Siren berbunyi menandakan makhluk seterusnya akan muncul tidak lama lagi. Mereka sudah pun bersiap sedia untuk perlawanan seterusnya.
"Perhatian kepada semua pemain, permainan akan bermula sekarang. Cabaran pada hari ini adalah ZOMBIE, " pengumuman telah dibuat. Makhluk seterusnya akan tiba pada - bila masa sahaja.
Dalam sekelip mata, hutan yang awalnya hanya dihuni oleh mereka berempat sahaja kini telah dipenuhi oleh ratusan, mungkin ribuan ekor mayat hidup atau lebih dikenali sebagai zombie. Kulit mereka kehijauan.
Pergerakan mereka agak perlahan. Akan tetapi, peka dengan persekitaran. Jika satu kesilapan dilakukan, habislah sesiapa sahaja yang sedang dikeremuni zombie.
"Kita kena keluar dari kawasan ini cepat. Daripada pengetahuan aku, deria zombie biasanya kuat, " bisik Amir kepada rakannya. Mereka memandang Amir dan tidak bersuara.
"Percayalah, aku belajar semua ni daripada game yang aku main dan movie yang aku tengok, " sambung Amir dengan penuh keyakinan. Rakannya terus memandang Amir. Keadaan jadi agak janggal.
" Betul juga kata Amir. Lagi pun, kita kalah dari segi kuantiti, " bisik Aniq cuba untuk back-up Amir.
Mereka menyelinap dengan berhati – hati untuk keluar dari kawasan itu. Semua tahu bahaya yang akan datang jika mereka membuat kesilapan.
'Kraakk' kedengaran bunyi ranting patah. Farhan, Aniq dan Amir menoleh belakang. Ianya Adam! Zombie mula menyedari kehadiran mereka dan memandang tepat ke arah mereka.
"Alamak, kantoi lah pulak," kata Adam sambil tersengih seperti kerang busuk.
"Lari!!!" jerit Adam. Sejurus itu, zombie mula mengejar mereka. Mereka terus berlari sehala.
"Tak boleh jadi ni. Mereka menghalang jalan, " kata Aniq.
"Aniq, kita serang diorang kat depan. Adam dan Amir, back-up kitorang, " arah Farhan.
Setiap satu zombie yang cuba menyereang mereka ditepis oleh Aniq dan Farhan. Adam dan Amir menyerang zombie di hadapan yang masih lagi jauh kedudukan mereka. Serangan mereka telah memudahkan kerja Aniq dan Farhan.
Kelihatan cahaya yang terang di hadapan. Mereka sudah menghampiri jalan keluar. Apabila mereka keluar dari hutan itu, terdapat sebuah bangunan yang besar dihadapan mereka. Bukan, ada banyak bangunan. Tempat itu adalah perkarangan sekolah .
Tiada kesan zombie dalam perkarangan tersebut. Mereka selamat buat masa ini. Akibat tidak mahu membuang masa, mereka berpecah untuk mencari jika ada barangan yang berguna.
Nasib tidak menyebelahi mereka. Sekolah itu kosong. Tiada satu apa pun di sana. Mungkin ada pemain lain yang telah meneroka sekolah itu jauh lebih awal sebelum ini.
Mereka kembali berkumpul seperti yang dirancang. Nasib baik sekolah itu mempunyai banguna asrama bertingkat untuk mereka berlindung dan bersembunyi. Pada saat itu, zombie sudah pun mula datang ke sekolah itu.
Bilik yang mereka berada sekarang sangat teruk keadaannya. Tiada dinding yang memisahkan mereka dengan kaki lima mahuppun bilik lain. Zombie sudah memenuhi keseluruhan tingkat paling bawah. Mereka telah dikepung!
" Korang seriuslah nak tunggu sini? Apa kata kita serang je diorang sampai habis? " Adam mengemukakan cadangannya.
" Buang masa sahaja berlawan. Mereka terlalu ramai. Lebih baik kita menyorok sehingga semuanya tamat. " Farhan memberi cadangan.
" Bukankah terdapat salah satu daripada mereka yang ada Emblem? Kalau kita dapat bunuh dia, selesailah semua, kan? " kata Adam.
"Betul, yang tu mesti ketua mereka. Tapi, kau perasan tak mana – mana zombie yang lain daripada lain? Takde, kan? " balas Farhan.
"Alah, mesti dia ada kat bawah. Sekejap, aku pergi periksa sekejap. Mana tahu ketua diorang datang sini, " kata Adam lalu terus menuju ke arah pintu.
"Jangan Adam, Bahaya! " tanpa disengaja, Farhan terjerit akibat ingin menghalang Adam daripada pergi menjenguk keadaan diluar.
Jeritan kuat itu telah mencuri perhatian semua zombie yang berada di sekitar mereka.
'tch!!' Aniq mengetap gigi. Marah akan tindakan Adam yang telah meletakkan mereka dalam keadaan bahaya.
Dalam tergesa – gesa, mereka membuka langkah untuk mula bertarung dengan mayat hidup yang tidak terhingga bilangannya.
Serangan demi serangan dilontarkan oleh mereka. Namun, zombie tetap datang. Seakan – akan bilangan mereka tidak berkurangan.
