下載應用程式
25.71% ketua pengawas vs tunang by miss cs / Chapter 9: Bab 9

章節 9: Bab 9

"Korang! Cepatlah! Nanti kena denda! Mai! D! Hish! Cepatlah!" jerit Iman dengan lantangnya.

"Aku tak nak la, Man. Kau je la yang pergi. Aku takde mood nak bersukan segala ni." kataku seraya mengambil bantal menutup muka. Sejak balik daripada sekolah lagi, aku asyik memikirkan perkara ni.

'Hish! Kenapa setiap sekolah kena ada sukan-sukan ni?? Benci la!' gerutu hatiku.

Aku tersentak apabila bantal yang menutup muka tadi ditarik kuat.

"Kau jangan nak ngengada Mai! Kau nak markah demerit kau menurun ke?? Kita dah la tahun akhir kat sini. Kau nak time keluar sekolah nanti, sijil berhenti sekolah kita cacat??" kata-kata Iman membuatkan aku berfikir semula.

"Betul juga tu Mai. Nanti sijil sekolah cacat. Aku tak nak!" sampuk D..

'Ehh.. nyampuk pulak dia!' rungutku sambil menggigit bibit.

"Yelah... yelah... Hummph!" akhirnya aku mengalah. Lalu aku mengambil bantal dan baling kearah Iman. Terus saja aku keluar menuju ke bilik air.

"Mai!!" kedengaran jeritan suara Iman diseluruh dorm Angsana 1.

***

Aku berlari selaju yang boleh ke padang sekolah. Kawan-kawan aku yang lain semuanya sudah pergi dulu.

'Padan muka kau Mai! Tu la. Lambat-lambat lagi. Nak mandilah..macam-macam alasan kau bagi! Sekarang tanggung la.' rungutku sendiri. Langkahku tetap dilajukan sehingga sampai ke padang.

"Hah! Tu dia kawan kita dah datang! Panjang umur dia. Jom sambut dia!" berkata Farhan serta mempamirkan senyuman yang paling aku benci. Senyuman sinis!

Aku terkedu tetapi langkahku tetap menghala ke astaka A tempat bebudak semua ini duduk. Aku melihat semua orang memandangku. Ada yang tersenyum. Ada yang berbisik-bisik. Ada yang bantai gelak. Ada yang tengok macam nak makan je!

'Apehal pulak nak tengok aku macam tu?' hairan aku.

"Okey guys! Sekarang baru cukup ahli kita. Jom kita suruh dia memperkenalkan diri. Awal kan dia datang?"ujar Farhan lagi membuatkan aku hairan campur pelik.

"Awal gila!" sahut seseorang yang tidak aku kenali. Selepas itu, terdengar budak-budak kat stadium ni bantai gelak.

Farhan tersenyum.

Izuan, Ashraf, Khairul, Syafiq, Putera, Khair dan beberapa pelajar asrama yang tidak dikenali duduk berlonggok satu bulatan di hadapan Farhan. Pelajar lelaki lain duduk di tempat lain. Juga membuat bulatan seperti kumpulan Farhan.

Aku menarik nafas. Penat berlari. Relax Mai. Cool. Jangan gelabah. Cool down, girls. Jangan pandang mamat senget tu! pujuk hatiku.

"Okey stop! Now, sila memperkenalkan diri awak then nyatakan sebab kenapa awak datang lambat." Farhan dah mulakan misi untuk mengenakan gadis itu. Dan kehadirannya yang lewat membuatkan idea jahat muncul di benak fikiran.

"Err... er.. nama saya Nur.. Saffiya.. Humairah.. saya daripada kelas 5 Ar-Raudhah. Saya datang lambat sebab.. sebab.. sebab..." tergagap-gagap aku nak jawab.

'Apa yang aku nak goreng ni?! Takkan nak cakap yang aku mandi lambat pulak? Hah, cakap aku solat lambat la.. boleh tak? Ke nak cakap aku tunggu turn mandi? Aduh..' gelisah aku sendirian. Aku mencari kawan-kawan aku untuk meminta bantuan. Aku ternampak kawan-kawanku duduk dalam bulatan mengikut kelas. Wajah kesian dipamerkan.

