下載應用程式
69.69% Cinderella seorang Putera / Chapter 23: Bab 23 : Dare

章節 23: Bab 23 : Dare

Kamu yang buat hatiku bergetar,

Rasa yang telah kulupa kurasakan,

Tanpa tahu mengapa,

Yang kutahu inilah cinta.

-Judika-

Orange bersiap lambat-lambat di dalam biliknya. Kalau diikutkan hati, dia memang sudah tidak mahu keluar berjumpa dengan Noah. Namun, Selina yang melihat kereta Noah di luar halaman rumah sudah mempelawanya masuk. Bertuah betul punya budak. Dia memarahi di dalam hati. Kebetulan pula mamanya tidak ada di rumah saat ini, dia telah ke lapangan terbang untuk menjemput papanya yang baru balik dari Tokyo selepas hampir sebulan out-station. Nasib baik jugalah tapi Selina yang begitu teruja pula yang terlebih-lebih. Untuk memastikan Noah tidak berada di dalam rumah ketika mama dan papanya kembali, dia terpaksa menerima ajakan Noah.

"Awak boleh bawa kakak saya keluar tapi kena hantar dia balik sebelum 10.00pm or mama akan marah kalau dia tahu, lebih teruk lagi kalau papa yang tahu." Selina menerangkan kepada Noah panjang lebar. Oleh kerana mamanya tidak ada di rumah jadi dia sebagai adik perlu memainkan peranan. Noah hanya tersenyum mendengar kata-kata Selina. "And...don't try to do anything bad on her. Mama and papa will kill you. Confirm." serius wajahnya. Noah mengangguk faham, tidak menjawab. Don't worry saya akan menjaganya baik-baik. Dia hanya menjawab di dalam hati sahaja.

"I'm done. Lets go..." Orange yang baru turun dari biliknya mencuit bahu Noah. "Don't forget to tell mama...i'll be back before 10.00pm." Selina mengangguk sambil matanya merenung Noah kemudian memberikan isyarat, eye to eye. You better be good to my sister. Lebih kurang begitulah mesej yang Noah dapat fahami daripada isyarat tersebut.

"You need anything? My treat." Noah bertanya sebelum bangun dari duduknya. Manalah tahu, Selina akan menjadi lebih lembut kepadanya. So protective. Selina menggeleng, trying to bribe me?

"Before 10.00pm okay, Noah.Before 10.00pm." Selina mengulang lagi kata-katanya sebelum itu. Tawa Noah pecah kemudian memberikan tabik kepada Selina.

Noah mengajak Orange ke sebuah cafe yang terletak tidak berapa jauh dari taman perumahan keluarga Orange. Dia sengaja mencari tempat yang comfortable tetapi dekat agar mereka mempunyai masa yang lebih panjang untuk berbual dan meluangkan masa.

"Apahal awak ajak keluar malam-malam nie? Tiada masa lain yang lebih sesuai? I've tons of homework to do." Orange bertanya tidak berpuas hati, sudahlah tadi datang secara mengejut tanpa notis awal. Dia pula sedang berfoya-foya menonton drama kegemarannya di Netflix dan belum mandi lagi. Kononnya mahu menyelesaikan tugasan yang belum siap selepas habis satu episod. Tapi nampak gayanya dia terpaksa juga meninggalkan oppa Jinggo-nya demi Noah yang sudah masuk ke dalam rumah kerana dipelawa Selina.

"Saja...rindu nak jumpa awak." Noah menjawab tenang sambil tangannya sibuk bermain telefon bimbit. Orange yang kononnya mahu bermain tarik tali dengan Noah terdiam sejenak. Nasib baiklah mocha blended yang dia pesan belum sampai. Kalau tidak sudah pasti dia akan tersedak atau tersembur. Rindulah sangat tapi tangan tidak henti-henti bermain telefon bimbitnya. Orange mengutuk di dalam hati.

