Moga hari ini lebih baik dari semalam.
"Nah, entah apa lagi perlu di perbaiki buat diri sendiri mahu begitu atau begini?",fikiran berjalan terus dan mata terus merenung jauh nun entah di mana, bila mengelamun maka berjalan tanpa arah tujuan.
"ASSALAMULAIKUM ", agak kuat suara Iqbal kerana salam sebelumnya tidak berjawab.
Sedikit tersentak kerana terkejut , Lyn sepontan memandang tepat ke muka Iqbal.
"Sorry ,Lyn tak perasaan tadi",jawapan polos dan jujur dari dirinya.
"Tak apa, cheq cuma nak habaq kat hang esok cheq kena ambik EL, kena uruskan hal keluarga . Baru dapat berita tadi dan dah habaq Boss. Nak minta hang tolong apply dalam system",seperti kebiasaan Iqbal setiap urusan cuti sakit, cuti tahunan semua akan di uruskan oleh Lyn.
"Okay noted.",ringkas jawapan Lyn kerana harus mengatur semula jadual CEO secepat mungkin agar semula berjalan lancar tanpa cela.
Kedengaran intercom berbunyi lalu dijawab pantas oleh Lyn.
"Okay Encik Shah",lalu talian dimatikan. Di pandang Iqbal dihadapan,"Iqbal,boss bilang hang boleh balik dah,selesaikan urusan hang",seperti arahan yang diterima itulah disampaikan oleh Lyn.
"Baik Boss kita ya Lyn, selama cheq keja sini, Boss kita yang ini walau masih muda tapi bertimbang rasa",ucap Iqbal benar-benar terharu dengan layanan CEO mereka. Sisi-sisi kebaikan yang dapat mereka lihat dengan jelas.
Terdiam Lyn hanya mampu mengangguk kerana itu adalah kebenaran.
"Dapat Boss yang baik begini jangan ambik kesempatan!", sempat lagi Lyn memberikan sedikit usrah.
"Hang ni Lyn, pantang ada kesempatan confirm cheq kena. Okay Lyn cheq pi dulu, lusa cheq Mai balik".
Lyn memandang ke arah meja Suhaila.
Bermonolog sendirian-mahu atau tidak fikirnya.
Berencana mahu bercuti, mengambil sedikit kesempatan untuk meluangkan masa bersama Damien dan diri sendiri.