下載應用程式
78.78% Cinderella seorang Putera / Chapter 26: Bab 26 : Love In The Air

章節 26: Bab 26 : Love In The Air

Orange mengintai di sebalik tirai tingkap, cuba untuk mencuri dengar apa yang dibualkan oleh Noah, Caleb dan Elisya di luar rumah. Sesekali dia berselindung di sebalik dinding supaya tidak ada yang menyedarinya. Pn.Thalia yang berada di dalam dapur telah menyuruhnya untuk memanggil mereka agar masuk ke dalam dan bersarapan bersama-sama. Namun, dia membatalkan niatnya itu apabila melihat perbualan mereka agak serius.

Hatinya sedikit sakit apabila melihat Elisya seakan cuba untuk bermanja dengan Noah, nasib baiklah Noah menolaknya kasar (ya,ya...dia tahu dia agak kejam kerana gembira melihat Elisya dilayan dengan teruk tapi cuba tempatkan diri anda di tempatnya. What will you feel?) Walaupun, Orange tidak pernah mengisytiharkan perasaan sebenarnya kepada Noah tapi dia sendiri tahu yang dia menyimpan perasaan sayang kepada Noah. Of course dia akan berasa cemburu jika ada perempuan lain yang cuba untuk bermesra dengan Noah.

Orange pura-pura sibuk mencari barang di dalam begnya apabila dia melihat Noah masuk ke dalam rumah. Kemudian dia keluar kembali dengan membawa beg tangan milik Elisya keluar. Sebelum Noah masuk kembali dia bergegas masuk ke dalam dapur semula, takut nanti dia lagi yang akan dimarahi, memandangkan raut wajah Noah kelihatan masam mencuka.

Kehadiran Elisya sudah cukup membuatkan moodnya benar-benar hilang, apatah lagi dengan kehadiran Caleb. Damn, weekend. Noah memarahi di dalam hati.

"Eh, Caleb dan Elisya mana?" Soal Pn.Thalia apabila melihat Orange masuk berseorangan. Baru sahaja Orange mahu membuka mulutnya untuk menjawab, Noah masuk dengan muka masamnya.

"Mereka sudah balik, mereka tidak akan sertai kita." Ujarnya menjawab bagi pihak Orange. Orange tersengih kemudian mengangguk perlahan. Apa yang perlu dia katakan lagi? Noah sudah menjawabnya.

"Orange, sit. Kita sarapan sama-sama." Arahan Noah membuatkan Orange duduk dengan automatik. Tidak berani mahu melawan. Pn.Thalia yang tadinya kelihatan mempunyai banyak persoalan turut akur dan duduk di tempatnya. Dia faham benar dengan sikap Noah, jika mukanya masam mencuka seperti sekarang. Lebih baik jangan banyak soal atau nanti free-free dimarahi olehnya atau geram sendiri kerana tidak dilayan oleh Noah. Namun, kenapa Noah begitu dingin dengan Caleb? Dia tidak pernah melihat keadaan seperti tadi apabila Caleb datang ke rumah mereka sebelum ini. Selalunya mereka akan bergurau senda hingga lupa dunia. Apa yang telah terjadi sebenarnya diantara Noah dan Caleb? Kalau Elisya, dia faham sangat kerana Noah tidak menyukainya. Mungkin dulu Noah pernah mencintai gadis tersebut tapi itu adalah kisah lalu. Kini, Noah kelihatan mencintai Orange seorang sahaja.

Mereka makan dengan senyap. Hanya bunyi sudu garfu berlaga sahaja yang kedengaran. Orange yang sudah bersarapan di rumah juga terpaksa makan dalam keterpaksaan. Mahu cari nahas? Silakan melanggar arahan Noah. Nasib baiklah sarapan yang dimasak oleh Pn.Thalia menarik perhatiannya.

"Masakan mana yang Elisya masak, mama?" Noah bertanya sebelum memulakan makannya. Pn.Thalia memandang Orange kemudian memandang makanan yang terhidang di atas meja. Dia ingatkan Noah sudah hampir siap memakan makanannya rupanya tadi dia sibuk dengan telefon bimbitnya.

"Elisya tak masak apa-apa, dia cuma potpet,potpet bercerita pasal hidup dia di London." Pn.Thalia memberikan jawapan selamat. Namun, sebenarnya apa yang dia katakan itu adalah benar. Elisya tidak ada membantu apa-apa, dia cuma bantu tengok dan sumbang air liur sahaja. Noah mengangguk perlahan kemudian memberikan Orange satu lagi senduk nasi goreng.

