下載應用程式
34.28% ketua pengawas vs tunang by miss cs / Chapter 12: Bab 12

章節 12: Bab 12

Hari ini ada latihan sukan lagi. Sukan lagi sebulan! Dah tak lama lagilah. Tapi latihan sukan tetap dijalankan seperti biasa. Para atlit yang telah dipilih oleh guru harus bekerja kuat demi menaikkan rumah sukan mereka. Sebulan lagi yang diperuntukkan memberi kesempatan dan peluang kepada para pelajar yang masih belum menunjukkan taringnya dalam arena sukan masih dialu-alukan. Siapa sangka dalam sekelip mata akan berubah sesuatu. Macam lagu lama tu, Sekelip Mata Kau Berubah! Kumpulan apa aku tak tau.

So, hari ini aku hanya memakai baju sukan lambang sekolah berwarna kuning dan track-suit. Kasut sukan hitam dan tudung pulak aku akan pakai...

"Eh mana tudung aku?!" soalku kelam kabut sambil mata meliar mencari di mana tudung sekolah aku. Leceh betul sekolah ni! Tudung pun kena pakai tudung sekolah. Sepatutnya kalau sesi persekolahan dah tamat, pelajar boleh pakai apa saja yang mereka suka asalkan tak melanggar peraturan. Tapi sekolah ni lain. Rules by rules! Tudung mesti berwarna putih dan paling afdal tudung sekolah bila ada aktiviti luar. Baik cakap pakai tudung sekolah terus! Tak payah kona-kona bagai.

Aku masih lagi mencari tudung sekolah itu tapi tak jumpa. Haaaa! Wahai tudung, di mana kau berada? Berkata-kataku dalam hati. Aku bagaikan kucing kehilangan ekor. Ek? Bukan anak ke? Ahh! Lantaklah! Yang penting tudung. Mana tudung ni?

"Mai, kau ni kenapa? Dah macam orang hilang anak. Apesal?" tanya D sambil mengenakan brooch pada tudung sekolahnya. Longgar!

Aku segera berlari ke tempat di mana dia berdiri.

"D!!! Aku punya tudung takde la! Macam mana ni? Tudung aku dah hilang!" kalutku sambil menggoncang-goncangkan tubuhnya. Kan, bergegar badan kau!

"Eh... eh... eh...! Kau ni nak kasi aku buat latihan renjatan elektrik ke? Habis bergegar semua sel." D mengalihkan tanganku yang masih melekat dibahunya.

"Cuba kau cari betul-betul. Kalau kau gegar-gegarkan badan si D yang kerempeng tu, kau dapat jumpa ke tudung tu? Haiyoo.." sampuk Iman.

"Hoi! Sesuka hati kau je panggil badan aku kerempeng! Ni ada isi ni apa?" marah D sambil menunjukkan lengannya yang konon berotot.

"Eleh dah kerempeng buatlah cara kerempeng. Tak payah nak tunjuk tough la. Kerempeng!" pecah tawa kami yang berada di dorm angsana 1 itu. D mula menunjukkan riak tak puas hati dan memuncungkan bibir. Merajuk la tu!

"Eh layan korang ni tak siap-siap aku nanti. Dah la tudung takde. Haaa.. macam mana ni? Apa nak jawab kat cikgu?" rengekku sambil mencari tudung lain untuk dipakai.

'Haih.. sape la yang pedajalkan aku ni?!' keluhku lagi. Aku menyelak tudung yang ada di dalam almari pakaian kut-kut aku terselit kat situ tapi mustahil kerana aku betul-betul yakin yang tudung sekolah itu betul-betul aku sidai pada penyangkut baju di tingkap. Nak pakai tudung satu lagi tengah rendam dalam baldi. Aku masih tercari-cari.

Iman dan D segera mendekatiku.

"Selalu kau letak tudung kat mana Mai? Macam mana boleh hilang?" tanya Iman sambil duduk di birai katilku. Renungan simpati diberikan.

Aku tidak bersuara tetapi menunjukkan tempat di mana aku selalu meletakkan tudung. Aku menghalakan jari telunjuk ke tingkap. Mata masih meliar mencari tudung yang tiba-tiba hilang. Macam magik pulak!

"Tadi aku letak kat situ sebelum pergi toilet. Bila nak pakai tadi tiba-tiba dah tak ada..." sayu suaraku.

"Tapi macam mana boleh hilang? Takkan Wana ambik pulak?" soal D hairan. Jarinya diletakkan di bibir seolah-olah berfikir.

