下載應用程式
20% The Game of Monster / Chapter 2: Kami Wira Hari Ini

章節 2: Kami Wira Hari Ini

5.30 pagi. Penggera yang ditetapkan pada telefon pintar berbunyi. Mereka terjaga dari tidur yang lena dan masih mamai. Peristiwa aneh semalam telah menyababkan mereka terus segar.

Pipi dicubit lalu ditarik. Sakit. Mereka bukanlah sedang bermimpi. Ini adalah kenyataan. Siapa sangka mereka telah termasuk dalam permainan yang membunuh ini.

Pada pagi itu, mereka hanya bersarapankan roti yang dibakar. Bahan yang digunakan tersangatlah asas. Tidak enak malah tidak seempuk roti Gardenia yang berharga 90 sen itu. Hanya cukup untuk mengenyangkan.

Baju perisai disarungkan. Dengan hanya bersenjatakan pedang, busur dan beberapa bilah pisau, mereka memulakan perjalanan untuk menentang makhluk pertama.

Matahari sudahpun mula terbit. Tiba – tiba, bunyi siren yang amat kuat memecah sunyi pagi yang suram. Bunyi itu diikuti dengan satu pengumuman.

" Perhatian kepada semua pemain, permainan akan bermula sekarang. Cabaran pada hari ini adalah WEREWOLF, " kata satu suara wanita.

Tiba – tiba, muncul partikel – partikel digital seperti sewaktu mereka mula – mula masuk ke dalam permainan ini. Partikel digital itu mula membentuk seekor makhluk yang kelihatan seperti seekor serigala. Jika dianggarkan, serigala itu mungkin setinggi 32 kaki. Raksasa itu berdiri teguh di atas dataran.

" Apa, hari pertama sudah keluar makhluk macam ni? " jerit Adam.

Beberapa orang pemain memulakan gerakan. Mereka merupakan senior tingkatan 5. Dari pelbagai arah, mereka mula menyerang serigala itu.

Serangan yang diberi sangat banyak. Namun serangan itu tidak mencalarkan serigala itu. Apatah lagi mencederakannya. Serigala itu menghayunkan tangannya ke sekeliling. Dengan hanya membuat sedemikian, angin yang kuat meniup ke segala arah. Putting beliung hampir kelihatan.

Setiap yang datang mendekati serigala itu tadi sekarang sedang terbaring di atas dataran. Kaku, tak bernyawa. Darah berlumuran pada pakaian dan dataran itu. Mereka bertukat menjadi partikel digital lalu lenyap berserta dengan darah yang merecik tadi.

Dalam ketakutan, Farhan, Amir dan Adam berlari kembali ke dalam hutan. Mereka sangat ketakutan dengan tragedi yang baru sahaja mereka lihat tadi.

Apabila sudah rasa agak lama berlari, mereka berhenti. Mereka bernafas dengan sangat kuat dan laju. Pola pernafasan tidak lagi berlaku. Ketakutan masih lagi terasa. Kaki asyik bergetar.

Tiba –tiba, semak samun yang berada berdekatan mereka sedang bergerak dengan sangat kuat. Apa pula kali ini?!

Rupa – rupanya ianya salah seorang pemain lain. Dia memperkenalkan diri sebagai Aniq.

Mereka duduk sebentar untuk menenangkan hati. Aniq yang dari tadi tidak keluar dari hutan masih tidak tahu apa yang berlaku di dataran. Farhan menceritakan segalanya kepada Aniq.

Apabila mereka sudah kembali tenang dan bersemangat, mereka mula membuat strategi. Serangan tanpa dasar tidak akan membuahkan hasil.

Mereka mendapati bahawa Aniq memilih untuk menggunakan pedang. Jadi, mereka mempunyai dua orang pemain pedang dan dua orang pemanah.

Rancangan sudah siap. Jika mereka berjaya melakukan seperti yang dirancang, mereka aakan menang pertarungan ini.

Kini, mereka berada di semak – samun berdekatan dengan dataran. Tiada pemain kelihatan di sana. Mungkin mereka sedang menyorokkan diri dalam ketakutan. Menunggu masa untuk diselamatkan atau diakhiri riwayat hidup mereka.

Serigala itu masih lagi mengamuk. Lolongan demi lolongan dilepaskan. Taringnya ditunjukkan menunjukkan kemarahan.

Amir dan Adam berlari ke penjuru yang bertentangan. Mengikut rancangan. Mereka mula memaanah ke arah serigala. Tiada kecederaan berlaku seperti yang dijangkakan. Memang bukan itu kehendak mereka. Mereka berdua hanya mahu mengaklih perhatian serigala itu daripada perasan keberadaan Aniq dan Farhan.

