下載應用程式
42.35% Bila Takdir Berkata Lain / Chapter 36: Diculik Dengan Perogol Bersiri(1)

章節 36: Diculik Dengan Perogol Bersiri(1)

HARI-HARI seterusnya, Ashley masih lagi bertugas di bilik kelabnya. Sekali-sekala Ashley akan ke dewan latihan untuk memeriksa keadaan para pemain di sana.

Di suatu petang, Ashley baru saja siap menyelesaikan tugas dia untuk menyusun semua fail yang berselerak.

Ashley juga sudah menyelesaikan segala tugasan yang diberikan oleh Coach Dhin. Sedikit sebanyak Ashley tahu tentang bola keranjang.

Setelah Ashley siap dengan kerja dia, Ashley bersiap untuk pulang ke rumah. Dia membawa fail yang dia mau serahkan kepada Coach Dhin.

Ashley menutup pintu bilik kelab sebelum menguncinya. Setelah itu, Ashley berjalan menuju ke dewan latihan untuk berjumpa dengan Coach Dhin.

Ketika Ashley melangkah masuk ke dalam dewan latihan, Ashley tidak sedar ada bola keranjang yang melayang laju ke arahnya.

"ASHLEY, AWAS!!!!"

Ashley menoleh bila namanya disebut. Terkejut dia melihat bola itu namun Ashley tidak sempat mengelak.

Akhirnya, bola itu terus terkena di kepala Ashley.

"AARRGGHH!!" Bergema suara Ashley di seluruh dewan latihan itu.

Fail yang dipegang oleh Ashley terus terbuang ke belakang dan kertas-kertas yang ada di dalam berterbangan di udara sebelum berselerak di atas lantai.

Semua pemain terus berlari mendekati Ashley. Wajah mereka menunjukkan yang mereka sangat cemas dengan keadaan Ashley. Sudahlah bola yang dibuang itu kuat..

Benjol lah kepala Ashley tu nanti...

"Ashley, kau okey?" tanya Bryend, yang paling cemas diantara yang lain. Dia segera menolong Ashley yang masih terbaring di atas lantai.

Kenzie yang hanya berdiri di depan Ashley itu hanya melirik ke arah Bryend bila dia mendengar pertanyaan Bryend.

Ashley memegang kepalanya dengan matanya masih erat terpejam. Dia cuba untuk menenangkan dirinya saat itu sebab dia merasa dirinya mau pitam. Sakit betul kepala dia kena bola tu.. Bergegar terus otak saya, gumam dia.

"Ash, kau okey?" ulang Jeremy sambil duduk mencangkung di kanan Ashley manakala Bryend hanya duduk mencangkung di sebelah kiri Ashley.

Ashley tidak menjawab sebab dia masih lagi pening.

"Mari bawa dia ke bangku dulu. Kita bagi dia air. Kepala dia kena bola, takut pula pitam," kata Kenzie.

"Hah, bawalah dia... Kesian Ashley. Nampak macam dia nak pitam dah tu," kata Marcus pula.

"Ashley, kau boleh berdiri tak??" tanya Bryend pada Ashley. Tapi Ashley masih tidak menjawab.

"Hish, lambat lah kau ni, Bryend!" kata Jeremy memarahi Bryend. Tanpa menunggu lama, Jeremy terus mengangkat Ashley dengan kedua tangan dia yang sasa.

Bryend terkejut melihat Jeremy mengangkat Ashley. Dia tiba-tiba merasa marah bila melihat Jeremy menyentuh Ashley namun ditahan hatinya sebab takkan dia mau marah dalam banyak-banyak orang macam ni?

Jeremy bergegas ke bangku yang berdekatan dan meletakkan Ashley di sana. Ken terus menyerahkan air kepada Ashley.

Eden dan Steven pula menolong Ashley untuk memungut semua kertas yang bertaburan.

Samuel segera memeriksa dahi Ashley kalau ada luka apa-apa. Tidak lah teruk mana pun cuma kemerahan saja sebab terkena bola tadi. Samuel memandang Ashley, Ashley ketika itu sudah dapat membuka matanya.

"Kau okey, Ash?" tanya Samuel.

Ashley mengangguk kecil sambil memegang kepalanya.

"Ashley, sorry.... Tak sangka pula bola yang saya buang tu terkena kepala kau. Saya minta maaf sangat, okey?" kata Jared. Dengan wajah kesian dan tangan dirapatkan, Jared meminta maaf.

Ashley tersenyum kecil. Dia menggeleng sambil berkata, "Oh tak mengapa, Jared. Saya tau kau tak sengaja juga."

"Kenapa ni? Kenapa semua berkumpul, bukannya latihan??" tanya Coach Dhin dengan tegas. Dia baru saja balik dari tandas dan melihat semua orang berkerumun. Entah apa saja yang dibuat...

"Oh, Coach. Ni, Jared buang bola sampai terkena kepala Ashley. Nasib baik tak ada apa-apa," kata Charles.