"Tak. Wana pakai tudung sendiri. Kau tahu kan Wana selalu letak kat mana? Sekarang ni aku hairan betul. Mana perginya tudung aku? Siapa yang curi? Bernilai sangat ke harganya? Aku beli baru RM 12.90. Kalau pencuri tu jual laku ke?" Iman dan D ketawa mendengar bebelanku ini.

"Mungkin diterbangkan angin kat luar tak?" D berkata pula.

"Tak. Aku dah jengah tadi. Lagipun tudung tu aku sangkut dengan hanger. Siap sepit dengan penyepit baju lagi supaya tak terbang. Tapi korang fikirlah sikit, keluasan tingkap ni punyalah kecik kalau tudung tu nak terbang. Ni mesti ada pencopet tudung ni! Heee...!! Geram aku!" aku mengepal penumbuk. Berani dia curi tudung sekolah aku? Apa? Miskin sangat ke tak ada tudung? omelku dalam hati.

"Alaaa Mai.. sabar okey? Takpe. Kau pakai je tudung lain asalkan putih. Nanti kita cakap sama-sama dengan cikgu okey. Senyum sikit. Tak mahu masam-masam macam ni." pujuk Iman sambil mencubit-cubit pipi aku.

"Yup betul tu! Tak mahu masam-masam macam ni. Nanti tak cun! Mesti Mr. Headprefect tak suka." usik D membuatkan aku membeliakkan mata.

"Eh! Korang jangan nak merepek ek! Suka sangat nak kenenkan aku dengan dia. Tak suka la!" marahku lalu mengambil sehelai tudung putih. Kosong tanpa batu-batu! Aku berdiri dihadapan cermin kecil yang tergantung di pintu almari sambil mengenakan brooch. Janji ada benda yang tutup kepalaku! Dan dadaku juga tertutup.

Sedang asyik memakai tudung, aku rasa kelakuanku diperhatikan. Lalu kukerling ke arah mereka yang masih berada di birai katilku itu.

Mereka sedang tersengih-sengih macam kerang tak mandi!

"Ni apehal tersengih-sengih ni? Kalau sengih tu cantik takpela jugak. Sedap aje mata aku yang sedia cantik ni memandang." sindirku terang-terangan.

"Maii!!" lepas tu dengarlah jeritan pontianak + hantu raya Sekolah Menengah Tengku Aris Adiwira bergema. Larikkkk!!!!!!!!

Dihujung blok aspuri Angsana, dua orang pelajar tersenyum senang. Akhirnya, misi mengenakan Humairah baru saja bermula! Misi balas dendam untuk ketua mereka! Tudung putih yang berada di tangan di lumur dengan air tanah dan disiram dengan air coke sebelum dicampakkan ke bawah. Baru puas hati! Salah seorang daripada mereka mengeluarkan telefon bimbit, kemudian menekan butang di telefon tersebut.

"Done." Ucapnya bersama senyuman sinis. Empat thumbs up dipacakkan!

***

"Cikgu, saya minta maaf. Tudung saya hilang, cikgu. Bukan saya sengaja hilangkan. Tudung saya lagi satu tengah rendam dalam baldi. Saya betul-betul tak tahu, cikgu." aku merayu-rayu di hadapan cikgu sukan yang muka macam singa hilang taring. Kecut jugak aku tengok dia ni. Kawan-kawan aku turut menyatakan benda yang sama tapi tetap dibangkang olehnya.

'Macam tertuduh dengan hakim pulak!' omel hatiku.

"Saya tak kira! Awak tahu undang-undang dan peraturan sekolah macam mana kan? Hanya alasan yang munasabah sahaja yang diterima. Alasan awak langsung saya tak boleh terima! Tak logik tahu tak! Takkan tudung boleh hilang, padahal awak pergi sekolah pagi tadi awak pakai tudung apa? Tudung saji? Tudung periuk? Eh.. memang tak logik!" bertubi-tubi serangan machine-gun berkuasa tinggi daripada Cikgu Tania, cikgu sukan yang paling garang dalam dunia membuatkan lidah aku kelu untuk membalasnya. Akhirnya, sebagai denda aku diarahkan untuk membersihkan segala sampah yang ada di stadium ni. Hari ini aku dicutikan daripada membuat sebarang latihan. Namaku di blacklist untuk satu hari! Nak dekat hari sukan, ada saja dugaan menimpa.

'Urgh! Tak bertimbang rasa betul! Baru buat kesalahan kecil macam ni dah kena hukuman! Tak adil! Siapalah yang ambil tudung aku ni? Keluhku perlahan sambil mengangkat sampah-sampah yang dibuang oleh budak-budak hingusan kat stadium ni.

