Han Gemuk yang mudah berubah fikiran itu berasa teruja hanya untuk seketika apabila pengumuman pelayan itu muncul. Dia dengan bersemangat mendekati bangkai itu selepas diarahkan Zhang Yang tanpa mengendahkan pengumuman tersebut kerana sibuk memikirkan jika ada hasil rampasan berupa baju perisai yang boleh diperolehi, jadi ada kemungkinan yang Salji Lembut akan memakai skirt mini itu!
[Busur Silang Berat] (Tembaga Hijau, Senjata Jarak Jauh)
Serangan Senjata: 42 – 54
Sela Masa Serangan: 2.4 saat
Kerosakan Sesaat (DPS): 20
Keperluan Tahap: 10
Senjata jarak jauh. Ini senjata Pemburu! Mata Han Gemuk bercahaya, "Aku tak akan lepaskan peluang ni kali ni. Aku akan dapatkan 100 mata dan dapatkan senjata ni!"
Zhang Yang tertawa dan berkata, "Baik, Pemburu, baling dadu untuk dapatkan senjata ni!"
Ketiga-tiga Pemburu mahukan senjata itu memandangkan ia senjata Tembaga Hijau jarak jauh pertama yang boleh diperolehi dalam pelayan pada tahap ini. Ia pasti akan menjadi perhatian ramai bagi sesiapa yang berjaya memperolehinya dan ingin menunjuk-nunjuk di sekeliling bandar.
Ratusan Tembakan, 98 mata.
Sami Ingkar, 99 mata.
"Jahanam!" Han Gemuk berdoa kepada semua yang berkuasa sebelum dia menekan butang untuk balingan dadu. "Abracadabra!"
Si Kurus dan Kacak, 100 mata!
"Ah, haha!" Han Gemuk terkejut seketika sebelum dia tertawa. Alat itu masuk secara automatik ke dalam inventorinya.
"Jahanam, Gemuk, aku akan laporkan yang kau menggodam sistem!" jerit Sami Ingkar.
"Haha, kau patut tahu siapa aku!" Han Gemuk menghayun rambut dengan lagaknya dan terus mengumpul hasil rampasan dari bangkai itu.
[Kot Ringan] (Tembaga Hijau, Baju Perisai)
Pertahanan: +2
Vitality: +8
Kepintaran: +8
Semangat: +4
Keperluan Tahap: 10
"Betul-betul ada!" ujar Kematian Bersalji yang terkejut.
"Pengguna api, kalau kau baling dadu, aku belasah kau!" Han Gemuk mengugut Maharaja Api.
Walaupun Han Gemuk nampak seperti seorang yang miang, dia sebenarnya seperti Zhang Yang. Mereka banyak terlibat dalam pergaduhan sepanjang mereka membesar dan mempunyai aura yang merbahaya. Maharaja Api terus melompat dan menolak untuk membaling dadu. Tiada sesiapa yang tahu jika dia menolak kerana dipaksa atau dia sendiri ingin melihat Salji Lembut memakai skirt mini itu.
Walaupun Salji Lembut hanya berjaya mendapat 15 mata dalam balingan dadu, kot itu terus menjadi miliknya kerana tiada saingan lain.
"Cepat pergi tukar baju!" sorak sekumpulan serigala miang.
Salji Lembut tidak senang duduk dan berat hati untuk memakai kot itu.
Zhang Yang kemudian menambah, "Masih ada Bos Tersembunyi, jadi elok untuk semua menambah kuasa dengan apa cara sekalipun!"
Mendengar kata-kata Zhang Yang itu, Salji Lembut menukar baju labuh yang dipakainya kepada kot ringan itu. Skirt mini seksi yang akhirnya ditunjukkan kepada semua mempamerkan kakinya yang putih kurus serta pakaian dalamnya yang samar-samar kelihatan berwarna merah jambu!
"Ya!" Han Gemuk mengelap air liurnya dan mengambil hasil rampasan terakhir walaupun dia terganggu.
