下載應用程式
48.23% Bila Takdir Berkata Lain / Chapter 41: Barang Mainan

章節 41: Barang Mainan

ASHLEY masuk ke dalam dewan latihan. Hari ini dia tidak perlu pergi ke bilik kelab kerana Coach Dhin tidak memberi dia kerja di sana.

Dengan senang hati, Ashley masuk ke dalam dewan latihan dan dia terus mengambil tempat duduk.

Di dewan latihan, semua pemain sudah pun ada dan sedang melakukan pemanasan. Sebaik saja Ashley tiba, semua pemain menyapa Ashley.

Ashley hanya membalas sapaan mereka satu-persatu. Ashley terus duduk dan dia membuka beg dia. Ashley mau mengambil buku nota dan mau mencatat sesuatu.

Ketika Ashley menarik keluar buku nota dia yang berwarna hitam, sekeping kertas kecil berwarna merah jatuh ke atas kakinya.

Ashley menunduk dan mengambil kertas merah itu. Hairan dia melihat kertas itu sedangkan selama ini kertas itu tiada di sana pun. Ashley membaca perkataan yang ada di kertas itu.

'Ingat, mereka tu cuma layan kau dengan baik pada mulanya. Tunggu lah nanti.. Mereka akan lupakan kau juga. Jangan lupakan itu...'

Berkerut dahi Ashley membaca peringatan itu. Bingung dia siapa yang bagi kertas ini. Terus saja Ashley teringat akan Diani. Hanya Diani saja yang pernah berkata begitu pada dia. Takkan Diani yang bagi Ashley nota ni?

Ashley mengeluh. Kenapalah Diani masih nak bagi amaran saya pasal ni? Takkanlah Kenzie dan yang lain akan abaikan saya nanti??

Ashley buat tidak tahu lalu dia terus memasukkan kertas merah itu kembali ke dalam beg. Dia tidak mau memikirkan apa-apa lagi tentang peringatan di kertas merah itu.

Ashley pun mula menulis sesuatu di dalam nota dia. Sehinggalah Coach Dhin tiba dan latihan pun bermula.

Coach Dhin mendekati Ashley. "Ashley... Saya ada dengar dari Pengetua, jaket untuk kelab bola keranjang sudah tersedia. Saya nak kamu pergi ambil jaket itu dari bilik stor dan hantar ke bilik kelab. Kamu boleh buat kerja tu esok. Yang penting, kamu mesti buat kerja tu esok. Nanti bawa budak-budak basketball ni untuk tolong kamu."

"Baik, Coach."

Coach Dhin pun pergi ke tepi gelanggang untuk memerhati pemain bermain lagi.

Ashley juga sudah duduk ke bangku. Tiba-tiba, sebiji bola keranjang pun bergolek ke tepi kaki Ashley.

Ashley menunduk untuk melihat bola keranjang itu. Ashley mengambil bola itu dan bila dia berdiri, Kenzie sudah pun berdiri di depannya.

Ashley terkaku sekejap. Dia tidak menyangka pula yang Kenzie sudah ada di depannya. Jantungnya mula berdebar tidak tentu hala.

Terus saja Ashley memberikan bola keranjang di tangannya kepada Kenzie. Kenzie hanya mengambil bola itu dari Ashley dengan wajah bersahaja.

Apa yang Ashley tidak nampak ialah, pandangan mata Kenzie yang begitu dingin terhadap Ashley. Mungkin sebab Kenzie masih lagi terfikir masa dia masih di perpustakaan tadi.

Kenzie mengambil bola keranjang itu lalu dia terus berlari ke gelanggang semula.

Di sana, ahli kumpulan Kenzie terus mengangkat tangan mereka untuk meminta bola keranjang itu dari Kenzie.

Ashley hanya tersenyum kecil saja sambil dia terus memandang Kenzie bermain. Wahh... Coolnya Senior main...!!!

Usai saja selesai latihan, semua pemain pun dibenarkan untuk pulang. Ashley juga bersedia untuk pulang. Hari ini pun dia masih menaiki bas untuk pulang ke rumah kerana bapa Ashley belum membenarkan dia untuk menggunakan basikal.

Ashley sudah pun keluar dari kawasan dewan latihan bila nama Ashley dipanggil dari belakang.

Kelihatan Kenzie dan kawan-kawannya yang lain sedang berjalan ke arah Ashley.

Kenzie pula hanya berjalan lebih lambat dari yang lain dan hanya memandang Ashley tanpa sebarang senyuman di wajah dia. Yalah, biasalah... Lelaki dingin macam ais batu...

"Ya, kenapa panggil saya??" tanya Ashley.

"Hari ini biar kau ikut kami. Kami akan hantar kau pulang," kata Bryend. Dia yang paling cepat melangkah dari yang lain dan mendekati Ashley.

"Saya boleh pulang sendiri lah.. Tak payah korang hantar saya. Saya boleh ikut bas," kata Ashley pula. Segan dia kalau lapan orang lelaki ini mahu menghantar dia lagi. Sejak kejadian dia ditangkap oleh perogol bersiri itu, dia sering dihantar oleh Kenzie dan kawan-kawannya. 

