下載應用程式
80% BABAK Terakhir / Chapter 4: bab3

章節 4: bab3

Pagi yang damai itu benar-benar mengasyikkan. Jauh dari hiruk-pikuk kenderaan yang kebiasaannya bising berlumba-lumba di jalanan menuju ke lubuk rezeki masing-masing. Walaupun langit pada pagi itu sengat cerah dan matahari agak terik menyinar di ufuk timur, naman angin sepoi-sepoi bahasa yang sesekila menyapa begitu mempesonakan.

Lia Sari senang dimanjai angin luar. Pintu utama rumah dibuka seluas-luasnya. Dia melepak di ruang tamu sambil ditemani suara DJ dari radio. wanita itu seperti biasa akan melakukan rutin harian dengan meneliti dan memeriksa stok jamu yang berada dalam simpanannya.

Sesekali punat-punat kalkulatornya berbunyi kasar akibat hentakan jarinya mengiri jumlah untung rugi jualan jamu yang sudah lama menjadi sumber rezekinya. Dalam kelekaannya mengira, suara seseorang dari arah luar pagar bergema. Dia kalut bangun mendekati pintu untuk mengintai siapakah tuan punya gerangan

.

"Assalamualaikum. Lia Sari! Lia Sari!"

"Waalaikumussalam. Hah, Khaty. Sekejap aku buka pintu pagar!"jerit wanita itu, terkecoh-kecoh mencapai kunci pintu pagar yang diletakkan di atas meja kecil di tepi pintu rumah.

"Cepatlah Lia Sari, oi. Panas ni. Cair lemak-lemak aku berdiri kat luar ni," desak wanita bernama Khaty yang hampir seusia dengannya itu.

"Baguslah kalau lemak-lemak kau cair. Tak payah kau nak pergi buat rawatan laser buang lemak dan selulit kat klinik tu," usik Lia Sari sambil membuka pintu pagar hadapan.

"Ke situ pula kau ni."

"Jemputlah masuk. Kau datang ada hajat apa? Jamu dah habis ke?"

"Bukanlah. Ada lagi kat rumah tu. Dari bulan lepas tak habis-habis pun."

"Hah, tak habis lagi? patutlah aku tengok lemak kau makin banyak ni. Kau tak ikut cadangan pemakanan macam yang aku bagi ke, Khaty?" suara Lia Sari sudah sedikit keras apabila Khaty menyatakan bahawa jamu yang dibeli daripada Lia Sari bulan lepas masih belum habis. Lia Sari memegang lemak-lemak di perut Khaty yang semakin ketara. Khaty segera menolak tangan lia Sari.

"Macam mana aku nak makan sedangkan bau saja pun buat aku loya," ucap Khaty lagi sambil memegang tekaknya seolah-olah geli-geleman dengan jamu.

"Loya pula? Isy, bau jamu memang kuat sikit tapi kalau kau tak makan macam mana nak cantik? Nanti merungut kat aku pula cakap badan tak lawalah, tak slim la. Nanti kalau laki kau cari perempuan lain macam mana? Kau juga melapong, kan? Aku bukan nak membebel kat kau Khaty, aku sekadar bagi nasihat. Bukan apa umur macam kita ni, kena jaga kesihatan. Pemakanan tu yang palang utama. Jaga betul-betul. Silap sikit saja dah boleh kena macam-macam penyakit. Semput, lelah, asma, kencing manis, darah tinggi, kanser . . . Hah, semua tu bahaya, tau! Kalau dah kena, susah! Asyik kena menghadap muka doktor saja. Jadi lebih elok kalau kita mencegah dulu sebelum terlambat. Macam iklan kat TV, mencegah lebih baik daripada merawat. Tak gitu?"

"Eh, kua ni Lia Sari. Tutup sekejap topik jamu kau tu. Rasa kembang tekak aku ni. Aku datang sini bukan nak cerita tentang jamu tapi aku ada cerita lain nak beritahu kau!"

"Cerita apa pula? Nak gosiplah tu!" teka Lia Sari yang sudah duduk bersila di bawah sofa untuk menyambung kerja-kerjanya tadi.

"Isy, tak baik tau tuduh macam tu. Bukan gosiplah. Tapi aku datang sini nak beritahu kau, esok ada kru filem nak datang rumah Si Mona."

"Kru filem pergi rumah Mona? Nak buat apa?"

"Dengar kata, ada produser filem bayar Mona untuk buat penggambaran filem kat rumah dia. Lia Sari oi, glamor kita nanti," ucap Khaty teruja sambil mengipas-ngipas wajahnya."

