下載應用程式
44.06% DIA ATAU DIA? / Chapter 26: Bab 25

章節 26: Bab 25

Movie seram yang kitorang tengok tadi baru sahaja tamat.

"Um, nak solat dekat mana ni?" tanya Eiman.

"Korang solat dekat bilik belakang tu. Aku dah bentang sejadah." jawab Sarah.

Eiman hanya mengangguk lalu ke bilik yang dimaksudkan oleh Sarah. Johan dan Haizeq turut ke bilik itu. Aku menuju ke bilikku yang berada di tingkat dua. Sarah dan Qistina ke bilik masing-masing untuk menunaikan solat Zohor.

Selesai menunaikan solat Zohor. Solat Zohor berapa rakaat ye, anak-anak semua? Empat. Ye, betul! Ehehehe...

Aku turun bawah dan menuju ke ruang tamu. Kelihatan Haizeq seorang di situ. Sarah dan Qistina masih belum keluar dari bilik mereka.

"Dah solat?" tanya aku kepada Haizeq. Aku mengambil tempat di sebelahnya.

"Belum. Eiman tengah solat. Johan dalam toilet. Kena tunggu giliran lah." jawab Haizeq. Aku mengangguk. Aku main phone.

"Mia, nak phone jap." kata Haizeq.

"Huh? Nak buat apa pulak ni?" tanya aku.

"Adalah..." jawab Haizeq. Aku menghulurkan phone aku. Dia nak buat apa pulak ni? Haritu dia letak gambar-gambar handsome dia dalam phone aku. What now?

"Wah... kau simpan lagi gambar-gambar aku... Terharu, Mia..." ucap Haizeq, dengan suara yang dicomelkan. Aku tergelak kecil selepas dengar suara 'comel' itu.

"Hari tu aku nak delete semua. Tapi..."

"Tapi disebabkan aku handsome sangat?" tanya Haizeq yang memotong ayat aku. Perasan lak tu... Heh! Aku mencebikkan bibir.

"Tak. Tapi... kesian. Lagipun aku dah janji dengan kau." jawabku. Hehehe...

"Hek eleh... Mengaku je lah kau simpan gambar aku sebab aku handsome..." kata Haizeq.

"Ya Allah mamat ni... Perasan dia tu tahap nak mati!" kataku. Haizeq tergelak.

"Mia... Nak kek." minta Haizeq.

"Ok." kata aku lalu berjalan ke dapur. Haizeq mengikuti aku.

Haizeq membawa kek itu keluar dari peti sejuk dan membawanya ke ruang tamu. Aku pula membawa piring, sudu dan pisau. Aku memotong kek itu dan diletakkan di atas piring kemudian menghulurkan kepada Haizeq.

"Sedap?" tanyaku setelah Haizeq memasukkan suapan pertamanya. Haizeq tersenyum memandang ke arahku. Alaaa..... Cute! jeritku dalam hati. Senyuman Haizeq membuatkan aku turut tersenyum. Hehehe...

"Sedap." jawab Haizeq terangguk-angguk lalu menyuap kek ke dalam mulutnya lagi.

Aku sempat ambik gambar kek tu sebelum potong tadi. Aku mengambil gambar Haizeq yang sedang menikmati kek itu tanpa memberitahunya. Pastu post kat story. Ehehehehe...

"Thanks, Mia." ucap Haizeq, tersenyum.

"Welcome." balasku. Haizeq menghabiskan kek yang di dalam piring itu.

"Haizeq." tiba-tiba Eiman muncul di situ dan memanggil Haizeq. Aku dan Haizeq memandang Eiman.

"Ok. Nak solat." kata Haizeq lalu bangun dan menuju ke bilik itu.

Eiman mengambil tempatnya di sebelahku. Aku hanya berdiam diri dan menyuap kek ke dalam mulut. Sebenarnya, aku malu pasal tadi. Haa ye. Yang terpeluk tu lah. Eiman berdehem. Aku memandangnya.

