下載應用程式
0.68% Renjer Malam / Chapter 5: Dalang

章節 5: Dalang

編輯: EndlessFantasy Translation

Ini nampaknya lebih bermasalah!

Ianya hanya sedikit melecehkan pada pandangan Marvin. Dia tidak berasa tertekan disebabkan hanya seorang musuh sahaja yang tinggal.

Kerana ketangkasan dan kekuatan gangster yang memegang parang itu tidak lemah, dia berkemungkinan besar adalah [Samseng Pemedang]. Kelas Pangkat 1 ini adalah sub-kelas Pelawan yang memberi fokus kepada kuasa serangan dengan atribut yang sederhana.

Marvin melihat segera pada tetingkap statistiknya. Selepas membunuh empat ahli kumpulan Acheron, dia telah memperoleh 59 nilai Exp Pertempuran. Dia hanya perlukan 50 nilai Exp lagi untuk mencapai Renjer kelas 2.

Dia pun mengagihkan 50 nilai Exp dengan segera ke kelas Ranger dan perasaan hangat tersebar melalui ke seluruh tubuhnya. Dia pun menjadi Ranger kelas 2.

Selepas naik ke kelas 2, HPnya meningkat sebanyak 13 mata yang memberi hasil jumlah 50 HP. Nilai kemahiran meningkat sebanyak 24 mata manakala mata atribut bebas kekal sama. Dia hanya akan mendapat mata atribut bebas setiap kali meningkat dua kelas sahaja.

Dia pun mengagihkan 4 nilai kemahiran dari 24 nilai kemahiran kepada kemahiran [Hide] dan membiarkan dahulu selebihnya pada masa ini.

Samseng Pemedang itu pun menerkam ke Marvin dan cuba menetak parang ke arahnya.

Dia ingin membelah Marvin kepada dua bahagian!

Marvin dengan tenang berdiri di situ sambil mengambil satu langkah ke sisi dan berlindung di sebalik pokok!

Bang!

Selepas membetulkan tangannya, samseng itu mensasarkan Marvin lagi! Marvin pun melompat kembali dan parang itu terkena pokok. Serpihan pokok berterbangan disebabkan tetakan tersebut.

"Matilah kau!" Lelaki itu menjerit dengan wajah penuh aura membunuh. Dia menarik parang dari pokok itu. Siapa sangka bahawa pada masa itu, Marvin menuju ke arahnya, dan melanggar dada samseng itu?

Samseng Pemedang itu tidak bersedia dengan tindakan Marvin tersebut menyebabkan dia tertolak ke belakang beberapa langkah dan hampir terlepas genggamannya ke atas parang itu.

"Sekarang!"

Dia masih dapat membuat semua jenis pertimbangan yang berkaitan dengan pertempuran walaupun ketika bergerak laju. Ini disebabkan naluri pertempurannya.

Dengan sepantas kilat, sebilah kerambit pun menghala ke pinggangnya.

Selepas itu rasa sakit yang tajam mulai merebak melalui tangan kanan Marvin. Samseng itu tersenyum sinis sambil menggenggam kedua-dua pergelangan tangan Marvin dengan menggunakan kedua-dua tangannya.

"Engkau ingat kau boleh cederakan aku ke sial?"

Marvin kekal diam sambil mengabaikan rasa sakit dirasainya dan melihat laporan pertempuran yang terpapar:

[Serangan Asas gagal, Pergelangan tangan kanan ditangkap. Pemeriksaan penentangan…]

[Penindasan Kekuatan. Tidak dapat membebaskan tangan anda]

Ketika Samseng Pemedang itu sedang berbangga dengan dirinya, tangan kiri Marvin pun menghala ke leher samseng itu seperti ular tedung yang mematuk.

Tangan kirinya memegang pisau belati. Pisau yang dia ambil daripada Pencuri tadi tinggalkan tidak boleh digunakan untuk jangka masa yang lama.

"Eh?"

Marvin dengan kejam mengelar lehernya dan suara jeritan samseng itu merebak ke sekitar. Genggaman samseng itu ke atas tangan Marvin semakin longgar sambil dia jatuh ke bumi. Darah pun membasahi tanah dan akhirnya samseng yang meronta itu kemudiannya mati.

Marvin mengurutkan pergelangan tangannya sambil memikirkan, "Samseng ini mesti mempunyai sekurang-kurangnya 16 kekuatan. Sayang sekali pengalaman pertempurannya terlalu rendah. Mati di tangan bekas Pemerintah Malam itu bukanlah satu yang memalukan.

Selepas menyelongkar badan mayat Samseng itu, dia merasakan samseng itu agak kaya. Dia mempunyai sejumlah 29 keping perak dan juga terdapat beberapa benda rawak yang lain tetapi tidak begitu bernilai.

Sayangnya Marvin tidak menemui sebarang petunjuk mengenai kenapa mereka ingin membunuhnya.