"Sebab apa? Awak tunggu turn mandi ke? Aik, lamanya nak mandi. Setahu saya, budak-budak asrama akan mandi pada jam 1.30 petang. Sekarang dah pukul 2.30 petang. Hurmm?" perli Farhan membuatkanku tersentak.

'Eh.. macam mana dia tau aku nak jawab tu??' detikku didalam hati. Aku terkulat-kulat di situ.

"Okey la kalau awak tak nak bagitau apa alasan awak, sebagai denda datang lambat, awak akan didenda lari 3 pusingan dalam stadium ni dan kembali semula disini tepat jam 3.00 petang. Setuju semua?" sambung Farhan lagi membuatkan aku rasa tercekik!

'Babun punya Farhan. Kau balas dendam lagi!' bengangku. Jemari dikepal erat.

"Setuju!" majoriti semua setuju dengan idea gila mamat ni! Farhan tersenyum lalu menyuruh aku memulakan larian mengelilingi padang stadium ini sambil melihat jam tangan.

'Cinabeng kau Farhan! First-first datang dah kena macam ni. Jaga kau! Aku akan balas balik!' tekadku lalu memulakan langkah larianku. First dah kena lari tanpa warming up! Apabila sampai di hadapan Farhan, aku menjelirkan lidah seraya menjeling tajam. Yang paling aku benci tengok dia punya senyuman. Senyuman sengaja campur sinis!

Dalam diam Farhan tersenyum. 'Baru kau tau siapa aku! Permainan sudah pun bermula! Balasan untuk orang yang sengaja cari nahas dengan aku.'

Izuan dan Ashraf memandang sesama sendiri.

"Apa hal pulak mamat tu senyum sorang-sorang? Gila ke?" tanya Ashraf berbisik.

"Entah. Happy kot tengok minah tu kena denda." jawab Izuan ringkas. Tapi dalam masa yang sama, Izuan mula mengesyaki sesuatu.

'Kenapa aku rasa macam ada yang tak kena antara Farhan dan minah tu? Dan kenapa Farhan senyum? Setahu aku dia tak akan senyum kalau nak denda pelajar. Pelik ni!' soalan itu bermain-main diminda Izuan.

"Wan, jom! Warming up! Its time now!" Khairul yang sudah berdiri bersama rakan-rakan yang lain memanggil Izuan. Kebiasaannya, Izuan akan mengetuai dalam acara warming up atau dalam bahasa Melayu, aktiviti memanaskan badan sebelum bersukan. Ini akan menguatkan stamina dan tidak berlaku sebarang kecederaan otot. Izuan digilai semua orang kerana sifat pendiamnya. Memang dia menjadi rebutan hangat di sekolah kerana sifatnya yang sopan dan hanya berkata jika perlu. Kecuali berdua dengan Farhan!

"Alright!"

Dan pada waktu yang sama juga dari tempat duduk paling belakang sekali antara kumpulan, Geng Diva Babe tersenyum kemenangan!

"Padan muka budak tu kan, Ammy? Gatal sangat! Kan dah kena denda dengan boyfriend you." ujar Rini membuatkan Ammy tersenyum lebar.

"Emm.. baru dia tau boyfriend I macam mana kan? Nampak sangat yang Farhan sayangkan I. He he he.. biar dia rasa." jawab Ammy tergelak besar.

"Tapi, macam mana pula dengan rancangan kita nak balas dendam kat dia" ketawa Ammy terus berhenti bila Merlissa mengutarakan soalan itu. Dipandang gadis yang sedang menggilap kukunya itu.

"Yang tu akan tetap berjalan seperti biasa. Don't worry girls." kata Ammy lagi bersama senyuman yang amat menyakitkan mata.

"Semua bangun sekarang! Warming up!" jeritan Khairul mengejutkan mereka semua. Ammy dan rakan-rakannya segera berdiri lalu beratur mengikut barisan yang ditetapkan untuk aktiviti tersebut dengan perasaan senang hati.

+++

"Huih! Penatnya! Letih badan ni ha. Datang-datang terus kena lari. Lepas tu pulak kena buatkan air untuk dia orang semua. Nasib baik bahan semua ada! Tapi tak adil! Ni semua kerja Farhan! Sesuka hati je nak suruh aku! Bagi pelempang kang baru tau! Huh!" rungutku perlahan seraya memicit-micit kaki ku yang sengal. Penangan lari tadi! Nasib baik tak semput.

