下載應用程式
94.33% cempaka dirembulan / Chapter 100: percaya atau tidak

章節 100: percaya atau tidak

cempaka membelek kolum berita-berita sensasi di telefonnya. mencari-cari tentang kebenaran tentang kes kematian dua orang model yabg digembar-gemburkan oleh wartawan yang menemuramahnya siang tadi.

" tengok apa?" tanya ikran sambil mengelap rambut basahnya.

cempaka menggeleng. telefonnya dikunci dan diletak ke tepi. satu sikapnya apabila bersama dengan ikran,dia tidak suka ada gangguan. ingin menumpukan sepenuh peehatian kepada suaminya.

" abang.. erm.. asrafi tu siapa?? berapa abang punya bodyguard selain daripada jeffri,dayana dengan nazim??" tanya cempaka ingin tahu serva sedikit tentang orang-orang yang rapat disisi suaminya itu.

ikran melabuhkan punggung di sofa berangkai tepi katil. kakinya disilangkan. sebatang rokok dikeluarkan.

" kalau abang taknak bagitahu... takpe.." melihat ekspresi ikran yang pelik,cempaka membatalkan niatnya bertanya.

ikran menghembus asap rokoknya perlahan-lahan. entah bila dia akan berhenti merokok.

" mereka bukan bodyguard abang. " beritahu ikran membetulkan tanggapan cempaka. isterinya itu mungkin tidak memahami dunianya. biarlah dia beritahu sedikit.

" dah tu?" pelik pula cempaka.

" mereka orang yang memiliki kepintaran dan terpilih untuk menjalankan misi-misi sulit." ikran tidak menjelaskan dengan teliti.

cempaka mengangguk.

" mereka lebih kepada tulang belakang tid. orang-orang yang mengukuhkan tid." cerita ikran. teringat satu persatu wajah pasukannya.

" owh.. " cempaka hanya mampu owh jelah. dia buka faham pun cerita ikran.

" sini.." gamit ikran menepuk ruang kosong disebelahnya. mengajak cempaka rapat disisinya.

cempaka akur. menurut ajakan ikran.

" minggu depan awak akan teman saya untuk pertemuan penting.. mungkin kita akan tinggal dalam tempoh dua ke tiga hari.." maklum ikran menarik tubuh cempaka rapat ke dalam dakapannya.

" kena pakai formal ke?" tanya cempaka yang tidak menyukai majlis-majlis formal.

ikran angguk. dagunya disangkut di bahu cempaka. romantik gitu.

cempaka sangat suka apabila ikran memelukanya sebegini. terasa kasih sayang ikran hanya untuknya walau dia masih keliru dengan perasaan suaminya itu.

" abang.. boleh saya tanya abang sesuatu..?" cempaka meminta kebenaran untuk bertanya kepada ikran. takut juga ikran akan marah dengan pertanyaannya.

" hurmm.."

" tapi... abang kena janji dulu... abang takkan marah.." cempaka meminta ikran berjanji dahulu sebelum bertanya.

ikran mengangguk. apa-apa ajalah isterinya itu. " abang tahu... siang tadi... "

" tahu..." porong ikran sebelum sempat cempaka menyudahkan ceritanya.

" erm.. kalau abang tahu.. saya straight to the point.." pastilah ikran tahu. pasti asrafi sudah menjelaskan serba sedikit kepadanya.

" betul atau tak abang terlibat??tanya cempaka terus. wajahnya ditunduk. takut kena marah dengan ikran.

ikran senyum sinis. riak wajahnya bertukar sinis. pelukan di tubuh cempaka diketatkan.

" awak tak percaya abang?" tanya ikran sinis nada suaranya.

cempaka menggeleng.

" percaya ke tak?" tekan ikran. suaranya sedikit dikuatkan. sengaja ingin melihat reaksi cempaka. berani-berani isterinya itu meraguinya.

" percaya.. " perlahan suara cempaka menyebut perkataan percaya.

" kalau betul abang terlibat.." sengaja ikran memprovokasi cempaka. ingin melihat sejauh mana tahap percaya cempaka.

" tak mungkin... saya percaya..kalau abang nak bunuh mereka.. belum tentu polis akan jumpa mayat mereka.." cempaka memberi jawapan bijak dan selamat.

ikran ketawa sinis.

" abang.. mengantuk.. jom tido.." cempaka menukar topik cepat. takut mood ikran berubah.

ikran diam tanpa riak. pandai cempaka menukar topik. tangannya yang erat melilit tubuh cempaka dilonggarkan. tubuhnya disandar pada sofa. matanya dipejam.

" selepas ni.. abang takkan selalu ada disisi awak.. tetapi orang-orang abang akan mengawasi awak.." ucap ikran perlahan.

cempaka tegak. dia akan ditinggalkan lagi..dan lagi..dan lagi.. jadilah dia isteri kesepian.

asrafi memandu keretanya menuju ke arah butik mida's. sengaja mencuci mata. ada rezeki boleh bertemu pemangsanya.

putri ketawa seronok mengingati riak wajah mengelabah cempaka yang dikerumuni para wartawan. padan muka. cari lagi pasal dengan aku. kau ingat suami kau musnahkan witty group,aku akan berdiam diri. kau tak kenal lagi siapa aku. putri ketawa riang.

asrafi hanya memerhati tingkah putri dari kejauhan. memang langkah kanan.

" wong.. aku nak semua data dan nombor telefon dalam telefon dia dan aku nak tengok transaksi akaun dia.." arah asrafi kepada wong di talian.

" 24 jam.." janji wong.

" okey.." talian mati.

" huh.. aku tak habis cakap lagi.." rungut asrafi sambil memasukkan telefonnya ke dalam poket seluar.

nadia mula merangka idea untuk bertemu empat mata bersama ikran. bagaimanakah cara agaknya. dia ingin menyerahkan salinan rakaman video ugutan putri kepada ikran. menggunakan kesempatan ini untuk menarik perhatian ikran kepadanya.


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C100
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