Kereta Honda City hitam milik Noah meluncur laju di jalan raya, amarah yang membara seakan membakar hatinya. Lampu hijau yang sudah bertukar merah, dia langgar tanpa rasa bersalah. Bingit telinganya dek hon pemandu lain tidak dia pedulikan, hanya satu arah tujuannya iaitu ke rumah Caleb. Kalau boleh mahu sahaja dia merempuh semua kereta yang menghalang jalannya tetapi dia tahu jika dia terlalu mengikut perasaannya itu, dia bakal menjadi arwah. Not before Caleb. Terngiang-ngiang ditelinganya apa yang dikatakan oleh Elisya sebentar tadi sewaktu di Balai Polis. Terbayang juga wajah Orange yang terluka sekali lagi, wajah devastated Pn.Amily dan En.Philip. Dia benar-benar tidak boleh memaafkan Caleb lagi, ini memang sudah terlalu keterlaluan. He is not a human, doesn't deserve to live the life and he is belong to the hell. He will really kill the man today, no matter what happen.
Tiba di luar rumah Caleb dia memanjat pagarnya tanpa menekan loceng di pintu pagar, dia memang tidak berhasrat untuk memaklumkan kehadirannya kepada lelaki itu. Kalau boleh dia mahu membunuhnya terus tanpa mendengar apa-apa alasan yang dia akan berikan tapi seriously apakah alasan yang munasabah untuk membunuh seorang manusia? Apa salah Selina? Sehingga diperlakukan sedemikian rupa, adakah dia tahu kenapa dia perlu melalui semua itu? Poor Selina.
"Caleb! Where are you?!"
Dia tidak peduli dengan jiran sekitar rumah keluarga Caleb, yang dia tahu dia mahu bertemu dengan lelaki tersebut dan membelasahnya cukup-cukup sehingga dia berasa puas. Nyah dengan semua undang-undang dan peraturan. Dia tidak peduli dengan semua itu.
"Caleb! Get out!"
Dia berteriak lagi.
Pintu rumah dibuka dan Caleb keluar dengan selamba, wajahnya tidak mempamerkan sebarang rasa bersalah atau takut. Cukup tenang.
"What are you doing in my house?"
Matanya tajam merenung Noah, jelas sekali dia tidak tahu yang rahsianya sudah terbongkar atau dia memang tidak kisah tentang semua itu.
Pukkk!
Satu tumbukan padu singgah di pipi kirinya menyebabkan dia jatuh menyembah bumi. Kemudian satu lagi tendangan rendah singgah di tubuhnya, cukup untuk membuatkan dia mengaduh kesakitan tidak lagi mampu untuk bangun dari jatuhnya. Noah bukan calang-calang orangnya, tali pinggang hitam yang dia miliki bukan sekadar perhiasan semata-mata. Dia mampu menumbangkan 5 orang lelaki dewasa yang mempunyai asas seni mempertahankan diri, inikan pula Caleb seorang.
"What the hell are you doing? Are you crazy?" Caleb membentak marah, dia tahu yang dia tidak mampu untuk melawan Noah kerana dia tahu tahapnya dan di mana tahap Noah.
Noah mencebik mengejek.
"Am i crazy? What do you think? Psycho."
Jiran-jiran Caleb yang ada di dalam rumah mereka sudah berkeluaran mahu melihat apa yang terjadi, terkejut dengan teriakan Noah sebentar tadi. Ada yang cuba untuk membantu tapi tidak mampu untuk masuk ke dalam halaman rumah Caleb kerana pintu pagar masih berkunci. Ada juga yang sedang bercakap di telefon, mungkin sedang melaporkan kejadian gaduh tersebut kepada pihak polis.
"Lebih baik awak berterus terang dengan saya. What are you doing to Selina?"
Riak wajah Caleb sedikit berubah mendengar nama Selina disebut, dia kelihatan resah tiba-tiba. Keyakinannya sebentar tadi hilang serta-merta. Matanya melilau memandang sekeliling, melihat ramai jirannya sedang memerhatikannya dia cepat-cepat bangun dari jatuhnya dan berlari masuk ke dalam rumah. Noah menyusul di belakang belum berpuas hati kerana Caleb tidak menjawab soalannya.
"Explain to me! What are you doing to Selina? Jangan cuba-cuba nak menipu, we know you did it. You took her life away, Psycho!"
Caleb tidak sempat untuk berbuat apa-apa, Noah sudah mencengkam bajunya. Dia meronta-ronta meminta dilepaskan tetapi cengkaman Noah yang kuat menyebabkan dia tidak mampu untuk melawan.
"Buat apa? Apa yang awak maksudkan? Saya tak faham..."
Jawapan Caleb itu membuatkan Noah semakin marah, dia melepaskan cengkamannya sambil menolak lelaki itu sehingga sekali lagi terjatuh dia atas lantai. Caleb cuba untuk merangkak naik ke tingkat atas tetapi tendangan Noah membuatkan dia terpaksa menyerah kalah. Dia memegang perutnya yang terasa perit menerima tendangan Noah.
