下載應用程式
12.5% Hikayat 6 wira bersaudara / Chapter 2: Sistem s19

章節 2: Sistem s19

"Saya adalah sistem s19 yang dicipta khas untuk pengguna seperti kamu" kata suara robotik tersebut. Hang Nadim tertanya-tanya kenapa dia yang terpilih menjadi pengguna sistem tersebut lalu dia bertanya lagi ," siapa yang mencipta kamu"?

"[Maaf, kamu tidak mempunyai keupayaan untuk bertanya tentang perkara tersebut, tahap kamu tidak mencukupi untuk mengetahui perkara rahsia lebih lanjut, harap maklum]".

"Hurm...tidak mengapa, tapi perkara ini jauh lebih menarik dari yang aku sangkakan, hahaha...tak mengapa ", { let's just follow the flow } " kata Nadim sambil berbisik didalam hatinya.

Hujan masih turun dengan lebatnya, Nadim Cuma tersenyum sambil menggelengkan kepalanya, apabila melihat gelagat kanak-kanak sebayanya semakin galak bermain hujan.

Didalam benak fikirannya dia sudah mula menyusun langkah seterusnya, sudah masa untuk dia melatih tubuh kecil Hang Nadim ini.

Pada keesokan hari Nadim bangun awal, membantu meringankan beban dibahu ibunya, menemani bapanya memburu, selesai sahaja kesemua itu, Nadim mula "berjoging" ke sekeliling kampung, hampir 30 pusingan dia "berjoging" membuat beberapa kanak-kanak sebayanya keliru melihat telatahnya. Nadim cuma mengambil sikap endah tak endah pandangan mereka, selesai dia berjoging, dia mengambil beberapa keratan kayu yang biasa ibu dan bapanya guna untuk dijadikan bahan bakar iaitu kayu api, kesemuanya sebesar lengan orang dewasa, Nadim mengambil hampir 6 batang kayu api mentah diikat dengan rotan terkumpul menjadi satu beban kayu api, lalu diikatnya pula kesetiap rotan yang terikat disetiap penjuru kayu api tersebut, Nadim mula memanjat pokok mangga dihadapan rumahnya sambil menarik rotan yang siap diikat keatas dahan yang telah dia pilih. Niatnya nak jadikannya seperti alat senaman gym dengan mengangkat beban. Dengan tubuh kecil mengangkat beban kayu api yang setiap satunya sebesar lengan orang dewasa, itu sudah memadai untuk budak seperti Nadim.

Setiap hari dia melakukan rutinnya seperti ini hampir setahun dia akan menukarkan bebannya itu kepada yang lebih berat sehingga ke seguni arang batu juga menjadi mangsa bahan senamannya.

Perbuatannya itu mengundang seribu pertanyaan dari penduduk kampung kepada kedua ibu bapa Nadim, Nadim Cuma menjawab bersahaja ," Nadim perlu melakukan perkara ini untuk melatih tubuh nadim agar jadi lebih kuat dan tahan lasak".

5 tahun Nadim melakukan rutinnya itu hasilnya cukup mengkagumkan, kini tubuh badannya sasa tidaklah sesasa seperti ahli gusti wwf itu "buff" sangat. Badannya sasa seperti mana badan bruce lee , 6 pax, dada tegap, muscle mantap pokoknya dari atas sampai kebawah sedap mata memandanglah, sehingga ada kanak-kanak sebayanya mula mengikuti jejak langkahnya. Kini Nadim sudah berusia 12 tahun dia mula menyuarakan isi hatinya pada ibu dan bapanya untuk mencari dan mempelajari ilmu persilatan, jikalau diikutkan ibunya tidak mungkin akan setuju tetapi bapanya menyokong keras dengan keputusan Nadim. Lalu bapanya Nadim bertemu dengan Tok Ipin dukun kampung, Pak busu mula bertanya dimanakah letaknya perguruan silat yang bagus untuk anaknya Hang Nadim, tok ipin ketawa sambil mengusap-ngusap janggut putihnya sambil berkata,"oh!, anak kamu sudah mula menyatakan hasrat mahu berguru silat, usah gusar tok sudah lama tahu isi hati anak kamu sejak tok melihat pergerakan ganjil yang anak kamu sering lakukan". "Baiklah tok sudah lama bincangkan perkara ini dengan abang seperguruan tok, dia akan kemari dalam masa sepurnama ( sebulan ) lagi".