Tapi yang paling banyak mendesak itu, Bryend lah.. 

"Betulkah kau terus pulang?? Yang dulu tu bukan kau terus pulang pun," kata Jeremy pula.

Ashley rasa macam nak tepuk dahi saja. Alasan yang sama masih mereka gunakan kalau setiap kali Ashley menolak pelawaan mereka.

"Saya tidak pergi ke mana-mana lagi lepas ni... Saya akan terus pulang ke rumah," kata Ashley pula.

"Tipu!" kata Bryend pula. Dia berpeluk tubuh dan memandang Ashley dengan wajah serius.

Berkerut dahi Ashley memandang perlakuan Bryend. Bingung dia kenapa Bryend bertingkah seperti itu. "Yalah, betullah.. Saya betul-betul terus pulang ke rumah lepas ni.. Mana ada simpang-simpang lagi."

"Saya tak yakin lah, kau nak terus pulang lagi," kata Jared pula.

Charles dan Eden hanya mengangguk, menyokong kata-kata Jared.

"Saya tak boleh ikut korang. Saya perlu balik awal... Ada hal!" kata Kenzie pula.

Semua orang menoleh ke arah Kenzie.

Ashley merasa hampa sedikit di dalam hatinya tapi Ashley tidak menunjukkan di mimik mukanya. Malah dia hanya berlagak biasa saja.

Ashley tersenyum kecil. "Tak apa, Senior... Senior boleh pulang terus."

Kenzie hanya memandang Ashley untuk beberapa minit sebelum dia berlalu dari sana. Steven pula memandang Kenzie dan Ashley silih berganti.

"Ashley, saya pun nak pulang dah ni... Hati-hati pulang ke rumah, okey?" kata Steven. Dia melambai ke arah Ashley dan dia terus mengejar Kenzie.

"Bye korang!" teriak Jared pada Steven dan Kenzie pula.

Ashley sempat membalas lambaian tangan Steven tadi. Dia hanya memandang Steven dan Kenzie yang sudah semakin jauh.

"Jadi, Ashley... Marilah ikut kami pulang," kata Bryend pula.

"Saya..."

"Arhh, jom sajalah!!" kata Bryend. Dia menarik tangan Ashley dan berjalan menuju ke arah di mana mereka meletakkan basikal.

Di sana, basikal Kenzie dan Steven sudah pun tiada. Namun di sana pula ada Mellisa. Mellisa sedang membuka rantai basikal dia apabila Ashley dan yang lain tiba di sana.

Mellisa mengangkat kepalanya untuk melihat siapakah yang datang. Melihat siapa yang datang, Mellisa terus berdiri dan tersenyum. Gembira dia melihat Bryend dan kawan-kawannya ada di sana.

"Oh, Mellisa... Kau pun baru mahu pulang?" tanya Ashley.

Mellisa tersenyum lalu dia mengangguk. Tiba-tiba, dia melihat Bryend sedang memegang tangan Ashley. Dia mula merasa iri hati. Kenapa tangan Ashley yang dipegang oleh Bryend? Kenapa bukan saya? Sepatutnya saya yang ada di sana...

"Kalau macam tu... Saya ikut kau sajalah, Mel... Saya ikut kau sampai pulang ke rumah. Bryend, korang tak perlulah hantar saya. Saya boleh ikut Mellisa pulang," kata Ashley pula.

Ashley melepaskan genggaman tangan dia dari Bryend dan mendekati Mellisa. Ashley sedar yang Mellisa melihat Bryend memegang tangan dia tadi.

"Ahh..." Mellisa tidak tahu apa yang perlu dia cakap. Sebenarnya, dia mahu pulang bersama dengan enam orang lelaki ini. Selama ini, dia tiada kesempatan pun mahu pulang dengan mereka. Sekarang bila ada, senang-senang saja Ashley berkata begitu.

Dia mahu menolak tawaran Ashley tapi dia takut pula kalau Bryend dan kawan-kawannya berfikir kalau Mellisa mahu mengambil kesempatan.

Isshh, Ashley ni.. Sudah ada peluang keemasan untuk saya, senang-senang saja dia mahu halang saya.... Ingat dia seorang saja yang nak pulang dengan dorang ni???

"Tak apa, Ashley... Kau ikut kami.. Mellisa boleh join kita sekali," kata Bryend pula. Beria-ia dia mahu menghantar Ashley pulang.

Ashley pula yang serba-salah. Dia memandang Mellisa untuk meminta tolong agar menolak ajakan Bryend. Tapi Mellisa sengaja berpura-pura tidak melihat pandangan mata Ashley itu.

Is, kenapa lah Bryend ni mahu juga pujuk Ashley. Sudah Ashley cakap dia tidak mahu, kenapa masih nak pujuk.. Kenapa tiada yang nak bawa saya pulang sama-sama? 

"Mellisa, kau sudah okey? Tadi bukan kau sakit kah? Kau masih dapat latihan lagi tadi?" tanya Jared pula tiba-tiba.