[Pelindung Tulang Kering Bangsawan] (Tembaga Hijau, Perisai Berat)
Pertahanan: +6
Vitality: +10
Kekuatan: +7
Ketangkasan: +3
Keperluan Tahap: 10
Kedua-dua Hari Bayangan dan Kekecewaan Lautan menolak untuk membaling dadu dan alat kelengkapan itu terus memasuki inventori Zhang Yang.
'Ding! Anda telah menerima 9 syiling perak selepas pengagihan alat!'
Bangkai Dadarerda kemudian lenyap dan syiling di atas tanah turut dikumpulkan.
"Abang pakar, mana Bos Tersembunyi ni?" soal Kematian Bersalji sambil dia melihat sekeliling.
Zhang Yang menunjuk ke arah salah satu sudut di kawasan itu dan berkata, "Selepas Dadarerda tewas, ada satu pintu tambahan yang akan muncul di kawasan itu dan ada satu laluan yang akan membawa kita ke Bos Tersembunyi!"
"Zhan Yu, macam mana kau tahu semua ni?" Api Merah tiba-tiba bertanya, "Jangan kata kau dapat tahu semua ni dari Internet, aku tak akan percaya!"
"Ya, aku pun tak percaya!" yang lain-lain turut menyuarakan kesangsian mereka.
Zhang Yang tersenyum dan berkata, "Sebenarnya… akulah Si Pemusnah dan aku telah mengembara 5 tahun ke masa lampau!"
"Sudahlah!" jerit mereka.
"Yalah, yalah. Aku pernah masuk dalam versi beta permainan video ini!" ujar Zhang Yang.
"Hmm!" Mereka menerima penjelasan itu.
"Abang pakar, apa hasil rampasan Bos Tersembunyi tu? Alat kelengkapan Perak Kelabu?" soal Kematian Bersalji.
"Tidak sehebat itu. Alat kelengkapan Perak Kelabu hanya boleh didapati di dungeon tahap 20!" Zhang Yang menggeleng kepalanya dan berkata, "Kau semua tak perasan ke? Ada tak mana-mana bos sebelum ni yang gugurkan apa-apa rantai atau cincin?"
"Tak ada!"
"Betul tu, rantai dan cincin hanya ada sebagai hasil rampasan dari Bos Tersembunyi dalam Mod Sangat Sukar selain menjadi ganjaran dalam sesetengah cabaran!" jelas Zhang Yang.
"Wah, kalau macam tu, kita mesti dapatkannya!" kata Sami Ingkar dengan bersemangat.
Zhang Yang telah membuat banyak keajaiban. Kesangsian mereka terhadap kebolehan sendiri telah lama hilang!
"Teruskan!" Zhang Yang menghayun pedangnya dan berjalan ke satu sudut kawasan itu. Selepas dia meraba-raba dinding di kawasan itu dan menekan satu batu yang terkeluar, satu pintu batu muncul dan terbuka di depan mereka.
"Gunakan nilai kemahiran yang diberi sebagai ganjaran oleh sistem tadi sebab kita perlu kuatkan diri walau sebanyak mana pun!" Zhang Yang kemudian mengagihkan nilai kemahirannya yang baru ke <Hadangan> dan menurunkan tempoh bertenangnya kepada 7 saat.
Mereka mengangguk tanda setuju.
Di belakang pintu batu itu, ada satu laluan yang panjang dan diterangi unggun api di kedua-dua belah dindingnya.
Nasib baik tiada makhluk suruhan di sekeliling kawasan itu. Mereka mengambil masa seminit untuk melalui laluan itu sebelum mereka tiba di jalan masuk ruang batu yang besar.
"Jangan masuk dulu!" Zhang Yang terhenti di pintu masuk itu dan berkata, "Aku perlu terangkan strategi kita dulu!"
Ada satu gnome besar di tengah-tengah ruang batu itu. Berbeza dengan gnome lain yang berwarna hijau, gnome ini berwarna merah pekat dan mempunyai aura yang merbahaya. Kakinya dibelenggu rantai berat yang disambung ke dinding.