" Dia akan kemari untuk membawa Nadim pergi berguru digunung sakti seri mersing". "Sudah, sampaikan berita ini kepada nadim, dia akan berguru dengan abang seguru tok selama 96 purnama ( 96 bulan a.k.a 8 tahun )".

Genap sepurnama, datang seorang lelaki yang tegap tubuhnya, bermisai lebat kehitaman, berambut panjang mencecah kedada, berpakaian penuh berbusana ibarat panglima, dengan tengkolok kuning dipakai di kepala, datang bertandang dirumah pak busu, sambil memperkenalkan dirinya sebagai Tok Hitam mahaguru persilatan pencak silat helang emas berapi, dia menyatakan hasratnya untuk mengambil Hang Nadim sebagai anak murid utamanya. Hang Nadim hanya tersenyum sambil mengangguk tanda setuju, lalu bersalam dengan mahaguru hitam dengan kedua dua telapak tangan menggenggam penuh tangan mahaguru hitam lalu dicium salah satu adat penerimaan guru dan murid. Hang Nadim merasa sangat gembira tapi dalam masa yang sama dia juga bersedih kerana terpaksa berpisah dengan ibu dan bapanya lalu dia melutut seperti ( duduk antara dua sujud ) lalu memeluk dan mencium kedua dua ibu dan bapanya dengan lenangan air mata lalu berkata," mak, bapak , Nadim pergi dulu, jaga makan minum dan juga kesihatan jangan selalu sangat rindukan Nadim, Habis perguruan Nadim akan pulang jua".

Mak piah menangis teresak-esak mengenangkan pemergian anaknya berguru silat jauh ditempat orang, Pak Busu Cuma menepuk lembut belakang mak piah memujuknya berhenti menangis. Lama pak busu dan mak piah melambai sehingga hilangnya bayang Hang Nadim dari pandangan mereka, air mata Mak Piah bergenang tanpa henti baru sebentar Hang Nadim pergi kini rasa rindu semakin kuat didadanya. Pak Busu Cuma menggelengkan kepalanya lalu berkata," sudah sudahlah, dia bukan kemana, Cuma pergi berguru untuk memenuhi ilmu didada, habis perguruannya nanti dia kembali semula kepada kita, usahlah kau menangis lagi Piah, dia juga anak aku, tapi aku mahu dia kenal bagaimana sebenarnya dunia luar".

Hampir 3 purnama Hang Nadim berjalan menuju ke gunung sakti seri mersing, perjalanannya ke sana sunyi tanpa seribu kata, Nadim membisu, Tok hitam juga membisu, sebenarnya tok hitam membisu kerana tidak tahu bagaimana untuk memulakan bicara dengan kanak-kanak, kerana dia sudah biasa menempik, menjerit dan memarahi orang dewasa yang umurnya jauh dari umur Hang Nadim. Hang Nadim pula membisu kerana sibuk memeriksa status dirinya.

Status

Nama: Hang Nadim Bin Busu

Umur: 12 tahun 8 bulan

Str: 80

Agi: 65

Dex: 75

Vit: 80

Int/stamina: 80

Luc:75

Kelebihan pertama:- mampu mempelajari apa jua ilmu dengan pantas dan akan kekal mengingatinya.

Kelebihan kedua:- mampu menggunakan ilmu itu dan mengasahnya menjadi jauh lebih baik dari versi yang sebelumnya dan juga meningkatkan tahap ilmu itu ketahap yang lebih tinggi.

Kelebihan ketiga:- mampu menggabungkan ilmu dari dua jenis menjadi satu atau dari tiga jenis menjadi satu ilmu yang baru jauh lebih hebat dari yang sebelumnya.

" Wah!, kelebihan ketiga ini lebih kurang macam "fusion" dah macam citer yugioh pulak". "Tapi bagus juga, at least aku boleh gabung teknik menjadi teknik baru, hehehe..." Dikala sofian seronok berada didunia lain iaitu dunia parallel jasadnya didunia sebenar juga berubah secara drastik, sepatutnya orang yang koma tidak bergerak hampir 5 bulan badannya akan semakin kurus tapi tidak pada tubuhnya, kini badannya berubah seperti mana badan hang nadim tegap seperti bruce lee. Itu membuatkan doktor dan jururawat semakin terkejut melihat perkara tersebut, pada asalnya mereka mahu memutuskan talian hayat yang membantu jasad sofian untuk terus hidup tapi akhirnya mereka membatalkan niat mereka apabila melihat situasi tersebut. Budak yang sofian selamatkan sebelum dia koma itu rupa-rupanya anak kepada pengarah besar sebuah syarikat terkemuka yang terkenal diseluruh asia dan bapa budak itu membiayai sepenuhnya rawatan sofian. Lagi satu kadar waktu didunia sebenar dan kadar waktu didunia parallel tidak sama, 5 tahun didunia hang nadim, baharu 5 bulan didunia sofian, kadar waktu didunia sebenar bergerak amat perlahan.