"Dia orang ni pun satu. Ada tong sampah tak nak gunakan dengan sebaiknya. Kesian tong sampah ni. Hanya jadi bahan untuk di tengok jek. Sedih betul! Sian kau ek tong sampah. Sanggup dia orang buat kau macam ni.." bisikku perlahan sambil mata melihat tong tiga warna itu.

Tiba-tiba, ada botol air mineral dicampak di hadapanku membuatkan diriku bengang. Lalu aku mengangkat kepala untuk melihat siapakah gerangan yang 'paling cerdik' buang sampah macam ni.

Erkk??! Diva Babe!

"Hai korang, nampaknya kat stadium ni dah ada majlis perbandaran la." ujar Ammy disambut gelak ketawa oleh orang ramai di stadium. Cikgu Tania tiada di situ kerana ada hal yang tidak boleh dielakkan. Maka, tugasannya diserahkan kepada orang lain mungkin. Yang pasti semua orang sedang bersuka ria memandangkan Cikgu Tania tiada. Boleh berehat-rehat. Kalau cikgu tu ada, dengan Ammy sekali takut.

Aku hanya menunduk. Malu rasa dalam diri diperlakukan sebegini. Kali ni aku rasa tak berdaya untuk melawan. Seolah-olah semangatku hilang dibawa terbang sang angin.

'Wah, berpuitis pulak kau ya Mai!' kataku terhadap diri sendiri.

"Eh guys! Dengar sini okey! Kalau korang ada sampah yang tak nak digunakan lagi, silalah buang kat sini okey! Amat di alu-alukan." ujar Ammy sambil tersenyum sinis.

"Lebih afdal kalau campak or baling je kat majlis perbandaran ni." sampuk Rini selaku ahli geng Diva Babe lalu membaling botol air dan plastik ke arahku.

Pelajar yang lain turut melakukan perkara yang sama sepertimana Geng Diva Babe buat. Kawan-kawan ku yang lain hanya melihat kerana mereka tidak dibenarkan sama sekali menolongku. Ini adalah arahan daripada cikgu Tania.

Wana kulihat ingin segera menghampiriku namun dipegang kedua tangannya oleh Iman dan D. Dia meronta-ronta minta dilepaskan. Namun pegangan Iman dan D cukup ketat. Mereka diberi amaran supaya tidak mendekatiku atau nama mereka dimasukkan dalam senarai disiplin pelajar kerana ingkar arahan guru. Wana memandang dengan perasaan berbalam.

Air mata mula bergenang.

'Aduh Mai..kenapa kau nak menangis Mai??' soal fikiranku.

'Mai menangis kerana hatinya bersih dan suci daripada sebarang hasad dengki dan kekotoran.' jawab hati.

'Tapi Mai sepatutnya kuat! Dia tak boleh mengalah! Baru kena denda.' balas fikiran.

'Ya betul aku mesti kuat tapi kenapa aku air mata ni mengalir laju pulak?' getus hatiku sambil menyapu air mata.

Tiba-tiba, ada seseorang menghulurkan sapu tangan membuatkan aku terkejut. Keadaan di stadium juga bertukar sepi. Malaikat lalu ke? Ke Cikgu Tania dah ada di stadium balik?

"Ambik kain ni. Lap air mata tu." kedengaran suara tegas yang amat-amat aku kenali di corong telinga. Suara yang selalu menyakitkan telinga.

Farhan!

Aku mendongak melihat dia yang masih lagi menghulurkan sapu tangan kepadaku dengan muka yang takde perasaan. Baik pula dia.

'Alah Mai.. muka dia memang takde perasaan pun! Tak payah la kau nak perasan muka dia yang selalu happy, riang ria macam kanak-kanak ribena kecuali senyuman sinis yang dia selalu bagi kat kau.' kata-kata itu meresap masuk ke dalam jiwanya.

"Kau nak ambil ke tak nak ni?!" bengang Farhan membuatkan aku mencebik. Lalu sapu tangan itu aku ambil dan mengesat air mata yang mengalir. Ish! Buat malu aje menangis depan dia! Humairah yang melemparkan duit pada wajah kacaknya menangis? Oh my...! Kacak? Err... sejak bila dah pandai menilai, Mai?

Pada saat itu juga, kelihatan Geng Diva Babe datang dengan senyuman yang dibuat-buat. Ammy akan bersemangat apabila terlihat akan wajah Farhan, lelaki yang dipuja. Budak-budak di stadium mendiamkan diri. Ada antara mereka yang mula berlari ke trek untuk membuat latihan. Takut la tu bila nampak ketua pengawas! Baru aku mengerti akan perihal budak-budak ni. Luaran nampak berani tapi hati kecut! Nampak headprefect cabut! Pengecut!! Jeritku dalam hati.