Coach Dhin segera mendekati Ashley bila mendengar apa yang berlaku. Dia menoleh ke arah Jared dengan jelingan tajam dan Jared sekadar tersengih. "Jared, lain kali hati-hati. Nasib baik tidak jadi apa-apa. Macam mana juga kamu buang bola sampai kena dengan Ashley?"

"Maaf, Coach," kata Jared dengan wajah yang serba-salah.

Coach Dhin menoleh ke arah Ashley lagi. "Kenapa kamu datang ke sini? Kerja di kelab sudah selesai?" tanya lelaki bertubuh tegap itu.

"Sudah, Coach... Saya datang nak bagi tugasan yang Coach minta tu," kata Ashley. Dia menoleh sekeliling untuk mencari di mana fail yang dia bawa.

Steven terus menyerahkan fail itu. "Nah, saya sudah tolong susun." Steven sempat lagi tersenyum pada Ashley semasa menyerahkan fail itu.

Ashley menyambut fail itu. "Terima kasih." Ashley kemudian menyerahkan fail itu kepada Coach Dhin.

Coach Dhin hanya mengambil fail itu dan memandang pemain lain. "Hah, yang korang tercegat di sini tu kenapa?? Pergilah sambung latihan. Dia ni bukannya pengsan sangat pun sampai korang nak kerumun dia begini!" tegur Coach Dhin.

Ashley memandang sekelilingnya dan baru dia perasan kalau semua pemain sedang mengelilingi dia. Wah, sampai begitu sekali dorang risau saya?? Tapi kena bola saja kan.. Buat apa juga dorang mau risau ni?

Mendengar itu, semua pemain pun kembali ke latihan.

Ashley sempat melirik ke arah Kenzie.

Dia agak terkejut bila dia melihat Kenzie sedang tersenyum sambil merenung dia. Eh, Senior senyum?? Betulkah apa yang saya nampak ni?? Dia senyum? Pada saya??

Kenzie sedar yang Ashley sedang memandang ke arahnya lalu Kenzie terus berpaling, memandang ke tempat lain. Tidak sedar-sedar pula yang dia sudah tersenyum. Dia rasa lega sebab Ashley tidak dapat kecederaan serius selepas kepala dia bola keranjang tadi.

Tapi kenapa dia perlu rasa lega pula? Pelik...

Coach Dhin memandang ke arah Ashley. "Kamu sudah pastikan semua yang saya perlukan ada di sini?? Maklumat tu penting untuk pertandingan dorang nanti. Saya tidak mau ada yang tidak betul pula nanti," kata Coach Dhin.

"Sudah, Coach. Saya sudah periksa dua kali semua maklumat itu. Nanti saya akan update dengan Coach lagi kalau ada maklumat tambahan," balas Ashley lagi.

Coach Dhin mengangguk, tanda puas hati dengan kerja Ashley. Tidak sia-sia dia mengambil Ashley sebagai assistant yang baru.

"Kalau macam tu, Coach. Saya pulang dulu lah... Kerja saya sudah siap ni," kata Ashley.

"Hah, baiklah... Hati-hati pula masa pulang tu..."

Ashley hanya tersenyum dengan nasihat Coach Dhin. Tidak pernah pula dia ambil berat tentang pelajar dia selama ini.

Ashley pun keluar dari dewan latihan itu dan terus keluar dari kawasan sekolah. Ashley masih lagi menggunakan bas untuk pulang ke rumah. Walaupun Ashley sudah sembuh tapi Ashley masih belum bersedia untuk naik basikal lagi.

Kenzie sempat menoleh ke arah Ashley yang sudah menapak keluar dari dewan latihan. Dia mengeluh sekejap sebelum dia mengalihkan perhatian dia ke permainan lagi.

Lama Ashley menunggu di perhentian bas. Setelah bas seterusnya tiba, Ashley terus naik ke bas itu.

Sampai di perhentian bas yang berdekatan dengan kawasan perumahannya, Ashley terus turun dari bas.

Belum sempat Ashley berjalan balik ke rumah, dia berhenti. Ashley berfikir sekejap. Sunflower Supermarket tu masih buka kan?? Lagipun tidak lah jauh sangat dari sini.. Sekitar lima blok bangunan sudah tiba..

Saya nak pergi beli minuman lah.. Memandangkan saya sudah tidak boleh pergi dengan Senior dan yang lain... Tak apakan kalau saya pergi beli minuman dulu..

Ashley pun terus berjalan menuju ke Sunflower Supermarket lagi. Tersenyum-senyum dia mau ke kedai itu.

Setelah berjalan lima blok jauhnya, Ashley pun sampai di kedai itu.

Di luar kedai itu, ada pula sekumpulan budak samseng sedang lepak dengan kereta mereka. Salah seorang dari mereka ialah seorang perempuan yang berpakaian seksi sedang memandang Ashley masuk ke kedai itu.

"Itu kan perempuan yang kau cari selama ini??" tanya seorang lelaki dengan kaca mata hitam dengan asap rokok keluar dari mulutnya.

