下載應用程式
36.36% Cinderella seorang Putera / Chapter 12: Bab 12 : The Sprout

章節 12: Bab 12 : The Sprout

Hanya Rindu by Andmesh berkumandang di corong telinga Orange. Rindu dengan siapa? Dia tersenyum sendiri, bukan siapa-siapa atau lebih tepat lagi. Tiada siapa-siapa. Orange menghela nafas sedih. Sedih mengenangkan nasib dirinya yang seakan tidak mempunyai masa depan yang pasti. Wajah Noah terbayang di fikirannya tiba-tiba dan terlintas kembali persoalannya kepada lelaki itu beberapa hari lalu, awak suka saya ke? Orange memejamkan matanya, telinganya terasa panas tiba-tiba. Dasar perempuan tak tahu malu, boleh pula tanya soalan sedemikian dengan yakinnya. Awak rasa awak layak ke nak tanya soalan sedemikian Orange? You are none other than some weirdo that minggles around Noah. Orange menggeleng perlahan, hari demi hari semakin menjadi-jadi pula sikapnya, kan lagi baik kalau dia kekal seperti dahulu. Hidup aman dan damai tanpa mempedulikan hal sekeliling atau orang sekelilingnya.

Namun, bila difikirkan kembali. Noah bukanlah teruk sangat bila dia semakin rapat dengan lelaki itu. Mungkin dulu, sewaktu awal perkenalan lelaki itu agak kasar dan tidak berhati perut tetapi bila difikirkan kembali, lelaki itulah yang membawa keyakinan dirinya sedikit demi sedikit untuk bergaul dengan orang lain. Walaupun sekarang dia bukanlah mempunyai ramai sangat rakan namun, lebih baik dari sebelumnya. Orange menghela nafas panjang dia juga kini selangkah lebih rapat dengan Caleb, lelaki idamannya itu. Dia tidak tahu bagaimana tetapi hubungannya dengan Noah seakan membuatkannya lebih dekat dengan Caleb sehari demi sehari. Satu perkara yang dia tidak fahami adalah hubungan yang agak rumit diantara Noah dan Caleb. Seakan terdapat satu batu besar yang menjadi penghalang dan menghimpit mereka berdua. Apakah yang terjadi sebenarnya diantara dua jejaka tersebut?

Dalam diam tanpa Orange sedari, kehadirannya membawa satu lembaran baru dalam hidup dua jejaka tersebut.

********

Caleb merenung pantulan dirinya di hadapan cermin, lebam di pipi kirinya masih kebiruan. Terbayang wajah bengis Noah ketika memandangnya yang sedang terjelopok menyembah bumi, bagaimana tubuh lelaki itu menggigil menahan diri untuk membelasahnya lebih teruk. Dia menghela nafas berat, selepas beberapa tahun berlalu Noah masih belum pernah mahu bersua dengannya dan mendengar penjelasan darinya. Jangankan mahu berhenti sejenak memberinya waktu untuk berbicara, Memandangnya juga tidak pernah. Caleb tahu yang Noah kecewa dan sedih kehilangan Leon tetapi bukankah yang masih hidup ini perlu meneruskan hidup?

Kemudian, fikirannya beralih pula kepada Orange, gadis yang selama ini menarik perhatiannya. Bukan kerana penampilannya sudah berubah sedikit tetapi kerana gadis itu sudah mencuri perhatiannya sejak pertama kali mereka bertemu. Perwatakan gadis tersebut yang cukup berbeza dengan gadis-gadis lain membuatkannya mahu mengenali gadis tersebut dengan lebih rapat. Namun, setiap kali dia mahu memberanikan dirinya untuk mendekati Orange, ada sahaja halangan. Kalau bukan Corina muncul tiba-tiba, mesti ada hal lain yang akan berlaku. Tambahan lagi, Orange seakan tidak menyedari kewujudan dirinya. Bagaimana kalau dia mendekati gadis tersebut dan dia di sambut hambar atau langsung tidak di layan.

