下載應用程式
3.73% MMORPG: Kelahiran Semula Pelindung Legenda / Chapter 32: Pengawalan Kemunculan Semula

章節 32: Pengawalan Kemunculan Semula

編輯: EndlessFantasy Translation

'-1!'

'-1!'

'-1!'

Seluar Pendek Berbunga dan Bulu Dada Berapi telah menggunakan seluruh kekuatan mereka untuk menyerang Zhang Yang, tetapi mereka gagal menembusi pertahanannya. Muka mereka pucat kerana terkejut.

'Keajaiban Tuhan' direka dengan begitu baik. Perasaan dalaman pemain dipamerkan dengan jelas dan nyata! Zhang Yang memuji dalam diam dan mengenakan serangan mendatar terhadap Bulu Dada Berapi.

"-92!"

"Jahanam, mesti lelaki ni ada helah tersendiri! Macam mana seorang Pelindung boleh bertahan dengan kerosakan yang tinggi?!" keluh Seluar Pendek Berbunga. Dia ingat yang mereka mampu menewaskan Zhang Yang dengan mudah apabila 4 melawan 1, tetapi tidak disangka-sangka situasi menjadi terbalik. Bagaimana mereka tidak berasa malu?

"GM1 dan permainan video tak guna. Kenapa mereka tidak berbuat apa-apa tentang godaman? Bedebah, kau dan nenek moyang kau semua tak guna!" Bulu Dada Berapi mencarut tiba-tiba.

Zhang Yang segera mengangkat perisainya selepas tempoh bertenang <Hadangan> telah lengkap.

'-70!'

'-80!'

2 teks kerosakan <Hadangan> muncul apabila Zhang Yang mengaktifkan <Hentaman Perisai> dengan lancar.

'-156!'

Bulu Dada Berapi tercungap-cungap kesakitan dan menjerit, "Bunga, cepat berundur!"

"Nak cuba lari?" sindir Zhang Yang semasa dia mengeluarkan pedangnya semula dan melancarkan satu lagi <Sambaran Mendatar>.

'-202!'

'-20!'

'-208!'

'+2!' <Curi Kehidupan> tercetus daripada lingkaran tersebut.

Seluar Pendek Berbunga dan Bulu Dada Berapi tidak sempat berpaling sebelum mereka berdua jatuh dan mati. Sebenarnya, Bulu Dada Berapi telah mengeluarkan peralatannya. Dia telah mendapatkan [Perisai Dada Berat] daripada Mod Normal Makam Bangar yang mereka lakukan bersama.

'Ding, anda telah membunuh Seluar Pendek Berbunga!'

'Ding, anda telah membunuh Bulu Dada Berapi!'

Zhang Yang mengutip peralatan tersebut dan menyimpannya di dalam inventori tanpa berfikir dua kali. Walaupun dia tidak memerlukannya, peralatan itu boleh dijual untuk beberapa syiling emas jika dia melelongnya di Rumah Lelong. Dia kesuntukan wang jadi setiap nilai sangat berharga baginya!

10 minit kemudian, Seluar Pendek Berbunga dan rakannya telah pulih setelah mengembalikan 'roh' ke dalam tubuh mereka.

'Sha!'

Tiba-tiba, satu bayang-bayang muncul daripada belukar di tepi jalan dan menerpa ke arah Nasihat Bermaruah, menyebabkan pusingan bintang yang menunjukkan kesan 'Pegun' muncul dengan pantas di atas kepalanya.

"Tak guna! Pelindung noob itu sedang mengawal kemunculan semula kita!" jerit Seluar Pendek Berbunga kerana terkejut.

'-106!'

Zhang Yang menghayunkan pedangnya dan satu teks kerosakan yang besar muncul di atas kepala Nasihat Bermaruah. Bagaimana Nasihat Bermaruah yang baru sahaja pulih dengan 20% HP mampu menahan serangan sebegitu? Dengan itu, terpancar satu cahaya putih dan dia terus dihantar ke tanah perkuburan sekali lagi!

Apabila Rage miliknya meningkat kepada 25 mata, Zhang Yang menghayunkan pedang dan menggunakan <Sambaran Mendatar>!

'-198!'

'-205!'

'-208!'

