下載應用程式
12.12% Cinderella seorang Putera / Chapter 4: Bab 4 : Maid

章節 4: Bab 4 : Maid

Mentari pagi sudah kelihatan di ufuk timur. Sinarannya menerobos masuk dari celah jendela kaca bilik Orange. Gadis itu pula masih kelihatan tidak berganjak dari tidurnya. Sudah beberapa kali Selina mengetuk pintu bilik tetapi dia abaikan. Matanya masih terpejam rapat dan selimutnya masih gah menutupi tubuhnya. Dingin pendingin hawa biliknya memberikan keselesaan tahap maksimum untuknya meneruskan tidur.

"Darling, its 7.00am. You said that you'll have history's presentation today. You shouldn't be late on your important day. Wake up and get ready. Mama will drive Selina to school. You have enough time to get ready without rushing." Kedengaran suara Pn.Amily di luar bilik. Namun, Orange masih kekal dengan tidurnya.

"Drive safe,mama..." Dia menggumam malas.

Bukan dia tidak mahu bersiap ke sekolah tetapi peristiwa kelmarin membuatkan tulang-temulangnya rapuh untuk bergerak. Wajah Noah masih jelas di ingatannya. Senyuman sinis lelaki itu dan juga kata-kata sinis yang merobek hatinya.

Kenapalah malam tak kekal gelap hingga selamanya? Orange merungut sendiri di dalam hati. Perlahan dan tanpa semangat dia bingkas bangun dari tidurnya. Dia perlu berbincang dengan Noah. Dia tidak tahu apa yang lelaki itu akan buat hari ini. Manalah tahu, dia akan membocorkan rahsia besarnya kepada Caleb. Oh, Caleb! Orange menghela nafas dalam-dalam.

****

"Orange, awak datang lewat hari ini. Why?" Corina menegurnya separuh berbisik apabila dia tiba di dalam kelas. Orange hanya menggeleng perlahan sambil tersenyum kelat.

"Cikgu mana?" Orange mengalihkan topik.

"Got work to do."

Orange mengangguk, puas hati dengan jawapan Corina.

Fikirannya ligat berfikir, apa yang dia perlu lakukan supaya dapat bertemu dengan Noah. Patutkah dia datang sendiri di kelas Noah atau menghantar surat layang kepada Noah atau...

Orange bingung sendiri. Ini bukanlah di dalam bidang kepakarannya. Dia tidak pernah berhadapan dengan perkara yang perlu membuatkan dia bertindak sendiri atau bersemuka dengan orang asing.

"Cor, i need your help." Orange bersuara tiba-tiba.

Corina mengangguk tanpa memandang ke arah sepupunya itu. Tangannya masih sibuk dengan telefon bimbitnya. Orange menanti sehingga gadis itu memandangnya tapi hampa. Dia menarik nafas dalam-dalam.

"Takpelah, Cor...got to go." Selesai dengan kata-katanya dia bingkas bangun dan berlalu keluar dari dalam kelas.

"Orange! Orange!" Corina memanggil tapi tidak dipedulikan oleh Orange.

****

Orange mengintai kelibat Noah dari balik pokok bunga di luar kelas lelaki itu. Kelihatan seperti tidak ada guru di dalamnya. Mungkin semua guru sedang bermesyuarat, fikir Orange. Dia berfikir lagi, bagaimana caranya dia mahu memanggil lelaki itu keluar dan bersemuka dengannya. Dia kemudiannya tersenyum sendiri, mendapat idea yang baginya cukup-cukup bernas sekali.

Tok,tok,tok.

Semua mata memandang ke arah pintu kelas. Kemudian...

"Opocot, mak kau hijau!" Delisa, ketua kelas 6 atas UMS terlompat daripada kerusinya. Terkejut melihat seorang gadis dengan rambut panjang mengurai menutupi wajahnya. Ala-ala hantu ju-on dalam movie seram Korea.

Berderai tawa ahli kelas yang lain apabila melihat gelagat Delisa tersebut. Walaupun sebenarnya mereka juga terkejut beruk.

"Dahhhhh, siapa pula yang kena sampuk nie? Awal pagi dah buat saya terkejut beruk?" Delisa bersuara marah.

Orange menggigit hujung bibirnya, tapak tangannya sudah berpeluh-peluh. Boleh pengsan dia rasanya untuk meneruskan rancangannya.

"Ma...maaf, saya mahu ber...jumpa de...dengan No...ah." Sayup-sayup kedengaran suara lembut dan perlahan Orange.

"Hoi, cakap biar macam manusia sikit! Dah lah rambut mengerbang macam kuntilanak, suara sayup-sayup. Serammmm doh!" Delisa memegang tengkuknya. Seriously, that girl scare her.

"Ma...maaf. Saya nak ju...jumpa Noah." Kali ini suara Orange kuat sedikit berbanding yang sebelumnya. Delisa mengangkat keningnya kemudian memandang Noah yang duduk di barisan belakang. Seperti biasa, lelaki itu dengan dunianya sendiri. Telinganya disumbat dengan earphone, pandangannya jauh ke luar kelas. Jelas sekali tidak sedar dengan keharu-biruan kelas sebentar tadi.