"Thanks..." Orange bersuara perlahan dan perlahan-lahan juga dia menyiapkan sesuap nasi ke dalam mulutnya. Nak buat macam mana? Sudah Noah tolong sendukkan untuknya. RIP diet. Tadi dia sengaja mengambil sedikit sahaja, tidak sangka pula Noah menambah lagi nasinya.

"How is it, Orange?" Pn.Thalia bertanya mesra, Orange tersenyum kemudian mengangkat ibu jarinya memberikan tanda 'so good'.

"Its delicious, auntie. Sama seperti yang Noah bawa ke sekolah." Ujarnya lagi. Noah melirik kearah mamanya kemudian meneruskan makannya tanpa berkata apa-apa.

"Eh, auntie tak pernah masak bekal untuk Noah. Noah yang menyediakan bekal dia sendiri kalau dia mahu membawanya." Pn.Thalia kelihatan sedikit terkejut kemudian tersenyum nakal memandang anaknya itu. Pandai pula dia jual nama mamanya kepada girlfriend-nya di sekolah. Padahal dia yang beria-ia mahu memasak sendiri tanpa bantuannya. Patutlah Noah yang tidak pernah-pernah membawa bekal tiba-tiba meminta dia belikannya bekas bekal dan bangun awal untuk menyiapkan bekalannya. Rupanya dia mahu berikan kepada Orange. So, sweet.

"Oh, ya kah..." Orange yang selama ini menyangka bahawa bekalan yang selalu diberikan oleh Noah kepadanya adalah dimasak oleh mamanya memandang Noah dengan terkejut dan malu-malu. Jadi maknanya, selama ini bekalan yang dia makan itu adalah hasil air tangan Noah? Okay, this is awkward. Orange dapat merasakan yang pipinya kini semakin panas, is she blushing? Dia berpura-pura makan dengan fokus tanpa memandang kearah Noah lagi. Noah memasak khas bagi dirinya? Oh, my God!

"Tak sangka, anak mama nie romantik juga. Masakkan bekal untuk teman wanitanya." Pn.Thalia mengusik, membuatkan Noah yang tadinya kelihatan tenang terbatuk kerana tersedak.

"Here is your water." Orange menghulurkan gelas kepada Noah dengan pantas, Pn.Thalia tersenyum lagi. Belum sempat dia melakukan apa-apa Orange sudah menghulurkan air kepada Noah.

Noah menyambutnya dengan malu-malu. Noah yang sentiasa tenang boleh malu-malu? Rare.

"Janganlah makan gelojoh sangat, Noah. Makan perlahan-lahan. Orange, kalau tak cukup tambah lagi tau...jangan malu-malu. Walaupun tak sesedap masakan Noah tapi masakan auntie pun boleh tahan juga." Pn.Thalia terus menerus mengusik pasangan tersebut.

"Okay, auntie..." Orange menjawab perlahan.

Setelah selesai makan bersama-sama, Orange menawarkan diri untuk membantu Pn.Thalia mengemas meja makan tapi dihalang oleh Pn.Thalia.

"Orange, awak tetamu auntie hari ini. Auntie tak benarkan Orange membuat apa-apa kerja. Awak pergilah berehat di ruang tamu dengan Noah. Sekejap lagi auntie keluar." Ujarnya sambil menolak Orange keluar dari dalam dapur. Orange yang serba salah terpaksa menurut arahan Pn.Thalia.

Noah pula sudah duduk bersantai di ruang tamu sambil matanya merenung skrin telefon bimbitnya. Dasar pemalas, sanggup dia biarkan mamanya sendirian mengemas dapur selepas makan. Orange kemudiannya perlahan-lahan duduk di sofa yang terletak di sebelah Noah. Matanya meliar memandang sekeliling ruang tamu yang besar itu. Hiasannya simple dan kemas, tidak terlalu berat pada pandangan Orange.

"What are you doing after this?" Noah bertanya tiba-tiba tetapi matanya masih pada skrin telefon bimbitnya. Orange tidak menjawab dengan sengaja. Sungguh tidak sopan kerana matanya pada telefon bimbit tapi bertanyakan soalan kepada Orange. Setelah beberapa ketika soalannya tidak di jawab, Noah mengangkat kepalanya memandang kearah Orange yang masih sibuk melihat sekelilingnya.

"Excuse me, i'm asking you..."

Ujarnya sedikit geram kerana tidak dipedulikan oleh Orange.

"Oh, awak bercakap dengan saya? Ingatkan awak tengah berbual dengan seseorang di talian." Jawab Orange sengaja. Membuatkan Noah semakin geram.

"Awak tak nampak ke saya tengah taip mesej?"