'-20!'

Bulu Dada Berapi dan 2 orang lagi yang berdiri dekat di antara satu sama lain juga dihantar untuk berjumpa dengan Dewi Kebangkitan dalam satu garisan cahaya putih.

"Jahanam! Jahanam!" rintih Nasihat Bermaruah semasa dia muncul berbentuk roh di tanah perkuburan. Tidak lama selepas dia menerima khabar kematian Seluar Pendek Berbunga dan yang lain. Mereka semua telah jatuh ke Tahap 6 kerana dua kali mati di bawah nama yang ditanda merah.

"Lelaki itu… masih mengawal tubuh kita ke?" kata Nasihat Bermaruah dalam nada ketakutan.

"Mari kembali ke tubuh kita, tetapi jangan bangkit lagi. Kita tunggu dulu!" kata seluar Pendek Berbunga.

Keempat-empat mereka kembali ke tubuh masing-masing dan menunggu dengan sabar.

Satu jam kemudian.

"Dia sepatutnya sudah pergi kan sekarang?" kata Seluar Pendek Berbunga dalam nada tidak pasti.

"Ya. Masa sudah berlalu begitu lama. Tidak mungkin dia mampu bersabar!" kata Nasihat Bermaruah, "Aku akan kira sampai 3 dan mari bangkit bersama!"

"1!"

"2!"

"3!"

Hembusan angin berlalu dan keempat-empat roh itu masih tegak berdiri.

"Jahanam, kenapa kamu semua tidak bangkit?" jerkah Nasihat Bermaruah.

"Tak guna, kenapa kau pun tak bangkit?" Seluar Pendek Berbunga membantah kembali.

"Berhenti, berhenti dan berhenti! Berhenti bertengkar, kita semua sekeluarga! Mari lakukan semula, sesiapa yang tidak bangkit kali ini ialah si bedebah noob. Dia akan mempunyai anak lelaki yang lahir tanpa lubang punggung dan anak perempuannya akan mempunyai dada yang rata selama-lamanya!" kata Pengasuh Bayi Bermaruah.

"1!"

"2!"

"3!"

Keempat-empat mereka telah bangkit bersama.

'Sha!' Satu hayunan pedang berlalu dan empat jasad terbaring mati di atas lantai.

"Aku… Tak guna…" Nasihat Bermaruah dipenuhi air mata.

3 orang yang lain berpandangan sesama mereka tanpa sepatah kata. Pada mulanya, mereka mahu membunuh Zhang Yang kembali ke Tahap 0, tetapi melihat kepada keadaan mereka yang sangat sadis sekarang, mereka telah jatuh ke Tahap 4! Jika mereka terbunuh dua kali lagi, mereka semua sudah tentu akan kembali semula ke Tahap 0!

"… Mari bangkit di sini!" Seluar Pendek Berbunga akhirnya berkata setelah sekian lama.

Kebangkitan secara terus di tanah perkuburan akan menyebabkan penambahan penalti: turun 1 tahap dan mengurangkan semua atribut sebanyak 80% dalam masa satu jam!

Zhang Yang baring dengan tenang di sebalik belukar dan bermain dengan rumput, sambil menjeling ke arah 4 tubuh yang terbaring di atas jalan. Tiba-tiba, kesemua 4 tubuh tersebut menjadi lutsinar dan lenyap serta merta.

"Hehe, mereka terus bangkit di tanah perkuburan huh?!" Zhang Yang menepuk punggungnya dan berdiri. Tanah perkuburan terdekat berada di Ibu Kota dan para pemain dilarang untuk berlawan di sana, oleh itu dia tidak berpeluang untuk membunuh Pride Bereempat itu kembali semula ke Tahap 0!

Zhang Yang merupakan diktator sejati sejak dari kecil lagi! Gelaran 'Tuan Kecil Lorong Oktagon ternyata bukan sekadar gelaran sahaja, aku mendapatkannya dengan peluh dan darah!' Pride Bereempat yang keji itu berani menyerang hendap dan mengugut untuk membunuhnya hingga kembali ke Tahap 0. Sewajarnya, dia perlu memberi pengajaran kepada mereka yang akan terus tersemat di dalam hati mereka selama-lamanya!