Kini semua mata beralih ke arah Mellisa pula. Mellisa pula yang terasa gembira dengan perhatian itu namun dia berusaha untuk menutup rasa gembiranya itu.

"Sa--saya okey... Lepas berehat tadi, saya sudah semakin baik. Saya lupa nak cakap pula. Terima kasih Jared sebab sudah tolong hantar saya ke bilik sakit," kata Mellisa.

"Oh, Jared yang tolong hantar kau ke bilik sakit pula," kata Jeremy.

Mellisa sekadar tersenyum sambil mengangguk.

"Kalau macam tu.. Kau ikut kami sekali lah... Susah pula kalau kau sakit lagi," balas Charles.

"Boleh kah?? Saya rasa segan pula," kata Mellisa pula. Dia tersenyum kecil sambil menunjukkan sikap malu-malu.

"Boleh saja. Kami pun terus nak hantar Ashley. Korang berdua kan kawan..." Giliran Eden pula bercakap. Dia lebih banyak berdiam diri dari tadi dan hanya memandang saja kawan-kawannya bercakap.

"Okey, thanks," kata Mellisa dengan cepat.

Mereka pun segera membuka kunci basikal mereka. Belum sempat Bryend menyuruh Ashley duduk di bangku penumpang di basikalnya, Jeremy lebih dulu menarik Ashley.

Kerana Jeremy cepat menarik Ashley, Ashley tidak sedar lalu dia terjatuh ke belakang. Dengan cepat Jeremy memegang Ashley dengan kedua-dua tangannya. Cara dia memegang Ashley pula seolah-olah dia sedang memeluk Ashley pula.

Bryend terus naik angin bila Jeremy menarik Ashley begitu saja. "Jeremy.... Kenapa kau tarik dia macam tu? Nasib baik dia tidak jatuh ke tanah."

Bryend cuba menarik tangan Ashley namun Jeremy lebih cepat menarik Ashley menjauhi Bryend pula.

Bryend memandang Jeremy dengan wajah tidak puas hati. Tajam pandangannya dihalakan kepada Jeremy. "Apa yang kau nak buat ni, Jeremy?"

"Saya yang akan bawa dia pulang hari ini. Selama ni, kau saja yang bawa dia. Biarlah saya yang bawa dia," kata Jeremy pula. Senyuman sinis diberikan kepada Bryend.

Bryend mendengus geram dalam diam. Dia tidak suka dengan cara Jeremy memandang dia. Dia tidak suka cara Jeremy memegang Ashley. Kalau boleh, Bryend mahu dia seorang saja yang boleh memegang Ashley. Tiada orang lain..

Melihat dua orang lelaki itu berebut dia macam berebut barang mainan, Ashley terus melepaskan tangannya dari tangan Jeremy. "Isshh, apalah korang berdua ni.. Ingat saya barang mainan yang boleh direbut-rebut macam tu saja kah?"

Ashley terus berjalan ke arah Mellisa. Lebih baik dia ikut Mellisa daripada ikut Bryend atau Jeremy. Bergaduh pun macam budak kecil. Tidak selesa betul Ashley.

Belum sempat Ashley sampai di basikal Melissa, beg Ashley pula ditarik dari belakang. Ashley terjatuh lagi dan kali ini Eden yang menyambut dia. Eden juga yang menarik beg dia tadi.

"Kalau macam tu, saya yang bawa kau pulang!" kata Eden. Eden tau Ashley akan membantah. Jadi, dia terus menarik Ashley ke belakang dia dan menyuruh Ashley untuk duduk.

Jeremy dan Bryend pula memandang Eden dengan pandangan tajam. Mereka juga tidak puas hati bila Eden yang berjaya membawa Ashley pulang. 

"Kalau sudah habis bergaduh tu... Marilah pulang. Haih, korang ni.. Pasal itu pun nak bergaduh," tegur Charles. 

Terus saja wajah Ashley bertukar menjadi merah merana teguran Charles. Dia yang sudah memegang hujung baju Eden itu hanya menunduk kerana menahan malu. 

Eden yang sedar dengan tingkah Ashley itu hanya tersenyum kecil. Cute... 

Semua orang pun berjalan meninggalkan kawasan sekolah. 

Mellisa yang juga sedang memandang mereka dari tadi hanya menahan rasa geram di dalam dadanya. Dia merasa cemburu dan iri hati sebab Ashley mendapat perhatian lebih dari yang dia dapat. Mellisa juga mahu berada di kedudukan Ashley, dia juga mahu dirinya diperebutkan oleh tiga orang lelaki yang popular dan kacak itu.

Sayangnya, Ashley yang mendapat semua perhatian itu. Kenapalah bukan saya?? Kenapa bukan saya yang mendapat perhatian itu...??? 

Dalam diam, Mellisa menjeling Ashley yang ada di belakang Eden. Tak mengapa, Ashley.. Mungkin kau dapat perhatian dorang hari ini.. Tunggu sampai saya yang gantikan tempat kau.. 


創作者的想法
bbeatyybrr bbeatyybrr

Kan best kalau real life, ada orang berebut kita macam ni.. Lebih-lebih lagi crush...

*author sedang perasan sendiri* ?

Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C41
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