"Jujur dengan saya, Caleb! Mengapa awak sanggup lakukan semua itu? Adakah awak manusia atau apa?" Suara Noah bergema di dalam rumah, matanya tajam merenung Caleb yang terkulai lemah di atas lantai. Kalau boleh dia mahu lagi membelasah lelaki tersebut tapi sebelum itu, dia perlu mendengar penjelasan lelaki psiko tersebut.
"I don't get it, Noah. What do you want from me? Kenapa awak buat saya begini? I'm your buddy, right? Come on." Caleb masih berpura-pura tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh Noah, tidak selagi dia masih ada peluang untuk menepis semua tuduhan tersebut. Lagipun, siapa yang tahu tentang perbuatannya itu? Dia pasti yang tidak ada saksi yang melihat apa yang telah dia lakukan. Tiada sewaktu dia menumpangkan gadis tersebut dan tiada juga ketika dia menjerut lehernya menggunakan tali kasut sehinga ke nafas yang terakhir. Dia pasti tentang itu. Namun, bagaimana Noah tahu? Siapa yang memberitahunya?
"Awak tak payah nak tipu saya lagi, Caleb. I know eveyrthing, everything that you did to Selina. Now, i just wanna ask you, why?" Dia meletakkan kakinya diatas dada Caleb, menekannya kuat dengan harapan Caleb akan menyerah kalah dan memberitahu segalanya.
Satu senyuman terukir di wajah Caleb tiba-tiba, satu senyuman yang sinis. Senyuman yang menyebabkan Noah meremang satu badan, senyuman yang lain daripada yang lain. Dia tidak pernah melihat Caleb tersenyum sedemikian sejak dia mengenalinya. Psiko.
"She deserve to die." Singkat kata-katanya tetapi cukup untuk membuatkan Noah terdiam seketika. So, memang betul Caleb yang melakukannya? Dia sebenarnya terkejut dengan kata-kata Caleb itu, disebalik marahnya dia berharap agar Caleb terus-menerus menidakkannya dan berharap tuduhan Elisya adalah salah. Walaupun mereka tidak lagi bersahabat pada pandangan mata kasar tetapi dia masih menganggap Caleb sebagai sahabatnya di dalam hati. Mereka berkongsi pelbagai kenangan bersama sejak dari bangku sekolah rendah lagi, bukan mudah untuk Noah melupakannya begitu sahaja.
"They took you from me. They don't deserve you."
Noah terkedu seketika. What?
"Leon tidak layak untuk bersahabat dengan awak, Orange juga tidak layak untuk menjadi kekasih awak tapi poor Selina. She died because of her sister."
Kaki Noah terasa lemah, dia terundur ke belakang. Tidak dapat menerima apa yang dia dengar daripada Caleb. Because of him? Him?
Perlahan-lahan Caleb bangun dari jatuhnya dan duduk di tangga untuk naik ke tingkat atas kemudian dia mengesat sisa darah yang mengalir dari bibirnya yang pecah.
"You are my friend, Noah. Tidak ada siapa yang boleh mendekati kamu kecuali saya sahaja. Padan muka Leon kerana cuba merampas awak dari saya tapi kenapa awak menjauhkan diri daripada saya pula selepas itu? I did it to make you mine, my friend. Saya juga sudah berusaha untuk membuatkan hubungan awak dan Elisya tidak berjaya. That bitch, shes irritating me.. Nasib baiklah dia terbang ke London selepas itu. Then, here is Orange. I like her at first but then i know that she is your girlfriend. So, i hate her too." Caleb tersenyum lagi, senyuman sinis yang menakutkan itu.
"Saya tidak boleh mendekati Orange kerana awak sentiasa bersama dengannya, it drive me crazy. Then, i saw Selina. Wajahnya mirip sekali dengan kakaknya, the way she smile remind me of Orange, so i killed her."
Tubuh Noah menggigil tidak percaya dengan apa yang dia dengar daripada mulut Caleb, dia pasti ini hanya khayalan bukan kenyataan. Apa yang Caleb katakan semuanya pasti bohong belaka. Leon died because of him? Selina too? Nonsense. Dia meluru kearah Caleb kemudian satu lagi tendangan hinggap di perut lelaki itu. Dia jatuh tersungkur sekali lagi.
"Apa yang awak lakukan semuanya tidak masuk akal langsung, saya akan bunuh awak untuk membalas dendam bagi pihak Leon dan Selina!"
Tubuh Caleb diangkatnya agar berdiri kemudian satu lagi tumbukan hinggap di perutnya, kuat. Dia melepaskan tubuh Caleb dan satu lagi tendangan mengenai tubuhnya.
"Balaslah bodoh!"
