak sampai 2 jam aku janji lepastu kita balik , nak?" pujuk Harraz

"sokey,aku okey" bisik Iliya sebelum memusingkan tubuhnya untuk naik ke atas semula.

Terus Harraz menarik lengan iliya supaya mendekatinya . Berkerut dahi iliya,nasib tak jatuh tangga kalau tak- kau nak sambut?

"betul ni okey?" soal Harraz dan  melepaskan pegangannya dari lengan iliya

Terus iliya mengangguk laju tapi masih menunduk dan itu membuatkan Harraz merungut

"jangan paksa diri boleh?" Harraz menyentuh dagu Iliya supaya mendongak memandang dirinya. Terkelip kelip mata bundar gadis itu memandang jejaka didepannya

dan yang membuatkan hati Encik Harraz kita tercuit adalah hidung dan wajah kemerah merahan cik tunang ketika menangis.

Harraz menelan air liurnya perit,

"aku okey" kata iliya perlahan dan memandang kearah lain.

"fine,kalau kau nangis siap!"

Tanpa diduga hidung iliya dicuit mesra oleh Harraz. Berkerut dahi gadis itu sambil memegang hidungnya. Mulutnya melopong luas. Bapak selamba . Dengan muka takda perasaan macamtu

"how dare you"

"apa? Pergila naik tercegat apa lagi kat sini?" ujar Harraz sebelum memikul balik beg galasnya dan berjalan melepasi iliya dan menuju ke tempat slide.

Iliya mencebik geram memandang Harraz sebelum memandang kearah pintu balik . Dalam diam bibirnya mengukir senyuman manis.

"semua boleh buka mata" arah Harraz apabila iliya sudah pun naik dan mengambil tempat di sebelah rakannya iaitu Najihah dan Aqis.

"maaf sebab ada masaalah peribadi tadi " kata Harraz sambil membuka laptop berjenama apple nya itu. Dia mula duduk di atas kerusi beroda sebelum memasang slide.

Selepas diberi izin untuk membuka mata,terus keadaan ruang ceramah itu menjadi riuh . Riuh apa lagi,riuh nak sibuk hal iliya dan instafamous yang tengah ceramah tu la apa lagi.

"weh kau kenapa?" soal Najihah risau. Dia mula membelek muka sahabatnya yang kemerahan itu.

"apa pandang pandang!?" marah Afif bila ada beberapa murid sekolah mereka mula sibuk memandang kearah iliya dengan pelbagai pandangan dan ada siap bisik bisik

"weh weh kau buat apa tadi dengan abang Harraz tu?"

"kau nak ngorat dia eh?"

"kau memang nak attention ke apa?"

"asal nangis duh"

"diam, diam sebelum aku tumbuk muka korang" warning Alia bila pelajar mereka menyoal soalan bukan bukan pada kawannya yang dari tadi mendiamkan diri

"siapa bising aku halau ,so better diam" kata Harraz tanpa beriak. Matanya fokus pada skrin laptop .

Terus ruang ceramah itu diam.

"okay,maaf sebab membuang masa. Sekarang saya nak perkenalkan sorang lagi kawan kami iaitu Tengku Harraz Arshad" kata Hariz sambil membetulkan tali lehernya yang terlalu ketat kerana suasana tegang tadi.

"sekarang kami bagi 5 minit untuk bertanya soalan,lepasni takyah banyak songeh nak minta bukan bukan" kata Ashraf mendatar sambil membelek fail kerjanya sebelum bangun dari duduknya.

"weh weh aku nak tanyala!" kata Najihah teruja sebelum mengangkat tangan tinggi tinggi

Terlopong Afif disebelahnya. Bapakla

"abang Hariz dah ada girlfriend?" terkedu semua di situ bila perempuan yang swag dan tidak pernah fikir pasal cinta tiba tiba jadi macam tu

Hariz tersengeh senget sebelum menguak rambutnya kebelakang. Berdecit Afif dibuatnya,mesti Najihah makin cair.

"belum,kenapa? Nak try ke ?" soal Hariz dengan senyuman nakal.

"kau takyahla..kau dah ada 2 awek kot sekarang" bisik Ashraf ,spontan tangannya naik memukul belakang leher Hariz seorang budaya darat itu.

Najihah pula dah tersipu sipu malu sebelum duduk di tempatnya

"kau memang cari nahas kan?" bisik Aqis dan menepuk meja di depan Najihah

Najihah buat muka tak bersalah

"apa? Aku buat apa?"

" kau nak try ke Ji?" soal Izham dan mengeluarkan phone dari poketnya , baik aku baca wattpad sementara menunggu ni

"why not!"

"mengadanya ya allah" kata iliya dan ketawa kecil.

"abang Harraz dah berpunya ke?" suara tu..

Terus iliya mengangkat muka mencari tuan empunya suara itu.

Cis,Nik Aleeya si makcik bawang rupanya.. Terus dia mengangkat muka memandang Harraz yang turut memandangnya .

Harraz bangun dari duduknya dan duduk di atas meja berhadapan slide

"siapa abang kau?"

"pfft,awal awal kena reject" bisik Aqis dan ketawa perlahan. Itu juga membuatkan iliya rasa nak tersembur air liur. Bapak sadis kena kaw kaw belum apa apa lagi. Sedih weh sedih sungguh hidup si Nik Aleeya.

"kalau aku malu weh,malu" kata Alia pula sambil memegang perutnya dan menyembamkan wajahnya di meja menahan ketawa

Iliya pula masih menanti jawapan Harraz. Dia menggenggam erat pen miliknya dengan penuh harapan.