Xavier yang duduk di sebelah Noah, seakan faham apabila pandangannya bertembung dengan pandangan Delisa.

"Hei, someone looking for you." Ujar Xavier sambil menyiku lengan sahabatnya itu.

Noah melirik kearah Xavier lalu memandang ke arah pintu. Dup! Dia mengurut dadanya sedikit terkejut kemudian memandang Xavier kembali.

"Saya rasa itu budak pelik dari kelas 6 A UM." Xavier seakan faham dengan maksud pandangan Noah.

Noah terdiam sejenak kemudian satu senyuman nakal terukir di bibirnya.

****

"So, awak nak apa nak jumpa dengan saya?" Noah bertanya tenang sambil menyandarkan tubuhnya di bangku patio.

Orange yang dari tadi diam membisu tidak menjawab. Noah melirik sekilas, kemudian memegang dadanya kembali.

"For God sake. Please, betulkan rambut awak tue boleh? Boleh sakit jantung orang dibuatnya tahu. I don't want to die young."

Orange masih diam.

Suasana kembali tenang dengan hanya hembusan angin sahaja yang kedengaran.

"I'm going back to class. Buang masa saya sahaja awak nie." kata Noah sambil berdiri dari duduknya.

"Stop. No. We need to talk. About what happened yesterday." Orange menahan Noah tanpa melihat ke arahnya.

Noah menggaru kepalanya yang tidak gatal kemudian duduk kembali.

"Now, talk." Dia memberikan arahan.

Orange menguis-nguis tanah dengan kasutnya. Cuba mencari kata-kata yang sesuai untuk ditanyakan kepada Noah. Peluh sejuknya mengalir di dahinya. Talk, Orange! Talk. Awak tak akan mati pun kalau bercakap dengan dia. Kelmarin okay sahaja pun. Masih bernafas sehingga kini. Orange memarahi dirinya sendiri.

"Actualy, saya nak cakap hal kelmarin." Ujar Orange kemudian kembali senyap. Noah melirik geram.

"Dan awak sudah mengulang kata-kata tersebut dua kali dalam dwi-bahasa. I don't think you should repeat it again in another language. I just understand BM and BI. Thanks."

Gulp.

Orange menelan air liurnya, pahit. Malu sendiri dengan dirinya.

"Tentang hal yang awak baca dalam diari saya." Orange diam lagi. Mencari sisa kudratnya yang tinggal.

Noah pula tidak memberikan sebarang reaksi. Hanya diam membisu menanti kata-kata Orange yang seterusnya.

"Please. Jangan bagi tahu orang lain, saya merayu."  Orange menyambung kembali kata-katanya. Kali ini dia sedikit lega kerana sudah berjaya meluahkan apa yang dia mahu katakan.

Noah tertawa kecil mendengar kata-kata Orange.

"Itu sahaja?" dia bertanya sambil memandang gadis tersebut. Kali ini sudah tidak terkejut kerana Orange sudah membetulkan rambutnya, walaupun masih menutupi separuh wajahnya.

Orange mengangguk perlahan. Dia nak apa lagi? Itu sahajalah. Bukannya saya yang bersalah. Sepatutnya dia yang mempunyai hutang dengannya kerana telah mencerobohi ruang privasi saya. Orange memarahi dalam hati.

"Okay, considered done. So, adios!" Noah kemudiannya berdiri dari duduknya tanpa memberikan sebarang ketetapan yang jelas.

Orange mengerutkan dahinya tidak berpuas hati. Itu sahaja? Selepas sesusah itu dia cuba untuk mengumpul kekuatan bersemuka dengan lelaki itu dan meluahkan kerisauannya.

"Itu sahaja? Bagaimana pula nanti kalau awak akan bocorkan hal tersebut kepada orang lain?" kali ini kata-katanya lancar terkeluar dari mulutnya. Sekali lagi Noah terhenti tetapi tidak memandang gadis tersebut.

"Sekurang-kurangnya awak bagilah kepastian yang jelas apa akibatnya kalau awak membocorkan rahsia saya." Orange menambah lagi membuatkan Noah tersengih kemudian berpaling ke arah Orange.

"Tahniah, awak nampaknya sudah semakin maju ke hadapan dan tidak lagi membisu sahaja." ujar Noah sambil bertepuk tangan. Senyumannya jelas sekali mentertawakan Orange.

Orange terdiam. Kehilangan kata-kata untuk menyambung kembali kemarahannya.

"Saya boleh berjanji tak akan dedahkan rahsia awak kepada siapa-siapa and you can count my word on me dengan satu syarat." Kata-kata Noah terhenti lagi sambil matanya tajam memandang gadis tersebut.

"What?" Orange bertanya mahu tidak mahu. Baginya yang penting rahsia itu kekal dan dilupakan dia sanggup melakukan apa sahaja. Ulang suara, apa-apa sahaja. Termasuk nyawanya. Sampai begitu sekali rahsia itu perlu disimpan rapi.

"Be my maid forever."

Orange terlopong.

"Okay, deal." Tanpa dia sedari akan kesan dan risiko serta masa depannya dia bersetuju dengan lelaki itu. Noah tersenyum puas hati kemudian melangkah pergi meninggalkan Orange yang masih terpinga-pinga.


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C4
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