Dia sedar dia telah membazirkan 2 jam untuk Pride Bereempat! Zhang Yang berfikir tentang itu dan memilih untuk log keluar dengan segera. Tempat yang dia mahu tuju tidaklah begitu dekat dan dia mungkin tiba di sana pada masa dia sepatutnya tidur dan hanya mampu membunuh beberapa gerombolan raksasa sahaja. Tambahan pula, dia perlu menyertai serangan dungeon pada pukul 9 pagi esok. Berulang-alik dari satu tempat ke satu tempat tentu sangat memenatkan!

Secara teori, seorang pemain boleh mencapai Tahap 40 sekaligus dan terus meningkat ke Tahap 100. Zhang Yang sangat rindukan hari-hari di dalam kehidupan lalunya di mana dia mampu merantau ke seluruh dunia dengan menaiki Helang Ribut kepunyaannya!

Setelah log keluar, Zhang Yang teringat yang dia lupa untuk memberitahu Han Gemuk tentang serangan dungeon pada esok pagi. Dia tidak dapat mengelak daripada log masuk semula untuk menghantar mesej peribadi kepada si gemuk itu dan memberitahunya supaya menunggu di pintu masuk dungeon pada pukul 9 pagi esok.

Han Gemuk kelihatan masih berbual dengan seorang gadis cantik itu dan hanya membalas mesej tersebut setelah sekian lama sebelum terus tidak menghiraukan Zhang Yang sekali lagi.

Zhang Yang log keluar dan baring di atas katil, lalu mengeluarkan diari dan mencatit sesuatu yang dia ingat dari trend permainan video itu dalam kehidupan lalunya.

Menurut memorinya, bos terakhir Marzerway dalam dungeon Sarang Marzerway Tahap 20 ialah sejenis raksasa berkuasa ajaib. <Bebola Bayangan> kepunyaannya sangat luar biasa! Hingga kini, tiada sesiapa pun yang memiliki peralatan untuk menghalang kuasa ajaib secukupnya dan hanya mampu mencapai penentangan kuasa ajaib dengan tinggi dengan bantuan posyen! 

Terdapat resepi <Alkimia> yang boleh menghasilkan satu posyen iaitu [Posyen Anti-Bayangan Pemula]. Jika diminum, ia boleh meningkatkan ketahanan Bayangan pemain sebanyak 100 mata dalam masa seminit. Ia menjadi satu keperluan untuk menyerang habis sarang Marzerway!

Langkah seterusnya dalam skim cepat kaya Zhang Yang ialah menjual posyen ini kerana dia sudah tentu akan mendapat keuntungan berlipat ganda!

Setelah Zhang Yang menerima syiling emas daripada Api Merah esok, dia merancang untuk mengiklankan [Rumpai Brassica] and [Bunga Ginkgo], dua bahan utama dalam pembuatan [Posyen Anti-Bayangan Pemula].

Zhang Yang menyusun strategi seketika dan menuju ke katilnya.

Keesokan harinya, Zhang Yang bangun tidur sekitar pukul 6 pagi dan bersenam selama satu jam. Selepas bersarapan dan berehat seketika, masa telah menunjukkan 8.30 pagi.

Dia memakai topi keledar permainan video dan log masuk!

'Ding! Pemain Api Merah mempelawa anda untuk menyertai pasukannya. Sudikah anda menerima pelawaan ini?'

Baru sebentar sahaja Zhang Yang berada di atas talian, dia telah menerima peawaan untuk menyertai pasukan. Dia telah menerimanya disebabkan perjanjian yang telah dilakukan semalam.

'Ding! Anda telah menyertai pasukan! Ketua Pasukan: Api Merah, Parameter Pengumpulan Hasil Rampasan Kumpulan: Guru Pengumpulan Hasil Rampasan!'

Dia menyemak senarai ahli kumpulan dan mendapati terdapat 10 orang pemain dalam pasukan itu. Kekurangan seorang pemain sahaja lagi iaitu dirinya sendiri.

Dia sudah mengenali sebahagian ahli kumpulan: Api Merah, Hari Bayangan, Salji Lembut dan Han Gemuk; dia tidak mengenali 5 ahli kumpulan lagi, tetapi dia rasa mereka juga ialah golongan elit Syurga Sesat!

