下載應用程式
10% Siapa aku di hatimu / Chapter 2: Perjumpaan

章節 2: Perjumpaan

Tepat pukul 3 , aku, abang dan nenek tiba di perkarangan KLIA. Mataku melilau mencari susuk wajah dan badan yang aku kenali. Dari jauh,aku ternampak beberapa lambaian tangan kearah kami yg sibuk mencari mereka. Kakiku terus menuju melangkah kearah lambaian itu. Mereka tersenyum memandang arahku. Aku juga turut tersenyum dengan telatahku sendiri. Bahuku di rangkul tiba-tiba. Aku menoleh. Rupanya kawan baikku, Fiffy.

" asal kau lambat, beb?" muka Fiffy seakan mahu memarahi aku.

" maaf la. Aku terlajak bangun." tanganku menepuk atas tangannya yang masih merangkul bahuku.

" You can't believe what happen." Fiffy menyambung.

" what's that? " aku menoleh dalam ke matanya. Menanti jawapan.

Belum sempat Fiffy dapat menyambungkan ceritanya, Fiffy terus menarik muka ku kearah sesuatu tempat. Dari jauh ke ternampak kelibat seorang lelaki yang amat aku minati dan sanjungi.Haziq Syazwan. Dia merupakan salah seorang senior dari sekolah kami dan juga kawan baik abangku. Ketika dia sampai menghampiri kumpulan kami, dia menuju terus kearah abang yg sedang kusyuk menghadap hanfone. Dia menepuk bahu kiri abangku dan abangku terus menoleh kearahnya kembali. Mereka tersenyum sambil membalas salam. Sudah hampir setahun, mereka tidak berjumpa. Kalau dulu, Haziq selalu je datang bertandang ke rumahku utk menghabiskan masa bersembang dan lepak bersama abangku dan beberapa lagi orang rakan sekelasnya. Lagi lama dia di situ, makin aku suka. Aku suka melihat dan merenung wajahnya yang si kacak tampan tu. Boleh membuatkan sesiapa sahaja perempuan tertarik dan cair. Tambahan pula dengan tubuh bandannya yg sasa itu. Aduh! Berdegup laju jantungku dibuatnya. Lama sudah aku memendam perasaanku padanya. Ramai juga yg sudah cuba mendekati dia, namun hampa. Memang dia kacak, sasa dan cukup sempurna. Namun aku tahu dia memang bukan seorang kaki perempuan. Antara sebab itu jugalah, aku jatuh hati padanya. Tapi sejak dia berkerja dengan abang kandungnya, Hazim Syafiq, dah lama dia tidak bertemu dan menyapa abangku. Kerja sebagai apa aku pun tak pasti. Ramai yang cakap abang dia buat kerja yang kurang baik. Aku tidak peduli semua itu. Aku cuma harap dia selamat dalam setiap apa kerja dan bidang akan dia lakukan. Sudah pun sudah cukup buatku percaya padanya. Ketika itu, semuanya indah. Fiffy menepuk bahuku, lamunanku terus terhenti. Aku menoleh ke arah Fiffy yg masih lagi mengomel tentang sesuatu yg aku tidak pasti apa. Dia mula menarik tanganku dan mataku teralih ke arah cikgu dan murid yg hadir. Nasib baik aku sempat menarik begku bersama. Haziq dan abangku ketinggalan di belakang. Pandanganku menghadap kembali ke arah kumpulan itu yg seperti mahu ucap sesuatu.

"Ok guys! Selamat bercuti semua. Sebelum kite naik kapal terbang, saya nak pastikan kita tidak akan ketinggalan apa-apa ya. Kita akan terbahagi kepada beberapa kumpulan utk memudahkan semua cikgu mengetahui kamu semua tidak ketinggalan. Dan saya harap semua passport tolong serah pada penjaga utk senang utk check up atau check out. Kalau ada soalan boleh tanya sekarang!" Laung cikgu Azmi supaya semua dapat mendengar arahannya dengan baik. Semua mengangguk dan tiada sebarang soalan yg dikemukakan pada ketika itu. Maklum la tengah excited. Semua dah tidak sabar utk pergi bercuti. Aku, Fiffy dan 2 orang lagi kawan ku akan berada di dalam satu kumpulan yg di beri nama Kumpulan D. Kumpulan kami akan di jaga dan di pantau oleh Haziq selaku senior yg bertanggungjawab. Bila dapat tahu bahawa Haziq yg mengetuai kumpulan aku , aku rasa diriku hampir terbang. Aku dapat rasakan mungkinkah ini adalah jodoh atau kebetulan? Selepas selesai pengesahan passport, boarding pass dan luggage, aku memeluk nenek kesayanganku utk mengucap selamat tinggal. Sudah sekian lama, sekalipun aku tidak pernah berjauhan dari pandangan nenek sejak dari mak dan ayahku pergi meninggalkan aku dan abangku yang masih kecil. Dan ini juga kali pertama, aku akan berjauhan lama dari nenek kesayanganku itu. Hati ku tidak dapat menahan rasa sebak. Akhirnya, aku kalah. Air mataku mengalir di pipiku. Abang aku terlihat gelagat manja ku dan dia terus menuju ke arahku meninggalkan Haziq yg masih mencari-cari ahli kumpulan yg lain dan dia terus memulakan peperangan terhadapku.

"Hari tu aku dah cakap. Kau bukannya boleh jauh dari nenek. Nak pergi sangat. Macamlah kite tak mampu nak pergi sendiri." usik abangku.

" kau diam la, Azizul. Bising je. Sekali sekala apa salahnya aku nak join kawan-kawan aku. Asyik tengok muke kau ngan nenek je. Bagi la aku can plak. Lepas ni aku pergi belajar, aku duduk asrama plak. Bagi la aku belajar jauh dari nenek sekali." aku mengomel. Nenek mengusap air mataku dan memandang muka ku.

" Aliya. Jangan marah kt abang macam tu. Apa yg dia cakap ada betulnya. Liya yg degil nak pergi juga. Nenek tak mampu nak halang Liya. Tapi malam nak tidur nanti, jangan cari nenek sudah." tambah usikan nenek terhadapku. Mulutku muncung. Aku melepas pelukan nenek. Nenek dan abang masih gelak kan aku dengan gelagat manja aku itu. Akhirnya, kedatangan Haziq pada kami telah meleraikan perbualan kami tadi. Aku mencapai hand luggage ku dan terus menuju ke arah check point. Sebelum sampai ke check point. Aku sempat melihat abangku bercakap sesuatu pada Haziq. Dati raut wajahnya, perbualan itu seakan serius. Haziq mengangguk-angguk kepalanya tanda faham dengan arahan yg diberikan dan menepuk bahu abangku tanda jangan risau. Haziq dan abangku berjabat tangan dan Haziq juga terus menuju arah check point. Ketika keluar dari check point itu. Aku melihat wajah nenek dan abang ku sedih kerana telah melepaskan dan telah membenarkan aku pergi. Namun hatiku kali ini nekad. Inilah percutian sudah sekian lamanya aku tunggu.


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C2
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