"Produser tu pergi rumah Mona. Yang nak glamornya Mona, bukan kita."

"Memanglah tapi ini yang aku nak cakap ni. Esok aku nak ajak kau dengan jiran-jiran kita yang lain tu pergi rumah Mona. Nak tengok dia orang shooting filem."

"Boleh pergi ke.?"

"Alahai, kenapa pula tak boleh pergi? Mona yang suruh datang." Lia Sari senyum.

"Sebenarnya aku dah tahu kat rumah Mona ada penggambaran filem," tutur Lia Sari membuka cerita.

"Mana kau tahu? Internet bergerak mana yang beritahu kau ni? Kak Dora ni sebelah rumah kau ni ke?"

"Ada-ada aje kau ni Khaty. Rose yang beritahu aku semalam."

"Isy Rose ni, laju betul bawak berita. Kalah mami jarum! Kecik hati kak Dora ni kalau dia tahu dia kalah dengan Rose." Berkerut wajah Khaty.

'Isy, macam mana Si Rosa boleh tahu dulu daripada aku ni' fikir Khaty.

"Kak Dora tak ada… Dia bilik kampung. Kalau tidak, dah riuh sekampung!"

Khaty tersengih

"Aku yang telefon dia. Semalam aku ternampak ada ramai orang kat depan rumah Mona. Aku musykil juga kenapa ramai orang depan rumah dia. Aku pun telefon Mona tapi tak berjawab. Alih- alih aku telefon Rose. Dialah yang beritahu aku ada orang buat penggambaran filem kat rumah Mona." Kata Lia Sari jujur.

"La, kiranya sejak semalam lah dia orang datang shooting? Aduh, melepas aku nak jumpa pelakon filem!" Khaty tepuk lantai tanda tidak berpuas hati. Lia Sari sudah hampir tergelak dengan gelagat jirannya namun ditahankan saja. Takut jika wanita itu berkecil hati.

"Esokan ada shooting lagi. Esok bolehlah kau jumpa pelakon filem tu." Khaty angguk.

"Eh, kau nak tahu tak apa tajuk filem tu? Kalau tak silap aku, nama filem tu yang dia orang nak datang shooting tu Pontianak Gengster. Farid Kamil dengan Lisa surihani yang berlakon!" Khaty ketawa kuat kemudian disusuli Lia Sari.

"Amboi, gengster betul nama tajuknya, ya?"

Dalam ralit bersembang, Lia Sari berasa pelik apabila melihat Fea. Tiba-tiba saja rajin benar dia bangun awal pagi. Pelik bin ajaib!

"Hah Fea, nak ke mana? Pagi-pagi lagi dah bangun!" Fea berhenti apabila disapa oleh Lia Sari. Dia mengeluh. Aduh, emaknya ini. Ada saja soalan yang nak diajukan.

"Mak, salah ke Fea bangun awal pagi? Bila Fea bangun lambat, mak berleter. Sekarang ni Fea dah bangun pagi pun tak boleh?"

"Hei budak ni, bukan tak boleh tapi mak terkejut sebab anak dara mak seorang ni rajin betul bangun pagi-pagi itu yang mak tanya. Nak ke mana?"

"Macam biasalah mak. Nak dating!" Fea berseloroh. Dia ketawa sambil menutup mulut. Geli hati barangkali dengan jawapan yang dibalas kepada emaknya.

"Tak habis-habis nak dating!" marah Lia Sari mencerun matanya memandang Fea. Fea masih bersikap selamba.

"Fea kau dating dengan siapa?" celah Khaty tiba-tiba. Teruja pula dia mendengar celoteh dua beranak ini.

"Mak Cik Khaty, mestilah saya dating dengan boyfriend saya."

"Menanglah, takkan dengan girlfriend pula. Lainlah kalau kau ni spesies sejenis. Maksud aku, boyfriend kau tu? Kerja apa? Siapa mak bapa dia? Tinggal mana? Berapa umur dia?"

"Mak Cik Khaty ni, banyak tanya pula. Dah macam wartawan rancangan 999 saja."

"Bukan apa, tak baik tau ke hulu ke hilir dengan lelaki bukan muhrim. Berdosa. Baik kau kahwin cepat-cepat. Suruh boyfriend kau tu masuk meminang. Lepas kahwin nak ke mana-mana pun tak apa. Tak ada siapa nak larang, tak ada siapa nak marah. Kau coba ambil contoh anak Imah tu hah, ke hulu ke hilir dengan jantan. Alih-alih kena tangkap basah. Buat malu mak bapa aje. Isy, kau jangan buat macam tu, Fea kesian kat mak kau ni," nasihat Khaty bersungguh-sungguh. Namun Fea rasa mahu muntah pada saat itu.