"Hai Farhan. " sapa Ammy dengan senyuman lebar. Farhan buat tak tahu. Dia hanya memandang ke tempat lain. Memang dingin!

Mata Ammy kemudian singgah ke wajah di sebelah Farhan. Senyuman sinis dipamerkan.

"Eh Mai, kenapa you menangis ni? Siapa buat you macam ni? Hmm?" tanya Ammy pura-pura tidak tahu. Senyuman sinis masih lagi dibibir merahnya. Dia cuba menyentuh pipiku namun aku menepis kasar. Tak ingin perempuan keji macam dia sentuh pipi aku!

Aku mengepal penumbuk. 'Pijak semut tak mati! Kalau ada lesung batu kat sini, dah lama aku tenyeh kat muka kau macam sambal belacan!' kutukku. Rasa geram tak terbendung lagi. Nak je aku tumbuk muka dia sepuas hati! Biar masuk jail. Takpe! Asalkan aku bahagia! Aku puas!

"Hey, I cuma nak tengok aje. Kenapa you tepis ni? Hmm?" soal Ammy lagi. Rakan-rakannya yang lain tersenyum sinis sambil berpeluk tubuh.

Aku menjelingnya tajam. Tangan Ammy yang masih mahu menyentuhnya ditepis kasar.

Farhan hanya melihat saja kelakuanku terhadap Ammy. Ammy and the geng serta semua pelajar kat stadium termasuk aku tidak tahu bahawa Farhan, Izuan, Ashraf, Aizat dan beberapa rakan mereka yang lain melihat segala kelakuan di tepi stadium. Sengaja mereka duduk jauh-jauh. Nak tengok apa yang dia orang semua buat. Kerana, Cikgu Tania mengarahkan Farhan untuk menggantikan dirinya selepas mendapat panggilan kecemasan dari ahli keluarga. Jadi, Farhan sudah membuat plan sendiri untuk melihat semua yang ada di stadium ini dari jarak jauh. Dan tanpa mereka sangka, satu persatu nama pelajar dimasukkan ke dalam list kesalahan disiplin pelajar. Aizat, rakan setugas mendengus kasar bila dia kena tick semua nama yang Farhan sebut. Banyak wo!

"Humairah, I tanya siapa yang buat you macam ni? Kenapa you tak nak jawab soalan I? Susah sangat ke nak jawab?" desak Ammy, sengaja menguji kesabaranku. Dia tahu Humairah takkan berani menyatakan perkara sebenar apatah lagi berhadapan dengan ketua pengawas kesayangannya.

"Pelik! Takkan tak tahu siapa yang membuatnya? Bukan kau ada sekali ke time budak ni kena? Tentulah kau tahu siapa dalangnya." sindir Farhan terus membuatkan Ammy and the geng terdiam dan menelan air liur. Sekali kena sound dengan headprefect daaa...!

Aku mengangkat muka perlahan-lahan memandang ke arah mereka.

"You jangan tuduh sembarangan, Farhan. I tak buat okey." Tegas suara Ammy. Dalam tegas dia gelisah.

"Aku tak tuduh. Aku cuma menyatakan saja. Kenapa? Terasa ke?" Farhan menyoal. Senang je nak buat Ammy mengaku. Nampak je berani tapi hati kecut.

Ammy kelu lidah. Alamak! Rahsia nak pecah pulak!

"Err.. I takde la masa tu. I pergi toilet dengan kawan I. Kan Shereen kan?" jawab Ammy sambil memandang Shereen sambil menghantar isyarat supaya mengangguk.

Shereen terus mengangguk tanda memahami isyarat tersebut.

Giliran Farhan tersenyum sinis sambil berpeluk tubuh. Izuan dan Ashraf turut memandang ke arah mereka. Aizat, Khairul, Syafiq dan Putera yang berada di trek pantas bergerak ke arah mereka. Sekarang semua pelajar Sekolah Menengah Tengku Aris Adiwira terdiam sambil memandang ke arah kami dimana sekarang ini berlangsungnya perlawanan bola sepak wanita antara aku dan Geng Diva Babe dengan pengadilnya Farhan. Apa pun tak boleh! Inilah kali kedua aku terlibat dalam masalah yang aku sendiri tak faham. Pertama semasa di dewan, di stadium.

"Apehal weh?" tanya Khairul berbisik di telinga Izuan. Hairan dia melihat Humairah ada sekali dengan Farhan. Nak kata dating, aje gila la kan! Mana mungkin ketua pengawas yang serius dan tegas tu nak kat Humairah yang gila-gila ni? Mulut kau memang takde insurans, Khai! Kutuk Khairul.