"Malu lagi ke?" tanya Eiman sambil tersenyum memandangku.

"Err... Malu? Kenapa nak malu?" tanyaku. Pura-pura tanya. Eleh... Macam lah tak tahu...

"Jangan pura-pura tak tahu pulak eh." kata Eiman. Aku tersengih. Nak buat macam mana lagi? Dah kantoi.

"Nak kek?" tanya aku.

"Sure." jawab Eiman. Aku menghulur piring yang berisi kek itu kepada Eiman. Aku sambung makan kek. Mana lah Sarah dengan Qis ni. Tak turun lagi. Kalau diorang ada takde lah aku rasa nervous sangat duduk dengan Eiman ni.

"Kau buat ke kek ni?" tanya Eiman. Aku memandangnya. Tiba-tiba dia tergelak kecil. What happened. Eiman mengambil tisu dan mendekatkan dirinya dengan aku.

"Comot eh?" tanya aku. Aku tahu kalau aku makan kek chocolate mesti comot. Aku pun tak tahu kenapa. Eiman hanya tersengih. Dia mengelap mulutku dengan tisu itu. Dup Dap Dup Dap. Ayoyoyo... Dekatnya lah muka dia dengan muka aku. Berdebar sis... Aku menggenggam tanganku. Ya Allah... Tangan aku! Aku ternganga. Eiman turut memandang ke arah tanganku.

"Hahahah... Macam mana kau makan? Comot sangat! Macam budak kecik..." kata Eiman sambil tergelak. Tu lah. Aku tak tahu pun macam mana tangan aku comot kena chocolate tu. Eiman mengelap tanganku. Aku tersenyum. Rasa best pulak bila orang layan kita macam budak kecik. Uiiiiii..... Jangan rasa best sangat. Nak buat dosa ke???

"Thank you." ucapku.

"Welcome." balas Eiman.

Sarah dan Qistina turun bersama-sama. Hmm... baru nak turun? Kesian aku kena hadap perasaan nervous tu...

"Nak kek." minta Sarah dan Qistina.

"Ambik je lah." jawabku. Pelik. Kenapa nak minta-minta pulak ni? Macam tak biasa...

Haizeq dan Johan ke ruang tamu. Qistina dan Johan tersenyum.

"Movie lagi?" tanya Qistina.

"Yep..." jawabku.

"Nak tengok cerita apa pulak? Action dah. Horror pun dah. Kita tak kisah korang nak tengok cerita apa pun." kata Qistina

"Hmm... Rasa macam nak tengok cerita Hindustan. Boleh tak? Dah lama tak tengok." kataku.

"Uuu... Kita suka!" kata Sarah. High-five!

"Korang okay ke? Kalau korang tak nak tengok cerita hindustan, kita tengok cerita lain." kata aku.

"Aku okay je." kata Haizeq. Johan dan Eiman mengangguk.

"Yay!" aku tersenyum dan bertepuk tangan.

"Okay. Cerita apa nak tengok?" tanya Qistina.

"Umm... Cerita Dilwale lah." kata aku.

"Yeah... Janam Janam Janam...." Sarah menyanyi. Kami tergelak kecil.

Hehehehe... Part paling best bila tengok cerita hindustan. Part dia menyanyi tu... Tu yang buat cerita hindustan best.

"Ooo... Aku tahu lagu ni... Jahanam jahanam jahanam..." Haizeq pula menyanyi. Kami ketawa.

"Oooiii.... Rosak lagu..." rungut Sarah. Kami tergelak lagi.

Aku memandang Eiman yang berada disebelahku. Dia turut memandangku. Dia senyum. Oh man.

"Kau pernah ke tengok cerita hindustan?" tanyaku.

"Pernah. Dulu. Mummy pun minat hindustan jugak." kata Eiman. Aku mengangguk dan tersenyum.

"Mummy kau minat siapa?" tanya aku.