"Haah, berdosa kan? Ya tak juga. Tapi kalau buka aib orang tu dikira berdosa juga ke?"

"Errr... Berdosalah kut..." Khaty terasa disindir.

"Sudah, Fea. Ada saja benda nak merepek pagi-pagi ni. Apa mimpi kau bangun awal ni?" patong Lia Sari pula.

"Kan Fea cakap tadi, Fea nak pergi dating!" ucap Fea tersenyum lebar.

"Yalah tu dating, dating dengan Era. Kau orang berdua ni dah taka da kerja lain lagi nak dibuat selain melepak kat kedai mamak tu? Kaya mamak tu tau hari-hari kau orang pergi melepak kat kedai dia."

"Biasalah mak, anak muda kerjanya mesti melepak. Sambil lepak-lepak boleh cuci mata sikit."

"Banyaklah kau punya cuci mata. Tu kain baju kau kat belakang tu, tak nak pula kau pergi cuci!" Berapi kata Lia Sari disemburkan kedapa anak gadisnya. Khaty sekadar senyum kecil.

"Mak, nanti balik Fea cucilah. Tak pun apa kata mak saja yang tolong cucikan, boleh? Bukannya susah pun, masukkan dalam mesin basuh lepas tu tekan suis aje. Tak payah keluarkan tenaga. Boleh ya, mak?"

"Tak habis-habis nak bagi alasan. Sudah, yang kau tercegat depan mak dengan Mak Cik Khaty kau ni kenapa?" tanya Lia Sari, tidak puas hati apabila Fea masih belum menginjak dari tempat dia berdiri.

"Errr …. Fea nak…." ujar Fea sambil menunjukkan isyarat meminta duit. Lia Sari mendengus

"Kau nak duit? Hah, itu saja kerja kau! Duit…. Duit…. Duit…. Mak ni kan tukang buat duit. Berapa kau nak?" Nyaring sungguh suara Lia Sari kala itu

"Bagi sajalah berapapun tapi kalau lebih pun tak apa. Lagi seronok!" sekat Fea. Biarpun mulut Lia Sari sama berapinya dengan mulut Fea, dia masih belum berkira mahu menghulurkan not lima puluh kepada gadis itu.

"Terima kasih mak, sayang!" usap Fea gembira

"Amboi seronok jadi kau, Fea. Hulur aje tangan terus dapat duit. Hmmm…. Bila kau nak cari kerja ni? Kasian mak kau…. Asyik kena bagi duit pula dekat anak dara dia seorang ni," celah Khaty. Fea mendengus. Kata-kata Khaty tadi terus membuakkan perasaannya berkocak sedikit.

"Belum rezeki lagilah mak cik!"

"Hmmm…. Rezeki tu rezeki juga tapi kalau tak ada usaha, tak ke manalah jawabnya. Kalau kau kerja, bolehlah kau bentu mak kau ni, hah. Tak adalah dia nak jual jamu lagi….?" Fea sudah buat muka pada saat Khaty menyambung bicara telinganya digosok sedikit lalu menghampiri emaknya.

"Fea pergi dululah, mak….? Tangan Lia Sari dicapai lalu disalam.

"Hmmm…. Elok-elok jangan nak buat perkara bukan- bukan pula…. Nanti balik awal sikit, ya?" pesan Lia Sari.

"Yes, boss!" balas Fea sambil memberi tabit harmat kepada emaknya. Dia terus melangkah keluar sebalik sahaja menghantar sebuah senyuman tawar kepada Khaty.

Fea dan Era sama-sama menuju ke medan selara Kompleks Anggun. Letih berjalan di situ, mereka terasa mahu mengisi perut. Maklum saja, sejak keluar rumah tadi sedikit makanan pun tidak dijamah.

"Aku dah beritahu kawan-kawan kita yang lain…. Hujung minggu ni kita tak dapat ikut dia orang semua pergi bercuti. Aku pun batalkan aje rancangan nak pergi bercuti tu. Lagipun bila difikir-fikir balik, ada bagusnya juga kalau trip tu dibatalkan. Yalah, jimat sikit duit elaun aku bulan ni," ucap Era tenang.

