下載應用程式
85.71% Sfera / Chapter 36: Tuah

章節 36: Tuah

"Apa yang kau suka tentang Norman sebenarnya?" tanya Michelle. Ketika itu, aku datang bersama-sama dengan Ally ke spanya untuk satu sesi urutan kaki. Sambil diurut, aku membuka ceritaku kepada Michelle.

"Kalau kau hendak tahu apa yang aku suka tetang Norman, hmmmm... banyak yang boleh aku senaraikan. Aku suka Norman sebab dia ini seorang yang berkarisma, budiman, sentiasa tenang, dia sentiasa bercakap dengan menggunakan tona suara yang rendah, suara dia amat dalam, kulitnya sawo matang dan bersih, tinggi, matanya menawan, lengan dan bahunya menawan, rambutnya lembut, pembersih, pandai bergaya, pandai membersihkan rumah dan dia ni jenis susah hendak dapat dahulu kau tahu. Tetapi aku tidak berusaha sangat dahulu semasa kami mula menjalinkan hubungan sebab dia yang mendekati aku dahulu. Dia yang memulakan langkah. Apa yang aku maksudkan di sini adalah dia menjadi kegilaan ramai orang satu ketika dahulu. Jadi memang rasa beruntung sebab dapat kenal dengan dia" tanpa aku sedari beberapa pelanggan dan pekerja di situ pasang telinga dan mereka cuba menahan ketawa.

"Amboi. Bersinar-sinar mata kau bila bercakap tentang Norman ya" kata Michelle dia kemudian mengetapkan bibirnya.

"Apa? Eh mana ada. Aku cuma kelakar bila baca senarai ini dan bila teringatkan kisah lama"

"Bercakap dengan panjang lebar sebegitu. Lepas itu kata tidak ada apa-apa. Oh! Tolonglah Marina..." kata Ally pula. Cuba menyokong kata-kata Michelle.

"Eh. Betulkah?" aku bertanya kepada tukang urut yang sedang mengurut kakiku.

"Ya..." kata tukang urut itu. Dia mengangguk perlahan.

"Oh! Malunya aku..." aku menutup mukaku yang kemerahan.

"Jadi bagaimana sekarang? Syam atau Norman?" tanya Michelle.

"Hmmm.. Aku tidak mungkin dapat menerima Norman semula. Tidak." kataku sambil menggeleng-gelengkan kepala.

"Jadi kau betul-betul serius dengan Syam?"

"Hmmm..."

"Asyik 'hmmm...' sahaja kau ini Marina..." ujar Ally. Tidak berpuas hati dengan respon yang aku berikan.

"Shhhh... Ada call" telefon bimbitku yang sejak dua jam tidak berbunyi berdering.

"Marina. Awak tahu Diana Sinclair akan datang ke Kuala Lumpur sekali lagi bukan?" suara Daniel berkumandang.

"Diana Sinclair ya? Um..." Mendengar nama Diana Sinclair membuatkan aku tidak senang duduk. Aku tahu dia sememangnya akan datang semula ke kerana beberapa rancangannya sebelum itu terpaksa dibatalkan apabila dia perlu segera pulang ke Amerika Syarikat atas sebab-sebab tertentu.

"Ya. Memang dia akan datang semula, tetapi saya tidak tahu pula bila"

"Dengar cerita dia akan datang minggu hadapan" kata Daniel.

"Minggu hadapan?" apa yang diberitahu benar-benar buat aku teruja. Sekiranya ada cermin di hadapanku, pasti aku dapat lihat mukaku bersinar-sinar.

"Amboi bukan main suka lagi awak ya..." usik Daniel.

"Oh. Jelas sangatkah?" aku tertawa dengan gelagatku sendiri.

Tamat sahaja perbualan dengan Daniel, dengan perasaan ingin tahu yang berkobar, aku terus mencari maklumat terkini tentang Diana Sinclair. Seperti biasa, khidmat Pakcik Google digunakan.

Namun carian pertama yang aku jumpa bukan berkenaan kehadiran Diana ke Kuala Lumpur tetapi berkenaan dengan bekas suami Diana, Mirza Adam Sinclair.

Mirza Adam Sinclair tidak menyesali perkahwinannya dengan Diana.