"Shah Rukh Khan lah..." jawab Eiman sambil menunjukkan muka menyampah. Aku tergelak.

"Oh... Mama aku suka Salman Khan." kata aku.

"Kau suka siapa?" tanya Eiman.

"Salman Khan, Shah Rukh Khan, dengan..." aku tidak menyambung ayatku.

"Dengan???" tanya Eiman.

"Kau." kata aku, tersengih. Eiman tergelak.

"Eeee... Nakal!" kata Eiman.

"Uii... Sweet nya dua orang tu..." tegur Sarah. Semua pandang ke arah aku dan Eiman.

"Asal? Jealous ke?" tanya aku. Sarah menjelirkan lidah. Haizeq yang duduk di sebelah Johan tadi kini duduk di sebelahku. Haizeq berdehem. Aku memandangnya. Eiman turut memandang ke arah Haizeq.

"Ye, nak apa, Haizeq?" tanya aku.

"Nak kau." jawab Haizeq, selamba. Aku tergelak lalu tumbuk dadanya dengan penumbuk aku. Haizeq mengaduh sakit.

"Aaa!!!" jerit Haizeq sambil memegang dadanya. Aku gelabah.

"Why? Sakit sangat ke???" tanya aku, risau.

"Sakit... sakit..." jawab Haizeq.

"Umm... betul ke? Sakit dekat mana? Dekat aku tumbuk tu ke?" tanya aku, bertalu-talu.

"Sakit hati, sayang." jawab Haizeq sambil tersenyum. Tapi yang 'sayang' tu dia berbisik kepadaku. Aku terkedu.

Sayang? Aaaaa... It just giving me a heart attack. Selalunya ada 'Mia' tapi, mana 'Mia' tu menghilang??? Kenapa ada 'sayang' je??? Huhuhuhu... sampai hati korang buat aku macam ni... tangisku di dalam hati. Haizeq tersengih melihat reaksiku.

"Hey. Kenapa muka macam nak nangis?" tanya Eiman.

"Huhuhuhu... Tak tahu kenapa tiba-tiba rasa nak nangis..." kataku sambil buat muka nak nangis. Tak keluar air mata pun, ok? Haizeq dan Eiman tergelak. Sarah, Qistina dan Johan yang khusyuk tengok cerita Dilwale pandang ke arah kami. Tak tahu apa jadi.

"Ala... Sian babe I ni..." kata Haizeq. Aku menjuihkan bibir. Haizeq dan Eiman tergelak lagi.

____________________

Diorang dah balik. Aku, Sarah dan Qistina sambung tengok cerita hindustan.

"Ok. Next!" arah Qistina.

"Chal Mere Bhai!" cadangku.

"Oh yeah!" Sarah dan Qistina setuju.

"Wah... dua orang lelaki suka dekat Karisma Kapoor tu. Macam Nayli, Haizeq dengan Eiman lah." kata Qistina. Sarah tergelak, aku ternganga.

"What the fish... Mana ada..." bantahku.

"Eleh... Tak nak mengaku pulak..." kata Sarah.

"Aaaa... please lah jangan buat kita macam ni... Huhuhuhu..." kata aku. Sarah dan Qistina tergelak. Kami sambung tengok cerita. Hari ni kitorang tidur awal sebab esok ada class. Kalau weekend, kitorang akan tidur lewat malam. Tengok cerita. Layan Netflix. Hehehe...

Malam itu. Aku mimpi lagi. Aku tersedar lalu meraup muka sambil menangis perlahan. Tak nak bagi Sarah dan Qistina tersedar. Setiap kali aku mimpi pasal lelaki tu, mesti macam ni. Menangis. Aku tak mimpi setiap hari. Dalam sebulan tu ada lah 2-3 kali. Setelah tangisanku reda, aku buka phone. Hmm, pukul 3:45 a.m. Aku menenangkan diri. Tidak lama kemudian aku terlelap.


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C26
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