Kenapa kumpulan samseng ingin mencari masalah dengan bangsawan yang tidak berharta ini?

Ini tidak logik.

Membunuh bangsawan adalah satu jenayah yang berat. Jika didapati bersalah, pasti Kumpulan Acheron akan dihapuskan.

Membunuhnya tanpa faedah merupakan perkara yang pelik. Tidak berbaloi kalau nak dibandingkan dengan risiko yang dihadapi.

Selepas menguruskan kelima-lima mayat tersebut, Marvin pun tidak ada hati lagi ingin menangkap ketam. Dia pun bersedia untuk pulang ke Bandar River Shore untuk mencari dalang yang cuba membunuhnya.

Pada masa tersebut dia mendapati cabaran yang terikat di jiwanya berubah.

Terdapat teks tambahan dalam ayat cabaran tersebut:

[Insiden yang berlaku di tebing Sungai Pine Cone menyebabkan anda tersedar terdapat konspirasi yang berlaku. Seseorang ingin membunuh kamu dan insiden ini kemungkinan besar berkait rapat dengan kumpulan gnolls yang muncul berdekatan kawasan jajahan anda. Bandar River Shore penuh dengan orang yang berniat baik dan jahat. Pasti akan terbongkar di kemudian hari jika dalang tersebut masih ingin menyelesaikan anda, pasti satu hari nanti dia akan mendedahkan dirinya juga.

Sementara itu, cabaran utama juga mempunyai cabang cabaran sampingan baru iaitu [Dalang], yang memberitahu Marvin untuk mencari dalang disebalik peristiwa masa lalu.

Ganjaran cabaran sampingan juga agak lumayan iaitu 100 nilai Exp umum. Marvin memang ingin mencari dalang ke atas insiden yang berlaku dan 100 nilai Exp ini adalah ganjaran tambahan.

Dia pun mengelilingi Bandar sebelum memilih lorong kecil yang sepi dan selamat untuk mengelakkan dirinya dari dicari oleh Kumpulan Acheron yang lain.

Dia pun berjalan sambil melihat laporan pertempuran. Ia adalah benda yang baik untuk kembali dan melihat kelebihan dan kekurangan dan melihat masalah yang berlaku. Dengan berbuat demikian, naluri pertempuran akan bertambah meningkat.

Tetapi dia menjumpai sesuatu yang pelik dalam laporan pertempuran.

[Penggunaan anda terhadap serangan asas berulang kali untuk melakukan serangan dalam pertempuran disusuli dengan kadar pertalian dengan kelas kemahiran Pembunuh Hendap Bayang [Cutthroat] melebihi 98%, membolehkan anda menukarkan kemahiran ini kepada kemahiran individu istimewa dengan menggunakan 500 nilai Exp pertempuran.]

[Penggunaan anda terhadap serangan asas berulang kali untuk melakukan serangan dalam pertempuran disusuli dengan kadar pertalian dengan kelas kemahiran Pembunuh Hendap Bayang [Shadow Steps] melebihi 95%, membolehkan anda menukarkan kemahiran ini kepada kemahiran individu istimewa dengan menggunakan 1000 nilai Exp pertempuran.]

[Disebabkan anda kerap berulang kali menggunakan teknik kemahiran dari kelas lain, pertalian anda dengan kelas tersebut telah meningkat. [Keistimewaan: 9/100]

"Menggunakan kemahiran kelas lain boleh bertukar menjadi teknik kemahiran individu?"

Marvin tergamam seketika kerana dia tidak sedar akan perkara ini.

Tidak lama kemudian dia sedar ianya bukan mudah. Jelas dari laporan pertempuran itu, ianya mestilah digunakan secara berulang kali dengan serangan teknikal "asas", pertalian mesti melebihi tahap tertentu, dan dia harus menghabiskan pengalaman pertempuran untuk mengubahnya menjadi kemahiran peribadi. Kemahiran peribadi tidak boleh ditingkatkan dengan mata kemahiran dan hanya boleh ditingkatkan dengan menggunakannya secara berterusan.

Marvin juga menyedari bahawa semakin tinggi pertalian teknikal asas dengan kemahiran asal, semakin rendah pengalaman pertempuran yang diperlukan untuk penukaran. [Cutthroat] dan [Shadow Steps] adalah kemahiran istimewa [Pembunuh Hendap Bayang], tetapi kos pengalaman pertempuran mereka seperti langit dengan bumi.

"500 Exp pertempuran…"

Terus terang, Marvin agak teruja, tetapi dia juga agak ralat. ExpPertempuran adalah sangat sukar untuk diperoleh dan merupakan salah satu jenis gred Exp tertinggi. Jika dia menggunakan Exp pertempuran untuk tujuan tersebut, pastinya dia akan merencatkan kelajuan kenaikan kelasnya.