[Syaitan Pemukau Momorermo] (Makhluk Elit Tembaga Hijau)
Tahap: 15
HP: 90000
"Jahanam, tahapnya lebih tinggi daripada bos terakhir tadi!" ujar Maharaja Api dengan suara yang perlahan.
"Bos Tersembunyi dalam dungeon memang selalunya lebih sukar ditewaskan!" kata Zhang Yang. Momorermo yang hodoh ini sudah tentu tidak terkecuali.
"Bos ini ada 3 kemahiran. Yang pertama ialah kesan aura
"Kemahiran keduanya ialah pukauan. Bos ini akan memilih mana-mana pemain secara rawak dan memukaunya. Pemain yang dipukau akan dikawal dan menyerang pemain lain. Tidak kira kau pemain jarak dekat atau jauh, kau akan menyerang jarak dekat bila dipukau. Watak yang dipukau ada 3,000 HP dan setiap serangan akan menyebabkan 1,000 kerosakan! Satu kelebihan yang kita ada ialah kelajuan watak yang dipukau itu sangat perlahan!"
"Jampi ini boleh dibuang dengan sangat mudah. Kita hanya perlu kurangkan HP pemain yang dipukau dan kawalan akhirnya akan kembali kepada pemain itu beserta HP asalnya! Tapi, pukauan ini ada satu kesan negatif – pemain akan menerima kerosakan daripada ahli pasukan lain dalam masa 10 saat selepas pukauan itu hilang. Jadi, sebaik saja kesan itu hilang, kita kena serta-merta hentikan serangan atau kita mungkin akan membunuh ahli kita sendiri! Membuang pukauan ini mesti dilakukan dengan cepat kerana kalau ada 2 atau lebih pemain yang dipukau, kita akan tewas."
Zhang Yang berhenti seketika bagi memberi mereka waktu untuk memahami maklumat itu dan kemudian terus menjelaskan, "Kemahiran ketiganya pula ialah setiap kali bos itu kehilangan 25% HPnya, dia akan menjampi satu kemahiran khas. Aku dah lupa nama kemahiran tu, tapi Kawasan Terkesan (AoE) dan jarak kemahiran itu adalah 200 meter serta serangan itu boleh menyebabkan 1,000 kerosakan!"
"1,000 kerosakan AoE, betul ke kita tak nak menyerah kalah ni?" Api Merah terkejut dan bertanya.
"Tak tentu sebenarnya. Semasa pertarungan berjalan, Kristal Tenaga akan muncul secara rawak di sekeliling kawasan ni. Satu perisai akan muncul selepas ia dipecahkan dan memberi imuniti terhadap semua serangan! Kristal itu ada 1,000 HP dan perisainya berterusan selama 10 saat." Zhang Yang ingin menjelaskan lebih lanjut, tetapi melihatkan raut wajah semua yang nampak keliru, dia mengeluh dan berkata, "Buat saja apa yang aku suruh. Serang bila aku suruh dan bergerak ke mana yang aku tunjuk!"
"Baik!"
"Yang Kecil, kalau kau cakap dari awal kan lagi mudah!" ujar Han Gemuk tanpa segan silu.
Zhang Yang terfikirkan sesuatu dan berkata, "Gemuk, kau bertanggungjawab memecahkan Kristal Tenaga. Ia satu tiang kristal dengan separuh ketinggian manusia. Ia sangat senang dikesan, tapi tempat ia muncul tak tentu, jadi jika ia muncul, kau kena ingat lokasinya. Bila aku bagi isyarat untuk serang, lupakan yang lain dan guna semua tenaga kau untuk pecahkan kristal itu, faham?"
"Percaya pada aku!" Han Gemuk dengan bersemangat menepuk dadanya.