Sebelum berlari tadi nasib dia sudah warming up sekejap dengan larian pantas ke padang. Lepas tu kena lari lagi 3 pusingan. Dan selepas itu kena lari lagi untuk berlatih. Nasib baik Cikgu Tania bagi rehat lima minit. Memang menyakitkan dan memenatkan! Aku duduk di lantai sambil tangan mengurut perlahan betis. Terasa sengal!

"Ehem... kesiannya orang tukan? Kena buat semua kerja. Isk! Isk! Isk!" sindiran seseorang membuatkan urutan tangan pada kaki terhenti. Segera aku mengangkat kepala memandang Geng Diva Babe yang sudah berdiri di hadapanku.

"Nak I tolong urutkan?" Ammy menayangkan senyuman manis.

Aku hairan.

Apesal pulak minah-minah gedik ni ada kat sini? Sibuk je! Konon nak tunjuk baik! Untuk pengetahuan korang, aku dah tau dah dia orang ni sape. Ni semua berkat pemberitahuan kawan-kawan aku. Sape lagi kalau bukan Wana, Aisyah, D dan Iman. Biasalah. Bestfriend forever!

'Jangan tunjuk baik dengan dia orang tu! Dia orang tu duri dalam daging! Pastikan kau hati-hati.' amaran Wana sentiasa tersemat dalam kotak fikiranku.

"Eh nak tolong? Tak payah la. Bukan sampai masuk ICU pun. Sikit je ni." Aku mempamerkan senyum plastik. Cakap 'I , You! Nyampah aku! Rasa nak lempang aje!

Ammy bercangkung di hadapanku. Muka meluat ditunjuk. Jari telunjuknya di hala pada mukaku.

"Eh! You jangan salah sangka ya? Sebenarnya I pun tak nak tolong you. Saja je I cakap macam tu. Itu namanya sindiran. Bukan betul pun. Ingat I nak hadap sangat kaki you tu? Urgh, please! Kaki banyak kudis! Takut berjangkit pulak dengan I nanti. Maklumlah, I punya body bersih dan suci dari sebarang penyakit. Tak macam you. Peluh sana sini. Eee.. yekss!" jawab Ammy sambil membuat gaya ala-ala nak muntah. Kawan-kawan dia yang lain tergelak sinis kepadaku.

Aku mengetap bibir.

'Dia kata kaki aku banyak kudis?! Kurang asam!' bengangku. Ini boleh mendatangkan marah!

Dalam pada waktu yang sama, kelibat kawan-kawanku yang berlari dari trek menuju ke sini. D dan Iman melambaikan tangan. Wana melihat penuh geram. Aisyah dengan wajah tenang. Aku tersenyum semanis gula.

"Kaki aku takde walau sekuman kudis pun, Cik Ammylea. Tak payah la nak risau. Aku pun tak hadap dengan jari jemari ala-ala 'sotong' kau tu. Takut berdarah pulak kaki aku kena dengan jemari 'sotong' kau tu. Lagipun keturunan aku memang semua kakinya bersih dari sebarang penyakit. Tapi tak tau la pulak korang camne kan? Harap muka je lawa kut. Entah-entah ada kudis ke panau kat kaki tu tak nak mengaku pulak kan? Belakang badan tak check lagi. Baik korang pergi buat check-up. Nanti melarat susah. Tak dapat la kaki yang cantik, putih mulus seperti aku ni kan?" ujarku menyindir mereka dengan gaya gedik. Orang kata apa? Mengajuk! Sambil tu aku tunjukkan juga kaki aku yang sememangnya putih bersih dan mulus itu.

Ammy sedaya upaya menahan kemarahan. Wajahnya merah bagai dipanggang. Pengikutnya sudah menunjukkan muka tak puas hati.

"Apehal ni Mai? Woi, apa yang korang buat kat dia hah?" marah Wana pada geng Diva Babe.

Geng-geng itu tersentak bila disergah.

"Kau jangan nak tuduh sembarangan ek? Mana ada kami kacau kawan kau. Kawan kau yang kacau kita orang dulu!" jawab Rini menegakkan benang yang basah. Korang memang tak pandai nak cipta ayat yang benar! Selalu je menipu. Heh!

