下載應用程式
55.31% SUAMIKU ENCIK LAWYER / Chapter 26: bab26

章節 26: bab26

     "Encik Zaf.."panggilku perlahan kepada Zafrel yang sedang sibuk membantu mendirikan khemah di halaman rumah ummi,

"ye,sayang...nak apa?" jawab Zaf lembut sambil mengelap peluh yang keluar di dahi,

"dah pukul 4,family saya,sampai 4.30" kata ku kepada Zafrel.

"awak dah siap? "Soalnya

"dah," jawabku ringkas.

"ok kejap ye,bagi saya naik mandi kejap,lepastu kita pergi" ujar Zafrel laly bergegas masuk ke dalam rumah.

Baru sahaja hendak masuk kedalam rumah,aku ternampak Amir yang baru sahaja turun dari motor.terlihat dia melambai tangan kepadaku.

Dia dengan tersenyum melangkah mendekatiku,

"hai! Ni cantik-cantik nak pergi mana?" soal Amir yang sangat murah dengan senyuman,

Dari mula kami kenal,aku perasan Amir memang seorang yang ramah dan murah dengan senyuman,Aku pasti,ada ramai gadis yang menaruh hati kepada Amir,nak-nak pula kerjayanya sebagai akauntan,pasti ramai ibu-ibu yang berkenan nak dibuat menantu.

"nak ambik family dekat airport,"jawabku sambil membalas senyumannya.

"Amir,Saira nak tanya boleh?" soalku,perlahan bukan apa soalan yang ingin aku tanya ni,mungkin soalan yang sensitive,.

"Erm,Zaf,dia ada.."

"sayang,jom!" laung Zafrel yang entah bila, sudah berada di muka pintu.

Nak atau tak,terpaksalah aku membatal niat,untuk menanyakan soalan itu kepada Amir,.

"kejap,saya ambik beg." jawabku bersama keluhan,

Cepat betul dia mandi,aku rasa baru lagi dia masuk rumah,haish mamat ni.

Masuk sahaja ke dalam kereta aku,hanya diam tanpa sepatah kata,bukan tak nak bercakap,tapi masih ada soalan yang terbuku di hati.

"uii,Puan Saira,kenapa cemberut sangat tu" kata Zafrel sambil memetik jari di depan wajahku.

"erm,tadi, saya jumpa lukisan bayi,and ummi cakap tu anak Encik Zaf,awak dah kahwin ke?" soalku tanpa banyak berdalih,.

"hurm,yup,itu anak saya." jawabnya ringkas lalu mula memandu keluar dari kawasan rumah ummi.

"awak ada isteri?" soalku dengan nada suara yang sudah pun dinaikkan satu oktaf.

Manakan tidak,aku selama ini,bernikah dengan suami orang? Atau duda? Yang sudah pun ada anak? Semua ini sungguh membuat aku terkejut,dan rasa di tipu,bahkan keluarganya sahaja,melayanku bagai aku menantu pertama,tapi,dimanakah bayi itu? Bersama ibunya,? Banyak sungguh pertanyaan di dalam benak fikiranku.

"suatu hari nanti,awak akan tahu,sekarang bukan waktu yang sesuai nak bercakap fasal ni,"jawab Zafrel tenang namun ada ketegasan.

Mati akal aku dibuatnya,suatu hari nanti? Bila? Saat aku dah pun bukan lagi isterinya? Boleh dia merahsiakan aku hal sebesar ini,.

"Encik Zaf!,tell me the truth!" bentakku yang tak lagi mampu hendak menahan amarah dan rasa sedih.sedih? Kecewakah engkau Saira? Kenapa? Sayangkah engkau pada dia? Aku buntu.

Zafrel memberhentikan kereta di bahu jalan,lalu memusingkan badannya menghadapku.

"Saira Irdina,saya bukan taknak bagitahu,but,saya nak masa yang beritahu awak,saya nak,awak kenal saya,awak tahu tentang saya secara perlahan,.sabar,satu hari nanti awak akan tahu,dan untuk awak tahu,perkahwinan ini bukan permainan bagi saya," ucap Zafrel lembu sambil merenung kedua anak mataku.