"Baik, selepas kita mula, pemain kelas jarak jauh termasuk penyembuh mesti berdiri dengan jarak 5 meter antara satu sama lain. Kalau mana-mana watak penyerang jarak jauh dipukau, semua orang kena menjauhinya dan watak penyerang jarak jauh yang lain mesti menurunkan HPnya dengan cepat! Pemain jarak dekat perlu fokus dan menyerang bos. Kalau kau dipukau, aku akan tarik bos itu dan watak penyerang jarak jauh yang lain akan fokus untuk menurunkan HP watak penyerang jarak dekat yang dipukau itu!"
Zhang Yang mengangkat pedangnya dan berkata, "Mari mulakan!"
Dia bergerak beberapa langkah ke depan dan teks kerosakan berwarna merah serta-merta muncul di atas kepalanya. Notifikasi sistem berbunyi pada masa yang sama.
'Ding! Anda telah terkena <Lingkaran Cahaya Gelap>. Kehilangan 30 HP setiap 3 saat (DoT Bayang) sehingga anda meninggalkan kawasan terkesan!'
Dia mempunyai kemahiran pasif dengan 20% pengurangan kerosakan.
"Ogagaga! Ada serangga yang datang menghilangkan kebosanan Momorermo!" Sebaik sahaja Zhang Yang memasuki jarak aggro bos itu, Momorermo serta-merta melompat serta menarik dan mengangkat rantai sebesar lengan yang membelenggunya dengan hanya menggunakan kekuatan rentapan!
"Momorermo akan minum darah kau semua!" Gnome berwarna merah yang hodoh itu menuju ke depan dan melunjurkan tangannya ke arah Zhang Yang. Tangannya seperti kuku binatang yang tajam dan berkilat.
Zhang Yang menggunakan <Serangan> dan memegunkan bos itu. Dia kemudian mengangkat pedangnya dan menikam kepala bos itu yang menyebabkan darah terpercik di merata tempat.
"Mulakan serangan!"
Dengan isyarat daripada Zhang Yang, pertarungan terakhir itu bermula.
"Kelas penyerang jarak jauh termasuk penyembuh, peka dengan sekeliling kau! Pastikan ada sekurang-kurangnya jarak 5 meter antara kau!" Zhang Yang memberi arahan sambil dia menarik aggro bos itu, "3 penyerang jarak dekat! Kematian Bersalji, berdiri di bahagian kiri bos dan Hari Bayangan, di bahagian kanan. Api Merah, serang dari belakang! Jahanam, Kematian Bersalji, kau tak boleh bezakan kiri dan kanan ke? Pergi ke bahagian satu lagi!"
"Baik! Usaha bersungguh-sungguh, naikkan DPS! Kesan aura mungkin akan menyebabkan hanya sedikit DoT, tapi setiap 3 saat akan mengurangkan 30 HP setiap watak yang akan berjumlah 300 HP. Penyembuh mungkin tak dapat menjalankan pemulihan sebanyak itu kalau tempoh pertarungan terlalu lama!" ujar Zhang Yang.
Pasukan itu bersetuju. Semua memberi usaha yang terbaik dan menyerang bos dengan sepenuh daya.
Keenam-enam bos dalam Mod Sukar dan Sangat Sukar telah memberikan Zhang Yang dan pasukannya 18 alat kelengkapan semua sekali dengan purata lebih kurang 2 alat kelengkapan untuk setiap pemain. Berbanding dengan keadaan mereka sewaktu mereka memulakan serangan dungeon, ini satu kemajuan besar! Kemampuan mereka dalam menyebabkan kerosakan meningkat mendadak terutama bagi mereka yang memperolehi senjata baru.
Dengan kuasa kerosakan yang kuat yang memang Hari Bayangan dan Han Gemuk miliki, kuasa serangan mereka telah meningkat tinggi selepas mereka menukar senjata dan ia membuatkan mereka kini menyamai Zhang Yang!
"Zhan Yu, tengok statistik, aku dah menyamai kau!" kata Hari Bayangan dengan gembira.
