下載應用程式
27.27% Tunang Paling Sweet / Chapter 6: Bab 5

章節 6: Bab 5

Aku menggenggam kedua belah tapak tangan aku dan diletakkan di atas perut aku. Kini aku sedang berbaring di atas katil dan merenung dinding bagai nak tembus.

Dinding pun tersipu sipu malu bila aku tenung dia nak dekat sejam. K apa aku mengarut ni ?

Aku mengerling jam dinding bilik aku yang bewarna hitam pink . Lama betul aku renung dinding tadi sampai tak sedar dah pukul 12 malam.

Aku memejamkan mata sebelum mencelikkannya selepas beberapa saat. Kini minda dan akal fikiran aku melayang ke perbualan kami sekeluarga ketika  makan malam tadi.

Selepas Abang ilias memberitahu tentang wasiat nenek baru la aku mengerti bahawa arwah nenek ingin menjodohkan aku dengan cucu kawan dia.

Asalnya begini, atuk aku dulu kerja polis tau. Lepastu dulu kan zaman kuno sikit jadi pekerjaan polis ni macam pekerjaan yang hebat la. Arwah atuk dengan arwah nenek aku tu keluarga sebelah ayah aku la kiranya.

Lepastu arwah nenek aku ni berhutang nyawa apa entah dengan kawan dia.

Abang ilias cerita lagi,dalam surat tu kawan nenek selamatkan aku ketika nenek teman aku ke klinik. Waktu itu klinik terbakar and dia yang selamatkan aku.

Sebabtula nenek hutang nyawa sangat sangat and dalam diam dia sudah berjanji untuk menyatukan aku dengan cucu kawannya itu.

Aku tepuk dahi, apasal kena jodohkan aku pula. Apa kena mengena duh?

Aku dah la tak boleh move on dengan Aqim lagi urm.. Tup tup tak sampai sehari break dah bertunang dengan orang lain.

Aku bangun dari pembaringan, disebab kejadian tadi aku tidak boleh tidur. Aku seorang yang pemendam jadi aku tak ada rasa nak mengadu dekat kawan kawan aku. Aku tanggung sorang la jadinya.

Disebabkan itu juga aku nak turun kebawah nak buat susu. Najihah kata kalau minum susu boleh buat kita lena tidur.

Sewaktu aku menuruni tangga satu rumah dah gelap. Hanya lampu kecil di sebelah televisyen sahaja yang membantu aku untuk menuju ke dapur. Yela waktu ni semua orang dah tidur. Tapi tak untuk aku.

Sampai sahaja di dapur, aku capai bekas yang aku letak susu tepung dan segelas air panas.

Setelah membancuh,aku duduk di atas kerusi bar dan menghirup susu itu.

Asyik aku minum susu sambil mengelamun ,tiba tiba aku dikejutkan dengan bersin abang ilias yang bunyi seperti spray ridsect. Ya tuhan, sumpah aku benci bunyi dia bersin . Aku jadi imagine dia bersin tu hingus dia keluar macam spray ewww.

"aik,kenapa iliya tak tidur lagi? Esok sekolah kan?" tegur abang ilias sambil membuka peti sejuk lalu mengeluarkan sekotak jus oren. Dia mencapai gelas dan duduk di kerusi bar bertentangan dengan aku.

"iliya tak mengantuk la and esok cuti" jawab aku sambil merenung gelas yang berisi susu yang masih berbaki separuh.

"ye ke? Sorryla. Mesti sebab wasiat nenek kan" soal abang ilias lagi dan menuang jus oren ke dalam gelasnya

"abang tu kenapa tak tidur lagi?"

"dahagala"

Aku senyap

"risau ke?" soal abang ilias lagi

"entahla..tapi walid macam mana ? Dia kan pernah cakap dia tak nak anak dia bercinta semasa belajar" kata aku dengan suara perlahan. Ceh Iliya saja bagi alasan. Kau couple jugak tanpa pengetahuan walid. Bisik hati

"iliya, couple dengan bertunang tu lain. Couple ni hanya untuk cinta monyet dan tak ada kepastian yang tetap. Hala tuju masih kabur. Tapi walid dah setuju tadi kan sebab bertunang ni kiranya iliya akan bernikah dengan dia nanti. Kira macam dah ada perancangan untuk menghalalkan" terang abang ilias panjang lebar sebelum minum segelas jus oren itu.

"wajib ke Iliya turuti permintaan arwah nenek?

Abang kan peguam tak boleh ke abang godam wasiat tu supaya iliya dapat harta bahagian iliya tanpa bertunang?" kata aku cuba membantah dengan cara halus. Iaitu memujuk

Abang ilias senyum senget. Dia mengangkat kening seraya memandang aku.

"kenapa? Iliya couple boleh tak kan bertunang tak boleh. Eh bakal tunang iliya budak kolej tau. Bidang business lagi. Lepastu ayah dia ada syarikat sendiri. " kata kata abang ilias membuatkan sepasang mata aku mencerlung tajam ke arahnya

"apa? Abang tahu okey adik abang ni boyfriend ramai. Dari iliya couple dengan budak lelaki yang entah masa depan macam mana, baik iliya bertunang dengan lelaki yang boleh jamin your future"

Aku menghela nafas berat,aku bangun dan basuh gelas aku di sinki.