Aku membaca tajuk carian itu dan membaca isi yang tertulis di dalamnya.

Apabila ditanya sama ada Mirza menyesali perkahwinannya dengan Diana Sinclair atau menyifatkannya sebagai satu kesilapan, dia menafikan sekeras-kerasnya.

"Kami tidak pernah bermusuhan. Kami mengambil langkah untuk berpisah apabila kami rasakan cara hidup yang kami pilih tidak lagi memungkinkan kami untuk melestarikan perkahwinan ini."

Dia malah terharu kerana Diana masih lagi menggunakan nama Sinclair sebagai pengenalannya kepada umum.

"He still loves you Diana" kataku sendirian setelah puas membacanya berulang kali.

Semenjak bertemu dengan Diana. Aku banyak menghabiskan masa membaca mengenai Diana. Perjalanan kariernya, kontrovesi yang terjadi dan pilihan-pilihan yang dibuat di dalam kehidupannya. Sebelum itu, aku hanya mengenali sebagai personaliti yang menghiasi ruang media. Namun selepas perjumpaan kali pertama dengannya, aku mula mengagumi Diana. Aku mula menyelami dirinya dan selalu membayangkan apa rasanya berada di tempat Diana.

'Mungkin aku patut hubungi Diana' kataku sendirian. Aku segera mencari nombor Diana. 'Ish. Takut pula' kataku, teragak-agak untuk menghantar mesej kepada Diana kerana rasa intimidasi yang begitu kuat sekali. Aku takut dianggap menjengkelkan oleh Diana. Namun, bila difikirkan semula, aku mula mempersoal rasa syakku kepada Diana itu. Aku tahu itu semua hanya perasaanku sahaja. Ia datang dari rasa rendah diri dan tidak yakin dengan nilai diri yang ada. Melupakan semua kegusaran itu, aku memberanikan diri untuk menghantar mesej kepadanya.

-Hai Diana. Dengarnya hendak ke Kuala Lumpur. Bila?-

Aku menunggu respon Diana, namun tiada apa-apa yang aku terima. Aku membiarkannya sahaja dan menyambung urusanku. Satu jam kemudian, satu Private Number menghubungiku. Walau pun teragak-agak untuk melayan nombor asing itu, aku menjawabnya dengan tenang. Memikirkan mungkin itu adalah Diana Sinclair.

"Hai Marina..." satu suara manja kedengaran. 'Ya! Tepat sekali dugaanku!' kataku sambil tersenyum apabila mendengar suara orang yang aku nanti-nantikan berkumandang di telefon. "Kenal siapa yang bercakap ini?" soal pemanggil, cuba bermain teka-teki denganku.

"Rasanya ini.... Diana? Diana Sinclair?" aku cuba meneka dalam kepastian. Walau aku hampir pasti yang bercakap ketika itu adalah dirinya.

"Wow! Saya tidak sangka awak dapat mengecam suara saya dengan begitu mudah!" Diana menyuarakan kekagumannya.

"Suara awak begitu distinctive. Apa khabar?"

"Saya sihat. Awak pula"

"Sangat sihat!"

"Yes. I can hear it from your voice. Saya pasti wajah awak pun sama juga sekarang ini. Seperti ditarik-tarik. Almaklumlah. Hey baru sahaja cipta sejarah bukan?"

"Awak pun apa kurangnya. Pasti bertambah serinya sejak menang anugerah di sana-sini"

Diana hanya ketawa apabila mendengar kata-kataku.

"Oh ya. Sementara saya ada di Kuala Lumpur sekarang ini. Apa kata kalau kita berjumpa Marina?"

"Apa Diana? Awak sudah ada di Kuala Lumpur?"

"Ya. Sudah lima hari di sini" jawab Diana selamba. "Sengaja saya tidak hebohkan. Jom kita jumpa sekejap Marina. Awak berhutang dengan saya. Saya buat majalah awak laku keras!" gurau Diana dalam nada yang mengugut.

"Although you had been difficult at the time..." usikku membalas.

"Well. It was intentional actually. It was an act!" terang Diana perlahan. Cuba merasionalkan kata-katanya.

"I don't think so. I don't think it was an act" kataku pula.

