Tanpa gagal, temu bual Huo Siqian berjaya menarik tumpuan awam.
Dua hari kemudian, Song Yishi duduk dengan senyap di tempat duduk belakang Audi A8 milik keluarga mereka dengan memakai kaca mata hitam ketika dia pergi menjemput Datuk Bandar Song dari lapangan terbang.
Dia cuba untuk tidak terlalu menonjol dan menyangkakan dia tidak dapat dilihat, tetapi paparazi mengerumuninya seperti lebah di hadapan madu sebaik sahaja dia tiba.
"Cik Song, adakah kamu dan Encik Huo Siqian dah buat pengumuman mengenai hubungan kamu?"
"Cik Song, betulkah kamu pernah campur tangan dalam perkahwinan Presiden Qin dan Puan Qin?"
"Cik Song, apa pendapat kamu tentang temu bual Encik Huo Siqian malam kelmarin?"
"Cik Song, adakah Encik Huo yang paling menonjol dalam semua lelaki yang melamar kamu? Adakah ini bermaksud Datuk Bandar Song akan menaja Syarikat Huo?"