"Just wait and see." Balas Izuan berbisik. Tapi terdetik hatinya sesuatu. 'Kenapa Farhan begitu ambil berat tentang gadis itu? Kenapa Farhan tampak seperti risau dengan Humairah saat dibuli oleh Ammy?' Persoalan itu bermain-main di mindanya. Sudah beberapa kali dia melihat Farhan akan sentiasa berada di antara Ammy dan Humairah. Ada apa-apa ke ni? Musykil Izuan. Namun dia diamkan saja. Bila sampai masanya, dia akan tahu juga.

"Oh, pergi toilet! Tapikan tadi aku ada tanya makcik yang jaga toilet kat tepi tu dan dia cakap kau tak ada masuk toilet pun. Malah, muka kau pun dia tak nampak. Macam mana tu? Kau halimunan ke?" tanya Farhan lagi berbaur perlian.

Ahaa! Soalan perangkap!

Aku lihat Ammy and the geng terkulat-kulat nak menjawab. Dalam diam aku tersenyum. Padan muka! Farhan memandang aku sekilas menyebabkan aku terus berhenti tersenyum.

'Ish! Mamat ni nampak ke?' getus hatiku.

"Err.. oh! I pergi toilet asrama. Bukan toilet kat stadium ni. You jangan salah sangka pulak." kalut Ammy menjawab dengan senyuman kelat disambut anggukan ahli-ahlinya. Nampak bebenor tipunya!

'Alasan tak munasabah! Mana boleh pelajar luar masuk asrama. Lepas tu kata tumpang toilet! Penipu!' kutukku.

Farhan tersenyum lagi. Kening kanannya diangkat tinggi membuatkan Ammy gelisah. Tahu Farhan nak mengenakannya. Alasan Ammy membuatkan dia nak ketawa. Gaya itu membuatkan Ammy takut. Faham dia akan gerak geri Farhan yang cuba membuatkan dia membongkar rahsia satu per satu.

"Oh, toilet asrama pulak? Lepas ni toilet mana lagi yang kau nak sebut? Toilet guard? Toilet bilik guru? Huh?" sindiran Farhan masih berterusan. Ashraf, Aizat, Izuan, Khairul, Syafiq, Putera dan yang lain mula memahami akan situasi tersebut.

"Err.. I pergi dululah. Ada hal." sambung Ammy lagi lalu tergesa-gesa meninggalkan perkarangan stadium bersama ahlinya yang lain. Takut dia dengan panahan mata Farhan. Biarpun dia menyukai gila-gila dengan Farhan, satu aje perkara di dalam diri Farhan yang dia gerun. Mata! Kalau boleh, rasa macam nak lari je dari tengok mata dia. Amat menakutkan! Namun, langkahnya terhenti bila Farhan memanggil nama mereka.

"Ammy dan kawan-kawan seangkatan, aku dah masukkan nama korang untuk acara lari berpagar 4 x 400 meter dan acara lompat tinggi atas arahan Cikgu Tania Eusoff. No excuses!" suara Farhan yang kuat membuatkan Ammy and the gang ternganga. Seluruh stadium menonjolkan anak tekak.

Wana dan rakan-rakan yang berdiri tidak jauh dari kami tersenyum riang sambil menepuk tangan. Suka hati mereka kerana Geng Diva Babe diletakkan dalam senarai. Padan muka!

"Yes!" Wana menaikkan thumbs up pada rakan yang lain. Mereka membalas dengan senyuman melebar. Aisyah menggeleng saja. Dalam hatinya juga gembira.

Sempat lagi Farhan menayangkan buku rekod sukan yang ada ditangannya kepada Diva Babe. Ammy membaca nama mereka yang tertera dengan bola mata pen berwarna biru yang ditulis cantik oleh Farhan.

"What...???"

Aku? Tersenyum senang.

++++

Penat! Letih! Sakit! Semua ada!

Kami sedang berjalan pulang ke asrama dengan langkah yang lambat. D dan Iman tampak tidak larat untuk jalan lagi. Wana, aku dan Aisyah menggeleng saja.

"Cepatlah korang..." Wana bersuara lemah.

Aku tahu dia pun penat. Mana taknya, Wana kini terpilih dalam acara 100 meter, 200 meter, 400 meter, 4X400 meter, 1000 meter, lari berganti-ganti, lari berpagar, lompat jauh, lompat tinggi dan lompat kijang. Jaguh! Gilakan? Memang gila! Cikgu Tania memilihnya kerana kehebatan yang ada pada diri gadis bernama Aliyah Safwana ini. Calang-calang pelajar yang boleh masuk acara-acara tersebut. Wana sudah menempah nama dalam arena sukan di sekolah sejak tingkatan 2 lagi. Jadi tak hairanlah kalau dia terpilih sebagai olahragawati di sekolah ini.