Pertembungan pertama pagi itu, ketika Orange hampir jatuh terlanggar dirinya cukup membuatkan dirinya gembira dan gadis itu membalas senyumannya (atau itu hanya khayalannya semata-mata). Kemudian dia juga yang menghantar Orange ke bilik sakit ketika lututnya tercedera dan saat itu dia sungguh bahagia kerana dapat merenung wajah gadis tersebut. Bagaimana manisnya senyumannya walaupun Pn.Melissa membebel tanpa henti. Caleb tersenyum sendiri, sedikit lupa tentang sakit di pipinya. Perkara yang dia tidak sangka adalah Noah. Adakah lelaki itu memang benar mempunyai hubungan dengan Orange? Dia seakan tidak percaya dengan khabar angin yang tersebar walaupun dia sendiri melihat posting ig Noah bersama dengan Orange. Sehinggalah hari ini, lelaki itu menumbuk dirinya dan hampir membelasahnya jika tidak di halang oleh Orange. Adakah tumbukan itu untuk kisah lama mereka atau untuk Orange?

Namun demikian, dirinya masih sukar untuk menerima kenyataan. Dia tidak percaya yang Orange boleh bercinta dengan Noah kerana selama mereka memulakan pengajian di Pra-U tidak pernah sekalipun dia melihat Noah mendekati Orange, kalau Orange yang memulakan langkah memang jauh sekali. Dia tahu gadis itu jenis yang suka menyendiri dan tidak mempunyai ramai kawan kecuali Corina, sepupunya.

Apa-apa pun dia tidak akan pernah menyerah kalah. Selagi belum ada apa-apa hubungan yang sah dia masih mempunyai harapan untuk mendekati Orange juga. Kisah lalu dengan Noah?

Past is past.

********

Pagi itu, Noah bangun awal daripada biasa. Tanpa menunggu mamanya datang untuk mengejutkannya dia sudah siap mandi dan berpakaian kemas. Seperti biasa, dia memilih pakaiannya dengan penuh hati-hati supaya tidak dikategorikan sebagai 'fashion terrorist'. Boleh dikatakan yang dia mempunyai sense of fashion yang agak fashionista mengalahkan model terkenal. Nasib sahaja, dia bersekolah di sekolah kerajaan maka dia perlu berfesyen dengan agak sederhana dan tidak keterlaluan seperti seorang model yang bersiap sedia untuk berjalan di pentas peragaan. Cukup dengan kemeja navy green berlengan panjang tetapi tangannya dilipat sehingga ke siku yang di tuck-in kemas dan slack straight cut berwarna hitam serta kasut converse, di pergelangan tangannya jam rolex berwarna hitam dan rambut blondenya di sikat kemas, subang berwarna hitam kemas terpasang di telinganya. Walaupun sudah berkali-kali dia ditegur oleh En.Claude tetapi dia tidak mempedulikannya, bagi dia subang tersebut tidak mengganggu pelajar lain dengan mendatangkan sebarang kecederaan. Namun, apabila ditegur Noah hanya akan tersengih dan mengangguk seakan akur dan insaf tetapi keesokan harinya dia melakukan perkara yang sama. Teenagers.

"Mama, got to go..."

Dia mengucup manja pipi mamanya yang sedang sibuk menyiapkan sarapan di dapur.

"Eh, why so early today?"

Pn.Thalia bertanya hairan melihat anak mudanya itu siap awal hari ini. Selalunya, dia terpaksa berulang kali mengetuk pintu biliknya atau terpaksa menggunakan volume tahap maksima untuk memanggil namanya.

Noah hanya tersengih sambil mengenyitkan matanya.

"Takkan mama nak Noah bangun lewat dan bertolak lewat seperti hari-hari biasa? Sometime, changing our routine is better. Don't you agree mama?" Noah bertanya sambil mencapai sekeping bread di hadapannya. Pn.Thalia tersenyum sambil menghela nafas berat, ada gembira tapi juga ada sangsi. Semoga perubahan itu berkekalan.

"Nope. But mama just curious. My son never be so early like today. Something good will happen my son?"

Noah tersengih, membiarkan persoalan Pn.Thalia tidak berjawab.

Awak suka saya ke? Persoalan Orange beberapa hari lalu kembali bertandang di mindanya. Selama dua hari cuti hujung minggu, soalan spontan tersebut sering mengganggu fikirannya.

Do i fall in love with her? Mustahil. But why not? Sebab dia weirdo, nothing special about her that could make him fall in love. Is it? Yes, it is. What about her naiveness, don't you like it? Yupp. So? Stop asking nonsensed question. Noah bermonolog di dalam hati.

