下載應用程式
41.17% Bila Takdir Berkata Lain / Chapter 35: Senior Pegang Tangan Saya?

章節 35: Senior Pegang Tangan Saya?

SEJAK dari hari itu, Ashley mula melakukan tugas dia sebagai assistant di bilik kelab.

Hanya sekali-sekala saja Ashley datang ke dewan latihan untuk melihat para pemain untuk berlatih.

Pada waktu rehat, Ashley berlari keluar dari dalam kelas dia menuju ke bilik kelab. Dia perlu menyiapkan kerja dia yang terbengkalai di bilik kelab sebelum Coach Dhin memantau bilik kelab itu.

Mellisa dan Ted yang ingin membawa Ashley untuk pergi rehat bersama pun bingung melihat Ashley menghilang dalam sekelip mata.

Sedang Ashley berjalan pantas ke bilik kelab, Ashley tidak lagi memandang ke kiri dan ke kanan. Yang dia pikir hanyalah untuk pergi ke bilik kelab secepat mungkin.

Tiba di satu persimpangan, Ashley terlanggar seseorang menyebabkan Ashley terjatuh ke belakang dengan punggungnya lebih dulu terhentak ke lantai.

"Aduuhh!!!!" teriak Ashley sambil memegang belakang dia.

"Ashley!"

Ashley terkejut mendengar suara itu. Secara spontan, seluruh badannya yang sakit kini hilang. Mata Ashley terbuka lebar dan dia terus memandang ke arah orang yang dia langgar tadi.

Kenzie terus duduk mencangkung di sebelah Ashley dan menghulurkan tangan dia untuk menolong Ashley.

"Kau okey? Apasal kalau kau berjalan tak tengok jalan, ah? Kan terlanggar tadi!" kata Kenzie lagi.

Kenzie memegang tangan Ashley dan dia menolong Ashley untuk berdiri. Wajah Ashley berubah menjadi merah dan jantungnya berdegup dengan kencang bila dia melihat tangannya dipegang oleh Kenzie.

Arrghh, Senior pegang tangan saya!!

Ashley segera membersihkan skirt dia dari kotoran yang melekat. Ashley memandang Kenzie lagi. "Terima kasih sudah tolong saya.... Dan.. Urmm, maaf sebab saya terlanggar kau.. Saya tidak sedar!" kata Ashley.

Kenzie mengeluh kecil sambil matanya masih memandang tepat ke arah wajah Ashley yang merah itu. Kenzie bingung melihat wajah Ashley merah, takut pula kalau Ashley ni demam...

Serta-merta Kenzie mengangkat tangannya dan memegang dahi Ashley.

Ashley terpempan...

Matanya terbuka besar.

Lantas, Ashley menarik sedikit wajahnya dari tangan Kenzie. "Apa--apa yang Senior buat ni?" tanya Ashley tergagap-gagap.

"Muka kau merah... Kau sakit kah?" tanya Kenzie pula.

Ashley terus menyentuh kedua-dua pipi dia. Panas!!

"Err... Saya-saya okey!! Saya tidak sakit. Saya masih sihat.."

"Tapi--"

"Senior, saya ada hal di bilik kelab. Saya pergi dulu. Jumpa nanti! Bye!!!" Dalam sekelip mata, Ashley sudah berlari meninggalkan Kenzie yang belum pun sempat menghabiskan kata-kata dia.

Terkebil-kebil Kenzie merenung Ashley yang semakin jauh itu.

Beberapa minit kemudian, Kenzie memandang tangannya, tangan yang dia gunakan untuk memegang dahi Ashley tadi.

Kenzie juga sebenarnya terkejut. Macam mana dia boleh sentuh Ashley sedangkan selama ini dia tidak pernah mau sentuh perempuan yang mendekati dia..

Pelik...

Kenzie menggenggam erat jari-jemarinya, menjatuhkan tangannya ke sisi sebelum dia menghembus nafas berat.

Kenzie pun berlalu dari sana.

=========================

ASHLEY masuk ke dalam bilik kelab. Dia menutup pintu dengan cepat dan dia bersandar di pintu.

Dia masih lagi terkejut masa Kenzie memegang dahi dia tadi.

Ashley memegang dahinya sebelum dia melonjak-lonjak gembira. Astaga, Senior sentuh dahi saya tadi... Saya sangat gembira...

Ini first time dia sentuh saya di bahagian dahi....

Melting betul saya rasa...

Ashley terus melompat-lompat kecil walaupun bila dia bergerak ke meja yang penuh dengan kertas kerja dan fail lain.