Kata-katanya,tidak sedikit pun mampu memadamkan amarah di dalam hatiku,kenapa dia merahsiakan? Siapa dia sebanarnya? Apa yang dia rancang? Semua itu bermain di dalam fikiranku,

Jujur,air mataku saat ini hampir mengalir,namun aku tahan,kerana tak mahu di lihat lembik,tak mahu membuat Zafrel rasa dia penting dalan hidupku,Sabar Saira,perkahwinan ini hanya sementara,Perkwinan ini,untuk papa,kau kuat,bisikku didalam hati,bagi mengutuhkan lagi pendirianku.

Aku harus terlihat kuat di depan keluargaku,aku tak mahu papa dan mama melihat ku sedih,sedangkan baru beberapa hari bergelar isteri,tak sabar rasanya hendak memulakan hari sebagai orang asing dengan Zafrel,biarlah dia kekal sebagai majikan sahaja,.

Selama hampir 20 minit menunggu ketibaan keluargaku,aku hanya mendiamkan diri,dan duduk jauh daru Zafrel,aku perasan,dia memandangku dengan pandangan misteri,tak rasa bersalahkah dia? Aku semakin tidak dapat mengenali sifatnya,lembut? Perahsia? Atau manusia yang suka mempermainkan.entah,penat memikirkan dia.

Dari jauh aku terlihat Salina dan yang lain melambai ke arahku,dengan pantas aku berlari mendapatkan mereka,.

"babe! Rindu!!!" jerit Salina yang terlihat melepaskan tangan dari genggaman Syarif lalu memelukku.

"yeke rindu aku ni? Dah ada cik suami,rindu aku lagi ke?" ujar ku kepada Salina setelah pelukan terlerai.

"eh kau,habis? Kau tak ada suami? Kata orang,dia pun sama je," kata Salina sambil menjeling ke arah Zafrel.

Suami aku? Mungkin suami orang lain juga,entah aku sebagai isteri pun tidak tahu apa-apa mengenainya,

"haa,Saira,ok tak duduk rumah mertua? Saira behave tak Zaf?" kata mama lalu memandang ke arah kami berdua.

"ehh,Saira duduk rumah mek lah ma,bukan rumah ummi," jawabku sambil tersenyum.

"Saira ok je ma,semua orang sayang dia," kata Zafrel lalu memeluk pinggangku,.

" eleh,Ril rasa akak mesti buat hal fasal masak!" sampuk Syazril sambil ketawa

Berani dia sentuh aku?!! Semua orang suka aku? Habis moklong dia tu,campak mana? Moklong? Entah-entah mak mertua,sampai tak ada orang tahu pun kenapa dia putus,entah-entah putus pun tidak! Aku secara perlahan menyelinap sebelah tanganku di belakang Zafrel lalu menghadiahkan satu cubitan kuasa lipan yang sudah lama aku simpan.

Dia fikir,aku tidak kisah dia menyentuh badanku,sebelum ini mungkin tapi tidak selapas hari ini!!

"aduh!!" kata Zafrel perlahan,

" kenapa Zaf?" soal papa risau,

Sayang sungguh papa dengan Zafrel ,andai lah papa tahu yang menantu kesayangan dia ni,bapak budak,masih sayangkah lagi papa kepada Zafrel?

"sakit belakang,..pasang khemah tadi kut," dalih Zafrel lalu merenungky tajam,.

Renung aku tajam? Sikit pun tidak timbul rasa takut di hati,di luar pejabat dia hanyalah musuh aku,hanya sewaktu bekerja sahaja,dia akan aku hormat.titik.

"ohh,tak pelah,malam ni suruh Saira urut.." ujar papa lalu menghadiahkan segaris senyuman kepada ku.

"aah lah,sayang nanti malam tolong urut abang ye.." kata Zafrel nakal,lalu mengenyitkan mata kanannya.

Urut? Mimpilah,mungkin sebelum ini aku akan kalut,tapi entah mungkin rasa marahku telah menguasai diriku.

***

Sampai sahaja di hotel,aku terus merebahkan badan di atas katil,barang-barangku tadi sudah di hantar oleh pihak hotel,bilik yang ditempah Zafrel mempunyai dua katil king,mujurlah dalam hal ini dia bertimbang rasa,mungkin risau aku menghalaunya tidur di atas lantai.