D dan Iman memuncungkan bibir. Iman merungkaikan tangan dia yang memeluk lengan D tadi. Lalu dia duduk di atas rumput itu dengan perasaan sebal.

"Iman!!!" jerit Wana geram. Orang tengah penat, dia boleh buat perangai pulak! Exco Aspuri dah mengamuk!

"Aku penatlah nak jalan. Kaki aku sakit... melecet." rungut Iman dengan muka sedih.

"Orang lain pun penat juga. Tapi tak ada la sampai bertafakur atas rumput." Ujar Aisyah terselit usikan.

Aku tersenyum. Tak larat nak gelak. Sengal badan masih terasa. Jadi, lebih baik aku diamkan diri. Penat masih bersisa kerana aku terpaksa membersihkan satu stadium. Teringat wajah Cikgu Tania yang tersenyum bila melihat stadium bersih tanpa sebarang sampah. Sempat juga cikgu itu berpesan supaya menjaga barang dengan baik agar tidak berlaku kejadian seperti tadi dan dia mengucapkan terima kasih kepadaku kerana telah menyelamatkan bumi hijau. Mahu pengsan aku balik ni! Tudung putih yang senget di kepala aku betulkan. Ketiak sudah basah dek peluh.

"Kalau kau tak nak bangun, kau tinggal! Kita orang nak balik." Wana pantas menarik tangan aku, D dan Aisyah supaya bergerak meninggalkan Iman yang keseorangan di belakang. Tangga blok aspuri angsana di tuju.

"Weh! Tunggulah aku! Teruk betullah korang ni!" jeritnya tak puas hati.

Dia memijak kain buruk yang terdapat di situ. Geram! Eh kejap! Kain buruk? Tadi masa aku lalu sini mana ada kain buruk. Oh mungkin makcik tukang bersih tu tercicir kain agaknya. Iman memegang kain yang dipenuhi dengan cecair warna coklat itu lalu bangun. Dia mula berjalan perlahan. Dia mahu memulangkan kepada Acik Ida, makcik tukang bersih yang dia kenal sepanjang 3 tahun di sekolah ini. Sambil berjalan, Iman cuba membuang semut yang berlegar di tangannya. Sambil itu dia membelek-belek kain itu depan dan belakang, cuba membuang semut. Tiba-tiba dia merasakan sesuatu yang tak kena. Serta merta dia membeliakkan mata. Lencana? Kain buruk ada lencana? Iman membelek lagi kain buruk itu lalu terlihat akan satu perkataan yang dia seakan kenal. Dan serentak itu dia teringat. Perkataan itu.....

"Maaiiiii!!!!"

Aku yang baru hendak menaiki tangga terbantut. Nasib baik tak tersungkur. Kalau tak habislah hidung mancungku ini. Cewahh!

"Apa masalah kau ni Iman?!" bengang Wana. Aisyah pantas menggosok belakang Wana. Exco Apsuri ni kalau dah mengamuk memang semua orang dia serang.

"Sabar Wana." pujuk Aisyah.

"Ni! Aku jumpa kat sini!" kata-kata Iman tidak difahami kami.

"Apalagi?" aku mengeluh lemah. Dah la badan sakit, nak layan kerenah dia orang lagi. Kalau aku pitam kat sini jangan tanya kenapa.

D sudah terduduk di atas lantai berhampar debu. Kini tiada sesiapa yang berada di situ melainkan mereka berlima. Semua orang sudah berada di dorm masing-masing tak pun mereka sedang mandi. Lima sekawan ni je yang lambat! Nasib baik malam ni tak ada program. Tapi kena hadirkan diri untuk prep. Huwaaaaa.....! Letih mama!!!

Iman pantas berlari ke arah kami semua yang sedang duduk berehat sebentar di sekitar tangga. Wajah Wana yang menyinga di pandang sekilas.

"Aku expect ni tudung kau, Mai!" ucapan Iman mengejutkan aku yang sedang tersandar lemah di susur tangga.

"Hah?!!" serentak semua ternganga.

Aku merampas 'kain buruk' yang dipegang Iman. Kain itu dibelek. Memang betul! Ini tudung aku. Bagaimana aku mengetahui ini adalah tudungku? Pada sebelah dalam tudung sekolah itu terdapat satu benang berwarna emas yang kujahit khas dengan menulis singkatan namaku. NSHES! Rakan-rakanku juga mengenali singkatan nama itu memandangkan aku sentiasa menulis NSHES di setiap ruang kosong dalam notepad. Di meja belajar juga aku menulis dengan marker pen sebesar-besarnya perkataan NSHES pada kertas yang diselitkan bawah sampul meja lutsinar.