"Yes it was.." tegas Diana. Cuba menafikan kata-kataku.

Untuk beberapa ketika, kami nafi-menafi antara satu sama lain.

"Sudahlah Marina. Tidak habis kalau kita cerita tentang ini" kata Diana. Berpura mengeluh penat selepas kami bergurau balah seperti anak kecil

Kami berbual untuk seketika. Bercakap tentang rancangan kami untuk bertemu. Akhirnya sebelum tamatnya perbualan kami berdua bersetuju dan memutuskan untuk bertemu di Dr Love pada malam keesokkan harinya.

Semasa pertemuan kami sebelumnya aku pernah memberitahu Diana tentang Dr Love. Dia tertarik dan menyatakan minat untuk pergi berkunjung ke kafe itu. Oleh kerana itu Diana bersetuju untuk bertemu denganku di sana.

"Not Bad" kata Diana kepadaku sebaik sahaja aku bertanyakan tentang Dr Love. Matanya liar menganalisa setiap ruangan yang ada di Dr Love. Selepas memesan minuman, kami duduk dan berbual panjang. Namun ada sesuatu yang menarik perhatianku sejak saat Diana mula-mula melabuhkan punggungnya di situ. Bersama-sama dengan Diana adalah fail yang mana terdapat sekeping gambar berukuran pasport yg diletakkan di kocek failnya yang lutsinar.

'Kacak' kataku di dalam sendirian. Namun, aku tidak bertanya lanjut kepada Diana berkenaan lelaki di dalam gambar itu.

Perbualan kami membawa kami ke topik yang selalu membuatkan Diana sedikit gugup iaitu 'Mirza Adam Sinclair'

"Saya ada terbaca tentang Mirza."

"Oh ya? Apa yang terjadi? Maaf. Saya kurang baca berita online." jawab Diana. Cuba untuk bersikap tenang apabila nama Mirza diperkatakan.

"Tiada apa-apa yang terjadi pun. Cuma... dia cakap pasal awak"

"Oh. Apa yang dia kata?"

"Dia kata dia tidak menyesali perkahwinannya dengan awak dahulu dan dia terharu dengan nama Sinclair yang masih awak gunakan sehingga kini" terangku perlahan-lahan.

Diana terdiam seketika. Kemudian dia tersenyum.

"He better not or else.." kata-katanya tidak dihabiskan.

"Or else...?" tanyaku kepada Diana. Cuba memintanya untuk menyambung apa yang ingin dikatakannya.

"Tiada apa-apa. Cuma.. Awak tahu Marina. Hubungan kami pada mulanya okey. Tetapi anjakan realiti hidup kami mengubah segala-galanya. Realiti itu juga mengubah kami berdua. Dia menjadi seorang suami yang..." Diana berusaha mencari ayat yang sesuai untuk menggambarkan Mirza, "Tidak normal" katanya sambil ketawa kecil, "dan saya pula menjadi isteri yang tidak lagi ideal untuknya. Oleh itu, kami harus berfikir yang kami harus realistik dan mengambil langkah bijak.."

"dengan mengakhiri ikatan kamu berdua?" aku cuba menghabiskan kata-kata Diana. Namun, lenggok nadaku menyoal. Meminta dia untuk menerangkan dengan lebih lanjut.

"Ya." Jawab Diana sambil mengangguk perlahan.

"Pernah cuba cari jalan untuk bertahan?"

"Ya. Tetapi ianya sukar. Jadi, untuk kebaikkan kedua belah pihak dan rasa cinta antara kami, kami putuskan untuk berpisah"

"Perpisahan itu dibuat atas rasa cinta?" tanyaku pernuh hairan. Apa yang dikatakan oleh Diana bagiku tidak masuk akal.

"Ianya memang sukar untuk difahami. Apa yang orang dengar selama ini hanyalah soap opera yang direka. Tetapi itulah kebenarannya"

kata Diana merujuk kepada khabar angin tentang kecurangan yang mengakibatkan penceraian mereka.

"Bagaimana pula dengan awak Marina?" tanya Diana kepadaku. Dia nyata letih bercerita tentang dirinya. Lalu mengubah laluan bicara kami kepadaku.

"Hmmm... Rumit..." jawabku ringkas.