Pengampunan Diraja, Dwarf, Beastmaster, Tahap 10.

Kesunyian Cinta, Manusia, Pyromancer, Tahap 10.

Pertahanan Mutlak, Manusia, Pembela, Tahap 11.

Oren Kegemaran, Elf, Cryomancer, Tahap 10.

Jin Kecil, Manusia, Kesatria Suci, Tahap 10.

Dengan pantas, Hari Bayangan dan yang lain menyapa Zhang Yang penuh semangat.

"Awalnya?" Zhang Yang bertanya di dalam saluran pasukan sambil ketawa.

"Ya, kau yang terakhir. Cepat ke sini! Kita boleh mula bila semua orang sudah ada di sini!" balas Api Merah.

"OK, aku datang!" Zhang Yang telah log keluar separuh jalan semalam, jadi ia mengambil masa 10 minit sahaja untuk sampai ke Makam Bangar.

"Hmph, berlagaknya! Kami 9 orang sudah lama tunggu kau!" Pertahanan Mutlak tiba-tiba berkata.

Zhang Yang terkejut dan menggumam sendirian, 'Sudah tentu serangan dungeon bermula pada pukul 9 pagi. Aku dah tengok jam sebelum datang dan belum sampai pukul 9 lagi bila aku sampai di dungeon. Baran betul jantan ini!'

"Jahanam, jangan main kalau kau tak boleh tunggu! Bedebah, kau ingat kau tu siapa!" Han Gemuk yang lebih baran berbanding Zhang Yang terus naik angin apabila ada sesiapa yang mengata sahabatnya.

Api Merah segera menenangkan mereka dan berkata, "Mutlak, jangan merepek!"

10 minit kemudian, Zhang Yang tiba di pintu masuk dungeon.

Berbeza dengan keadaan terpencil semalam, lembah itu dipenuhi manusia kerana kebanyakan pemain telah sampai di Tahap 10 dan mahu cuba menyerang dungeon itu. Pemain berseorangan sedang mencari pasukan publik sementara kebanyakan pasukan pula kekurangan pemain. Pelbagai jenis mesej melimpah di saluran terbuka dan keadaannya seperti di pasar.

Dalam kalangan orang ramai itu, tank dan penyembuh tidak dinafikan sangat terhad bilangannya. Walaupun Zhang Yang menyembunyikan maklumat profilnya, orang ramai masih dapat mengecamnya sebagai tank kerana perisai yang dibawa di belakang badannya. Dia telah menerima tidak kurang daripada 30 mesej peribadi yang mengajaknya menyertai pasukan mereka.

"Mari masuk ke dungeon!" arah Api Merah.

'Ding! Anda telah memasuki Makam Bangar (Mod Sukar)!'

Kesemua 10 pemain muncul di pintu masuk seorang demi seorang. Zhang Yang memandang Han Gemuk lantas terperanjat. "Kenapa kau berada dalam persatuan tu?"

Han Gemuk yang bermuka tembok ini tidak pernah menyembunyikan maklumat profilnya. Kelihatan dua baris teks "Si Kurus dan Kacak, Penyembelih Makam, Tahap 10." dan "Bandar Terik" di atas kepalanya.

"Hehe. Semalam aku berjumpa dengan seorang gadis cantik yang sukakan Si Gemuk ini! Jadi aku buat keputusan untuk sertai persatuan dia sementara waktu dan beri dia peluang untuk mengetahui idolanya dengan lebih lanjut!" ujar Han Gemuk tanpa rasa malu. "Oh ya, apa kata kau turut serta juga? Aku akan jadi lebih berani kalau kau ada dengan aku!"

Zhang Yang mengerutkan dahi dan berkata, "Kita cakap pasal hal ini nanti!"

  1. Merujuk kepada guru permainan, moderator permainan atau pengurus permainan. Orang ini merupakan pentadbir/wakil bertugas yang diupah oleh pemaju MMO untuk menguruskan bilangan orang yang bermain permainan atas talian. GM biasanya membantu untuk memastikan kestabilan pelayan dan selalu mempunyai pelbagai jenis kerja asalkan berkaitan dengan pelayan permainan video.

Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C32
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