Itu memang benar. Menurut statistik kerosakan, Zhang Yang, Hari Bayangan dan Han Gemuk berlumba-lumba untuk kedudukan 3 tertinggi dalam senarai itu. Mana-mana serangan pertama boleh meletakkan salah seorang pemain di kedudukan pertama disebabkan perbezaan kecil dalam output kerosakan mereka itu.
Zhang Yang tertawa, "Tak malu ke kau bertanding output kerosakan dengan seorang Pelindung?"
"Jahanam! Betul ke kau ni Pelindung?" Hari Bayangan mengeluh.
'Ding! Syaitan Pemukau Momorermo telah memukau pemain Sami Ingkar!'
Semasa pertarungan yang sengit itu, bos itu tiba-tiba berpaling dan mensasarkan kabus berwarna merah darah ke arah Sami Ingkar! Kabus itu menuju ke arahnya dengan sangat laju hingga Sami Ingkar tidak sempat mengelak. Seluruh tubuhnya tiba-tiba bercahaya dengan warna merah dan bertambah besar dua kali ganda dari saiz asalnya sementara HPnya meningkat ke 3,000 nilai!
"Pemain jarak jauh termasuk penyembuh, cepat jauhi Sami Ingkar dan serang HPnya beramai-ramai!" Zhang Yang memberi arahan.
Ratusan Tembakan dan pemain jarak jauh yang lain menukar sasaran mereka dan serta-merta menyerang Sami Ingkar.
Sami Ingkar yang dikawal oleh bos itu kehilangan kawalan ke atas wataknya sendiri dan hanya mampu melihat wataknya perlahan-lahan menuju ke arah Salji Lembut yang terdekat dengannya.
'-52!'
'-47!'
Teks kerosakan berterusan muncul di atas kepala Sami Ingkar dan HPnya dengan pantas menurun ke 0. Tubuhnya kemudian kembali ke saiz asal dan HPnya kembali ke nilai asal.
"Berhenti! Teruskan menyerang bos!" Zhang Yang menjalankan beberapa tugas pada waktu yang sama sambil dia memerhatikan keadaan Sami Ingkar.
Namun, Ratusan Tembakan dan penyerang jarak jauh yang lain lambat bertindak balas dan terus melepaskan bola api dan anak panah mereka hingga menurunkan separuh daripada 300 HP Sami Ingkar!
"Binatang! Tak boleh ke berlembut sikit?" Sami Ingkar dengan pantas mengambil periuk merah bagi mengurangkan beban penyembuh untuk memulihkan dirinya.
Lebih kurang 10 saat berlalu.
'Ding! Syaitan Pemukau Momorermo telah memukau pemain Hari Bayangan!'
Zhang Yang dengan segera menarik bos itu menjauhinya. "Penyerang jarak jauh, serang Hari Bayangan. Penyerang jarak dekat, jangan berani cuba. Kau akan mati serta-merta!"
"Bos bedebah, kenapa kau pilih aku?! Pernah ke aku sakitkan kau?" Hari Bayangan berang kerana output kerosakannya hampir sama dengan Zhang Yang dan Han Gemuk, tetapi disebabkan dia telah dipukau, dia hanya mampu melihat kedudukannya merosot dalam statistik kerosakan.
"Kawan-kawan sepasukanku, tembaklah aku!" Hari Bayangan menjerit, "Bunuh aku! Cepat!"
Berdasarkan pengalaman mereka sebelum ini, penyerang jarak jauh menjadi lebih pantas dalam menghentikan serangan mereka selepas HP Hari Bayangan berjaya dikurangkan. Nasib baik mereka sempat menghentikan serangan kerana HP Hari Bayangan yang kurang daripada 300 itu boleh menyebabkan dia terbunuh oleh rakan sepasukannya sendiri.
"Gemuk, kau ada nampak kristal tu?" tanya Zhang Yang kepada Han Gemuk apabila dia melihat HP bos itu menurun ke 80%.
"Mm, aku nampak!" Han Gemuk membalas serta-merta.
"Baik, jangan pecahkan dulu! Tunggu sekejap!" ujar Zhang Yang sambil dia meneliti palang NN bos itu.