"Wow. Seorang playgirl pun menghadapi situasi 'rumit'. Ingatkan boleh selesai dengan mudah" kata Diana sambil tersenyum nakal.

"Playgirl? Diana. Tolonglah.. Saya bukan player okey" jawabku defensif walau tawa dalam kelucuan. Diiringi dengan hilai tawa kecil dari Diana. Reaksiku benar-benar menggelikan hatinya.

"Diana. Boleh saya tanya sesuatu?" tanyaku setelah lama menunggu Diana berhenti ketawa.

"Ya"

"Siapa lelaki itu?" aku menunjuk kepada gambar lelaki yang terselit di dalam poket lutsinar failnya.

"Ini?" tanya Diana. Terkial-kial mengeluarkan gambar itu dari poket fail.

"Ya. Sejak tadi saya nampak. Awak hendak buat jampikah?"

"Jampi? Luculah awak ini. Nama dia Tuah. Cuba kamu teliti gambar dia betul-betul Marina"

Diana mehulurkan gambar Tuah itu kepadaku.

"Kacak...." pujiku ikhlas "Siapa dia ini Diana?" aku bertanya sambil memberi Diana satu jelingan nakal.

"Kalau awak hendak tahu dia bekerja di Lataya Food sebagai pembantu penyelidik."

"Lataya Food?"

"Ya. Mungkin awak tidak pernah dengar nama itu tetapi, kami adalah salah satu pelabur dalam syarikat itu"

'Hmm.. Kami yang Diana katakan itu bermaksud dia sebenarnya' gumalku sendirian.

"Kalau dilihat dari namanya, ia seperti satu syarikat makanan sahaja"

"Ya Marina. Tepat sekali. Tetapi Buat masa ini, Lataya fokus mengeluarkan coklat dahulu"

"Di mana pejabat Lataya?"

"Di Chicago"

"Oh. Begitu..." aku mengangguk-angguk "Jadi kenapa awak bawa gambar Tuah?"

"Oh. Sebenarnya begini. Dia kini telah kembali semula ke Malaysia dan kami sedang mencari penggantinya" jelas Diana. Walaupun begitu aku masih tidak faham kenapa dia perlu membawa gambar itu bersama-sama dengannya. Mungkin kerana dia ingin mencari orang yang serupa dengan Tuah. Jadi, dia membawa gambar itu sebagai panduan.

"Sudah jumpa?" tanyaku kepada Diana.

"Belum lagi. Masih lagi mencari"

"Jawatan seperti itu menjadi rebutan orang. Sekejap sahaja awak akan jumpa pengganti Tuah"

Diana terdiam. Dia seperti memikirkan sesuatu. Kemudian, dia merenung gambar Tuah yang sedang aku pegang.

"Diana?" aku menegur Diana yang seperti kaku dipukau.

"Ya Marina..."

"Awak okey?"

"Ya. Saya tidak apa-apa. Maaf, saya terfikirkan sesuatu tadi. Di mana kita sebentar tadi?" soalnya kepadaku. Dia menghirup teh panas yang berada di hadapannya.

"Jawatan Tuah" jawabku ringkas. Diana mengambil beberapa ketika untuk berfikir.

"Ya. Sebenarnya ia satu jawatan yang kecil sahaja. Tetapi ia membuka pintu kepada seseorang untuk meluaskan network mereka jika kena caranya." terang Diana bersemangat.

"Seperti apa yang saya sedang buat sekarang. Tetapi tidak luas-luas juga network saya" kataku sambil ketawa.

"Itu bermakna awak perlukan sesuatu yang baru Marina"

"Ya. Mungkin juga tetapi banyak yang perlu difikirkan."

"Oh ya? Seperti?" wajah Diana serius. Dia benar-benar ingin tahu.

"Sukar untuk saya jelaskan. Tetapi apa yang boleh saya simpulkan adalah sememangnya saya sedang mencari peluang yang sesuai." terangku penuh berhati-hati. Kurang bersedia untuk berkongsi visi dengan Diana.

"Bagaimana jika peluang itu ada di depan mata kamu?" tanya Diana kepadaku.

"Maksud awak?"