Kalau hari-hari kena sentuh kan best, saya pun bersemangat mau susun semua kerja ni..

Ashley pun mengemas semua kertas dan fail lain.

Tidak lama kemudian, seseorang membuka pintu dari luar, sekali gus mengejutkan Ashley yang ada di dalam bilik kelab.

Bila Ashley menoleh ke pintu, dia terkejut melihat Bryend sedang tersenyum ke arah Ashley dengan kepala dia saja yang dijengukkan ke dalam.

"Bryend, apa yang kau buat di sini?" tanya Ashley, bingung.

Bryend terus menunjukkan kepada Ashley sebuah plastik di tangan kanannya. Wajahnya dihiasi dengan senyuman yang lebar.

Anak mata Ashley melekat pada plastik itu. "A-apa tu?"

Bryend terus masuk ke dalam. Sempat lagi dia menutup pintu. Bryend terus menarik Ashley untuk duduk di sebuah bangku yang kosong.

"Apa yang kau bawa ni, Bryend?" tanya Ashley ingin tau.

Bryend tidak menjawab tapi dia hanya tersenyum saja. Tangan dia pula lincah memindahkan semua isi di dalam plastik itu ke atas meja.

Melihat barang-barang yang ada di dalam plastik itu, mulut Ashley terus terlopong. "Bryend, makanan ni untuk--"

"Saya beli untuk kau. Saya tau kau belum makan lagi, kan? Masa rehat tadi, kau terus saja datang ke sini?" tanya Bryend pula.

Ashley mula serba-salah. Dia tidak pernah meminta Bryend untuk melayan dia begini dan dia tidak pernah menyangka Bryend akan melayan dia begini.

Tapi kenapa Bryend melayan dia begini?

Bryend terus membuka bungkusan plastik sandwich sayur itu dan meletakkannya di tangan Ashley.

"Makanlah!"

Ashley memandang sandwich itu dan dia memandang ke arah Bryend. Dia mau menolak tapi dia juga kesian dengan Bryend yang sudah bersusah paya untuk membeli makanan ini.

"Kenapa tidak mau makan? Kau tidak suka?" tanya Bryend bila dia melihat Ashley langsung tidak mau makan sandwich yang dia bagi.

"Oh, bukan... bukan tidak suka..."

Ashley terus melahap sandwich itu. Baru dia sedar yang perutnya terasa sangat lapar.

Bryend tersenyum bila dia melihat Ashley mula makan. Dia terus menggerakkan minuman teh hijau yang dia beli ke depan Ashley.

Ashley hanya tersenyum melihat teh itu. "Thanks, Bryend. Saya akan bayar kau lagi nanti," kata Ashley. Dia memasukkan straw minuman ke dalam mulutnya dan minum teh itu.

Bryend terus menggeleng. "Tak perlu bayar. Saya belanja kau!"

"Eee, tidak mau lah.. Jangan risau, saya bayar juga ni!" kata Ashley pula.

"Tak payah.. Saya ikhlas belanja kau ni.."

"Saya nak bayar juga..." "

Sedang Ashley dan Bryend bercakap antara sesama, mereka tidak sedar ada seorang pelajar lelaki sedang berdiri di luar pintu sambil memegang minuman cold cappuccino dan beberapa bungkus roti daging.

Melihat yang Bryend sudah membawa makanan untuk Ashley, Kenzie tidak jadi mahu memberi makanan yang dia beli untuk Ashley.

Kenzie bertembung dengan Ashley tadi dan dia tau Ashley akan terus ke bilik kelab lagi tanpa menjamah makanan. Kenzie mau membelikan Ashley makanan dan akan menghantar makanan itu kepada Ashley, namun dia tidak menyangka yang Bryend lebih dulu datang dari Kenzie.

Kenzie mengeluh. Dia memandang ke arah makanan yang dia beli itu.

Kalau Ashley tau Kenzie ada beli makanan untuk dia dan Kenzie serahkan makanan itu pada Ashley... Mesti Ashley akan bersorak kegembiraan..

Sebab Ashley dapat makanan dari Crush dia sendiri...

Kalaulah Kenzie tau pasal hal ni...

Kenzie pun terus berlalu dari lorong bilik kelab itu. Kenzie melintasi sebuah tong sampah dan membuang makanan yang dia beli itu.

Kenzie juga tidak berhenti fikir.. Macam mana dia boleh terfikir untuk beli makanan pada Ashley...

Kenapa dia peduli betul dengan keadaan Ashley sedangkan Kenzie tidak suka pun dengan perempuan itu...

Kenapa Kenzie kena peduli dengan kesihatan Ashley pula?


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C35
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