Noah membentak. Namun, Caleb tidak melakukan apa-apa. Dia membiarkan tubuhnya dibelasah, dia tidak akan membalas walau apa pun yang bakal Noah akan lakukan. He rather die.
"You should kill me! Not them, idiot!"
Air mata Noah mengalir, dia marah dan sedih dengan semua yang berlaku. Dia tidak menyangka apa yang berlaku di sekelilingnya berpunca daripada dirinya. Kalaulah dia tahu dari awal, dia rela mati menggantikan Leon dan Selina. Mereka tidak bersalah, mereka hanya mangsa keadaan.
"You really care about them, don't you Noah? Saya cemburu dengan mereka." Caleb berbisik. Membuatkan Noah bertambah berang, sekali lagi dia mulai membelasah lelaki tersebut.
"Noah, stop!"
Orange yang baru datang menerpa kearah Noah sambil memeluknya erat. Beberapa orang pegawai polis juga meluru masuk kearah Caleb yang sudah tidak berdaya diatas lantai. Tubuh Noah menggigil, marah dan rasa bersalah yang bersarang di dalam tubuhnya membuatkan dia hilang kawalan terhadap tubuhnya sendiri. Fikirannya juga semakin tidak waras, kata-kata Caleb membuatkan dia mahu meraung sekuat-kuat hatinya. Wajah Leon dan Selina silih berganti membuatkan dia bertambah sayu.
"Calm down, Noah. Calm down..." Orange cuba menenangkannya. Pelukannya erat, kalau boleh dia tidak mahu melepaskan lelaki itu. Sepanjang perjalanan tadi, dia tidak tenteram. Dia takut sesuatu yang buruk akan berlaku kepada Noah. Syukurlah, tidak ada apa-apa yang berlaku kepadanya. Perlahan-lahan Noah kembali tenang, jantungnya yang tadi berdegup kencang semakin normal. Marahnya yang tadi meluap-luap juga semakin redah. Redah bukan kerana dia tidak lagi membenci dengan lelaki itu tetapi kerana Orange ada disampingnya, berusaha untuk membuatkan dia tenang. Dia kagum dengan wajah tenang gadis tersebut, dia tidak mengamuk melihat Caleb, pembunuh adiknya. Dia hanya memandang lelaki itu dengan pandangan kosong, tapi dia juga tidak tahu sebenarnya apa yang terkandung dalam hati Orange. Mungkin dia juga berusaha untuk bertenang dan mengawal perasaannya.
Tangan Caleb digari kemudian dibawa pergi oleh pegawai polis, ibu bapa Caleb yang baru datang kerana dihubungi oleh jiran mereka terpinga-pinga melihat keadaan Caleb yang lunyai dibelasah oleh Noah dan tangannya yang bergari. Ibunya pengsan serta-merta tidak dapat menerima kenyataan dengan keadaan anaknya nasib baiklah ada jirannya yang sempat menahan dirinya daripada jatuh keatas tanah. Dia bingung, kenapa anaknya dibawa ke balai polis. Bapanya pula sibuk menghubungi peguam keluarga mereka agar datang ke balai polis dengan segera untuk membela nasib anaknya. Sebelum pergi Caleb sempat memandang kearah Orange dan Noah yang sedang berdiri di halaman rumahnya, matanya sayu penuh harapan. Bukan kekesalan.
Orange yang masih memeluk lengan Noah tidak berganjak, dia juga merenung tajam mata Caleb. Kini dia faham perasaan yang dia rasai selama ini melihat senyuman Caleb, lelaki itu bukan menyintainya tetapi membencinya. Pandangan itu bukan pandangan kasih tapi pandangan cemburu yang meluap-luap.
"Are you okay?" Noah bertanya kepada Orange yang masih berdiam diri di sebelahnya. Gadis tersebut mendongak memandang wajahnya kemudian tersenyum manis.
"I am okay, thank you."
Senyuman turut terukir di wajah Noah, walaupun hatinya masih pedih mengingatkan kata-kata Noah tapi dia tahu dia perlu melaluinya. Tidak kira apa yang berlaku, dia mesti kuat. Dia mesti menunjukkan kepada Caleb yang dia mampu untuk menghadapi semuanya dan dia juga perlu kuat untuk Orange.
"Lets go, we need to go to the police station." Ujarnya sambil berjalan seiringan dengan Orange ke keretanya. Mereka perlu ke balai polis untuk berjumpa dengan keluarga Orange dan mamanya. Mereka pasti risau dengan keadaannya dan mereka pasti tertanya-tanya siapakah pembunuh yang dimaksudkan oleh Elisya dan kenapa dia melakukannya. Mamanya pasti akan terkejut kerana dia mengenali Caleb, malahan sungguh rapat dengannya. Dia juga menganggap Caleb seakan anak kandungnya.
Manusia memang benar-benar sukar untuk diramal, nampak baik dari luarannya tetapi dalamannya mengalahkan syaitan. Don't judge the book by it cover.