Orange mengangkat bahunya kemudian berdiri dari duduknya untuk ke satu sudut, untuk melihat frame gambar yang disangkutkan di dinding.

Noah menarik tangannya pantas, membuatkan dia terduduk di samping lelaki itu. Dia cuba untuk bangun dari duduknya kerana takut Pn.Thalia akan keluar dari dalam dapur secara tiba-tiba tetapi ditahan oleh Noah.

"Sit still and don't move. Lets watch movie together."

Noah memasang televisyen di hadapan mereka dan mencari-cari saluran kegemarannya iaitu Fox Movies.

Orange sekali lagi terpaksa akur. Dia hanya mampu menjarakkan sedikit tubuh mereka dengan meletakkan sling bag-nya di antara mereka berdua. Namun, dia tidak dapat melakukan apa-apa kepada tangan Noah yang dia letakkan di atas bahunya. Adakah ini real dan benar-benar berlaku? Orange bertanya di dalam hati. Walaupun mereka sentiasa bersama-sama ke sekolah tetapi mereka tidak pernah serapat ini. Hanya ada sekali, iaitu pada ketika 'itu'. Itu pun hanya beberapa saat sahaja atau dua kali? Oh, yang sekali lagi itu adalah hanya imaginasinya semata-mata dan tidak terjadi. Televisyen yang terpasang di hadapan mereka tidak menarik perhatian Orange, dia tidak dapat menumpukan perhatian kerana banyak perkara timbul di fikirannya tiba-tiba. Dia melirik kearah Noah disebelahnya, tenang. Noah kelihatan tenang dan bersahaja tapi kenapa dia pula terlebih-lebih gementar tidak tentu pasal?

Jantung Orange berdegup lebih kencang apabila terhidu perfume yang dipakai oleh Noah. Dia kenal dengan wangian perfume tersebut, perfume yang dia belikan tempoh hari. Orange tersenyum, gembira kerana perfume yang dia belikan dipakai oleh Noah? Dia cepat-cepat menyedarkan dirinya kembali. Wake up, Orange!

"Awak pakai shampoo apa?" Noah bertanya tiba-tiba. Membuatkan Orange secara automatik, menghidu rambutnya. Adakah rambutnya berbau busuk? Memang sebelum dia ke rumah Noah tadi dia tidak sempat membasuh rambutnya kerana terlalu tergesa-gesa tapi semalam dia ada membasuhnya. Oh, yakah ada? Orange tiba-tiba bingung sendiri. Kebetulan pula tadi pagi, mamanya memasak nasi goreng ikan masin untuk sarapan. Adakah rambutnya berbau ikan masin? Orange menarik nafas berat, menahan malu. Ini benar-benar memalukan, di mana dia mahu meletakkan mukanya? Kalau boleh dia mahu menyorok di sebalik sofa agar Noah tidak melihat mukanya yang kembali merona merah.

"It smell good." Ujar Noah separuh berbisik di telinga Orange. Orange mengetap bibirnya, berusaha untuk berlagak tenang. Hembusan nafas Noah terasa hangat di cuping telinganya.

"What happen with your face? Kenapa jadi merah seperti udang bakar?"

Kali ini wajah Noah benar-benar di hadapannya. Orange terundur ke belakang membuatkan tangan Noah tersepit di belakangnya. Wth.

"Nothing." Hanya itu jawapan Orange kemudian dia menolak kepala lelaki tersebut.

Okay, Noah memang sengaja mahu mengusik dia. Dia tahu yang sekarang dia berada di dalam rumah Noah dan dia perlu menjaga tata tertibnya tetapi Noah semakin mengada-ngada.

"Awak kelihatan sangat comel apabila malu." Ujar Noah kemudian tertawa terbahak-bahak, cukup terhibur melihat wajah Orange yang tidak keruan. Tanpa Orange sedari, tangannya mencubit lengan lelaki tersebut, oleh kerana tangannya masih di belakang Orange. Noah tidak mampu untuk berbuat apa-apa kecuali mengadoi kesakitan.

"Padan muka. Awak cuba untuk kenakan saya lagi, saya akan cubit awak berkali ganda lebih kuat." Orange memberikan amaran. Noah menari tangannya kemudian menggosok bekas cubitan Orange.

"Hei, ini tidak adil. Saya tidak melakukan sebarang sentuhan dengan awak tapi boleh pula awak cubit saya. Sakit tau..." Noah merengek seperti budak kecil. Orange tersenyum puas hati. Padan muka, lain kali kenakan lagi dirinya. Dia ingat dia tidak pandai membalas? Balasan daripada Orange lagi ganas.


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C26
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