"Yalah tue rindu. Rindu dengan telefon bimbit awak tue ke? Kalau nak bermain telefon bimbit lebih baik balik rumah saja." Orange membalas. Noah mengalihkan pandangannya kepada Orange kemudian meletakkan telefon bimbitnya ke tepi meja. Matanya tajam merenung mata gadis tersebut sambil tangan kanannya menongkat dagu. Orange cuba untuk melawan renungan mata tersebut, kononnya dia tidak mempunyai apa-apa perasaan. Namun, dia tewas lagi. Dia melarikan pandangan matanya kearah lain, berpura-pura melihat waiter yang sedang mengambil pesanan di meja hujung cafe. Come on, Orange. Kenapa setiap kali dia bertentang mata dengan lelaki itu, perutnya meragam dan mukanya mulai menjadi panas? Dia memandang kembali kearah Noah selepas beberapa ketika dan lelaki itu masih merenungnya tajam. Oh, God! Apa juga yang lelaki itu renungkan? Takkanlah ada bedak yang tidak blend di mukanya? Dia tahulah tadi dia menempek bedak dengan sembarangan. Atau ada tahi mata di matanya? Orange serba salah untuk membuat sebarang tindakan.

Mahu sahaja Noah tertawa terbahak-bahak tetapi dia berusaha menahan dirinya. Melihat riak wajah Orange yang tidak keruan, dia semakin kesukaan untuk mengusik gadis tersebut. Mesti dia tengah menahan malu kerana direnung tajam olehnya. Walau bagaimanapun, dia juga sebenarnya sedang menahan diri agar mukanya tidak merona merah. Nasib baiklah, Orange melarikan pandangan matanya terlebih dahulu. Kalau tidak memang dia yang akan menjadi udang goreng saat itu dan Orange akan mentertawakannya. Apa-apa pun mata bulat gadis tersebut membuatkan dia hampir tidak mampu untuk berfikiran waras, its too captivating and tempting. Matanya berwarna coklat cair dengan bulu mata yang panjang melentik, setiap renungannya tembus hingga ke dalam hati tajam bagaikan anak panah.

"Esok awak pakai cermin mata awak tue." Noah memecahkan keheningan. Orange mengerutkan dahinya hairan. Apa pula angin dia malam ini tiba-tiba menyuruhnya untuk memakai cermin mata pula esok. Silap hari bulan, dia akan disuruh pula kembali kepada fesyen lamanya atau membiarkan rambutnya mengerbang lagi seperti kuntilanak.

"Rambut saya awak tak nak suruh biarkan mengerbang seperti sebelum ini?" Orange menjawab.

Terbayang di fikiran Noah keadaan rambut Orange sebelum ini. Panjang dan dibiarkan mengerbang-ngerbang serta menutupi separuh dari mukanya. Seram. Memikirkannya pun dia tidak sanggup apa lagi kalau berhadapan dengan keadaan itu lagi.

"Awak nak saya mati awal?"

Orange tertawa kecil. Tahu takut.

"Tak mati, pengsan pun okaylah...aman hidup saya sehingga awak sedar." Orange semakin galak mengenakan Noah.

"Cita-cita awak memang nak jadi janda saya ke?" Soalan tersebut membuatkan Orange terdiam. Kehilangan idea untuk membalas. What? Janda? Jangan nak perasan sangat boleh. Tetapi kata-kata itu tidak terluah di mulutnya.

Checkmate.

Noah tersenyum lagi, puas hati kerana sekali lagi Orange tewas dengannya.

"Noah..!"

Noah dan Orange menoleh serentak memandang siapakah gerangannya yang memanggil nama Noah.

"Hello, awak kat sini rupanya! Puas i call you but your phone tak dapat-dapat. Did you change your number?" Elisya tersenyum manis sambil menghampiri mereka.

Noah yang kelihatan agak terkejut dengan kehadiran Elisya memandang Orange dan memberikan pandangan 'i don't know she will be here".

"Sampai hati awak tak beritahu saya nombor baru awakkan..." Elisya bersuara manja sambil mencuit bahu Noah. Orange yang hanya memandang mencebik meluat. Mengadaaaaaa sangat.