Zafrel pula tadi pergi ke cafe bersama papa,pasti tengah mengambil hati papa,orang ada pengalaman,macam tu lah,kata hatiku.

Ting-tong!..

Kedengaran bunyi loceng dipintu bilik,menandakan seseorang ada di hadapan pintu.aku dengan pantas bangun, dan melihat siapa yang datang ke bilikku.

"Lyn!! Kau buat apa dekat sini?!!" soalku teruja.

"datang nak borak lah weyh,kau ni," jawab Salina bosan.

Sudah lama rasanya kami tak duduk berdua,al maklumlah,Salina sebelum ini sibuk menyiapkan persiapan perkahwinan kami,dek kerana aku memang menyerahkan seratus peratu kepada Salina,.

"Kau gaduh dengan Zafrel ke babe?" soal Salina yang mengambil tempat di hadapanku.

"asal?" soalku tenang walaupun memang ada debaran di dada.

"ni,sampai dua katil ni",katanya, sambil mata melilau melihat keadaan sekeliling.

Macam mana lah aku boleh terima kunjungan Salina,aku lupa bahawa bilikku,mempunnyai dua katil.

"eh tak lah,erm katil ni nanti gabung,aku kan dah berapa hari tidur katil kecik,so,aku request lah nak dua katil king," dalihku,walaupun aku tahu alasan yang aku beri ,membuat Salina bertambah curiga,

"really?" kata Salina meminta kepastian.

"betul lah,aku request macam tu,kau tak nak percaya sudah," jawabku penuh yakin,walaupun alasan yang aku berikan tidak meyakinkan,namun aku harus bertindak normal.

"haa,kau stay mana nanti? Rumah Syarif?" soalku kepada Salina bagi mengalihkan perhatiannya.

"erm,kalau stay rumah kita boleh? Sebab rumah Syarif tak dapat kunci lagi babe," kata Salina perlahan.

"erm,rumah kita? " soalku meminta kepastian.

"kau nanti pindah rumah Zafrel kan,so boleh lah aku dengan Syarif duduk rumah kita sementara tunggu kunci rumah yang Syarif baru beli tu," terang Salina sambil merenungku penuh harapan.

Herm pindah rumah Zafrel? Aku tidak terfikirku yang aku dan Zafrel akan duduk serumah,Rancangku,aku mahu,terus tinggal dirumah pemberian papa sendirian,kerana Salina akan pindah ke rumah Syarif,namun,ia tak terjadi seperti yang dirancang,.

Kami menoleh apabila terdengar pintu bilik dikuak,

"eh Lyn ada dekat sini?" tegur Zafrel terkejut,.

"hehe aah,nak borak dengan Saira,tapi takpe abang long masuk lah,erm Lyn nak keluar dah,babe,nanti bagitahu aku your answer tau," ujar Salina lalu keluar dari bilik.

"awak bagi Lyn masuk? Dia tak pelik ke tengok bilik kita,or,awak dah bagitahu dia?" soal Zafrel yang mengambil tempat di sebelahku,aku bangun,dan duduk di katil sebelah.

"perluke saya bagitahu Encik Zaf? You will know later," perliku perlahan.

"haha,awak perli saya ke? Comel!" kata Zafrel sambil katawa.

Dia fikir kelakar ke? Boleh dia ketawa saat hati aku yang masih belum lagi sejuk mengenangkan perkara yang berlaku di dalam kereta sebentar tadi.

"Puan Saira,awak marah saya ke?" soal Zafrel lembut,

Dia tanya aku marah ke? Isteri mana yang tidak marah,mengetahui lelaki yang dia nikah,pernah berkahwin,atau suami orang tanpa pemgetahuan dia,.ya,aku tak sayang dia tapi perlu ke untuk menipu perkara begitu?.

Aku bangun dan mengabaikan soalannya lalu mencapai tuala dan sepasang baju kurung untuk dipakai malam ini bagi majlis tahlil di rumah mek.