Dia kemudian berhanti di kedai aksesori tanpa menghiraukan Fea. Namun keasyikannya melihat beberapa utas gelang di kedai tersebut mati setelah melihat langkah kaki Fea mendahului ke hadapan. Lantas dia meninggalkan kedai aksesori itu lalu mendapatkan temannya

"Kau ni kenapa, Fea? Dengan tak apa aku cakap tadi?" Fea hanya angguk sekali. Era mengeluh.

"Apa pasal monyok aje? Kau frust eh tak dapat join pergi bercuti?" Fea menggeleng lemah sambil matanya menunduk memandang lantai.

"Taklah. Mana ada," dalih Fea

"Yalah. Dari tadi aku tengok kau macam orang ada masalah. Macam orang sedang berfikir sesuatu. Jangan cakap kau dok berangan teringat prince charming, sudah!" Era berseloroh.

"Taklah." Berkerut-kerut dahi Fea menafikannya.

"Dah tu kenapa?"

"Taka da apa-apa. Aku cuma teringat pesan mak aku aje."

"Kenapa? Mak kau desak suruh cari kerja cepat?"

"Itulah pasal. Telinga aku ni macam nak bernanah dan sebab hari-hari aku dengar benda yang sama. Cari kerja, cari kerja, cari kerja. Dahlah orang keliling pun asyik soal aku perkara sama. Tension betullah!"

"Dah tu apa masalahnya? Pergilah cari kerja!"

"Eleh, cakap orang. Dia tu pun sama. Bukannya aku tak hantar resume tapi kebanyakannya dah reject aku awal-awal sebab aku taka da experience. Itu yang leceh tu. Ada ijazah pun payah, tak ada ijazah lagilah payah! Jadi, aku rasa lebih baik aku ambil masa untuk berehat dan tenangkan fikiran aku yang dah serabut ni…. Kalau boleh aku nak berehat dulu sementara aku fikirkan apa langkah aku yang seterusnya."

"Hmmm…. Tok kaya kau tak pernah offer apa-apa jawatan dekat kau? Kan syarikat dia tu besar, takkanlah tak ada satu kekosongan kut?" Fea mencebik lalu mengangkat bahu.

"Aku malaslah nak menyusahkan dia lagi…. Dah banyak yang dia tolong aku. Rasa segan pula," balas Fea semula. Dia berjalan perlahan mara ke hadapan dengan pandangan yang melayang-layang sekali lagi. Nampak seperti memendam perasaan sahaja.

"Hei kau ni kenapa? Kalau bukan soal kerja yang merunsingkan hati kau tu…. Apa masalahnya?" cuit Era di bahu Fea.

"Memanglah bukan pasal kerja. Tak ada kenamengena pun."

"Dah tu? Hah jangan cakap mak kau suruh kau cari calon untuk buat laki. Itu yang muka ketat aje," duga Era pula. Fea mengerling sekilas kepala Era lalu merengus.

"Sebenarnya aku bengang sangat tau tak?"

"Kenapa pula? Tadi cakap teringat pesan mak kau tapi sekarang bengang pula. Kau bengang kat siapa? Give me an explanation sikit."

"Siapa lagi kalau bukan dekat keluarga pembuli durjana tu!"

Era garu belakang tengkuknya. Dia semakin hairan. Sejak akhir-akhir ini, Fea asyik bercerita tentang budak pembuli itu saja. Balik-balik budak pembuli, pagi petang, siang malam budak pembuli. Tak habis-habis dengan budak pembuli. Bingung seketika memikirkan apa sebenarnya yang Fea masih belum puas hati dengan budak pembuli itu.

"Aku betul-betul tak faham dengan kau. Sejak kebelakangan ni kau asyik cerita tentang budak pembuli tu saja. Apa yang terjadi?"

"Aku bengang sangat-sangat! Bila sebut tentang dia aje, terus aku jadi bengang. Hati aku yang tenang bagai air kolam renang rumah Tok Saif tu pun dah boleh jadi keruh gara-gara asyik fikirkan hal ni. Naik kusut dah otak aku ni…. Rambut aku berates-ratus helai yang gugur satu hari. Mahunya botak aku nanti!"

"La, apa susuh. Kau pergilah buat treatment kat Yun Nam Hair Care. Dijamin selamat…." Balas Era.

"Hei, kau ni kan…. Main-main, ya!" marah Fea.

"Orang tengah susah hati ni, dia boleh nak buat lawak ujang pula!" Muncung mulut Fea mengomel.

"Alah, tu pun nak touching…. Eh Fea, boleh tak kau cerita dekat aku secara detil apa sebenarnya yang dah mengganggu kepala otak kau tu? Sikit- sikit kusut…. Sikit-sikit nak tension…."

