下載應用程式
50% Pengakhiran Cinta / Chapter 4: langit dan bumi

章節 4: langit dan bumi

Adam berkira-kira sama ada mahu menanyakan soalan ataupun tidak tetapi intan lebih dulu memecah kebisuan antara mereka

'Tunggu siapa?' Tersentak adam dengan pertanyaan yang terpacul dari mulut mungil gadis dihadapannya itu. Adam tidak mahu menunjukkan sanggat bahawa dia teruja dengan keterbukaan gadis tersebut lalu dia mengambil keputusan cuma memandang gadis itu lama tanpa menjawab pertanyaannya. Bertaut kening intan dibuatnya, salah ke pertanyaan aku tadi? tak boleh ke dia mahu beramah mesra? intan bermonolog sendirian. Adam yang sedari tadi cuma diam lalu menjawab pertanyaan gadis itu 'kalau saya cakap yang saya tunggu awak, awak percaya tak?' kata adam lalu kertawa.

Intan yang mendengar kenyataan jejaka itu terkedu sebentar dan hati kecil dia mengharapkan apa yang diperkatakan oleh jejaka itu benar belaka. 'Gatal eh kau intan, kau kenal pun tidak tambahan pula kau dengan dia macam langit dengan bumi' kata hati kecil intan lagi. Intan kembali menstabilkan dirinya dan baru sahaja dia ingin membalas jenaka lelaki itu ada satu suara lantang yang memanggil namanya.

'Intan! Lysha yang baru sahaja menapak keluar dari examination hall terus memanggil rakan karibnya itu. Dia amat pantang sekali jika ternampak mana-mana lelaki yang ingin cuba mendekati rakannya itu kerana dia sedari yang pandangan lelaki itu terhadapa intan lain sekali. 'Intan ni pun satulah, aku dah pesan awal-awal dah jangan cepat ramah sanggat dengan orang yang tak kenal. Lysha memarahi intan dalam hati sambil mencemberut kan wajahnya.

Intan yang terpandangkan perubahan riak wajah sahabatnya itu sudah tersengih, 'habislah aku kena berleter kejap lagi' adam yang mendengarkan ayatnya itu hanya mampu ketawa. Intan dengan segan silu bangkit dari kerusi dan ingin segera beredar mendapatkan sahabatnya. Dia sempat berkata 'saya parmit dulu ye' dan terus belari ke arah lysha tanpa menunggu jawapan daripada jejaka itu.

Sebelum mereka balik ke bilik, mereka berdua singgah di kafeteria dahulu untuk mengisi perut. Jam sudah menunjukkan angka dua belas tengahari jadi mereka berdua harus segera mendapatkan makanan dan tempat duduk kerana waktu-waktu begini ramai student yang akan datang untuk mengisi perut. Ikan goreng, sayur kangkung belacan dan sedikit kuah asam perdas menjadi pilihan intan manakala lysha memilih nasi putih bersama ayam masak kicap. Lysha bukan seorang yang cerewet tentang makanan walaupun dia datang dari kalangan orang yang berada tetapi dia tidak boleh makan makanan yang pedas. Usai sahaja bersesak mendapatkan juadah dan ingin bayar, intan terkejut yang makcik maznah tidak mahu menerima duitnya 'makanan intan dengan kawan intan dah ada orang bayar' runsing intan seketika. 'Makcik maznah ni janganlah, makcik ni saja je kan. Makcik kan berniaga' intan berkeras ingin bayar jugak.

Intan sudah lama kenal dengan makcik maznah dari mula dia menjejakkan kakinya ke UiTM ini kerana dia pernah bekerja sambilan cuci pinggan di kafeteria maznah semasa dia di sem satu. Dia bekerja selama dua penggal dan berhenti kerana dia kini aktif dengan tiga persatuan. Makcik maznah tanpa ralat membenarkan intan berhenti tetapi tidak pada intan kerana dia hilang punca duit poket untuk menyara hidupnya di kampus itu. Intan memasuki persatuan kerana di asak oleh lysha kerana pada fikirannya intan ingin sentiasa busy kan diri kerana sering kali intan ingin ke kafeteria makcik maznah dia akan beralasan untuk study di perpustakaan.

Awalnya lysha tidak mahu ambil peduli kerana dia seseorang yang tidak suka campur urusan hidup orang lain tapi saban hari dia semakin rapat dengan intan dia mula rasa terkilan kerana intan lebih gemar study sendiri daripada belajar bersama. Satu hari lysha nekad ingin pura-pura terjumpa intan di perpustakaan tetapi setiap perlusuk perpustakaan itu di terokainya tapi batang hidung intan lansung tidak jumpa. Lysha yang tidak puas hati tergerak ingin ke kafeteria maznah kerana dia sedari yang intan akrab sekali dengan makcik itu, jadi dia berangapan bahawa intan berada disitu.

Benar tekaanya apabila dia terpandangkan susuk tubuh intan dari belakang. Serta merta bertaut kening lysha kerana terpandangkan keadaan intan ketika itu. Baju yang dipakainya amat lusuh bersama glove di kedua belah tangan dan but lain sekali dari penampilan ketika keluar bilik tadi. Lysha cuma memehatikan sahaja tindak tanduk sahabatnya itu, luluh hatinya terpandangan keadaan intan. Dia segera beredar menuju ke bilik sambil mengesat air mata yang jatuh kerana tersentuh melihat keadaan sahabatnya itu. Patutlah dia seringkali melihat intan belajar tiap waktu fajar dan seringkali itu juga jika dia terpandangkan rakannya itu dia akan memerli tetapi intan hanya membalas dengan senyuman manis.


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C4
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