Setelah pasti bahawa serigala itu sudah dialih perhatiannya, Aniq dan Farhan terus Meluru ke arah serigala itu. Mereka mengambil peluang untuk memanjat tangan serigala itu untuk sampai ke kepalanya. Di saat mereka sampai, mereka terus menusuk mata serigala itu. Mereka telah menyebabkan serigala itu kehilangan penglihatannya.78

Namun, perkara itu hanya membuatkan serigala itu bertambah marah dan menjadi lebih agresif. Mereka perlu mengubah perancangan.

Amir dan Adam memanggil mereka lalu memanah pelipat lengan dan kaki serigala itu. Sendi. Betul tu! Mereka perlu melumpuhkan pergerakan serigala itu.

Dengan pantas, Farhan dan Aniq terus berlari ke arah kaki serigala itu lalu membelah sendi kakinya. Serigala it uterus tumbang. Namun, tangan nya masih lagi bergerak.

Aniq dan Farhan meluru laju ke arah tangan lalu membelah sendi tangannya pula. Serigala itu telah berhenti menggelut. Kini, serigala itu hanya mampu melolong. Lolongannya menjadi lebih kuat daripada sebelum ini.

Farhan pergi terus ke dada kiri serigala itu.

" Kau dah bunuh kawan kami! " dengan adrenalin yang meningkat, Farhan menusuk tepat ke jantung serigala.

Serigala itu terus berhenti bergerak. Matanya bertukar putih. Serigala itu kemudiannya bertukar menjadi pertikel digital lalu lenyap. Sebiji bola sebesar penumbuk bergolek ke arah Aniq. Pastinya itu adalah Emblem yang dikatakan.

Siren berbunyi kuat sebanyak tiga kali diikuti dengan satu pengumuman.

" Perhatian kepada semua pemain, Werewolf telah dikalahkan. Pemain yang berjaya menewaskan Werewolf ialah Farhan, Amir, Adam dan Aniq. Tahniah kepada empat orang pemain ini," kata suara wanita yang sama pada pengumuman pagi tadi.

Wajah mereka berempat terpapar di langit. Pasti semua orang mampu melihatnya. Tiba – tiba, muncul sebilah pedang di hadapan Farhan dan busur di hadapan Adam. Senjata itu bulu berwarna kelabu dan corak api yang berwarna serba panas. Senjata itu pasti diperbuat daripada serigala tadi

Kedengaran riuh rendah dari setiap arah. Tiba – tiba muncul ramai pemain lain sambil bersorak. Pemain lelaki mengangkat mereka berempat dan melambung mereka ke udara.

Aniq, Adam dan Amir kelihatan sangat gembira. Farhan hanya bermasam muka. Walau senyum pun tidak. Aniq hanya memerhati geligat Farhan dan senyap.

Pada malam itu, pemain lain datang ke kampung yang didiami mereka bertiga semalam. Mereka berpesta seperti tiada lagi hari esok. Makanan yang dihidangkan amat lazat.

Namun, Farhan tidak bergembira malah beredar dari tempat itu menuju ke dalam hutan. Aniq yang melihat perangai pelik Farhan pada malam itu cuba untuk menyelinap dari belakang.

" Hei, kau buat apa tu sorang - sorang? Masam je muka. Enjoy lah. Kita wira hari ni, " Aniq menyapa Farhan dari belakang.

"Takde apalah. Cuma, korang tak terfikir ke? Kita baru lawan satu makhluk. Tapi dah ramai terkorban. Kita tak tahu lagi apa yang kita akan hadapi lepas ni," jawab Farhan dalam keluhan.

"Relaxlah. Raksasa tadi pun kita boleh kalahkan. Mesti okay punyalah lepas ni. Aku tahu kita kuat. Jangan risau sangatlah, " Aniq cuba untuk menenangkan fikiran Farhan yang bercelaru itu.

" Sudahlah tu, esok kita nak lawan makhluk lain pulak. Jom balik, kita rehat, " Aniq mengajak Farahan untuk pulang ke kampung.

Apabila mereka tiba di kampung, tiada lagi sesiapa di sana kecuali Amir dan Adam yang sudah pun dalam alam mimpi mereka. Riuh rendah tadi telah disenyapkan.

Dari sudut lain, kelihatan seorang lelaki dalam kegelapan malam menyorok disebalik pokok. Dia sedang memerhatikan Farhan dan rakannya.

" Korang ingat korang hebat sangat? Kita tengok esok, " kata lelaki itu dalam kemarahan. Dia mengetapkan giginya dengan kuat sekali.


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C2
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