"Kalau kau nak tahu, mak aku dan Tok Saif beria-ia buat majis besar-besar nak sabut dia orang balik," luah Fea membuatkan Era ketawa. "okeylah tu, boleh tumpang sekali!"

"Masalahnya aku tak suka! Mak aku sibuk suruh aku buatkan kad undangan untuk jemput semua saudara-maru aku semata-mata nak sambut dia 'orang putih' tu balik!" Fea menggenggam kedua-dua penumbuknya tanda protes dan geram.

"Amboi, sampai macam tu sekali? Dahsyat betul! Mesti grand majis tu nanti, kan?"

"Entah. Bunyinya macam grand. Ini semua rancangan mak aku dan Tok Saif. Kalau mak aku tak sokong cadangan Tok Saif tu, mesti tak jadi semua ni. Sekarang aku pula yang tersepit. Susuh betul!"

"Kau ni Fea buat ajelah kad tu kalau tak nak mak kau bising. Nasib baik mak kau suruh kau buat kat undangan saja. Coba bayangkan kalau dia suruh kau pergi cari kumpulan kompang ke, kumpulan tarian singa ke…. Tak pun dikir barat untuk majlis tun anti. Lagi susah hidup kau!" bebel Era.

"Kau cakap menang senang tapi yang nak kena buat kat tu aku. Sekarang ni aku tak tahu nak mulakan macam mana. Masa dah suntuk. Kurang seminggu saja lagi majlis tu akan berlangsung tapi sampai hari ni, kad undangan pun tak nampak rupa lagi. Era, tolong aku," rayu Fea dengan muka sedihnya.

"Kenapa mak kau tak jemput tetamu melalui telefon aje? Ataupun terus pergi rumah dia orang kan senang?" soal Era.

"Kau bukannya tak tahu mak aku tu. Kalau nak buat sesuatu mesti nak yang gempak punya."

"Hah, buat apa nak susah- susah? Jomlah kita pergi kedai. Tempeh di kedai lebih senang. Berapa orang tetamu yang nak dijemput?" Fea mengira-ngira menggunakan jari. Lama juga dia mengira sampaikan tak cukup jari tangan, jari kaki pun digunakan.

"Agak-agak dalam lima puluh orang macam tu." Dia bersuara sedikit kendur sambil memandang Era di sebelah. Era sengih dengan gelagat Fea. Sajalah tu nak buat lawak bodoh dia!

"Oh, tak adalah ramai sangat. Hmmm…. Ingatkan sampai seribu orang." Peril Era.

"Mana ada sampai seribu orang. Kalau tak, mati aku!"

"Manalah tahu, kan? Kalau cecah seribu, kau pinjamlah jari-jari kaki dan tangan aku ni mengira. Paling tidak pun, kira sempoa."

Fea tampar bahu Era

Era ketawa geli hati. Seronok benar dapat menyakat Fea.

"Berapa bajet kau?"

"Errr…. Aku taka da bajet! Dalam poket Cuma lima pulun ringgit aje."

"Tak apa. Kalau tak cukup, aku bagi kau pinjam duit aku dulu." Era sudah sedia menarik tangan Fea bangun dari kerusi. Dia coba menggembirakan hati temannya itu.

Semasa menuju ke kedai membuat kad, baru Era terfikir sesuatu. Dia segera menarik lengan Fea supaya berhenti.

"Fea, tadi kau kat majlis tu tak sampai seminggu, kan?"

"Memang pun. Hujung minggu ni. Kenapa?"

Era tepuk dahi. "mana sempat!"

"Eh, tadi kau kata kad tu siap sekejap saja. Kenapa pula?"

"Maksud aku, tak sempat nak hantar. Majlis tu kan hujung minggu ni, jadi kau ada masa dua hingga tiga hari saja. Kalau hantar kat menggunakan pos, makan masa juga. Hari ni dah hari rabu. Sempat ke semua tetamu jemputan terima kad undangan tu?"

"Habis, nak buat macam mana ni?"

"nanti balik, kau beritahu dekat mak kau. Suruh dia jemput melalui telefon saja. Tak pun pakai e-mel. Lebih mudah," cadang Era

Fea mengangguk-angguk, setuju dengan cadangan Era. Kenapalah dia tak terfikir semua itu sejak tadi? Kan dah menyusahkan orang. Buat penat saja marah- marah. Dah yang paling penting, buat penat dia saja sebut dan ingatkan tentang si pembuli durjana tu!


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C4
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