"Bagaimana jika saya cadangkan orang di Lataya untuk ambil awak sebagai pengganti Tuah"

"Saya?!" mataku terbeliak. Tidak percaya dengan apa yang baru aku dengar.

"Mmm... Hmmm..." Diana menganggguk.

"Awak mahu saya menggantikan tempat Tuah?" sekali lagi aku bertanya untuk kepastian. Diana pula hanya mengangguk dan tersenyum.

"Awak tidak bergurau Diana?"

"Tidak... Saya sendiri yang akan mencadangkan nama awak kepada mereka nanti"

"Tetapi kenapa saya?"

"Saya rasa awak boleh"

"Baru beberapa kali kita berjumpa dan awak terus boleh tahu yang saya sesuai atau tidak untuk jawatan ini?"

Diana tidak menjawab segera pertanyaanku. Dia kelihatan cuba mencari rasional akan cadangannya itu.

"Sebelum ini saya pernah bertanya kepada Markonah, James dan Daniel tentang awak."

"Awak tanya tentang saya kepada mereka" keningku berkerut. Benar-benar hairan dengan apa yang bari diberitahu Diana.

"Jangan salah sangka. Saya bukannya mengintip awak. Selepas kita berjumpa tempohari saya rasa awak punyai banyak potensi. Jadi, saya bertanya kepada Daniel tentang awak beberapa hari selepas kita bertemu untuk temuramah itu dan dia memberikan feedback yang bagus tentang awak. Begitu juga dengan James."

"Mereka beritahu segala-galanya tentang awak..."

Segala-galanya? Aku tidak begitu risau dengan James. Namun aku tertanya-tanya. Apa yang agaknya Daniel beritahu tentang aku?

"Tetapi jangan beritahu Daniel yang saya sedang cuba 'mencuri' awak dari dia okey." tambah Diana sambil ketawa.

"Bagaimana pula dengan Markonah?" "Dia tidak memberi sebarang respon"

"Fuhh...!!! Nasib baik"

"Saya tidak harap respon dari dia. Setelah apa yang berlaku di Nona Silk dahulu. Saya percaya dia akan beri komen yang negatif tentang awak"

"Ya. Betul. Sudahlah Diana. Saya tidak mahu cakap tentang dia lagi"

"Okey. Saya pun tidak mahu cakap tentang Markonah lagi. Jadi bagaimana Marina? Apa pendapat awak tentang Lataya?"

Aku menarik nafasku dalam-dalam. Berfikir sejenak tentang tawaran mengejut Diana itu.

"Entahlah. Saya..." aku terhenti seketika. Mencari ayat yang sesuai sementara tiada kata putus yang boleh aku berikan.

"Ini peluang baik untuk awak timba pengalaman Marina. Saya rasa tiada sebab untuk awak katakan 'tidak'"

"Saya bukan menolak saya cuma... perlukan sedikit masa untuk berfikir"

"Hmmmm... Ini tentang cinta bukan?"

Aku tidak menjawab soalan Diana. Aku hanya mengelip-ngelipkan mataku beberapa kali dan kemudian aku mengalihkan pandangan ke arah gelasku. Diana hanya tersenyum.

" Hidup ini pelik bukan? Kadangkala kita keliru sama ada kita punyai kuasa untuk mengawal takdir kita atau pun tidak. Ramai yang kata kuasa kita terbatas kerana aturan ini milikNya. Namun, kita juga tahu yang kita sebenarnya bertanggungjawab terhadap pilihan yang kita buat dari masa lalu, kini dan akan datang. Saya juga tidak tahu apa yang ditakdirkan untuk saya. Namun seboleh mungkin saya cuba mengelak dari dikawal situasi. Susah apabila situasi mengawal kita Marina. Susah... seboleh mungkin kita perlu elakkan..."

Aku tersenyum mendengar kata-katanya. Daripada kata-kata Diana itu, aku tahu dia cuba menyampaikan sesuatu kepadaku. Aku dapat merasakan keikhlasannya.

"Awak tidak perlu beri jawapan sekarang dan saya juga tidak paksa awak. Awak fikirkan dahulu tawaran saya ini okey?"

Aku hanya tersenyum dan mengangguk anggukkan kepalaku tanda mengerti akan kata-kata Diana itu.


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C36
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