"secret" jawapan Harraz membuatkan semua pelajar sekolah taman hangus mengeluh.

"dah bertunang" Harraz kembali berjalan kearah tempat duduknya dihadapan laptop. Sambil tu sempat dia mengangkat tangan kanannya nak tunjuk cincin tanda pertunangan.

"WHAT!?" jerit semua pelajar perempuan. Ingatkan dah ada makwe rupanya dah ada tunang. Kemurungan 2minit Nik Aleeya dibuatnya,melepas!

Kembang 10 inci lubang hidung iliya humaira dibuatnya. Dia mengambil buku notanya dan ditekup ke wajahnya.

Lebih dari terharu weh!

"untunglah siapa tunang Harraz tu kan?"

"mesti bangga duh!"

"bapak setia Harraz tu,argh! Jealousnya!!"

Semua pujian dan kata kata positive dari mulut pelajar sekolahnya membuatkan iliya tersenyum lebar.

AKU LAH TUNANG DIA AAHAHAHAHAH

"weh Ashraf, nampak phone aku tak?" tegur Harraz tiba tiba. Niat nak chat Umi a.k.a umi Iliya nak kasitahu yang dia akan hantar iliya lewat sedikit sebab nak korek rahsia .

Ingat dia nk biar tunang dia nangis macamtu?

Eh ni Harraz okey,tak akan berdiam diri.

Tapi bila diseluk poketnya ,terus dia gelabah. Phone tu mahal kot!

"takdala, hilang eh?" soal Ashraf kebingungan. Dia yang asyik mengumpul kertas catatan yang ingin diedar itu mula bangun mendekati sahabatnya.

"letak la merata kan dah tak da." kata Hariz tiba tiba membuatkan Harraz menjelingnya tajam

"diam,setan" terperanjat Hariz dibuatnya. Selama 3tahun mereka kenal ini kali pertama Harraz mencarut. Nampak gayanya phone tu amat penting ya

"jap aku try call"kata Ashraf dan mengeluarkan phone miliknya . Terus nombor Harraz didail dan di call . Diletakkan phonenya di atas meja dan terus Harraz menyelongkar beg miliknya.

Seketika kemudian,tiba tiba phone di dalam poket iliya berdering nyaring. Ni mesti kes terlupa nak bagi phone kat encik tunangnya itu.

"kat mana bunyi tu datang?" soal Hariz supaya pelajar mencari di mana punca bunyi itu.

Terus pandangan pelajar tertumpu kearah iliya and the gang. Iliya pula lagi terperanjat,terus dia menyeluk poket baju kurungnya dan diletakkan iphone 8 milik Harraz di atas meja bersebelahan buku notanya.

"weh macam mana phone Harraz ada dengan kau?"  soal Najihah dengan muka ketakutan. Adakah kawannya mencuri!? Tapi bila masa!?

"jangan cakap Harraz tu.."Aqis menjedakan ayatnya. Dia kemudian menekup mulutnya bila Iliya mengangguk

"tunang aku"bisik iliya . Aqis pula rasa nak pengsan bila Harraz sudah mendaki tangga dan menuju kearahnya.

Iliya pula rasa nak hantuk muka dengan batu bata. Asal hari ni aku yang jadi perhatian untuk situasi yang memalukan ni yer.

Terkelip kelip kelopak mata gadis itu bila Harraz sudah berdiri di tepinya. Takdala tepi sangat sebab hujung sekali tu Aqis. Dia sebelah Aqis tapi dikira tepila tu.

"maaf tak ingat nak bagi balik" kata Iliya perlahan dan menyerahkan iphone milik Harraz.

"Erm" Harraz hanya balas dengan dengungan. Seketika dia terasa ada mata sedang memandangnya tajam. Terus dia mengangkat mata memandang pelajar lelaki itu.

Siapa lagi

Aqimla.

Aqim pula rasa bingung. Dia cemburu ke apa sekarang ni. Tengok iliya berkomunikasi dengan lelaki yang lagi hensem darinya.

Harraz pula mula faham dengan situasi Iliya. Sudut hatinya terfikir..adakah iliya nangis sebab lelaki tu?

Otaknya mula memproses sesuatu sebelum memandang iliya balik.

"bagitahu umi balik pukul berapa?" soalan Harraz makin menghangatkan suasana.

Iliya pula dah keriangan dalam hati. Syok betul dapat cemburukan semua pelajar di sekolahnya. Heh,aku ada tunang instafamous,kau ada?

"tak cakap pun" balas iliya sambil tersenyum mesra. Sempat dia mengerling Aqim yang sedang memandangnya tajam. Yang penting dia nak Aqim menyesal tinggalkan dia !

"awak bawa phone tak?" soalan ni bukan saja buat iliya berdegup kencang ! Malah membuatkan iliya menjadi isu gosip terhangat sekarang. Iliya pula dah terkejut. Dia bahasakan 'awak' ke tadi

"ba-bawak"

"oh nanti kalau saya ada hal ke apa saya chat awak tau" kata Harraz lagi dan mengenyit mata kearah Iliya. Dia kemudian menyimpan phonenya kedalam poket sambil menuruni tangga.

Sempat dia pandang tajam kearah Aqim yang turut memandangnya.

"weh aku rasa la diorang kenal dah lama"

"mesti tu tunang Harraz"

"bapak untung! Jom bunuh dia!"

"aku..terkedu.."kata Aqis dan menghembuskan nafasnya berat.

Iliya pula dah tersenyum senyum bahagia. Macam ni kah rasanya diberi perhatian ?

Tbc❤


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C10
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