Dengan mata yang agak layu dan terbatuk-batuk kecil kerana semalaman tidak nyenyak tidur dan terpaksa bangun lebih awal untuk pulang ke kondo dan bersiap ke office, Arman berjaya menghadirkan diri tepat jam 9 pagi dan kedatangannya sudah di tunggu oleh Aidel untuk meeting mereka yang pertama hari itu. The day start, and as a same routine, a busy and tiring day.'Nasib badan',bermonolog sendirian usai perbincangan bersama Aidel bersama pasukannya lalu melangkah perlahan menuju ke officenya.Di hatinya tiba-tiba sahaja hadir kerindunya pada si dia,sempat dia menoleh ke bilik kaca yang menempatkan Lyn dan Suhaila, kelihatan mereka berdua asyik bekerja.Duduk di kerusi melihat pintu kemudian beralih pula arah telefon berulang kali dan setelah agak lama melakukan perbuatan itu entah berapa kali dan akhirnya tangannya mencapai dan gagang pun di angkat lalu nombor hp Lyn di tekan, bila sahaja talian di jawap oleh Lyn, terus di lagukan sebuah lirik lagu,"I just call to say I LOVE youuuu!".Terdiam orang yang disebelah sana sebentar dan kemudian kedengaran gelak kecil dan pastinya dia sedang manis tersenyum dan terdengar di hujung talian, "Shah,you dah kenapa?", lembut suara Lyn menegur kerana masih di pejabat dan Suhaila depannya."RINDU",Arman menjawap,terus Lyn menyambung memintas kata-kata yang banyak lagi ingin di lontarkan oleh Arman,"Lyn busy sikit sekarang ini nanti Lyn call back",lalu panggilan itu di matikan.Kerana Lyn sangat fair wajahnya terus berubah memerah menerima panggilan sebegitu juga agak terperanjat dengan sikap Arman yang tanpa segan silu menyatakan apa sahaja di fikiran dan hatinya.Ada sedikit bunga-bunga dan rama-rama berterbangan di hatinya saat itu,sesuatu yang telah lama terkubur satu tika dahulu."Sweetnya Lyn muka you merah padam sungguh,boyfriend call ya",jerkap Suhaila yang berdiri menunggu Lyn memberikan dokumen yang hendak di biding."Ishh bukan la", Lyn menidakan, betul la jawapan dia bukan boyfriend tapi SUAMI yang menelefon dia."Senyum itu lain macam,you tu putih melepak senang sangat nak tengok perubahan muka tu lain la I gelap susah nak detect",sambung Suhaila lagi cuba mengorek cerita dari teman sekerjanya itu.Tiba-tiba intercom di depan Lyn berbunyi."Lyn minta bawa file Smith",kedengaran suara Arman di intercom itu.Gagang di angkat dan di jawap Lyn."Sebentar tuan, saya bawakan".Opsss lega Lyn terlepas dari menjawap soalan dari Suhaila itu."Kacau la boss ini",boleh di dengar oleh Lyn apa yang di ucapkan oleh Suhaila yang berlalu ke mejanya menyambung kerja yang patut di siapkan.'Susahnya kerja satu office dengan pasangan memang ada gangguan sebegini ke',hati kecil Lyn berbicara sendirian.'Ini nak apa pula la pakcik sorang ini ikutkan file Smith dah settle last month',malas untuk berteka teki sendirian Lyn beredar menuju bilik tuan Arman Shah membawa dokumen yang di kehendaki.
"Lyn, jom lunch sama today",duduk sahaja Lyn di kerusi berhadapan Arman,terus ajakan itu di lontarkan."Tuan, sini office bukan tempat dating,tuan ada lunch meeting dengan Haji Ismail Ishak",sepantas itu jawapan Lyn kerana jadual Arman minggu ini memang agak padat."Batalkan sahaja, Iqbal pun cuti hari ini",selamba Arman mengeluarkan arahan itu tanpa berfikir panjang."Driver pool dah di aturkan untuk tuan hari ini, pagi tadi sahaja tiada sebab tuan yang bagitau tak mahukan driver untuk ke pejabat,company memang ada back up jika driver tuan cuti or atas apa-apa sebab,driver hari ini Midun dah tunggu tuan pun', panjang lebar Lyn memberikan penjelasan."Terkebil-kebil Arman memandang Lyn yang sangat bersikap profesional tika itu. Dia lalu mendekati kerusi Lyn dan di tarik kerusi tersebut lalu muka Lyn di pandang sepenuh perasaan."Okay dah lepas rindu,pergi la sambung kerja",selamba Arman berjalan ke kerusi dia semula sambil memyambung bicara,"Balik nanti Shah tunggu Lyn ya kita balik sama". Lepas satu ,satu permintaan Arman yang bagi Lyn sangat keanak-anakan,tak di sangka yang sisi lain Arman sebegitu lain dari sikap dia yang sebelumnya -tegas,berkarisma dan sangat sukar di dekati. Ini seperti anak kecil meminta perhatian macam kucing pun ada sentiasa nak di belai.'OMG,tak terfikir akan situasi ini akan timbul',agak marah Lyn berlalu meninggal Arman tanpa memberikan jawapan. Arman cuma memandang dengan senyuman di bibir,'Padan muka, nak serius sangat nasib baik aku tak cium',dia tergelak sendirian kerana sengaja mengusik Lyn dalam masa sama nak sedarkan si dia yang dia ada hak untuk semua itu. Apa salah nak mengurat isteri sendiri.
Terima kasih pada yang sudi membaca penulisan saya. Segala cadangan dan komen di alu-alukan untuk pembaikan penulisan ini. Oleh kerana saya adalah seorang amatur maka mungkin banyak kesilapan yang tidak saya sendari.