"Why should i tell you? Plus i didn't change my number. I just blocked your call and text."

Orange terpaksa memandang kearah lain. Tawanya hampir-hampir terlepas. Okay, jawapan Noah benar-benar epic. Kalau dia di tempat Elisya memang dia akan berpura-pura pengsan biar ambulance angkat hantar ke emergency.

Wajah Elisya merona merah, malu. Dia tidak menyangka Noah akan menjawab soalannya sedemikian rupa.

Noah memandang kearah Orange yang juga sudah merona merah kerana menahan tawa. Kemudian membiarkan Elisya yang masih berdiri di sebelahnya.

"Awak nie...malu tau i. You just kidding, right. By the way, may i join you?" Elisya yang masih tidak berputus asa meneruskan aksi manjanya. Tanpa menunggu jawapan dari Noah dia menarik kerusi di sebelah lelaki itu.

"Saya tak kata awak boleh join kitorang pun..."

Pakkk! Satu lagi tamparan yang cukup memalukan dari Noah. Kali ini Orange melirik memandang Noah dengan muka serius, kakinya pantas menendang kaki Noah di bawah meja. Boleh tahan juga mulut lelaki tersebut kalau bab-bab memalukan orang lain. Disebalik geramnya melihat tingkah Elisya timbul juga rasa bersalah dan kesian dengan gadis tersebut. Tapi Elisya pun boleh tahan juga tahap kekebalannya dengan kata-kata Noah yang agak memalukan itu, dia masih boleh tersengih-sengih dan tidak beredar dari situ.

Noah tidak mengendahkan jelingan Orange dan juga tendangan kakinya. Dia kelihatan tenang dan tidak ambil kisah.

"Alaaa...i just want to join korang sajalah. Lagi pun awak tak contact i pun selepas tempoh hari. I miss you tau..."

Perasaan Orange yang tadi kasihan dengan Elisya kini berubah menjadi meluat kembali. Hello, awak manusia ke robot? Sudah terang-terang Noah tidak berkenan dengannya tapi masih tetap menggedik. Memang padan mukalah kalau Noah bersuara sekali saja lagi, sekali saja lagi. Orange menanti apa lagi yang Noah akan katakan.

"Excuse me!" Noah mengangkat tangannya memanggil waiter yang berada di kaunter pembayaran. "Yes, sir...may i help you?" Waiter tadi datang dengan pantas sambil matanya mengerling-ngerling memandang Elisya. Mungkin dia dapat menghidu isu panas yang sedang berlaku di situ.

"The drinks that we ordered. Just cancel it. Here." Noah memberikan sekeping wang not Rm50.00."Keep the change." ujarnya sambil memberikan isyarat kepada Orange agar bangun dari duduknya. Orange terpinga-pinga terkejut dengan tindakan Noah. What? My mocha blend! Dia mahu bersuara tapi tangannya sudah ditarik oleh Noah. Elisya yang tadinya dengan gaya gedik di tepi Noah terkebil-kebil bingung sendiri ditinggalkan. Waiter tadi juga tidak sempat untuk berkata apa-apa, dia hanya mampu mengomel sendirian kemudian berlalu kembali ke kaunter juruwang. Mungkin geram dengan sikap Noah tapi dia sepatutnya bersyukur kerana Noah tetap membayar minuman yang sudah dipesan, malahan melebihi daripada harga sebenar.

"Noah, Noah! Wait, wait!"

Elisya berlari-lari anak dengan skirt sendat dan high heels-nya mengejar di belakang. Noah tidak mempedulikannya langkahnya semakin laju dan tangannya juga semakin erat memegang pergelangan tangan Orange. Hatinya membara geram, tidak faham bahasa punya perempuan! Dia menghentikan langkahnya kemudian merenung tajam Elisya yang terpaksa menghentikan langkahnya apabila melihat renungan tajam Noah dalam samar-samar lampu jalan di luar cafe.

"Awak memang tak tahu malu atau memang sudah biasa dimalukan?"