79%, 78%, 77%...
"Gemuk! Pecahkan kristal tu sekuat hati!"
"Baik!" Han Gemuk terus menukar sasarannya dan mensasarkan anak panahnya ke arah kristal yang separuh ketinggian manusia itu.
76%!
'Crack!'
Kristal itu pecah dan muncul satu perisai lut cahaya berwarna biru dan berbentuk hemisfera dengan diameter berukuran 3 meter.
75%!
"Momorermo akan tunjukkan syaitan sebenar!" Momorermo tiba-tiba menghentikan serangan untuk membaca jampi dalam satu bahasa aneh dan satu palang kemajuan muncul di atas kepalanya.
"Semua, berhenti dan ikut aku!" Zhang Yang berpaling dan berlari menuju perisai cahaya itu. "Kemahiran bos ini mempunyai 3 saat waktu menjampi! Cepat, semua!"
Semua ahli pasukan telahpun membentuk tindak balas yang pantas kepada arahan Zhang Yang dan sama-sama berlari ke arah perisai cahaya itu.
"Maharaja Api! Kematian Bersalji! Kau berdua terlalu perlahan! Cepat lari!" Sebaik sahaja dia masuk ke kawasan perisai, Zhang Yang berpaling dan ternampak kedua-dua Maharaja Api dan Kematian Bersalji yang ketinggalan di belakang. Walaupun Zhang Yang orang yang mengetuai pasukan ini, kelajuan tindak balas setiap pemain tetap berbeza.
'Ding! Momorermo telah menjampi <Letusan Bayangan>!'
Satu cahaya gelap berteraskan Momorermo meletus dengan jarak letusan hingga lebih 200 meter!
'Ding! Pemain Maharaja Api telah mati!'
'Ding! Pemain Kematian Bersalji telah mati!'
Dua teks kerosakan '-1,000' yang besar muncul di atas kepala mereka apabila kedua-dua Maharaja Api dan Kematian Bersalji mati dalam letusan itu.
"Keluar dari perisai ini dan kembali ke kedudukan asal! Teruskan serangan!" Zhang Yang berlari keluar dari kawasan perisai dan menggunakan <Serangan> ke atas bos itu dan memegunkannya.
Perisai itu lenyap beberapa saat kemudian.
Semua kembali ke kedudukan asal mereka dan meneruskan momentum serangan mereka, tetapi dengan kehilangan dua orang ahli, ia telah mengurangkan kuasa serangan mereka dengan mendadak. Nasib baik kedua-dua ahli yang telah mati itu bukan output kerosakan utama, jadi kesannya tidak begitu ketara. Memandangkan dua pemain telah mati, penyembuh juga mempunyai beban yang lebih ringan dalam memulihkan ahli pasukan yang masih tinggal.
"Ratusan Tembakan, jadilah hambaku!" Syaitan Pemukau Momorermo mengaum kuat dan mensasarkan kabus berwarna merah darah ke arah Ratusan Tembakan.
'Ding! Syaitan Pemukau Momorermo telah memukau pemain Ratusan Tembakan!'
"Penyerang jarak jauh, tembak Ratusan Tembakan!" arah Zhang Yang serta-merta.
Pertarungan itu berterusan dengan jayanya di bawah arahan Zhang Yang.
'Ding! Syaitan Pemukau Momorermo telah memukau pemain Si Kurus dan Kacak!'
Kurang daripada satu minit kemudian, bos itu telah berpaling dan melontarkan kabus ke arah Han Gemuk.
"Penyerang jarak dekat, berhenti buat apa yang kau sedang buat! Penyerang jarak jauh, serang Han Gemuk beramai-ramai supaya dia kembali pulih!" Zhang Yang memberi arahan dengan segera. Bos itu kini mempunyai 53% HP. Jika mereka berjaya menurunkannya ke 50%, <Letusan Bayangan> akan diaktifkan dan dengan pemain yang masih lagi dipukau pada masa yang sama, keadaan akan huru-hara dan lebih ramai yang akan mati!