Ketika sedang mereka menyusuri suatu denai, mereka ditahan sekumpulan lelaki berpakaian hitam dipercayai kumpulan penyamun, tok hitam dengan selamba sahaja berdiri dengan gaya memeluk tubuhnya sendiri sambil memintal-mintal misainya, seolah-olah ingin menunggu dan melihat apakah tindakan selanjutnya sekumpulan penyamun ini tetapi tidak semena-mena Nadim meluru ke arah mereka dengan niat menyerang.

Tok Hitam terkejut sejenak, keningnya terjungkit sebentar melihat tindak balas dan gerakan tubuh Hang Nadim sambil mengangguk perlahan.

Nadim mula membuka langkah besar ke kanan lalu menghayun gerakan tubuhnya kekiri sambil melepaskan tendangan kencang ke arah rusuk penyamun yang berada dihadapan sekali dan terus berguling ke kiri sambil melompat dan menangkap tengkuk penyamun yang seorang lagi sambil melepaskan serangan lutut ke dadanya.

Pada masa itu Tok Hitam mula menunjukkan perasaan penuh minat dengan keupayaan yang ditunjukkan Nadim, sambil tersenyum dan menggelengkan kepalanya kerana dia sudah tahu kumpulan penyamun ini tidak dapat mengalahkan Nadim yang hanya berumur 12 tahun.

Nadim terus melompat tinggi sambil berpusing dan melepaskan dua tendangan tepat ke halkum 2 penyamun lain dan yang terakhir Nadim mengunci pergelangan tangan kanan penyamun tersebut menahan belakang siku kanan penyamun tersebut dengan belakang telapak tangannya, kaki kanannya memijak lutut penyamun tersebut dan tangan kirinya mencengkam halkum penyamun tersebut. Dengan hanya satu gerakan, siku kanan, lutut kanan penyamun tersebut patah dikerjakan oleh Nadim. Kesemua mereka ditumpaskan oleh Nadim seorang. Ketika itu Nadim terdengar tepukan kuat dan ketawa gembira dari arah belakangnya lalu dia segera menoleh dan terlihat wajah mahaguru Tok Hitam tersenyum lebar kagum dengan keupayaan Hang Nadim lalu tok hitam berkata," bagus...sangat bagus sungguh tok tidak percaya dengan keupayaan kamu nadim mengalahkan sekumpulan penyamun yang jauh lebih kuat dan tinggi dari kamu dengan masa tidak sampai 10 nafas".

" Sesungguhnya tok sangat berbangga mendapat anak murid utama sebijak kamu".

Ayuh"! kita teruskan perjalanan kita, lagi 3 hari kita akan tiba digunung sakti seri mersing.

Ding*

Tahniah kepada Nadim

5x penyamun berjaya ditumpaskan

450 exp

Hang Nadim berjaya naik ke tahap 3

status terkini

Nama:- Hang Nadim Bin Busu

Umur:- 12 tahun

Peringkat:- ( 3 / ??? )

Str:- 110

Agi:- 80

Dex:- 85

Vit:- 110

Int/Sta:- 110

Luc:- 80

Tahap kekuatan persilatan

(rekaan saya semata-mata)

(tidak ada yang benar)

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Peringkat bawah

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

peringkat 1 - pelatih muda

peringkat 10 - pendekar muda

peringkat 50 - pendekar

peringkat 100 - pendekar utama

Peringkat Pertengahan

•••••••••••••••••••••••••••••••••

peringkat 110 - Guru kecil

peringkat 130 - Guru kanan

peringkat 150 - dato' bentara muda

peringkat 200 - dato bentara

Peringkat Tertinggi

••••••••••••••••••••••••••

peringkat 250 - panglima muda

peringkat 300 - Dato panglima

Peringkat 350 - panglima utama

peringkat 400 - Ketua Panglima

Peringkat 450 - Raja Muda

Peringkat 500 - Raja

peringkat 550 - Mahaguru Utama


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C2
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