"Mac... macam... mana kau jumpa tudung ni?" soalku yang sedang menahan perasaan. Mana taknya. Tudung yang tadi putih kini sudah berwarna coklat akibat bercampur dengan tanah. Semut hitam juga turut ada sama. Bau seperti air coke! I can't believe it! Tudung aku.... jadi macam ni?

"Kat situ.." Iman menunjukkan tempat di mana dia bertafakur.

Aisyah, Wana dan D mendekatiku. Mereka sedaya upaya menyabarkan aku yang sememangnya geram.

Aku mengepal tudung yang sudah bertukar warna itu dengan erat. Mata dipejam seketika. Kalau aku dapat tahu siapa yang buat ni, memang aku cincang badan dia sampai lumat! Tiada kompromi! Aku terus berlari ke atas meninggalkan mereka. Nasib baik aku ada tudung lebih untuk sekolah esok. Bilik air destinasiku sekarang. D dan Iman terkejar-kejar dari belakang. Terdengar suara mereka memanggil namaku berulang kali.

Wana dan Aisyah berpandangan sesama sendiri.

MALAM itu juga semua pelajar diminta turun ke dataran aspuri oleh Cikgu Namisah yang merupakan warden aspuri. Wana dan Aisyah telah memberitahu cikgu mengenai kejadian yang berlaku petang tadi dan Cikgu Namisah akan membuat spotcheck setiap dorm memandangkan dia juga mendapat berita bahawa ada pelajar yang membawa masuk barangan haram ke aspuri selain kes Humairah. Hari itu juga, Biro Asrama Puteri iaitu Najiha daripada tingkatkan 5 Al-Bukhari serta beberapa Exco Aspuri mula menjalankan tugas. Pelajar aspura juga melakukan perkara yang sama. Semua pelajar diminta tunggu sehingga mereka menghabiskan kerja.

"Bosan gila tahu tak?" bentak Iman sambil mencabut rumput di dataran itu dengan kasar.

"Emm.. betul tu!" sokong D. Dia membetulkan tudung sarong warna hitam di kepala.

"Aku rasa baik kau jangan bosan sekarang sebab Cikgu Namisah tengah buat spotcheck," pesanku.

"Apa nak takut? Bukan ada apa-apa pun! Masalahnya sekarang ni memang membosankan!" cebik Iman.

"Betul tu!" D mengiyakan lagi.

Aku tersenyum sinis. "Kau lupa ke yang kita ada bawa masuk benda haram kat dalam dorm?"

"Mana ada. Kan kita cuma bawa....." kata-kata Iman terhenti sebelum teringat akan sesuatu.

"Alamak!" serentak mereka berdua bersuara membuatkan semua pelajar aspuri menoleh. Kerutan di dahi bertambah.

"Handphone aku!" Iman menepuk dahinya. Ibu, Iman punya handphone!!!

"Ipod aku!" D pula bersuara. Babah, Ipod kesayangan D dah kena rampas!

Aku tersengih aje. Aku punya barang pun ada jugak! Minta-minta janganlah kena rampas. Dan kalau boleh dapatkanlah bukti-bukti tentang kejadian yang berlaku petang tadi. Aku menunggu dengan sabar.

Tepat jam 12.30 malam, puteri-puteri yang diamanahkan oleh Cikgu Namisah dalam misi itu muncul dengan satu plastik sampah ditangan. Pelajar aspuri ada yang terlena.

Semua mata hampir tersembul keluar bila melihat aset-aset mereka di ambil oleh pihak berkuasa. Dalam hatiku turut sama takut. Air liur ditelan kesat.

Najiha selaku Ketua Biro Asrama Puteri mengeluarkan beberapa barangan yang diharamkan berada dalam asrama seperti telefon bimbit, walkman, Ipod dan beberapa barangan lain seangkatan dengannya. Cikgu Namisah mengambil barang tersebut dan menyuruh kami kembali ke dorm masing-masing memandangkan hari telah jauh malam. Aku berlari terus ke arahnya.

"Cikgu, macam mana dengan kes tudung saya tu?" soalku terus.