********

Sesekali Orange melirik memandang Noah yang sedang serius memandu. Lelaki tersebut seakan berada di dimensi yang lain, tidak bersuara walau sepatah pun sejak dia masuk ke dalam kereta. Orange sengaja berdehem beberapa kali, dengan harapan Noah akan memandangnya atau menyakatnya atau akan menegurnya dengan "what? Got problem?" atau membebel tentang apa yang dia boleh lakukan dan tidak boleh lakukan di sekolah nanti. Janggal pula rasanya bila lelaki itu diam seribu bahasa, perlukah dia memulakan bicara? Manalah tahu, Noah ada masalah tapi sejak bila pula dia hebat sangat menyelesaikan masalah. Sedangkan berinteraksi dengan dunia luar juga tidak pernah, cuma sejak menjadi 'maid' Noah dia mula mengenal realiti hidup yang sebenar.

"Ehemmmm !" Kali ini Orange berdehem lebih kuat dari yang sebelumnya sambil dia mengurut-ngurut tekaknya, mungkin kerana terlalu excited untuk berdehem tidak pasal-pasal dia hampir tercekik air liur sendiri. Stupid. Orange memarahi di dalam hati.

"What happen with your throat? Dari tadi tak henti-henti berdehem." Noah bertanya tanpa menoleh kearah Orange. Orange tersengih, perasan rupanya. Dia sekadar menggeleng perlahan, terubat rindu mendengar suaranya. What? Rindu? Nonsense. Meremang bulu romanya sendiri memikirkan perkara tersebut.

"I love your blouse today, look good on you."

Orange menoleh pantas memandang Noah, dia terlopong tidak percaya dengan pujian yang baru dia dengar. Adakah lelaki yang memandu di sebelahnya hari ini benar-benar Noah atau adakah dia mempunyai kembar seiras? Kembar yang mempunyai perwatakan berbeza darinya sebab Noah yang bersama dengan dia hari ini sungguh berbeza. Sudahlah datang awal untuk menjemputnya, tidak becok menyakat dirinya dan yang lagi penting tiba-tiba memuji pakaiannya.

Sedar dengan reaksi Orange, Noah pantas menggaru kepalanya yang tidak gatal. Salahkah apa yang dia katakan? Dia melirik sekilas memandang gadis tersebut dan secara kebetulan matanya bertentang pula dengan mata gadis itu.

No glasses like before.

Ini memperlihatkan mata coklat cair secara natural Orange lebih menonjol. Damn. Jantung Noah seakan luruh. Satu perasaan yang tidak pernah dia rasakan seakan menguasai dirinya. Perasaan yang sukar untuk dia ungkapkan dan jelaskan dengan kata-kata. What is this? Dia keliru sendiri.

"What happen with you, weirdo? Awak menakutkan saya dengan pandangan tajam awak tue. And where is your glasses? Angin apa yang melanda awak hari ini, datang sekolah tanpa glasses."

Noah bertanya kasar, cuba untuk mengawal degupan jantungnya yang semakin laju seperti baru sahaja selesai berlari 100m. Damn on you, heartbeat. Telinganya juga panas, dia pasti telinganya sudah merona merah entah kenapa. What happen with you today Noah?

Orange tersengih kemudian menggeleng pantas dan memalingkan kepalanya melihat ke luar tingkap. He is blushing. OMG, ini adalah kali pertama dia melihat reaksi itu dari Noah (atau lebih tepat, dari seseorang). Dia tidak dapat menahan dirinya daripada terus tersenyum. This is awkward. Oh, my dear heart...what is this feeling? Looking at him, blushing make her happy. Orange tidak berani untuk menoleh memandang Noah, dia takut mata mereka bertentangan lagi dan takut lelaki itu melihat reaksi excitednya. Nanti tidak pasal-pasal dia dimalukan seperti biasa.

Noah pula melirik lagi dan kali ini tanpa dia sedari dia mengukir senyum. Senyuman yang dia sendiri tidak dapat tafsirkan maksudnya. Hari-hari seterusnya mungkin bakal menjadi hari yang lebih indah, siapa tahukan.


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C12
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