Orange terlopong memandang Noah. Boleh tahan. Kalau dalam drama biasanya si lelaki akan tetap melayan si perempuan gatal walaupun ada girlfriend di sebelah. Kemudian si girlfriend akan makan hati kerana terpaksa menahan marah dan geram yang tidak difahami oleh si lelaki. Lepas itu, mereka akan bergaduh dan si lelaki akan memarahi si girlfriend kerana hingga keakhirnya tidak faham kenapa si girlfriend marah dan merajuk. Drama sangat.

Walau bagaimanapun, lain pula kisahnya dengan Noah. Elisya saja yang tahan tukul kerana masih terhegeh-hegeh menolak muka gediknya dengan harapan Noah akan melayan kerenahnya.

"I...tak bawa kereta. Mama yang drop i tadi kat sini sebab i saw you from outside. I thought you akan hantar i balik."

Menyirap darah Orange mendengarnya. She is incredible. Masih tidak berputus asa untuk mencuba dan mencuba lagi. Orange memandang Elisya kemudian memandang Noah di sampingnya. Now, what? Adakah Noah cair dengan kesungguhan Elisya?

"Do you have your phone?" Noah bertanya masih dengan nada seriusnya. Elisya mengangguk perlahan sambil mengeluarkan telefon bimbit dari sling bag-nya.

"Good. You can call your mama or grab or whoever in your contact-list. Except me. Because i'm busy and no matter how many times you try to call me, i won't pick it up. As you know, i've blocked your number." Noah mengakhiri kata-katanya dengan senyuman sinis kemudian meneruskan langkahnya ke kereta.

"Noah..!"

Elisya memanggil lagi tidak berpuas hati tapi tidak dipedulikan oleh Noah. Dia membiarkan gadis tersebut mengamuk dengan menghentak-hentakkan kakinya ke tanah. Elisya yang sudah berada di dalam kereta hanya memerhatikannya, dia risau sahaja tumit kasut Elisya akan patah dan itu menambahkan tahap malu yang sedang dihadapi olehnya. Tanpa menunggu apa-apa Noah menekan minyak keretanya dan berlalu meninggalkan kawasan cafe tersebut. Damn, merosakkan mood betul. Dia memarahi dalam hati. Entah, bagaimana perempuan itu tahu yang dia dan Orange berada di cafe tersebut. Silap dia juga kerana memberikan ruang untuk Elisya menaruh harapan kepadanya untuk kembali bersama. Namun, jika difikirkan kembali. Dia sudah menjelaskan hal sebenar kepada Elisya tempoh hari.

Orange melirik memandang wajah Noah dalam kegelapan malam, serius. Dia tidak berani untuk bersuara selepas apa yang telah berlaku sebentar tadi. The devil mengamuk. Dia tertawa di dalam hati dan sebenarnya dia berpuas hati kerana Elisya ditolak dan gediknya tidak dilayan oleh Noah. Dia benar-benar sukakan saya ke? Persoalan tersebut timbul di fikirannya.

"Sorry, sebab hal tadi. I promise it won't happen again." Noah meminta maaf sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Secara automatik Orange menggeleng tapi tidak bersuara.

"I'll treat you at starbuck sajalah tapi jauh sedikit dari sini."

Orange mengangguk. Eh, apahal dia pula yang kecut? Suaranya seakan tidak mahu keluar dari kerongkongnya.

"Don't worry, saya tidak akan memandang perempuan lain kecuali awak."

Orange mengetap bibirnya. Come on, Orange. Say something!

"Kenapa pula? I'm not your..."

Tidak sempat Orange menghabiskan kata-katanya, Noah sudah menekan brek kereta dengan mendadak. Nasib baiklah Orange memasang tali pinggang keledar. Kalau tidak dia pasti sudah terbuang ke hadapan. Pantas Orange menoleh ke belakang, line clear. Tiada kereta.

"Hei, awak sudah kenapa tekan brek mati tiba-tiba?" Orange memarahi. Dia menampar lengan Noah kuat kerana marah. Dia mengurut dadanya kemudian menghela nafas lega.

