下載應用程式
2.83% cempaka dirembulan / Chapter 3: pengubat duka.

章節 3: pengubat duka.

" Papa..papa.." ada satu suara halus yang mengejutnya dari terlajak lena. Perlahan-lahan mata dibuka. Wajah comel teruja dengan mata yang bersinar menyapa pandangannya. Ikran tersenyum. Sepantas kilat dia menarik tubuh kenit itu ke dalam dakapannya. Dicium bertalu-talu wajah polos itu. Si anak pula terjerit-jerit menolak wajahnya

"Papa busyuukkk.. papa bussyyyukk.. " sekuat tenaga wajah papanya ditolak.

Ikran menghantikan perbuatannya. Membiarkan Ayish dalam pelukannya.

"Rindu papa?" tanyanya.

Si kecil itu mengangguk. Wajah papanya diusap. Ikran memejam mata. Usapan itu sama seperti usapan cempaka saat sering ditinggalkan bersendirian atas kesibukan kerjanya. Sifat anaknya ini pasti menurun daripada cempaka. Cempaka yang sabar menantinya pulang walau ditinggalkan berhari-hari. Cempaka yang rajin menghubunginya andai beban kerja menghimpitnya. Matanya berair. rindunya begitu membara kepada cempaka.

"Papa annggiss??" tanya Ayish.

Ikran menggeleng.

"Papa mengantuk lagi. Ayish kejut papa awal.... sangat.." usiknya. Tidak mahu anaknya tahu apa yang ada dalam hatinya.

" Coooowwyy papa.." Ayish meminta maaf. Bangun dari tidur melihat kereta papanya masih ada. Dia jadi bersemangat. tanpa bersarapan dan mempedulikan pembantunya kaki terus dihala ke bilik utama. tempat papanya beradu.

" Okey.. disebabkan Ayish dah minta maaf.. Sebagai hukuman.. Ayish kena teman papa joging pagi ni.." Ikran mengambil kesempatan mengajak anaknya menemani bersenam. Rutin paginya andai tidak bekerja atau masuk ke pejabat lewat.

Ayish mengangguk setuju. Perasaan bersalah lantas menjadi teruja.

Ikran berlari anak perlahan mengikuti langkah kecil Ayish. Anak itu banyak onarnya. Ada sahaja benda yang mahu dibuatnya. Rasanya pagi ini dia bukan berjoging tetapi dia lebih menjadi papa monster. sikit-sikit dia mengejar langkah si anak yang semakin aktif mengusik itu ini. Si anak itu pantang matanya melihat ke arah lain,habis semua benda disentuhnya. Penat juga rupanya menjaga anak 5 tahun. Rungutnya.

"Pa..pa.. koiii.. koiii." teruja Ayish menunjuk ke arah kolam ikan di bawah titi yang sedang mereka berdiri kini. ada ikan-ikan kap jepun berenang dengan gembiranya.

Ikran turut serta membuang pandang ke arah yang ditunjuk Ayish. Ohh.. ikan kap rupanya.

"Papa.. ayish nak catu.." minta anaknya.

Ikran ketawa. TUbuh kecil itu didukung.

"Kalau papa ambil satu nanti kasihan ikan tu.. mereka akan sedih hilang keluarga." dengan lembut Ikran menolak permintaan anak itu. Mata yang teruja itu bertukar suram. sedih permintaannya ditolak si papa. namun dia juga cuba menghadami kata-kata papanya.

" nanti... kalau ayiishh ambiik koii tu dah tiade mama kan papa?macam ayish" sedih nada suara itu mengingati mamanya.

Ikran mengetap bibir. Anaknya sudah besar dan pintar serta bijak berkata-kata. Ya kata-kata itu. Perit rasanya menusuk sanubari.

Ikran mengangguk. Meletak Ayish ke lantai. Tangan kecil itu dicapai ke gengamannya. Meneruskan perjalanan mereka. Suasana sepi. Ikran melihat satu bangku kosong. Menarik anaknya ke sudut itu. Mereka duduk sebelah menyebelah. Ikran mengusap rambut si anak.

"Ayish rindu mama?" tanya Ikran.

Ayish mengangguk. Hanya gambar mama sahaja yang menemaninya sehingga kini.

" Papa pun rindu mama. Tapi kerja mama banyak. Mama tak boleh balik lagi." itulah kata-kata pujukan yang digunakan saat anak kecil itu bertanya kewujudan cempaka.

Ayish angguk. Kepalanya disandar pada tubuh Ikran.

" papa.. ayissh rilly rilly miss mama.." itulah kata yang selalu menyakitkan Ikran. Mengingatkan dosanya yang menjadi penyebab Ayish kehilangan kasih sayang mama.

"Mama pun really miss ayish. papa sure" pujuk ikran menarik ayish ke dalam pelukannya.

"pulanglah cempaka. pulanglah demi ayish yang sangat rindukan mamanya." rayu hatinya tidak didengari oleh sesiapa. Ikran mengetatkan pelukannya.

" Jom sama-sama kita berdoa semoga mama cepat pulang.." bisik Ikran lembut di telinga Ayish.


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C3
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