Sebaik sahaja Han Gemuk terlepas daripada dipukau, Zhang Yang cepat-cepat berkata, "Gemuk, cepat pecahkan kristal!"
"Baik!" Han Gemuk menembak kristal itu dengan segera.
52%!
51%!
'Crack!' Perisai lut cahaya berwarna biru itu muncul semula selepas kristal itu dipecahkan.
50%!
"Haha, Momorermo akan tunjukkan lagi syaitan sebenar!" Momorermo menghentikan serangannya dan mula menjampi <Letusan Bayangan>.
"Cepat lari ke arah perisai! Jangan teruskan serangan! Hanya pemain yang masih hidup boleh teruskan serangan!" kata Zhang Yang sambil dia berlari ke arah perisai cahaya itu.
'Ding! Momorermo telah menggunakan <Letusan Bayangan>!'
Satu gelombang cahaya gelap memenuhi kawasan tersebut.
"Teruskan serangan!" Zhang Yang berlari menuju bos itu dan menghayun pedangnya serta menyebabkan kerosakan besar padanya.
"Salji Lembut! Kekecewaan Lautan! Macam mana dengan MP kau?" Perhatian utama Zhang Yang masih lagi pada ketahanan penyembuhan penyembuh disebabkan kewujudan <Lingkaran Cahaya Gelap> yang boleh menurunkan HP dan menyebabkan kematian semua sebaik sahaja penyembuh kehabisan MP.
"MP aku masih 40%, tapi tempoh bertenang periuk biru aku hampir habis!" jawab Kekecewaan Lautan.
"Aku cuma tinggal 30%. Aku baru telan satu periuk MP!" Salji Lembut juga segera menjawab.
Salji Lembut lebih banyak dan lebih cepat menggunakan MPnya berbanding Kekecewaan Lautan kerana dia perlu memastikan <Pertumbuhan Semula> semua.
[Pertumbuhan Semula]: Mengembalikan HP sasaran yang bersamaan dengan 200% Serangan Magik setiap 3 saat dalam masa 15 saat.
Bos itu masih mempunyai 50% HP dan ini menyukarkan keadaan!
"Teruskan usaha! Kita boleh lakukannya!" kata Zhang Yang.
40%, 35%, 30%… HP bos itu berterusan menurun.
"Bertahan! Hanya tinggal satu lagi <Letusan Bayangan> dan kita akan ada harapan untuk selesaikan ni!" Zhang Yang menaikkan semangat pasukan itu. "Gemuk! Pecahkan kristal tu sekarang!"
"Baik!" Han Gemuk dengan segera mensasarkan dan menembak kristal itu dengan busur panahnya. Selepas kristal itu ditembak bertalu-talu, ia akhirnya pecah dan satu perisai lut cahaya berwarna biru muncul semula.
'Ding! Momorermo telah menggunakan <Letusan Bayangan>!'
"Zhan Yu! Periuk biru aku dah habis!" ujar Salji Lembut.
"Aku boleh gunakan apa yang aku ada untuk beberapa kali lagi!" Kekecewaan Lautan melaporkan keadaannya.
"Mm, baik!" Zhang Yang menggunakan <Serangan> terhadap bos itu dan berkata, "Gemuk! Bila kristal seterusnya muncul, terus pecahkan!"
"Ok!"
22%, 19%, 16%…
Tanpa <Pertumbuhan Semula> Salji Lembut, HP pasukan itu jatuh mendadak dan ini menyebabkan Kekecewaan Lautan cepat-cepat menghasilkan <Cahaya Suci>. Palang MPnya yang asalnya memang rendah terus menyala dengan amaran.
"Yang Kecil! Kristal itu dah muncul!" Han Gemuk menjerit dan serta-merta menembaknya.
Zhang Yang meneliti kawasan itu untuk mengenalpasti lokasi kristal tersebut. Dia kemudian menuju ke kawasan itu dengan segera sambil menarik bos. "Semua, berkumpul di kawasan perisai!"