Raquel tersenyum sinis. "Ya, dia lah tu.. Kita tunggu sampai dia keluar dari kedai itu..."

Lelaki tadi tersengih jahat dan bersandar pada salah satu kereta itu.

================================

"OKEY, JOM MASUK!" kata Herry. Dia meletakkan basikal dia ke tepi sebelum turun. Kawan-kawannya yang lain terus mengikuti Herry.

Kenzie pula berhenti dan dia memandang ke arah tepi tong sampah. Dia mengenal satu benda berupa beg yang ada di tepi tong sampah itu tapi Kenzie tidak ingat di mana dia pernah nampak beg itu.

Akhirnya, Kenzie buat tidak tau dan dia pun masuk ke dalam kedai itu. Setelah mereka siap membeli, mereka kembali ke luar dan meminum air kotak mereka, benda yang selalu mereka buat.

Kenzie pula tidak henti-henti berfikir di mana dia pernah melihat beg itu. Kenzie tidak tenang selagi dia tidak ingat siapa pemilik beg sekolah itu.

Setelah mereka siap, mereka membuang kotak minuman itu dari mereka kembali ke basikal mereka namun Kenzie tidak juga bergerak.

Kenzie hanya berdiri macam patung di tepi tiang lampu sambil berfikir sesuatu. Hairan kawan-kawan Kenzie melihat perangai Kenzie yang pelik itu.

"Kenzie, marilah jalan.. Kau tidak mau pulang kah??" tanya Bryend.

Tiba-tiba, Kenzie teringat akan sesuatu. Dia teringat yang tadi petang dia ada melihat Ashley keluar dari dewan latihan dengan memakai beg yang sama warna dengan beg sekolah yang dia nampak di tepi tong sampah tadi.

Tanpa berlengah lagi, Kenzie terus mendekati tong sampah itu.

Semakin bingung kawan-kawannya dengan sikap Kenzie. Mereka pun tidak menunggu dan mengikuti Kenzie.

Kenzie terus mengambil beg itu dan memeriksa beg itu. Memang betul.. Ini lah beg Ashley.. Saya kenal dengan warna dan rupa beg ni.... Tapi kenapa beg ni ada di sini??

Yang lain pun sampai di sana.

"Beg siapa tu Kenzie??" tanya Eden.

Bryend terus merampas beg itu dari tangan Kenzie. "Oh, macam saya kenal lah beg ni!!"

Yang lain saling berpandangan.

"Ini kan beg Ashley.. Kenapa ada di sini??" tanya Herry.

"Wei, kau nak cakap pun, jangan lah cakap sembarangan... Macam mana pula beg Ashley ni ada di sini?" tanya Jeremy sambil menolak bahu Herry dengan perlahan, geram dengan apa yang Herry katakan sebenarnya.

"Saya cakap betullah... Saya kan pernah nampak beg dia," kata Herry pula.

"Ishh, Herry ni.. Buat orang risau saja. Takkan ni beg Ashley? Ashley kan sudah pulang di rumah. Macam mana pula beg dia ada di sini?" tanya Steven pula. Dia juga tidak suka dengan apa yang dikatakan oleh Herry.

Kalau sudah beg Ashley ada di tepi tong sampah, hanya ada satu jawapan. Mesti ada jadi apa-apa pada Ashley. Kalau tidak, takkan Ashley mau buang beg dia di sini... kan?

"Ini memang beg dia. Ashley ada datang ke sini. Saya rasa dia pergi beli minuman di sini. Cuma sekarang kita tidak tau apa jadi dengan dia," kata Kenzie pula.

Semua orang memandang ke arah Kenzie pula.

"Nah, apa saya cakap. Kenzie pun cakap ni Ashley punya," kata Herry tidak mau mengalah.

"Hish, diamlah!" balas Charles lalu dia menolak kepala Herry. Secara tiba-tiba, Charles merasa tidak sedap hati dengan keadaan Ashley.

"Jadi dia di mana?" tanya Eden.

Semua lelaki itu saling berpandangan.

"Jangan-jangan dia kena culik dengan perogol bersiri tu?" kata Eden pula.

Giliran Steven memukul perut Eden. Eden mengerang kecil sambil memegang perutnya.

"Jangan cakap benda mengarut!" balas Steven.

"Tapi tidak mustahil, kan?? Perogol tu belum dapat ditangkap sampai sekarang!" kata Jared pula yang sedari tadi mendiamkan diri.

Semua lelaki itu kembali diam dan saling berpandangan.

"Mari cari dia dulu. Kita akan pecah kepada empat kumpulan. Saya dengan Steven. Jared dengan Eden. Jeremy dengan Bryend dan Herry dengan Charles.... Selepas sejam tiada apa-apa, kita balik ke sini."

Semua orang mengangguk dengan arahan Kenzie.

"Mari pergi!"

Semua lelaki itu pun berjalan ke basikal mereka dan segera beredar dari sana untuk mencari Ashley.


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C36
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