" Maaf, korang. Aku banyak kali buat silap. Aku tak sepatutnya ikut korang. Kenapa korang baik sangat dengan orang yang macam aku ni. Seseorang yang membawa masalah. Aku punca kita banyak kali diserang. Aku sepatutnya dah MATI haritu. Waktu kene serang dengan werewolf, " mengeluh Adam sambil menangis. Dia betul – betul menyesal akan tindakannya.
"Apa yang kau merepek ni? Kitakan kawan. Takde apa sangatlah salah kau tu. Lagipun, kita kan kuat, " kata Farhan sambil tersenyum.
"Betul tu. Kita kan manusia biasa. Bukannya sempurna. Itulah uniknya kita. Kita belajar daripada kesilapan lampau, " sambung Amir.
"Walau apa pun yang terjadi, kita akan tetap keluar daripada game ni, bersama – sama, " kata Aniq
"Te…terima kasih korang, Aku bersyukur dapat kawan macam korang. Baiklah, aku akan terus berjuang, " semangat Adam telah pulih. Dia kembali menyerang zombie dengan sepenuh tenaga.
Walaupun Farhan tahu bahawa mereka tidak akan menang pertempuran kali ini, dia tetap memberi semangat kepada Adam. Mereka berada dalam kekurangan kerana bilangan zombie yang melampau banyaknya. Namun begitu, mereka tidak pernah patah semangat untuk terus berjuang dan tidak mengalah.
Sementara itu, di kawasan lain.
"Jangan hiraukan yang lain. Serang ketua mereka! Yang lain akan berhenti jika ketua mereka kalah! " arah Fakhrul.
Danish menggunakan Battle Axenya untuk memotong anggota badan ketua zombie. Fakhrul pula cuba sedaya untuk menyerang kepala ketua zombie. Sementara itu, Liana dan Daniel sedang sibuk menyerang zombie lain supaya tidak mengganggu Fakhrul dan Danish.
" Cepat sikit, kitorang dah tak dapat tahan lama lagi dah! " kata Liana.
" Sabarlah, kau ingat senang ke nak kalahkan gergasi ni?! " balas Fakhrul.
"Fakhrul, sasaran terbuka!" kata Danish.
Fakhrul mengambil peluang itu untuk menusuk pedangnya tepat ke otak ketua zombie.
"AAAHHH!!!!" ketua zombie menjerit dengan kuatnya. Jasadnya bertukar menjadi partikel digital lalu lenyap. Lenyap bersama zombie yang lain.
'Heh, aku wira hari ini, ' Fakhrul bermonolog.
Semua zombie mula bertukar menjadi partikel digital lalu lenyap.
" Apa yang terjadi ini? Sudah tamatkah? " tanya Adam.
" Seseorang telah berjaya kalahkan ketua zombie ni, " kata Aniq, menjawab persoalan yang diajukan oleh Adam.
" Perhatian kepada semua pemain, Zombie telah dikalahkan. Pemain yang berjaya menewaskan Zombie ialah Fakhrul, Liana, Danish dan Daniel. Tahniah kepada empat orang pemain ini, "
" Bola apa ni? " tanya Fakhrul.
"Itu mesti Emblem yang kita perlu kumpulkan sebaagai syarat untuk keluar daripada game ni, " jawab Daniel.
" Kau simpan Emblem tu. Aku nak senjata ni, " kata Fakhrul. Dia mengambil sebilah pedang yang berwarna hijau. Warnanya seakan warna kulit zombie tadi. Terdapat simbol 'berbahaya' pada bahagian 'Cross- Guard'nya.
Malam itu, mereka berempat berehat di ruang tamu. Semua kelihatan seperti tidak bersemangat dan kecewa. Mungkin kerana mereka tidak menjadi wira untuk hari itu. Hanya Aniq sahaja yang tidak terkesan dengan peristiwa itu.
'Tak boleh jadi ni. Seseorang perlu kembalikan semangat mereka' kata Aniq kepada hatinya.
"Korang dah kenapa ni? Suram je, " Aniq memulakan perbualan.
"Bukan apa, kitorang hanya tak percaya yang kita tak dapat jadi wira hari ini, " kata Amir.
"Relaxlah, korang patut bersyukur sebab kita masih hidup. Korang sepatutnya berterima kasih kepada mereka. Bukannya comburu, " jelas aniq untuk menceriakan keadaan.
"Hey, Werewolf Slayers!!" satu suara dari luar memanggil mereka. Werewolf Slayers. Nama yang mereka peroleh setelah berjaya membunuh werewolf yakni makhluk pertama yang perlu dikalahkan.
Mereka berempat pergi ke pintu untuk mendapatkan tetamu yang berada di luar. Di saat pemandangan Farhan mula mampu melihat apa yang ada di luar, dia teringatkan sesuatu.
" Bukankah korang…" Farhan mengimbas semula muka pemain yang menyelamatkan hari ini.
" Ya, kitorang yang bunuh ketua zombie tu. Aku Fakhrul. Diorang teammate aku, " jelas Fakhrul.
" Dengar sini. Semalam hari kau, harini hari aku. Aku akan jadi wira dalam game ni. Aku yang akan bebaskan semua orang daripada game ni. Jadi, jangan kacau periuk nasi aku! " Fakhrul kelihatan seperti benar – benar serius akan hal ini.
Sebelum mereka beredar dari kampung itu, Farhan sempat mengimbas muka setiap orang daripada mereka. Tiga orang lelaki dan seorang perempuan.
Tindakan Fakhrul telah menaikkan angin Farhan. Walau begitu, Farhan cuba untuk masuk tidur.