Baru sahaja kaki ingin melangkah masuk ke dalam kamar mandi,tanganku di tarik lembut dari belakang,

Zafrel memegang kedua-dua bahuku, dan merenung jauh ke dalam mataku.aku lihat bibirnya sedikit bergerak,seperti ada sesuatu yang ingin diucapkan.

"maafkan saya..,saya ada sebab buat semua ini,dan tolong jangan desak untuk saya cerita,sebab semua belum pasti." ujarnya perlahan,

Aku kaku,otakku,tak dapat nak mentafsir apa yang dia sampaikan,belum pasti,? Apa yang dia maksudkan? Sungguh,dia lelaki yang sulit untuk aku fahami,misteri,namun damai,apa itu?

***

Keesokannya,jurusolek awal-awal lagi sudah sampai di bilikku untuk menyiapkan aku bagi majlis sebelah Zafrel. Juru solek ini dipilih oleh ummi manakalan persalinan untuk aku dan Zafrel memang kami tempah dari bukti yang sama untuk persalinan nikah dan sanding di sebelahku,inai di jari aku tenung,

Malam semalam Zafrel lah yang menyapu inai pada jari ku,katanya Salina yang pinta,aku malas mahu bertikam lidah dengan Zafrel,merelakan saja,kemas,tak sangka dia berseni,

"haa, siap doh," kata jurusolek yang dilihat lebih muda dariku.

"kak ni comey lah," puji gadis itu.

"hor,tengok lah tok laki dio" sampuk Zafrel yang baru keluar dari kamar mandi dan sudah siap menyalin pakaian.

Persalinan kami kali ini,berkonsepkan songket dan tradisional,antara tiga persalinan untuk majlis perkahwinan ku,persalinan ini yang paling aku suka,

Zafrel terlihat kemas dengan persalinan songket,sesuai dengan dengan badannya yang tinggi,songket berwarna merah hati menyerlahkan lagi kulitnya yang putih.kalau dilihat,tidak terlihat seperti lelaki yang pernah berkahwin dan mempunyai anak,mungkin kerana itu,aku masih lagi sukar untuk mempercayai hal itu,

Majlis kami berjalan lancar dan meriah,ramai juga ahli keluarga yang hadir,majlis kami berlangsung pada hari khamis,kata Fira di sini,tidaklah begitu pelik untuk mengadakan majlis pada hari kerja kerana,orang akan hadir sampai ke malam tiada had katanya,aku mula mempelajari budaya disini,walaupun aku tidak berniat untuk mempunya hubungan yang lama bersama Zafrel,namun tidak salah untuk belajar.

Sekitar pukul enam petang aku sudahpun menyalin pakaian yang lebih selesa,Zafrel mengajak aku turun,katanya pengantin harus membersihkan kawah yang digunakan untuk memasak lauk majlis.aku menurut sahaja.

Kalau bab membersih aku tidak kekok,tapi kalau memasak,jangan lah suruh..

"herm,boleh ke tuan puteri basuh kawah ni?" kata Zafrel sinis.

Aku mengabaikan kata-kata Zafrel,dan terus mula mencuci kawah yang boleh memuatka orang dewasa ke dalamnyan.

"Puan Saira,awak cuti sampai bila?" soal Zafrel sambil menyental satu lagi kawah.

"kenapa Encik Zaf nak tahu?" soalku acuh tak acuh.

"sebab saya bos awak." jawabnya ringkas,

Aku dapat merasakan sifatnya yang lama mula hadir,herm fikir aku takut. Bila dia mengingatkan aku bahawa dia merupakan majikan.sikit pun tak heran.

"sampai lusa,kenapa?" kataku, kepada Zafrel.

"nothing,esok kita balik kl." jawab Zafrel ringkas.

BERSAMBUNG...

P/s: hai semua! Maaf,hehe lambat pula ye,tak sempat lah awak2 semua,komitmen byk wlaupun dkt rmh,hehe,hrm,sikit je psl baby? Btul ke Zafrel dah kahwin? Haa isu ni akan trjwb di bab mendatang,bab brape? Nnti korg thulah,hehe,ok untuk next bab,bermula kisah Zaf and Saira mmbina hidup mreka,nnt akan msuk psl krjaya dyeorg,enjoy reading semua!! Jgn lpe vote,share and komen,syg semua!

2038 words


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C26
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