"Macam mana dengan kuasa memukau bos yang rawak tu?"
"Jangan takut, perisai ni membuatkan kita tahan dengan kuasa bos itu!"
'Crack!' Kristal itu sekali lagi pecah dan perisai hemisfera itu muncul.
Zhang Yang berundur ke sempadan perisai itu dan memerangkap bos di bahagian luar perisai. Dengan cara ini, dia kebal dengan kerosakan, tetapi masih dapat menyebabkan kerosakan terhadap bos itu.
"Kekecewaan Lautan! Salji Lembut! Berapa lama lagi baru kau boleh ambil periuk biru seterusnya?"
"24 saat."
"14 saat."
"Baik, selepas kau ambil periuk biru tu, pulihkan hanya Han Gemuk, Hari Bayangan, dan aku. Abaikan yang lain-lain!" [Posyen Mana Pemula] hanya boleh mengembalikan 100 MP dan ini memaksa Zhang Yang untuk mengorbankan yang lain.
15%, 14%, 13%, 12%. Perisai itu lenyap sepantas mana ia muncul dan semua sekali lagi mula kehilangan 30 HP setiap 3 saat.
"Kekecewaan Lautan, jadilah hambaku!" Dengan kuasa memukau bos itu, tubuh Kekecewaan Lautan berganda membesar dan dia menjadi orang suruhan bos tersebut.
"Abaikan dia! Fokus pada bos! Setengah minit saja lagi dan kita akan berjaya!"
Zhang Yang menarik Momorermo menjauhi Kekecewaan Lautan.
"Ruginya! Kalaulah dia boleh ambil satu lagi periuk biru dan dapat lebih lama pulihkan kita sebelum dipukau!" bisik Han Gemuk.
11%, 10%, 9%, 8%!
Salji Lembut memerhatikan tempoh bertenang periuk biru. Apabila cukup tempohnya, dia dengan segera mengambilnya dan MPnya meningkat 100 nilai.
Dia terus menjampi <Pertumbuhan Semula> untuk Zhang Yang, Han Gemuk, dan Hari Bayangan sekaligus menghabiskan MPnya. Teks kerosakan '-30' berwarna merah terapung di atas kepalanya menunjukkan HPnya yang terakhir dan akhirnya dia terbunuh.
'Ding! Pemain Salji Lembut telah mati!'
7%!
'Ding! Pemain Api Merah telah mati!'
6%!
'Ding! Pemain Ratusan Tembakan telah mati!'
'Ding! Pemain Sami Ingkar telah mati!'
5%!
4%!
3%!
'Ding! Pemain Hari Bayangan telah mati!'
2%!
'Ding! Pemain Si Kurus dan Kacak telah mati!'
Momorermo masih mempunyai 1,747 HP lagi sedangkan Zhang Yang hanya mempunyai 124!
Kau boleh!" sorak mereka.
Satu kristal muncul tepat pada waktunya!
Zhang Yang berasa bersemangat lantas menggunakan <Serangan> dan menghayun pedangnya terhadap bos itu berkali-kali.
Walaupun tiang kristal itu mempunyai 1,000 HP, tetapi memandangkan ia mempunyai 0 nilai pertahanan, HPnya menurun dengan mendadak.
Bos itu datang menyerangnya!
"<Hadangan>!"
Zhang Yang mengaktifkan <Hentakan Perisai> terhadap bos itu dan menurunkan HPnya. Dia melompat ke dalam perisai sebaik sahaja ia muncul dan berjaya menghalang pengurangan HPnya yang hanya tinggal 4 nilai. Dia dengan pantas berpaling dan menyerang bos itu!
1%!
0%!
Dengan ngauman kuat dan berang, raksasa berwarna merah itu akhirnya jatuh tewas.
'Ding! Pasukan anda telah membunuh Syaitan Pemukau Momorermo. Menerima 45,050 Mata Pengalaman (EXP) (50 mata Bonus Pasukan)!'
"Kita berjaya!" semua bersorak meraikannya.