Noah tidak menjawab apa-apa, dia menghentikan keretanya ke tebing jalan raya kemudian memasang lampu kecemasan agar pemandu lain boleh melihatnya.

Dia memandang Orange yang masih tidak henti-henti mengomel di sebelahnya.

Cup.

Dia mengucup bibir Orange dengan pantas. Orange yang tadinya mengomel tidak henti-henti automatik terdiam. Tubuhnya kaku, otaknya beku seketika.

"Kalau awak masih nak kata yang awak bukan my girlfriend, saya akan cium awak lagi." Kata-kata Noah itu membuatkan Orange automatik memekup mulutnya dengan tangannya. Jantungnya seperti mahu terkeluar kerana berdegup terlalu kencang. Apa yang telah berlaku seperti tadi? Ianya berlaku begitu pantas. Sehingga susah baginya untuk memastikan perkara tersebut benar-benar berlaku atau hanya khayalan semata-mata.

"So, you're now officially 'mine'. No one can touch you, except me." Orange masih kaku di tempatnya tidak bergerak walau seinci. Kata-kata Noah seakan angin yang bertiup melintasinya. He kiss me? Noah kiss me? The devil kiss me? My first kiss? Ciuman pertama saya adalah milik Noah? Noah? Orange memandang Noah yang turut masih merenungnya.

"You! What did you do??" Orange menjerit kurang percaya sambil tangannya laju menampar-nampar bahu Noah. Dia tidak dapat menahan perasaan geramnya yang membuak-buak. Suka hati sahaja meragut ciuman pertamanya. Noah cuba mengelak daripada terus menerus ditampar-tampar oleh Orange sambil tertawa terbahak-bahak. Lucu kerana tindakan refleks Orange yang agak terlewat itu.

"Okay, stop-stop or you want me to..." Belum habis kata-kata Noah, Orange sudah menutup mulutnya dengan telapak tangannya.

"Don't you dare! I will tell my papa. Wait and see." Orange mengugut. Noah mengangkat keningnya tanpa rasa takut.

"Paling-paling pun your papa akan suruh saya mengahwini awak saja. No big deal. Lagi cepat lagi baik..."

Pakk!

Orange menampar lengan Noah dengan lebih kuat. Pedih. Noah mengusap-ngusap lengannya itu. Boleh tahan juga sakitnya tapi dia tidak mempunyai sedikit pun rasa marah. Malah dia semakin terhibur dan puas hati kerana berjaya lagi mengusik Orange.

"You do it once again, i will kick you! Real hard!"

Orange mengugut lagi. Walaupun dia tahu ugutannya itu tidak akan memberikan sebarang kesan langsung kepada Noah.

"Okay, my sweetheart awak nak ke starbuck lagi?" Noah bertanya apabila sudah puas tertawa. Orange menggeleng pantas.

"I'm not your sweetheart and no, i don't want. Sekarang hantar saya balik ke rumah." Noah mengangkat keningnya kemudian mendekatkan tubuhnya kearah Orange. Orange yang sedar akan kesilapannya cepat-cepat menutup mulutnya kembali dengan telapak tangannya.

"What did you say?" Noah bertanya licik. Orange menggeleng laju.

"I said, hantar saya balik ke rumah. Thats all." Ikutkan hati, mahu sahaja dia berjalan kaki balik ke rumah tapi memandangkan keadaan jalan raya yang agak sunyi dan gelap terpaksa dia batalkan niat.

"Okay, sweetheart." Noah menjawab dengan senyuman nakalnya. Orange dapat merasakan mukanya sudah merah padam menahan malu. Peluhnya juga sudah mulai mengalir kerana terlalu malu, pendingin hawa yang tertumpu kepadanya tidak memberikan sebarang kesan. Dia mahu sampai ke rumah dengan cepat dan tidur. Semoga bila dia bangun nanti, dia hilang ingatan dan tidak ingat apa-apa lagi.


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C23
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