"nak tengok tak tunang iliya?" soal abang ilias lagi

"taknak. Tak berminat" kata aku dengan nada suara yang mendatar. Selesai membasuh gelas, aku simpan gelas di rak dia balik.

"so how?"

Aku pandang abang ilias.

"tapi...erm"

"lupakanla Aqim tu.."

Aku membulatkan mata.

"macam mana abang ilias ..."

"Eh, abang rapat okey dengan Afif dan Izham. Anytime diorang sampaikan berita tentang adik abang yang gedik ni"

"abang !!" jerit aku lagi dan menampar bahu dia

" tak rasa ke putus dengan Aqim tu satu petanda?" soalan Abang Ilias membuatkan aku berhenti bantai bahu dia. Aku menjauhkan diri dan sandar dekat kitchen island.

"maksud abang?"

"setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya, iliya kena tinggal lepastu tuhan temukan iliya dengan orang yang lebih baik. " Abang ilias mengusap kepala aku perlahan. Aku pula menunduk memandang lantai dapur

"so..iliya nak ke tak? "

Aku mengeluh dan mengangguk

"okay iliya setuju"

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Aku tersenyum nipis memandang penampilan aku di hadapan cermin bilik aku. Aku memakai baju kurung bewarna biru bercorak bunga dan memakai selendang bewarna hijau .

Wajah aku mengenakan solek nipis iaitu foundation dan lip tint. Dah cukup kot.

Hari ini aku sekeluarga akan pergi ke rumah keluarga bakal tunang aku. Nasib baik juga la walid kata yang dia juga bersahabat dengan keluarga bakal tunang aku tu.

Tak ada la kekok kat sana nanti. Cuma tula,aku tak pernah jumpa diorang. Sekarang aku doa macam macam.

Aku doa bakal tunang aku tu hensem, sporting, baik, tak sombong, talkative, setia dan ciri ciri lelaki yang kuat agamanya.

Janganla muka cam ijoy mahu aku lari rumah tidak munculkan diri nanti.

Perjalanan untuk ke rumah dia mengambil masa tidak lebih dari satu jam. Oket nanti senang nak balik raya . Eh kesitu pula aku fikir.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

"cantik..sesuai dengan Raz kan?" puji aunty di sebelah aku a.k.a bakal ibu kedua aku. Sempat dia menanyakan pendapat suaminya.

"eh saya tak la cantik sangat aunty . Biasa ja" kata aku lembut dan menunduk. Acah rendah diri tapi dalam hati bukan main seronok kena puji.

"apa aunty nya..panggil mama"kata aunty itu pula.

Aku pandang lama wajahnya sebelum mengangguk bersama senyuman semanis mungkin

Nama dia Susan Lee berdarah cina manakala suaminya berdarah melayu iaitu Tengku Rizal.

Aku amati wajah mereka berdua..macam pernah nampak tapi di mana ya?

"mana anak kau? Dah lama aku tak nampak. Last aku jumpa dia kecik lagi baru nak merangkak" ujar Walid pula

"haha tulaa, dah lama tak jumpa. Kalau bukan wasiat ni kita tak jumpa dah sebab lost contact" terang uncle Rizal sambil ketawa besar.

"berapa umur ni?" soal Mama Susan kearah Umi.

Nampaknya aku kena bahasakan Mama dengan Papa la ni ?

"16 nak masuk 17 dah, anak awak umur berapa?"  soal umi pula. Senyuman tak lekang di bibir. Aku pula sudah berasa lega sedikit. Sedikit je,sebab aku tak nampak lelaki yang nak jadi tunang aku tu.

Tapi tengok muka mama susan dan suaminya. Aku rasa lelaki tu ada rupa .

"dah nak masuk 20, semester 4 dah "jawab Mama susan

Aku tiba tiba berasa nak terkucil. Cepat cepat aku meminta diri untuk ke tandas.

"mama,tandas..de-dekat mana?" soal aku hampir gagap

"ah,dekat dapur. Iliya pergi dekat bahagian kanan tepi tangga tu . Ke nak mama teman?"

" eh tak-takpe. Iliya pergi sendiri" aku menarik tangan Mama yang sudah berdiri ingin meneman aku.

Terus aku menuju ke dapur sambil membetulkan tudung. Fuh,mama scan aku sampai senget shawl aku.

Selepas membuang hajat ,aku sempat membetulkan shawl aku dan baju aku sebelum keluar tandas.

"ARGH!"

Terjerit aku bila tiba tiba wajah seseorang menyapa aku secara mengejut.

Terus lelaki yang tinggi dari aku tu menekup mulut aku dari menjerit.

Apabila aku macam dah puas jerit dia mengangkat kening

"kau ke bakal tunang aku?" soal dia dingin setelah menarik tangannya dari mulut aku.

Satu saja yang terlintas di fikiran aku sekarang ni..

Bapak hensem jodoh aku.

Tbc❤

Yeay hero dah muncul 🍫


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C6
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