"Dah terang lagi bersuluh. Nak cakap Mai yang mulakan dulu. Korang kalau nak cakap logik la sikit." ambik kau! Kena sekali sindiran Iman yang pedas kaw-kaw!

"Aku rasa BM kau mesti failed kan?" perli D membuahkan tawa kami.

Muka Rini berubah. Dia bergerak selangkah ke belakang. Takut jugak dengan minah Kedah dan D ni. Dan lagi satu tekaan mereka benar. Rini memang selalu failed BM sejak tingkatan 1.

"Lagipun takkan la korang nak duduk kat tempat yang macam ni kot. Tempat ni kan panas. Manalah tahan dengan kulit omputih korang tu kan? Lainlah kalau ada sebab yang munasabah. Contohnya nak mendekati Humairah?" sindir Wana. Memang tepat sekali!

Ammy sudah terkulat-kulat di situ. Rakannya juga menelan liur. Pandai pula Wana teka. Kena pulak tu!

"Kalau tak salah aku, tempat korang yang ada kerusi bunga-bunga tu kan?" sampuk D sambil memuncungkan mulut menunjukkan tempat mereka. Terus pecah ketawa aku. Dah tak tahan dah ni! Yang lain hanya memandang aku dengan pandangan yang pelik.

"Apesal Mai?" soal Aisyah hairan.

"Ada ke nak pergi kat stadium pun kerusi nak cantik-cantik? Ada kerawang-kerawang bagai! Ingat puteri apa? Puteri Buluh Kasap? Rumput mana yang korang cabut ni? Dah tu baju tak boleh blah! Pink! Speck pun nak pink! Ha ha ha!" ketawaku tak boleh berhenti menyebabkan kawan-kawan kuturut sama ketawa. Geli hati dengan kata-kataku.

"You!!!"

Muka Diva Babe terus membahang! Marah atau malu? Mereka terus bangun berlalu meninggalkan kami. Aku sempat melihat Ammy memandangku dengan pandangan yang tajam. Ingat aku takut! Kau belum kenal lagi sape Humairah. Sekarang kau dah isytiharkan diri sebagai musuh aku. Baik! Aku akan hadapinya.

"You are too much! Beware girls! Kau belum kenal siapa aku. Ini Tengku Ammylea Ruhaila okey? Jangan cuba bermain dengan api!" Ammy mengunjukkan telunjuknya kepadaku. Aku menjelirkan lidah. Tak takut pun!

"Kau yang sepatutnya jangan berani jolok sarang tebuan. Kau belum kenal siapa kami. You should beware, girls!" Wana membalas dengan tegas. Panahan mata Wana membuatkan mereka terus beredar dari situ. Sakit hati!

Tanpa aku sangka, beberapa pelajar lelaki yang berada di tepi trek turut sama melihat aksi kami.

"Whoaa! I'm impressed! Dahsyat tu! Tak pernah aku tengok Geng Ammy malu sampai macam tu sekali. Cayalah dia orang!" kagum Ashraf dengan kehebatan kami 'menghalau' geng Diva Babe. Selalunya mereka melihat Ammy menghalau orang. Ini Ammy yang dihalau oleh orang.

"Han, kau kenapa? Dari tadi lagi asyik senyum je! Lepas tu termenung. Apesal? Any jokes here?" tanya Izuan bersama anggukan Ashraf. Khairul dan Syafiq sudah berada di dalam trek bersama rakan-rakan yang lain. Latihan lumba lari 4 x 100 meter sedang dijalankan. Aizat ke tandas bersama Putera dan Hakim. Memang sahabat sejati betul.

"Nope. Dah jom berlatih!" kata Farhan lalu pergi meninggalkan kawannya yang terpinga-pinga. Dalam tidak sedar, Farhan tersenyum lagi.

Izuan hanya memerhatikan gelagat Farhan. Dia dapat rasakan yang Farhan ada menyembunyikan sesuatu daripadanya. Gelagat Farhan agak mencurigakan waktu ini.

'Aku kena siasat ni!' berkata Izuan dalam hati. Sambil itu, mata Izuan memerhatikan juga gelagat Humairah. Cun juga minah ni. Tapi kenapa setiap kali aku merenung matanya, kenangan ketika kecil berlayar diruangan mata? hatinya tertanya-tanya.


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C9
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