下載應用程式
49.05% cempaka dirembulan / Chapter 52: NIRINA

章節 52: NIRINA

dari kejauhan zikri mengambil gambar cempaka dan dayana menggunakan telefon bimbitnya. gambar dayana memimpin cempaka menuju ke kereta dari awal sampailah akhir. dia ketawa kepuasan. akhirnya.. ada sesuatu akan digunakan untuk memalukan cempaka yang sering menyakiti hatinya. kalini dia akan memastikan cempaka melutut merayu di kakinya.

ikran membuka bungkusan yang diposkan kepada cempaka. bungkusan yang tiada nama.

di dalamnya terdapat satu kotak kecil cantik terukir. ikran membuka kotak itu. di dalamnya terukir indah sebentuk cincin berlian. rekaan yang unik dan agak ketinggalan zaman. ikran mengambil untuk melihat ukiran nama di dalam cincin itu. NIRINA. cantik nama itu terukir. ikran menggenggam cincin itu sambip memejam mata. terbayang di matanya satu wajah ayu dan lembut.

" ik.. rina cintakan ik.. rina akan setia kepada ik.." suara si gadis itu sewaktu mengucapkan cinta padanya masih jelas.

" rina.. semoga kau tenang di sana.. ik akan bela kematian rina.." bisik ikran kepada diri sendiri. cincin itu diletakkan kembali ke tempatnya dan dimasukkan ke dalam laci.

tok..tok..

pintu terbuka,terpacul wajah jefri dan dayana.

" maaf mengganggu tengku.." jefri serba salah nak masuk apabila melihat wajah beku ikran.

" takpe.." ikran memberi isyarat masuk dan duduk.

" saya dah buat pemantauan untuk semua sistem keselamatan villa ni.." maklum jefri.

ikran angguk. dia tidak risaukan keadaan villa. yang dia risau cempaka. keselamatan cempaka yang paling utama. nilai cempaka selepas menjadi isterinya adalah berjuta ringgit malaysia. dia bukan sayang duit..namun nyawa yang dia sayang. dia takut nasib cempaka akan sama seperti nirina. nirina yang malang. kematiannya masih menjadi tanda tanya dan apakah puncanya? masih menjadi tanda tanya.

" jeff.. saya amanahkan cempaka dekat tangan kamu.. tolong jaga dia seperti nyawa kamu.." ikran meletak sepenuh harapan dan kepercayaannya kepada jefri dan dayana. cadangan nazim untuk menggunakan khismat kedua mereka sebenarnya amatlah dipersetujuinya.

" tengku jangan risau.. keselamatan puan tetap nombor satu.." dayana membuat janjinya.

" baguslah.. tolong lihat siapa yang dia jumpa dan dengan siapa dia berhubung. jangan sampai peristiwa nirina berulang kembali.." pesan ikran lagi.

" nirina?" jefri bertanya dengan tanda tanya di kepalanya. sudah nama lama itu tidak wujud. wanita yang sudah lama meninggalkan dunia dan menyebabkan dua keluarga berpecah belah.

" iya.. nirina.. saya dapat bungkusan cincin nirina..cincin yang hilang bertahun lamanya. muncul kembali." cerita ikran.

jefri dan dayana berpandangan.

" ini mesti kerja al fateh.." tebak dayana.

ikran menggeleng. satu bungkusan ditunjukkan kepada dayana.

" ini.. hadiah dari al fateh untuk cempaka." ikran menunjukkan satu bungkusan yang sudah terbuka. di dalamnya berisi barang kemas. seutas rantai mutiara hitam. memang dituju khas kepada cempaka.

" ini dari al fateh? " tanya jefri membelek bungkusan itu.

" hmm.. "

" gila.. apa motif dia sebenarny serahkan benda ni kepada lady boss?" tanya jefri sambil mengerut dahinya.

ikran menepuk bahu jefri. menyuruhnya bertenang.

" fateh nak gunakan cempaka untuk balas dendam."

jefri dan dayana mengangguk.

cempaka memejam matanya. jam masih awal lagi. baru pukul 10 malam. namun mata cempaka sudah tidak tahan lagi. ikran yang sedang menyelesaikan urusannya di bilik kerjanya tidak dipeduli. dia terus terlena

jarum jam menginjak pukul 12 lebih baru ikran berlalu ke kamar peraduannya dan cempaka. buka sahaja pintu,matanya menangkap kelibat sang isteri yang sedang terlena. ikran berlalu ke bilik air mencuci kakinya sebelum memanjat katil. tubuhnya berbaring membelakangi cempaka. matanya dipaksa pejam.

cempaka yang terlena dari tadi tersedar apabila terasa ada penggerakan di sisinya. matanya yang terpejam di buka perlahan dan ditolehkan ke ruangan sisinya. ikran berbaring membelakanginya. cempaka mengiringkan tubuhnya lantas memeluk pinggang ikran dari belakang. tubub mereka menjadi sangat rapat sehingga ikran boleh merasa setiap lekuk tubuh cempaka.

" kenapa?" tanya ikran apabila merasakan hangat pipi cempaka dibelakang tubuhnya.

" nak peluk abang.. lepasni..tak dapat dah.." serak suara cempaka menutur katanya.

" ermm.." ikran membiarkan. selesa dengan pelukan itu.

" abang.. antara kasih..cinta dan sayang.. mana satu abang bagi dekat saya?" tanya cempaka tiba-tiba . dia sengaja ingin mengetahui jawapan ikran.

ikran mengusap tangan cempaka yang berada di pinggang. memikir untuk memberi jawapannya. kalau kasih.. tak kut..cinta pun tak.. dia bersama cempaka kerana tanggungjawap.. kalau sayang tu ada la kut. sayang cempaka sebgai hartanya.

" awak?" ikran bertanya kembali kepada cempaka. mahu mendengar jawapan cempaka dulu.

" saya sayangkan abang.. kasihkan abang selayaknya seorang isteri mengasihi suaminya dan yang paling utama.. sejak hari kita nikah, saya dah cintakan abang. saya dah serahkan diri saya kepada abang kerana saya cintakan abang.." panjang lebar jawapan cempaka.

ikran memusingkan tubuhnya. merangkul cempaka ke dalam dakapannya. dahi isterinya dikucup sayang.

" maafkan abang sebab belum rasa semua perasaan itu lagi.."

hampa..hampa sangat-sangat perasaan cempaka. namun dia tetap tersenyum.

" takpe.. saya akan tunggu sampai abang rasa semua benda tu.." positif penerimaan cempaka. perlahan-lahan dia akan menawan hati ikran.

" tidur.." suruh ikran menepuk-nepuk punggung cempaka. mendodoikan isterinya itu.

cempaka mengusap dada ikran yang tidak berbaju. wajahnya diangkat melihat wajah suaminya. mata lelaki itu rapat terpejam. cempaka dengan beraninya mengucup mata yang terpejam itu sebelum berakhir di bibir suaminya. ikran tidak memberi sebarang tindak balas.

" abang taknak?" tanya cempaka sudah bangkit daripada baringannya.

ikran yang memejam mata lantas membuka. wajah penuh mengharap cempaka dipandang lama.

" abang taknak?" tanya cempaka lagi.

ikran menarik cempaka berbaring. tubuh itu didakap erat ke dalam pelukannya sebelum bibir cempaka dijadikan sasaran.

cempaka membalas ciuman hangat suaminya. dia mengubah kedudukan mereka. kini dia berada di posisi atas. ikran membiarkan apabila merasakan leher,bahu dan dadanya digigit manja oleh cempaka. membiarkan tindakan rakus isterinya. pasrah menyerah kepada cempaka.


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C52
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