Pada masa sekarang, masalah ini tidak dapat diselesaikan kerana dia hanya mempunyai 39 sahaja nilai Exp pertempuran dari nilai 500 yang diperlukannya.

Dia masih memikirkan garisan terakhir daripada log itu, dia tidak pernah dengar yang teknik serangan istimewa kelas lain boleh dicipta jika digunakan berulang kali oleh pengguna kelas lain.

Teknik individu istimewa boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis iaitu: Semulajadi, Dengan Berlatih dan juga Kebangkitan Bakat Terpendam. Dengan keadaan tubuh badan yang lemah ini mustahil ianya keistimewaan semulajadi dan hanya boleh didapatinya dengan berlatih.

Untuk jenis yang terakhir iaitu kebangkitan bakat terpendam adalah amat jarang berlaku. Marvin tidak berharap dengan cara ini, walaupun bangsanya terang-terang tertulis "Manusia/?" bermaksud kemungkinan mempunyai darah dari keturunan bangsa lain tetapi agak nipis.

Walau bagaimanapun, mendapatkan kemahiran spesifik adalah perkara yang sangat baik. Kemahiran spesifik boleh memberikan kelebihan tambahan kepada pengembara selain dari bergantung kepada atribut dan kemahiran.

Saat ini adalah waktu tengah malam dan Bandar River shore melaksanakan perintah separa berkurung. Walaupun pintu pagar Bandar ditutup agak lewat, jarang sekali ada orang di jalanan pada waktu ini. Memasuki Bandar pada waktu malam selepas pintu pagar ditutup memerlukan cara istimewa.

Pada masa Marvin dikenali sebagai [Pemerintah Malam], dengan hanya bergantung kepada kemahiran [Wall Climb] dan juga barang ajaib untuk meloloskan diri dari pagar Bandar. Buat masa ini, dia terpaksa mencari lubang di sebalik dinding kota.

Dia tahu yang persekitaran Bandar River Shore jarang terdapat Raksasa yang agak kuat. Kebiasaannya terdapat kawasan dinding yang agak rapuh dan berlubang yang digunakan oleh Marvin untuk menyelinap masuk. Selepas dia mencari beberapa ketika akhirnya dia menjumpainya. Dia cukup-cukup muat menyelinap masuk dari ruang tersebut dengan badannya yang kecil itu.

Dia terpaksa berhati-hati dengan pengawal bandar selepas memasuki bandar, kerana akan berlaku masalah jika dirinya dijumpai mereka. Pengawal kebiasaanya akan mengeluh jika ditugaskan waktu malam. Akibat jika dia ditangkap adalah amat buruk sekali. Jika ingin melawan, heh, pengawal ini paling lemah sekurangnya-kurangnya adalah Pangkat ke 2, dan Pemimpin Patrol mungkin pangkat 3; adalah sukar untuk Marvin menghadapi mereka kerana Marvin adalah budak mentah yang baru sahaja mendapatkan kelasnya untuk menguruskan mereka.

Dia mengelak untuk melalui jalan utama dan hanya berjalan di lorong yang gelap seperti ikan yang berenang di dalam air. Dirinya berjaya mengelakkan pengawal rondaan dan bahaya lain di dalam tembok kota ini. Tetapi ketika ia pergi ke pintu belakang Rumah Penginapan Fierce Horse , dia mendapati kelibat orang memerhatikannya di situ.

"Terdapat orang yang menunggu?' Marvin berasa pelik, kerana perkara ini jarang berlaku. Ini disebabkan bos Rumah Penginapan Fierce Horse mempunyai orang berpengaruh melindunginya dan tiada sesiapa yang berkelakuan buruk di situ.

Dia pun pusing ke pintu hadapan dan mendapati bahawa terdapat dua lagi orang yang menunggu menyorok. Tetapi kemahiran mereka ini agak lemah walaupun kelas Pencuri. Mereka hanya menggunakan teknik menyorok yang agak biasa dan pada mata Marvin, mereka ini penuh dengan kelemahan.

Selepas menyiasat kali terakhir, dia mendapati hanya terdapat 3 Pencuri yang memerhatikan Rumah Penginapan itu. Dua berada di depan dan seorang berada di belakang.

Kesemuanya mempunyai tanda pisau belati berdarah di pergelangan tangan baju. Walaupun jahitannya kurang kemas tetapi tanda ini masih dapat menyatukan mereka.

Marvin ada terlihat tanda ini sejam yang lepas.

"Ianya Kumpulan Samseng Acheron."

"Celaka, mereka cuba membunuhku dan ingin menawan Anna?"

Marvin pun panas hati dengan situasi yang berlaku. Dia pun merapikan geggamannya di kerambit dan menggunakan kemahiran [Stealth]. Secara perlahan-lahan Marvin pun mendekati Pencuri yang menjaga pintu belakang.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C5
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