"Macam nilah Humairah. Saya mahu kamu semua berjaga-jaga. Saya tak tahu ini angkara siapa sebab terlalu sukar untuk kita mencari orang yang memperlakukan tudung awak sebegitu. Kita tiada bukti untuk menyalahkan sesiapa. Saya minta maaf kerana tak dapat menyelesaikan perkara ini. Tapi kalau perkara sebegini berulang kembali, kita akan siasat. Jadi saya harap awak semua berhati-hati. Saya mahu awak tukar tempat yang selalu awak letak tudung tu. Awak mesti kunci almari, laci dan segala barang awak bagi menghilangkan kecurian. Hanya itu saja yang boleh saya nasihatkan." kata Cikgu Namisah selaku warden aspuri. Dia juga kehabisan idea untuk mencari jalan menjejaki orang yang telah membuat seorang pelajarnya begitu. Dia mengandaikan ini motif dendam. Mungkin ada antara mereka tidak menyukai Humairah. Jadi dia memberikan nasihat supaya gadis itu berjaga-jaga. Bukan Humairah saja, malah kejadian seperti ini sudah pun berlaku beberapa tahun lepas. Dan motifnya sama iaitu dendam.

Kami bertiga bersandar di tiang lampu depan bilik pentadbiran aspuri. Kelihatan sekeliling beberapa pelajar menangis kerana aset mereka dirampas. Ada yang menumbuk bahu rakan mereka, ada yang menghancurkan pokok bunga di taman aspuri serta ada yang meraung. Hati kami mulai sayu.

"Beb, barang kita dah kena rampas." sebak D. Iman sudah termenung. Aku tersandar lemah di tiang sambil mata pejam rapat. Apa boleh buat? Dah terlambat.

Wana dan Aisyah tiba di hadapan kami dengan tanda tanya.

"Awatnya hang pa ni? Macam mati laki ja?" Wana bertanya dengan loghat. Aisyah turut menanti biarpun dia mengetahui.

"Wana, handphone aku..." rengek Iman. Air mata sudah bergenang di tubir mata.

"My Ipod." D bersuara sebak. Air mata sudah berguguran di pipi.

"Mp3 too..." ujarku perlahan.

Wana dan Aisyah berpandangan sebelum ketawa sakan. Kami memandang pelik. Beberapa pelajar lain yang duduk di situ memandang dengan penuh tanda tanya.

"Oit! Orang tengah sedih, kau boleh gelak pulak!" marah Iman. D dan aku pantas mengiyakan.

Wana masih lagi ketawa. Aisyah tersenyum geli hati. Wajahnya juga bertukar kemerahan akibat banyak ketawa.

"Korang!!!!" level mencecah ke angka 2.

"Relax. Tu la siapa suruh bawa benda haram masuk aspuri. Memang sah kena rampas punya." Wana mula berceramah. Kadangkala kena bagi nasihat sikit. Exco Aspuri mula membebel.

"Kita orang tak selalu guna okey. Just dengar ketika bosan. Lagipun tak menjejaskan pelajaran aku. Aku tetap maintain markah. Kalau turun pun sikit je." Tegasku. Badan berdiri tegak. Tudung yang kelepet ditiup angin di betulkan.

"Betul tu!" D membalas sambil mengesat air mata.

"Kita orang guna masa nak balik. Macamlah kau tak tahu yang public phone tu selalu penuh time nak balik. Itu sehari sebelum balik dah full. Bayangkan kalau time balik? Sure beratur panjang macam nak beli popcorn masuk wayang je!" Iman membebel.

"Alasan! Telefon la awal-awal kalau tak nak full! Dua minggu sebelum nak balik boleh call kan?" Wana mencebik. Ada aje minah Kedah ni menjawab! Sumbat dengan cili padi baru padan.

Iman memandang dengan panahan tajam.

"Alah.. kau punya barang pun ada jugak kan? Lagilah kau tu ada pangkat. Nak aku bagitahu cikgu ke? Markah demerit mesti potong hundred percent!" balas Iman tak mahu mengalah.

Wana membeliakkan mata. Menjawab!

Aku dan D hanya memandang. Tak berminat nak masuk campur! Tapi betul jugak kata Iman. Wana pun sama aje dengan kami. Kalau dia seorang yang baik, dia akan menyimpan barang kami itu. He he he!

"Korang, stop please. Tak payah nak cerita banyak-banyak, bukan-bukan and panjang-panjang berjela ni. Naik sakit telinga mendengarnya tau. Okeylah barang korang semua selamat." Kata Aisyah perlahan menarik perhatian kami.

"Apa?!"

Wana pantas mencelah tapi masih perlahan, "Korang punya barang ada pada kami. Kami simpankan." Takut orang lain dengar.

Mulut tiga dara sudah ternganga besar punya. Pandai sungguh mereka berlakon buat-buat tak tahu!

"Korang memang nak kena!" bengang D. Lengan baju disingsing sampai ke atas. Air mata aku dibazirkan! Huwaaaa...!

Wana dan Aisyah pantas berlari ke dorm apabila tiga orang rakannya sudah bertukar menjadi singa kelaparan.

"Lari weh!" Wana ketawa sambil berlari. Aisyah ketawa geli hati.

"Tunggu!"


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C12
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